▪︎🌹- 42▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zyan menatap tajam sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil bersaiz king itu. Dia memeluk tubuh sambil bersandar di dinding berhampiran. Menunggu hingga dokto itu selesai memeriksa dan pulang. Kevin turut berada di dalam bilik itu dan menunggu di depan pintu dengan wajah risaunya.

"How is she?"

Doktor wanita itu mengangkat wajahnya. Dia membuka beg bimbit yang dibawanya dan menulis sesuatu di secarik kertas lalu diberikan kepada lelaki yang berdiri menjulang di hadapannya.

"Saya dah balut tempat luka tembakan itu. Peluru sudah dibawa keluar dan dia akan sedar selepas saja ubat bius habis. Tuan jangan risau, dia tak ada apa-apa melainkan pemulihan di bahunya akan ambil masa untuk pulih seperti sediakala" jelas doktor wanita itu tenang.

Doktor wanita itu sudah lama bekerja di bawah Zyan dan sememangnya dia ditugaskan untuk merawat dan membersihkan luka-luka tembakan Zyan serta anak-anak buahnya yang lain.

"Saya dah senaraikan ubat yang perlu Tuan beli di farmasi. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu..." pamit doktor wanita itu setelah meminta diri daripada Zyan.

Kevin mengiringi doktor wanita itu ke ruang tamu. Zyan menatap kertas putih di hadapannya dengan kerutan di dahi.

"Ni tulisan ke cacing kerawit? Tulis betul-betul tak boleh ke hah? Bodoh punya doktor!" Dia membebel sendiri. Menatap lama tulisan cakar ayam itu.

"Jai!"

Nama Jai dilaungnya kuat. Membuatkan Jai yang bersantai di ruang tamu bawah tersentak dan terus berlari naik ke tingkat atas. Dia berhenti di hadapan bilik utama iaitu bilik Zyan.

"Beli benda ni" Zyan mencampak cebisan kertas yang sudah dia renyuk dan menjadi bulatan kecil itu di atas dada Jai.

Kelam kabut Jai menatap kertas itu dan membukanya perlahan-lahan. Kening Jai terangkat melihat kertas itu dan memandang wajah Zyan.

"Nak aku beli kertas ni ke?" Soalnya dengan wajah keliru. Maklumlah, mana tahu Zyan salah tulis dan perlu kertas bentuk, warna dan saiz yang sama. Kan?

"Kau ni aku cakap bangang kan marah" Zyan menjeling Jai. Sakit kepala mendengar soalan bodoh dari Zyan.

"Beli ubat dari senarai tu, bodoh!" Sambunya. Ditekan setiap ayat agar Jai lebih memahami tutur katanya.

Jai terangguk-angguk kecil. "Cakaplah beli ubat setan! Kau pun sama bodoh! Ayat tak penuh mana aku faham!" Balas Jai berani.

Dia mengambil langkah seribu apabila melihat Zyan siap mengeluarkan pistol kesayangan dari balik jaket yang disarungnya. Cukuplah peluru itu sudah tertanam di bahu kanan Nurin. Jai tidak mahu menjadi mangsa seterusnya.

Zyan meletak pistol kepunyaan di atas meja lampu di sebelah katilnya. Dia membuka jaket kulit ditubuhnya dan dicampak ke atas lantai. Meninggalkan sehelai singlet hitam ditubuh kekarnya. Dia naik ke atas katil dan merebahkan tubuhnya di sebelah Nurin.

Nurin terlena setelah dibius oleh doktor wanita itu tadi dan masih belum sedarkan diri. Bahu kanannya berbalut dan dia memakai kain kasa yang diikat di bahu dan lengan kanannya. Untuk menampung kesakitan dan mengurangkan pergerakkan yang boleh menyebabkan jahitan tembakan itu kembali terbuka.

Zyan memusingkan badannya menghadap wajah pucat Nurin. Dia masih ingat lagi, bagaimana dia melepaskan tembakan dengan sengaja. Zyan tersenyum puas apabila mengingati jawapan dari Nurin.



















Bang!

Nurin menjerit kesakitan dan mengetap bibirnya apabila terasa satu benda tajam dan panas menusuk masuk ke dalam daging bahunya. Airmata Nurin kembali mengalir apabila darah mula membasahi sebahagian bahu kanannya. Kesakitan yang tidak dapat digambarkan oleh Nurin.

"Ops...sorry terlepas" ucap Zyan dalam nada tidak bersalahnya. Meniup hujung pistol yang mengeluarkan asap tipis kerana tembakan yang dilepaskan olehnya.

Nurin tidak berkata apa-apa. Menangis dan terus menangis. Tangan kanan dia rasa kejang dan sakit yang amat. Peluru itu betul-betul tertanam di dalam daging bahunya. Merasai rasa sakit yang membuatkan Nurin tidak berupaya mahu mengeluarkan patah kata.

Zyan berjalan mendekati Nurin. Mendongakkan kepala gadis itu dengan meletakkan hujung pistolnya di bawah dagu Nurin. Terketar-ketar bibir Nurin menahan rasa perit di bahunya. Hampir mengenai tulang bahu kanannya. Zyan tersenyum sinis.

"Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau...pilih aku atau mati?"

Nurin memandang Zyan takut-takut. Sungguh, makluk di hadapannya sangat menakutkan dari cerita-cerita hantu seram yang dia tonton selama ini. Ini lebih seram dari setan!

"Sa...sa...saya...pi...pilih...a...a...awak" perlahan saja Nurin bersuara. Sungguh dia ingin saja melarikan diri dan beranggapan bahawa ini semua hanya mimpi saja.

"Apa tak dengar?"

Zyan mendekatkan telinganya di hadapan bibir Nurin. Sengaja mahu memprovok gadis itu untuk lebih takut kepadanya.

"Saya pilih ikut awak!" Balas Nurin tegas. Walaupun terpaksa menahan sakit di bahu kanannya.

Zyan akhirnya tersenyum. Hanya senyuman tipis bukan senyuman lebar. Dia mengosok kepala Nurin menggunakan tangannya yang masih memegang pistol. Puas mendengar pilihan Nurin. Sangat puas.

Kevin pula terpaku tidak jauh dari mereka berdua. Masih tergamam dan tidak dapat mencerna situasi yang berlaku tadi dan terasa sangat cepat. Namun, Kevin dapat menarik nafas penuh kelegaan melihat keadaan Nurin baik-baik sahaja.

Zyan melepaskan ikatan tali di tangan dan kaki Nurin. Kedua pergelangan tangan Nurin memerah dan melecet. Zyan mengosok perlahan kesan merah itu dan membuatkan Nurin berdesis sakit.

"Maaf. Aku terpaksa buat macam ni. Kalau kau nak tahu, ini cara aku untuk dapatkan sesuatu benda tu jadi milik aku. Aku tahu kejam, tapi kau dah buat pilihan yang sangat tepat" ujar Zyan dengan senyuman tipis.

Dia membongkok separut badan. Pistolnya diselit di pinggang. Memegang belakang badan Nurin dan bawah lutut gadis itu. Mengendong Nurin yang kelihatan sangat lemah kerana kehilangan banyak darah. Zyan kasihan, tetapi jiwa iblisnya lebih menguasai diri untuk menyakiti gadis kesayangannya.

"I love you..."




















Nurin memegang sisi kepalanya. Terasa berpinar dan pening apabila terkena cahaya. Dia melihat keadaan di sekelilingnya. Nurin sedar bahawa dia tidak lagi berada di dalam sebuah bilik yang gelap dan berbau itu lagi. Dia kini berada di sebuah bilik yang luas, mewah dan kelihatan elegen dengan warna dinding hitam kelabu.

Nurin bersandar di kepala katil. Dia menarik nafas lega melihat pakaiannya masih melekat kemas di badannya begitu juga tudungnya. Sewaktu ingin mengangkat tangan kanan, ketika itulah dia rasa sakit di bahunya.

Klak! Pintu bilik terbuka luas dan menampakkan satu sosok tubuh sasa melangkah masuk membawa satu dulung berisi sarapan pagi. Nurin mengerut dahi melihat Zyan meletakkan dulung itu di meja lampu di sebelahnya. Kemudian, lelaki itu melabuh punggung di sebelahnya.

Nurin takut-takut mahu memandang Zyan. Apalagi, dia mengingati kisah yang diceritakan oleh Kevin padanya. Kisah itu dan Zyan seakan terkait dan saling berhubung. Namun, Nurin tidak mahu membuat andaian sendiri.

Zyan mengacau perlahan bubur ayam yang dimasaknya dan memandang Nurin yang kelihatan mengelamun jauh. Zyan tersenyum nipis.

"Oii, kau okay tak?" Tangan Zyan naik menyentuh dahi Nurin. Membuatkan gadis itu tersentak dan menepis laju tangan Zyan yang menyentuh dahinya.

Zyan tersenyum sinis. "Nah makan. Makan sampai habis, kalau tak kau tahu lah nasib kau!" Ugut Zyan dan segera bangkit dari duduknya.

Nurin memandang bubur ayam itu dan Zyan silih ganti.

"Kau tengok apa? Makan!"

Sergahan tiba-tiba dari Zyan membuatkan Nurin laju-laju menyuap bubur ke dalam mulutnya. Zyan yang melihat gelagat Nurin seperti itu, tersenyum manis. Indah betul pemandangan di pagi hari. Zyan masuk ke dalam bilik air membawa tuala yang sempat dia sambar di tempat penyangkut.

Hampir mengambil masa 15 minit di bilik air, Zyan keluar dalam keadaan bertuala sahaja. Air di rambutnya menitis jatuh di atas badan kekarnya. Nurin di atas katil bersemu merah melihat keadaan Zyan yang tidak berbaju di hadapannya. Mata dia hanya tunak merenung mangkuk bubur yang telah kosong itu.

"Dah habis makan?"

Zyan mendekati gadis itu. Berdiri sambil mengelap rambutnya menggunakan sehelai tuala kecil. Dia kemudian menyangkut tuala kecil itu di lehernya. Kening dia terangkat melihat mangkuk bubur buatannya licin dimakan oleh Nurin.

"Kau nak telan mangkuk tu ke tenung lama-lama macam tu? Kalau nak, aku boleh je sumbat dalam mulut kau sekarang!" Zyan berkata dalam nada kasar.

Menyentakkan Nurin hingga membuatkan gadis itu cepat-cepat meletakkan mangkuk kosong itu di atas dulang. Mengambil segelas air lalu diteguknya perlahan. Kerana pergerakan dia yang laju itu, membuatkan Nurin tanpa sedar berdesis sakit.

Memegang bahu kanannya. Zyan yang melihat Nurin dalam keadaan begitu segera menunduk separuh badan. Menyentuh bahu kanan gadis itu dengan lembut.

"Sakit?"

Nurin mengangguk. Dia takut mahu memandang wajah Zyan apatah lagi lelaki itu tidak mengenakan pakaian di badannya. Zyan melihat ada kesan darah di bahu kanan Nurin.

"Luka kau berdarah. Kejap lagi aku cuci luka kau"

"Erm...tak apa saya boleh buat sendiri" Nurin akhirnya membuka suara. Dia tidak mahu lelaki yang bukan mahramnya melihat dan menyentuh kulitnya.

Zyan menatap tajam gadis itu. "Kau nak buat macam mana? Cuba cakap dekat aku! Lagi melambatkan kerja adalah dalam keadaan kau macam ni!"

Bengang pula Zyan dengan gadis itu. Keras kepala.

"Ya saya tahu. Tapi saya taknak Tuan sentuh-sentuh saya macam tadi. Cukuplah semalam Tuan gendong saya dalam keadaan terdesak macam tu. Saya taknak tambah dosa lagi"

Zyan menghembus nafas kasar. Meraup rambut basahnya yang terjuntai di dahi ke belakang.

"Aku call Alisa. Kau jangan nak memandai bersih sendiri luka kau tu!"

Nurin pasrah. Kalau dah rupa, tubuh dan nama yang sama tetap sifat mereka sama walaupun ada satu kelainan. Zyan Zafrael tetaplah Zyan Zafrael. Tidak suka dibantah. Suka buat ikut sukahatinya.

"Kau dah makan ubat belum?"

Nurin mengeleng kecil. Zyan segera memusingkan badannya. Mengambil sepapan ubat yang disediakan sekali di atas dulang itu. Dia memberikan sebiji ubat pil itu kepada Nurin.

Ubat pil itu bertukar tangan. Namun, baru saja Nurin ingin memasukkan ubat itu ke dalam mulut, tangannya ditahan oleh Zyan. Kemas genggaman tangan lelaki itu.

"Tunggu dulu!" Tegasnya. Nurin terdiam dan keadaan mulut ternganga luas.

Zyan kembali membelik tablet ubat itu. Membaca nama ubat itu dengan perasaan geram.

Prak! Hancur ubat itu ditangan Zyan. Nurin terkebil-kebil memandang Zyan yang tiba-tiba saja berubah tegang. Ubat di tangan Nurin dirampas kasar dan dicampak ke luar balkoni bilik. Nurin mengatup mulutnya. Haa sudah. Apa pula kali ini?

Zyan memejam matanya rapat-rapat. Kenapa dia baru perasaan ada kelainan pada ubat itu? Nasib baik Nurin tidak sempat menelannya lagi. Hanya satu nama terlintas di benaknya. Orang yang paling suka menaikkan amarahnya tanpa dipinta.

"JAI!"
























Purr!

Kevin memejam matanya apabila kuah mee sup itu tersembur di wajahnya. Rasa pedih dan panas bersatu. Kevin menyapu wajahnya dalam keadaan menahan rasa marah. Sebaik saja dia buka mata, Jai sudah tersengih-sengih di hadapannya.

"Setan kau Jai!"

Plak! Terteleng kepala Jai kerana ditampar kuat oleh Kevin. Hinggar binggar kawasan dapur itu dengan suara gaduh dari mereka berdua. Jai terkekeh melihat wajah Kevin yang memerah. Dek penangan mee sup enam sudu lada.

"Aduh! Aduh! Sakit lah Kev!"

Jai mengaduh sakit apabila keseluruhan badannya dihentam tangan dan kaki Kevin. Jangan pandangan Kevin sebelah mata, dia paling jaguh dalam seni pertahankan diri. Tapi masih di bawah level Zyan.

"Kau tahu tak sup kau tu pedas nak mati! Muka aku ni dah pedih tahu tak!" Jerit Kevin penuh geram.

Jai terkekeh kecil. Suka benar dia mengusik Kevin hingga membuat lelaki itu marah.

"Aduh!"

Jai jatuh tertonggeng di hadapan kaki Kevin. Seseorang datang dan menendang laju punggung Jai dari belakang. Kevin pula meneguk air liur melihat orang itu berdiri menjulang di belakang Jai. Sangat menyeramkan.

"Erm, Jai aku chaw dulu!"

Laju Kevin menghilang di sebalik pintu dapur dan membawa bersama mangkuk mee supnya. Ingin menyelamatkan diri dari bapak harimau yang bila-bila masa saja akan menerkam mereka berdua. Sayonara Jai~

Jai pula terpinga-pinga melihat Kevin berdesup berlari meninggalkan dirinya. Dengan susah payah dia kembali berdiri. Mengosok laju punggungnya yang terasa sakit.

"Setan mana pula sepak punggung bulat aku ni!" Jai memaki perlahan. Sakit oii, walaupun dia jatuh dalam keadaan memalukan begitu.

"Aku!"

Suara dari arah belakang Jai, membuatkan bulu roma Jai berdiri. Dia perlahan-lahan memusingkan badannya ke belakang dan meneguk air liur melihat Zyan berdiri sambil memegang satu benda di tangannya. Jai dapat rasakan nyawanya di hujung tanduk.

"You know what is this?"

Jai angguk.

"Then, tell me" tekan Zyan. Mendekati Jai yang makin berundur ke belakang kerana ketakutan.

"Err...pil...pil..."

"Pil apa!"

Bam! Dinding dapur ditumbuk kuat oleh Zyan. Membuatkan Jai makin terketar-ketar. Mahu terkencing dalam seluar waktu itu kerana tidak tahan dengan aura yang dibawa oleh Zyan.

"Pil perangsang!" Ucap Jai dalam keadaan lemah. Sungguh, menyesal dia beli pil itu dan letakkan ke dalam dulang sarapan Nurin.

Zyan tersenyum sinis. Dia tahu, Jai paling suka bergurau kasar dengannya. Berbeza dengan Kevin, yang asyik dingin dan datar. Jai lebih suka bertingkah gila-gila.

"And don't blame me after this!"

"Maaf-..."

"ZYAN ZAFRAEL!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro