▪︎🌹- 41▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zafrael tersenyum sinis memandang seorang gadis yang terikat di kerusi. Dia duduk menyilang kaki di sebuah kerusi berjarak 2 meter dari gadis itu. Rokok di tangannya, diselit di celahan bibir. Matanya tidak lepas merenung gadis itu dengan senyuman yang penuh misteri.

"Kev!"

Kevin yang berada tidak jauh dari Zafrael mengangguk laju. Dia membawa satu gayung yang berisi air sejuk. Dengan kasar, dia menyimbah air itu tepat di wajah gadis itu hingga menyebabkan gadis itu tersedar dari pengsannya.

Zafrael mengetuk jarinya di atas armrest itu. Mengeluarkan bunyi yang cukup nyaring. Gadis itu tersedar dan wajahnya kelihatan keliru melihat suasana asing di depan matanya.

"Sa...saya...saya...dekat...dekat mana ni?" Mata dia berbinar-binar melihat pandangan di hadapan.

Tepat di hadapannya, ada seorang lelaki yang duduk santai sambil menghisap rokok. Dia mengerjap matanya beberapa kali dan akhirnya pandangan yang kabur tadi berubah terang. Dia memandang tidak percaya orang di hadapannya yang merupakan orang yang dia kenal dan orang itulah yang mengikat kedua tangan dan kakinya.

"Tu...tu...Tuan Zaf!"

Nurin.

Ya, gadis itu adalah Nurin. Semasa dalam perjalanan, tanpa Nurin sedar Kevin telah memasukkan satu ubat yang membuatkan Nurin tidak sedarkan diri. Semua itu adalah rancangan Zafrael- atau lebih tepat lagi Zyan.

"Bangun juga kau...aku ingatkan kau akan tidur sampai subuh esok" Zyan berkata selamba. Tersenyum sinis sambil menghembus rokoknya.

Kevin di satu sudut menatap kasihan kepada Nurin. Namun apakan daya, Zyan lebih kejam dan sukar untuk hentikan perlakuannya.

"Kenapa? Apa yang Tuan nak dari saya? Kenapa culik saya?" Nurin bertanya laju. Sungguh, dia keliru dengan kejadian yang terjadi pada dirinya.

Diajak keluar oleh Zafrael. Kemudian, melihat adegan yang tidak sepatutnya dilihat oleh dia. Kemudian, di culik dan diikat tanpa sebab.

"Aku ada satu tawaran untuk kau"

Zyan membuang putung rokoknya yang sudah tinggal separuh itu di atas lantai. Dipijak menggunakan kasutnya dan berdiri menghampiri Nurin. Dia berjalan memutari kerusi itu dan membuatkan Nurin mengeletar ketakutan apabila matanya tanpa sengaja melihat kilatan pistol disebalik kot yang dikenakan oleh Zyan.

"Aku nak kau pilih. Aku bagi kau masa lima minit untuk kau pilih sama ada-..."

"Lima minit! Saya taknak!" Tegas Nurin. Dia tidak mahu mendengar tawaran dari lelaki itu.

Zyan berdecit perlahan. Dia melutut sebelah kaki di hadapan Nurin. Mencengkam kuat rahang gadis itu. Nurin meringis sakit apabila menerima perlakuan kasar dari Zafrael.

"Aku bukan Zafrael yang berlembut pada kau! Aku bukan Zafrael yang akan buah perangai gila macam ni" bisik Zyan tepat di telinga Nurin.

Hembusan nafas hangat itu membuatkan Nurin berasa seram. Namun, dia mula berasa satu kelainan mendengar nada suara dan tingkah laku atasannya itu. Zafrael- tidak pernah menyakiti dia.

"Ap...apa maksud Tuan?"

"I have mental disease. Aku taknak explain dekat sini. Aku cuma nak buat tawaran untuk kau"

Nurin berkerut dahi. Mental disease? Gangguan jiwa? Dia memandang atasannya itu dengan renungan yang cukup lama. Menganalisa kelakuan atasannya itu.

"Oh lupa...kau belum kenal aku kan?"

Nurin makin pelik.

"Aku Zyan. Ingat baik-baik nama aku. I am monster"

Zup! Nurin berdecit sakit apabila terasa sesuatu yang tajam mengores laju bahagian pipinya. Titisan darah jatuh dan mengenai pakaian Nurin. Zyan tersenyum puas. Menjilat kesan darah di pisau kecilnya dengan renungan psikonya. Airmata Nurin menitis laju. Sungguh, dia takut mendekati lelaki bernama Zyan itu.

"Lima minit, Sarah. Aku akan kembali"

Dum! Pintu bilik itu ditutup kuat oleh Zyan. Nurin teresak-esak di atas kerusi itu. Keliru. Takut. Pelik. Menjadi satu hingga membuatkan tangisannya makin kuat. Kevin segera mendekati Nurin. Melutut di hadapan gadis itu.

"Kev...kenapa?"

Kevin mengeluh kecil. Dia mengambil sapu tangannya dan mengelap darah di pipi kanan Nurin. Goresan yang kecil namun boleh menyebabkan luka. Kevin simpati kepada nasib Nurin.

"It's not Zafrael, Nurin. Itu sebahagian dari diri Zafrael. He can't control himself. Kita diserang masa dalam perjalanan ke JB. Kereta kita dihentam kuat dari belakang and for your safety, aku terpaksa suntik kau sampai pengsan. Zafrael can't control his other sides, when someone want to take you away"

Nurin makin tidak faham. Dia tidak mengerti dengan kata-kata dari Kevin.

"Zyan. Other side of Zafrael. Kau nak dengar satu cerita?"

Nurin mengangguk kecil. Kevin bersandar di dinding. Nurin dapat lihat dengan jelas wajah Kevin yang penuh dengan kesan cakar, luka dan lebam. Tidak tahu sama ada terkena serangan atau pukulan dari Zyan.

"Once upon a time, ada seorang budak lelaki. Dia kena culik dengan musuh bapak dia dan dibawa pergi bersama mak dia. That day, her mom was pregnant. They got caught and dikurung dalam sebuah bilik gelap. Tak diberi makan, minum dan diseksa. A pregnant woman. You can imagine how they gonna survive?"

Nurin terdiam. Dia tidak pernah mengalami situasi sebegitu. Diculik dan diseksa di usia yang masih muda. Nurin jatuh simpati pada budak lelaki itu.

"The day, mak budak tu kena attack dengan musuh bapak dia. Ditendang, dipukul tanpa belas kasihan. How can a boy like him to protect his mother from some of suck mens?"

"Then, apa jadi?" Nurin menjadi tidak sabar mahu tahu kisah selanjutnya. Sungguh, cerita Kevin sangat menarik.

"No one realized that a boy can turn be a monster. Kau sanggup ke nak dengar cerita selanjutnya?"

Kevin berhenti dan memandang Nurin.

"Go on. Saya nak tahu"

Kevin mengangguk kecil. "He become a monster bila dia nampak mak dia, yang tengah pregnent diseksa tanpa belas kasihan. He can't control himself and kill all the enemies. By his hand. Dicarik daging. Hauskan darah. Really creepy. No one survived. Till, his father datang dan selamatkan mereka. Mereka hanya mampu lihat, mulut budak lelaki itu penuh dengan darah. No feeling. Jiwanya mati."

Nurin tergamam. Entah mengapa, dia merasakan cerita yang diceritakan oleh Kevin adalah benar belaka.

"Mereka selamat. But not that boy. Dia trauma hingga terpaksa dibawa berjumpa dengan psikologi untuk tujuan perubatan. Mereka tahu bahawa that boy has a his other side that his created it by himself. Dia sendiri tidak tahu, benda itu sudah lama ada dalam badannya. Then, keluarganya terima apa yang telah jadi dekat anak mereka. Mereka salahkan diri mereka expecially his father"

Kevin terhenti. Dia bermain dengan mancis di tangannya. Nurin pula menunggu penuh sabar kesinambungan dari kisah itu. Namun, Kevin seolah-olah tidak mahu meneruskan penceritaannya.

"Lagi? Apa jadi?"

Kevin memandang Nurin. Tawa kecilnya terlepas dan Kevin segera berdiri.

"Aku dahaga. Aku minum air dulu"

Nurin ternganga. Apakah?

Kevin selamba berjalan menuju ke sebuah meja. Mengambil sebotol air mineral dan diteguk laju. Kevin sengaja melengah-lengah masa. Nurin pula makin gelisah. Dia hanya ada lima minit sebelum Zyan kembali dan menagia jawapan darinya mengenai tawaran lelaki itu.

Kevin bersandar di pinggiran meja kayu. Bermain-main dengan botol itu tanpa niat mahu menyambung kisah tadi dan itu membuatkan Nurin berasa geram.

"You wanna know who that boy?"

Nurin mengangguk laju. Hilang sudah rasa sakit di pipinya. Sungguh, dia berasa sangat teruja.

"Zyan Zafrael. That boy from night story..."

Kevin tersenyum kecil. Nurin pula terdiam. Tidak sangka, Zafrael mempunyai sejarah silam dalam hidupnya.

"Did you mean, dia ada split personality"

Kevin menjungkit bahunya. "Hmm..."

"Macam mana awak boleh bezakan mereka berdua?" Lagi, Nurin bertanya. Dia mahu mengetahui rahsia hidup atasannya. Sungguh, ini luar biasa untuknya. Kevin yang jarang bercakap tiba-tiba menjadi banyak cakap.

"Kau akan tahu sendiri. Hopefully, you can give him a happiness"

Kevin tersenyum ke arah Nurin. Dia melangkah menuju ke pintu dan dibukanya luas. Di luar bilik itu, Zyan sudah berdiri. Kevin segera keluar dan membiarkan Nurin bersama Zyan.

"Times out!"

Zyan menutup pintu bilik kurungan itu. Kini, hanya tinggal mereka berdua sahaja. Nurin makin menundukkan wajahnya. Dia berasa takut berdua dengan sisi kedua Zafrael. Apatah lagi, Kevin tiada bersama mereka.

"Tawaran aku masih berbaki lagi? Nak tahu?"

Nurin mengangguk kecil. Dia tiada pilihan lain selain menyetujui tawaran Zyan.

"Pertama, aku nak kau setuju kahwin dengan aku"

Nurin mendongak ke atas. Kahwin! Nurin segera mengeleng kepalanya laju-laju.

"Gila! Saya taknak kahwin dengan Tuan!"

Zyan tertawa kecil. Dia mencangkung di hadapan Nurin.

"Saya pilih tawaran kedua!"

Nurin laju memilih tanpa sempat Zyan memberitahunya. Sungguh, dia tidak mahu mengahwini lelaki psiko seperti Zyan. Walaupun, rupa mereka sama- tapi Zafrael lagi baik dari Zyan. Walaupun suka menyakitkan hati dan mengenakan Nurin. Tetap Zafrael jauh lebih baik.

"Jadi, kau pilih kematian keluarga kau!"

Dup! Jantung Nurin berdegup laju. Sungguh, dia tidak sangka tawaran kedua amat menjeri dirinya. Terbayang wajah Puan Ramlah dan Amin di kampung. Dia memandang Zyan dengan tatapan penuh benci.

"Aku bagi kau satu lagi peluang. Satu atau dua?"

Zyan menunggu pilihan gadis itu. Nurin berkerut dahi. Dia tiada pilihan lain. Tapi, dia tidak mahu mengahwini Zafrael. Nurin masih mahu menikmati masa mudanya. Zyan pula kembali duduk di kerusinya. Menyilang kaki dan merenung tajam ke arah Nurin.

"I give you 10 minutes for the last chance. Tik tok..."

Nurin ingin menjerit. Dia keliru mahu membuat pilihan. Kedua tawaran tersebut menjerat dirinya. Tiada yang membolehkan dia membuat penawaran. Zyan pula menikmati pemandangan di sekitar bilik itu. Sebuah bilik kosong di satu bangunan di dalam hutan. Mereka terkandas dan masih menunggu bantuan dari Zafran.

Kevin pula menguruskan keperluan mereka bersama tiga orang anak buah mereka. Mengintai musuh yang sangat aktif mahu membangkitkan kemarahan Zyan. Musuh mereka yang sukar menonjolkan diri tapi suka membuat kejutan.

Menyerang mereka dalam perjalanan. Melanggar kuat bahagian belakang kereta yang dipandu oleh Zafrael hingga masuk ke dalam jurang. Mereka bernasib baik kerana kereta itu hanya remuk. Mereka terpaksa menggunakan jalan hutan untuk menutupi diri mereka.

"Times out, Nurin Qaisarah!"

Nurin mengigit bibir bawahnya. Dia yakin dengan keputusannya. Dia sudah bulat dengan keputusannya.

"Saya taknak kedua tawaran tu. I don't want choose any of that!" Tegas Nurin. Menentang berani pandangan Zyan.

"Hmm"

Zyan mengangguk kecil. Dia berdiri dan mendekati Nurin. Berdiri di belakang gadis itu. Nurin makin gelisah apabila Zyan berdiri di belakang. Tangan Zyan mengeluarkan sepucuk pistol. Menempel di tepi dahi Nurin hingga membuatkan tubug Nurin menggigil ketakutan.

Zyan tersenyum sinis.

"Kau nak mati atau kau nak ikut aku? Pilih...kau ada tiga puluh minit sahaja..."

Nurin memejam matanya. Sungguh, Zyan sangat menyulitkan keadaan. Nurin terpaksa membuat pilihan untuk kali ketiga. Nyawanya menjadi taruhan. Zyan pula sudah menarik picu keselamatan. Menekan knot pistolnya.

"Time is running"

Zyan berjalan memutari kerusi Nurin. Kini dia berdiri tepat di hadapan Nurin. Mengacukan pistol di dahi Nurin. Apabila pelatuk pistol dilepaskan, Nurin akan kehilangan nyawanya. Airmata Nurin menitis laju.

"10"

"9"

"8"

"7"

"6"

"5"

"4"

"3"

"2"

"Sa...saya pilih..."

Bang!






























Suprised!
Zyan is back guys 💃🏻

.
.
.
.
.
.

Ada masa sis selit part komedi. Ada masa sis selit part kejam.
Ada masa sis selit part sweet.

Ahaha actually sis x prnah tulis dlm notes rangka² cerita sis. Dari mula² story sis sampai ke yg ni 🤣 so, klu berterabur tu harap dimaafkan. Hanya seketul nisa yg ada penyakit M. Huhu nk edit tu amik masa 🥲 so enjoy je baca ya story² lama tu hehek 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro