▪︎🌹- 31▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lucca mencemberutkan wajahnya sebaik sahaja memasuki bilik serba gelap itu. Dia mendekati sosok seorang lelaki yang sedang bercakap dengan seorang lelaki yang terikat di kerusi itu. Suasana dalam bilik itu terasa sangat mencengkam. Bahkan, tiada sesiapa yang berani mengeluarkan suara mereka.

"Bro..." Lucca memanggil perlahan. Dia berhenti tepat di sebelah lelaki yang berbaju serba hitam itu.

Lucca menatap kosong ke arah lelaki yang terikat di kerusi itu tanpa riak kasihan di wajahnya. Lucca tidak banyak berbicara, dia terus menghulurkan satu fail kepada Zayn yang menatapnya datar.

"Tu semua maklumat yang aku kumpul. Dalam ni, semua data dan maklumat rahsia kumpulan gengster dekat sana aku berjaya kumpul. Dalam tu, ada gambar leader dan ahli-ahli kumpulan berpangkat tinggi."

Zayn menyelak setiap helaian kertas itu. Dia mengangguk kecil dan menyerahkan fail itu kepada Kevin. Zayn kembali memusingkan badannya. Memandang lelaki yang terikat di kerusi itu.

"Kill him"

Lelaki itu membeliakkan matanya. Tidak percaya dengan kata-kata yang dituturkan oleh Zayn. Lucca pula menarik senyuman sinis. Dia kenal lelaki itu. Salah seorang anak buah mereka yang tertangkap kerana membocorkan rahsia kumpulan mereka.

Zayn keluar dari bilik itu dan membiarkan pengawal yang berjaga bilik itu menyelesaikan lelaki itu. Dia tidak mahu mengotorkan tangannya dengan darah lelaki itu. Risau terpalit kotoran darah itu kepadanya.

Mereka keluar dari rumah banglo itu dan masing-masing bersandar di badan kereta. Menatap langit malam tanpa mengeluarkan suara. Kevin berdiri tegak tidak jauh dari mereka berdua.

"Kau ketatkan sistem maklumat aku dan keluarga aku. Aku jumpa seseorang yang nak masuk dalam sistem aku dan cuba hack. Aku nak kau tambahkan lagi supaya dia tak berjaya lepasi tahap tu..."

Lucca mengangguk kecil. "Baik. Aku akan tambahkan lagi safety dalam maklumat keluarga kau. But, kau sekarang dah tak macam dulu. Kau dah tak membunuh"

Zayn tersenyum nipis. "Mungkin, kau nampak aku tak membunuh sebab evil side aku belum keluar. If, kau nak jadi salah satu dari mereka, silakan..."

Lucca segera mengeleng. Dia bergidik ngeri mengenangkan sisi gelap Zayn yang satu itu. Jika sisi itu keluar, Zayn tidak akan kenal keluarga atau musuh. Dia akan membuat mereka semua terhapus dengan caranya sendiri. Psiko! Lucca sangat takut jika sisi itu keluar dan tiada siapa yang dapat menghentikannya.

Zyan menarik sudut bibirnya melihat perubahan wajah Lucas. Dia baru saja mengacah, belum buat lagi. Zyan membuka pintu keretanya. Bosan pula lama-lama menghadap wajah Lucca.

"Pergi mana?"

"Balik"

Lucca hanya mengangguk kecil. Dia memandang kereta Zyan yang meluncur laju dan hilang dari pandangan dia. Lucca bersiul-siul kecil. Kembali menapak masuk ke dalam banglo itu. Meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Zyan.

























Nurin mengetap gigi memandang wajah tidak bersalah dan selamba Zafrael. Si bos besar yang enak bermain permainan video di telefon bimbitnya tanpa menghiraukan Nurin yang berdiri tegak di hadapannya. Sangat ketara perubahan bosnya sejak akhir-akhir ini. Nurin jadi pening.

"Bos aku ni gila ke apa...kadang baik...kadang jahat nak mati...stres aku!" Nurin membebel perlahan.

Menyemak kasar laporan yang diserahkan oleh bosnya untuk diperiksa sebelum ditandatangani. Namun, Nurin tidak sedar setiap ayatnya ditangkap baik oleh Zyang yang asyik bermain dengan telefon bimbitnya. Terangkat tinggi kening lelaki itu.

"What did you say just know?" Telefon diletaklan di atas meja. Kedua kaki yang diletakkan di atas meja di bawa turun ke bawah. Menatap tajam wajah gadis di hadapan.

"What? I did not say anything..." Nurin membuat wajah tak bersalahnya.

Zyan mengetap gigi. Gadis ini sangat-sangat mencabar barannya. Zyan memejam matanya sejenak dan cuba menenangkan dirinya. Macam manalah, Zafrael boleh sukakan perempuan mulut becok macam Nurin ni. Sangat-sangat lah tidak masuk akal.

Zyan mengetap giginya.

"Out!" Ujarnya sepatah. Dingin dan sangat tidak terbantah.

Nurin tercengang. Tangan yang asyik membelek kertas-kertas tadi automatik terhenti sama. Tidak menjangkakan perkataan yang keluar dari mulut bosnya.

"Pekak ke? Keluar!" Sinis Zyan dengan riak kosongnya. Menghalau gadis itu dengan wajah sinisnya.

Wajah yang ingin saja Nurin lempang laju-laju sampai tertanggal gigi bosnya. Nurin bangun dari kerusi dengan kasar. Bunyi geseran kaki kerusi di lantai kedengaran agak nyaring. Hingga menarik perhatian Kevin di dalam biliknya.

Kevin sudah mengeluh melihat situasi itu. Bukan sekali, ini dah banyak kali dia melihat Zyan dan Nurin yang bergaduh. Malah, berapa kali dia melihat Zyan membuli gadis itu tanpa rasa bersalah. Kevin pula jatuh kasihan. Bila lah Zafrael nak muncul. Kevin tak larat mahu hadap sisi Zyan yang baginya sangat kejam. Tak ada langsung ciri-ciri lembut terhadap wanita.

"Bos halau saya!" Nurin menenakan suaranya. Wajahnya memerah dan sangat ketara di pandangan Zyan.

"Takkan aku ajak kau makan pula kan..." balas Zyan selamba. Tangan dia melambai tinggi tepat di hadapan wajah bengang Nurin.

"Shush! Shush! Muka kau menyemak je dalam bilik aku..."

Nurin makin bengang. Kedua tangan dikepal di sisi badan. Tahap kesabaran Nurin pun ada limitnya juga. Zyan pula sangat seronok melihat wajah kemerahan Nurin.

'Patutlah kau suka perempuan ni, Zaf. Comel masa tengah marah.'

"Saya pun nak keluar lah dari hadap muka tak berperasaan Tuan ni! Buang masa saya je! Baik saya layan monyet dekat zoo sana dari muka Tuan yang macam biawak hidup!" Sinis sekali Nurin memberi serangan balas kepada bosnya.

Zyan terangkat kening. Kali ini, dia sudah berdiri dan mengenggam erat tepian meja kerjanya. Kevin yang melihat ada ura-ura peperangan akan berlaku segera keluar dari biliknya. Ini tidak boleh dibiarkan. Lebih baik dia mencegah.

"Err Tuan, Nurin. I think it not okay both of you bergaduh macam ni!" Kevin segera meleraikan pergaduhan yang bakal berlaku.

Tetapi, Kevin terdiam tatkala mata tajam Zyan dan Nurin menjelingnya tajam. Kevin segera ke belakang kembali. Lebih baik dia duduk di belakang dan tidak masuk campur. Kevin masih sayangkan wajah kacaknya.

"You said muka aku biawak hidup!" Zyan menekan ayatnya. Dia tidak terima kutukan yang diberikan oleh gadis itu.

"You admit it. So ya, muka Tuan macam biawak hidup. Lagi comel monyet dekat zoo dari muka Tuan!" Balas Nurin tidak mahu kalah. Menatap berani wajah bengang bosnya.

"OUT" suara Zyan bergema kuat dari bilik itu. Kevin memejam matanya rapat-rapat. Berdengung telinganya.

Nurin tersengih kecil. Dia memang! Dia berjaya membuat Zafrael marah. Jarang sekali Zafrael marah dan sejak kebelakang ini mental lelaki itu selalu terusik. Asyik marah-marah.

"Saya keluar. Saya tahu, saya tak diperlukan lagi dekat sini. Saya keluar ya..." dengan senyuman mengejek, Nurin melambai tangannya kearah bosnya.

"Kau...sekali lagi aku nampak kau kat sini...aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup kau!"

Zyan tidak main-main. Pandangan dia berubah mengelap perlahan-lahan. Nafas dia turun naik dengan laju. Nurin tertawa puas. Kevin yang melihat perubahan wajah bosnya sudah berdebar habis.

" Kau- sekali lagi aku nampak kau kat sini ... aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup kau ! " - Zyan Zafrael .

"Takutnya... wahai Tuan kutub ais! Saya pun taknak tengok muka tak bersosial Tuan ni!"

Nurin terus keluar dengan laju apabila dia melihat bosnya mengangkat buku tebal itu dan sebaik saja dia menutup pintu rapat kedengaran bunyi sesuatu benda menghempas kuat di belakang pintu kayu itu. Nurin mengurut dadanya.

"Alhamdulillah aku masih selamat..." ucapnya perlahan. Gila! Hampir saja dia menjadi balingan buku oleh bos sendiri.

Nurin beriak biasa menuju ke lif. Menghiraukan pandangan staf-staf yang berada di aras itu. Nurin tersengih kecil mengingati perangai gilanya.

Di dalam bilik itu, Kevin menahan tawa melihat wajah merah dan bengang Zyan. Buku bertemu ruas. Itu lah anggapan untuk Zyan dan Nurin. Seorang baran tak bertempat. Seorang lagi suka menaikkan darah orang.

"Boleh aku pecat perempuan tu?" Ujar Zyan sambil melonggarkan tali lehernya. Panas.

"Tak. Kau tahukan, Zafrael sayang perempuan tu..." jawab Kevin tenang. Mengutip kembali buku yang tadinya menjadi mangsa balingan Zyan. Buku tak tak bersalah menjadi mangsa.

"Kalau bukan sebab Zafrael, dah lama aku bunuh perempuan tu!"

Kevin melepaskan tawa kecilnya. "Kau yakin?"

Zyan mengangguk laju. Lengan kemeja disingsing hingga paras siku. Dia mengibas kertas di tangan laju. Menghilangkan rasa panas angkara Nurin.

"I don't think so. Aku risau, one day kau yang jatuh cinta. You fall into her without you realize it. Macam Zafrael, cinta itu hadir sendiri dan secara tiba-tiba. Who's know right? Dan aku rasa kau akan jadi salah satunya. You, Zafrael and Nurin. In love with all feeling...auchh!" Kevin meringis sakit apabila batang pen itu selamat mendapat di dahinya.

Zyan menjuling matanya ke atas.

"Kau boleh tukar position kau as doktor cinta. Bukan PA aku lagi" ujar Zyan datar.

Kevin tersengih sendiri. Dia mengosok dahinya. Boleh tahan juga sakitnya. Tapi, dia yakin dengan kata-katanya. Lihat saja lah nanti. Nurin gadis yang sangat bertuah. Memiliki dua hati yang berbeza identiti. Menjinakkan si devil di hadapannya.























Rossa merengus kegeraman melihat baki duit yang ada dalam akaun banknya. Sangat sikit dan tidak berbaloi untuk dia pergi bercuti di luar negara. Selama ini, duit dalam akaunnya akan ada dalam sepuluh ribu setiap bulan. Tapi kali ini, baki duitnya hanya tinggal lima puluh ringgit sahaja. Rossa sangat berasa geram.

Tengahari itu, dia mendatangi syarikat milik Hakim. Dia harus bertanya kepada lelaki itu secara langsung. Rossa tidak terima jika dia hidup miskin. Tolonglah...Rossa tak ingin berada dalam golongan begitu. Sangat jijik untuknya.

Tanpa mengetuk terlebih dahulu, Rossa menolak kasar pintu bilik Hakim yang ketika itu berbincang bersama dua orang stafnya. Hakim sangat terkejut menerima kedatangan Rossa yang tidak dijangka olehnya.

"I nak duit!"

Hakim berkerut dahi. Tak ada salam, tak ada apa-apa terus meminta duit. Dua staf lelaki itu segera berdiri dan mengundurkan diri mereka. Tidak mahu masuk campur urusan bosnya dan kekasihnya.

"Where your manner, Rossa! Depan staf I you should be nice lah dengan I!" Hakim bersuara lantang. Tidak suka dengan perangai main terjah Rossa.

Hakim juga punya rasa malu. Apa yang dikatakan staf-staf dia nanti. Hakim pening melayan Rossa yang semakin hari semakin naik kepala. Makin mengah pula wanita itu sejak mengandungkan anaknya.

"No! Hurry up, Kim! I want my money right now! You tranfer 15 k dalam account I sekarang juga! I want to go holiday with my friends!" Rossa menghempas kuat beg tangannya di atas meja kerja Hakim.

"Enough Rossa! I sekarang ni ada masalah kewangan and I tak boleh sewenang-wenangnya guna duit company lagi! If daddy I tahu, I yang kena! You fahamlah sikit Rossa! I dah tak macam dulu. Klien I dah ramai tarik diri!" Hakim berkata kasar. Dia jadi geram dengan perangai memaksa Rossa.

Rossa tertawa sinis.

"So, you dah miskin lah ni? Dah tak boleh nak sara hidup I?" Rossa meniup kukunya yang berwarna merah terang itu.

Hakim melepaskan keluhan lemahnya. "Tak miskin lagi. I just nak kembali stabilkan kewangan I. ZN Group dah beli separuh saham dari company I dan tak lama lagi company I dan ZN Group akan kerjasama..."

"Piss off, Hakim! Jujur I cakap, I tak suka hidup dengan orang macam you. Tak ada hala tuju and I rasa you tak lama akan jatuh miskin juga! Betullah my friends cakap, tak ada benefit I hidup dengan you. So..."

Hakim malas melayan. Dia sakit kepala memikirkan tender yang dia perlu siapkan sebelum dihantar kepada ZN Group untuk dinilai. Hakim sudah bosan menghadap perangai bossy Rossa.

"Kita putus. I take you child with me until I bersalin. Then, you ambillah anak you ni. Tak taknak dia. You tanggung dia dan jangan sesekali you bawa budak sial di jumpa I!"

Hakim terkejut. Sejahil-jahilnya, Hakim tidak sanggup membuang anak mereka dan mengeluarkan kata sebegitu. Kesabaran Hakim semakin menipis. Dia geram dengan Rossa yang mengatakan bakal anak mereka pembawa sial.

"YOU ARE TOO MUCH ROSSA! Alisa better than you!" Jerkah Hakim kuat. Dia tidak terima dengan hinaan dari kekasihnya.

Rossa menarik senyum sinis. "You call that bicth name again, Kim! From now on, you and me nothing! Tunggu lagi six months and the baby will be yours soon!"

Rossa keluar dari bilik itu dengan riak bengangnya. Dia benci apabila dirinya dibandingkan dengan Alisa. Musuhnya. Rossa tidak akan berdiam diri lagi.

"Wait for me, Alisa! I will burn you with all my revenge..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro