▪︎🌹- 51▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nurin membaca isi-isi di dalam kertas itu dengan wajah bingungnya. Dia baru saja menerima notis perletakkan jawatan 24 jam dari ZN Group pagi tadi dan perkara itu cukup membuatkan Nurin bingung. Sejak bila pula dia hantar surat perletakkan jawatan dan suratnya pula diluluskan oleh bapa mentuanya sendiri.

"Ni mesti kerja mamat kutub tu! Aku yakin mesti dia! Tak ada dah orang yang berani buat kerja tanpa persetujuan dari aku!" Nurin mengumpal kuat kertas itu dan dibaling ke dalam bakul sampai.

Sling beg miliknya segera digapai begitu juga telefon dan beg dompet miliknya. Nurin ingin berhadapan dengan Zafrael dan bertanya langsung kepada suaminya. Baru 3 hari jadi suami, sudah guna kuasa veto dia. Nurin tidak puas hati.

Dia harus buat perhitungan.

"Eh, Sarah nak pergi mana?" Nasuha menegur menantunya. Pelik dia melihat Nurin menuruni laju anak tangga dan menonong berjalan tanpa menghiraukannya.

Nurin pusing ke kanan. Tersengih dia memandang mama mentuanya yang berkerut dahi memandangnya.

"Sarah nak pergi jumpa abang, ma. Mama ada nak kirim apa-apa ke? Alang-alang Sarah nak keluar ni" Nurin mendekati ibu mentuanya.

Nasuha mengeleng kepala. "Mama taknak pesan apa-apa. Kamu nak jumpa Zaf tu...bawak kereta sendiri ke? Taknak suruh driver papa hantarkan?"

"Tak perlu mama. Sarah taknak susahkan sesiapa. Lagipun dah lama Sarah tak bawak baby Sarah jalan-jalan. Nanti mogok pula lama-lama duk bawah garaj tu...hehe..." Nurin menyalami tangan Nasuha dan memeluknya.

"Haa, yelah tapi hati-hati. Jangan bawak laju-laju kereta tu"

Nurin mengangguk kecil. Nasuha kembali menonton TV dan sesekali memantau Naufal yang mengikuti kelas pembelajaran melalui kaca TV. Maklumlah, Naufal belum cukup umur tapi mempunyai kelebihan seperti budak berusia 6 tahun.

Dia memakai sandal dan menuju ke garaj kereta. Dia tersenyum senang melihat Myvi miliknya tersadung cantik dan dia membuat pengiraan kali terakhir dia membawa babynya keluar jalan-jalan. Sudah lama sekali dia tidak memandu sejak kejadian itu.

Sambil menunggu memanas enjin kereta, Nurin selfie dan menyiarkan gambarnya di akaun Instagram dan Facebook. Tidak lama seminit dia post, sudah berpuluh komen masuk dan rata-ratanya adalah peminat Zafrael.

Nurin malas mahu melayan komen dan dia segera masuk ke dalam kereta apabila dirasakan enjin keretanya sudah panas. Baru dia mahu menekan minyak, suara jeritan seseorang membatalkan niatnya. Nurin memandang Zafuan yang tersengih-sengih sambil melambai tangan kepadanya.

"Kenapa Paan?"

Nurin membuka tingkap untuk bertanya kepada adik iparnya. Zafuan terus masuk ke dalam kereta kakak iparnya. Dia baru saja pulang dari kelas dan kebetulan melihat Nurin ingin keluar jadi dia cepat-cepat menahan kakak iparnya untuk ikut sama.

"Nak ikut hehe"

Nurin tersenyum. Ingatkan apalah tadi buat cuak dia je. Nurin menaikkan tingkap dan segera mengerakkan keretanya keluar dari perkarangan mansion serba mewah itu.

"Paan tak ada kelas petang ke?"

Nurin membuka perlahan suara radio. Bosan juga kalau tak dengar celoteh DJ Hot FM yang sentiasa menemani dia memandu sebelum-sebelum ini.

"Batal kak. Paan terus balik lepas siap kerja kumpulan tadi pastu nampak akak nak keluar, so Paan join sama. Akak nak gi mana?"

"ZN Group. Nak jumpa along"

Zafuan mengangguk kecil. Dia melihat Nurin memandu dan agak laju dari kelajuan biasa. Cekap dan sesekali Nurin menyelit kereta-kereta lain. Zafuan pula berdebar melihat cara pemanduan Nurin.

Tapi berbeza dengan Nurin, mata dia memandang cermin pandang belakang beberapa kali. Dia melihat sebuah kereta jenis sedan mengikutinya sejak dia keluar dari mansion lagi. Kereta itu membuntiti rapat keretanya dan itu membuatkan Nurin memandu laju. Menyelit sana sini untuk kepastian. Ternyata benar, kereta sedan itu mengikutinya.

"Paan tengok belakang. Kereta tu ikut kita lah dari tadi..." kata Nurin dan dia mula menambah kelajuan.

Zafuan melihat melalui cermin sisi. Memang benar, kereta itu memecut laju apabila Nurin melajukan keretanya. Mereka menyelit dan memotong beberapa kenderaan lain. Hon-hon kuat berbunyi melihat Nurin yang seakan-akan tidak mempedulikan pemandu lain.

"Akak pandu je sampai ZN Group. Paan rasa kereta tu sengaja ikut kita"

Nurin mengangguk kecil. Dalam diam, Zafuan menghantar isyarat kecemasan kepada anak buah papanya. Zafuan tidak akan biarkan Nurin keluar bersendirian tanpa penjagaan yang rapi. Nurin sekarang dalam keadaan bahaya.

Zafuan melihat sebuah SUV hitam menyelit di tengah dan memotong kereta sedan itu. Zafuan tersengih apabila menangkap isyarat dari pemandu SUV hitam itu.

"Eh mana kereta tu?" Nurin tercari-cari kereta sedan yang mengikutinya dan ternyata kereta sedan itu membelok masuk ke satu lorong berlainan.

"Dah pergi kot" Zafuan memilih jawapan selamat. Jika dia bagitahu perkara sebenarnya, mungkin Nurin akan gelabah.

"Fuh, nasib baik. Penat dah kaki tekan minyak dari tadi. Eh jap- halamak! Minyak dah tak ada lah Paan!" Nurin mula gelabah apabila melihat bahagian meter minyaknya berkelip-kelip merah.

Nurin segera membelok masuk ke stesen minyak berdekatan. Nurin menarik nafas lega kerana kebetulan jarak stesen minyak tidak terlalu jauh. Zafuan pula menahan tawa melihat Nurin gelabah macam tu. Comel je kakak ipar dia seorang ni.




















"Zafrael!"

Lelaki berwajah serius itu mengangkat wajahnya. Memandang Nurin yang bercekak pinggang di hadapannya. Dia sudah maklum kedatangan Nurin kerana Zafuan menghantar pesanan kepadanya.

"What?"

Nurin berdecit perlahan. "Buat-buat tanya pulak...dah tahu salah tak nak mengaku. Cuba awak ingat balik, apa awak dah buat sebenarnya hah!"

Zafrael kerut dahi. Buat? Buat apa? Setahu dia, dia tak ada buat apa-apa pun. Zafrael menjatuhkan pen di tangannya. Dia mendongak memandang Nurin yang seakan menanti jawapan darinya.

"Apa?"

Nurin menghela nafas panjang. Tak habis apa-apa.

"Apa? Dear Mr Kutub...saya Nurin Qaisarah tak pernah hantar atau tak pernah ada niat nak letak jawatan saya. Haa, awak nak jawab apa? Jangan cakap awak pun tak tahu kalau tak saya sepak awak..."

Nurin sudah hilang sabar. Suka hati je berhentikan dia. Lepastu buat muka tak bersalah. Habis Nurin nak cekau duit dari mana nak bagi dekat ibu dan adiknya di kampung nanti.

Zafrael tersenyum senget. Kini dia faham. Tapi kejap- Nurin mahu sepak dia. Mak aii, tak sampai seminggu jadi isteri dia dah tunjuk taring nampak.

"Aku email dekat papa. Lepas ni kau tak payah kerja"

"Ish! Mana boleh macam tu. Saya ada tanggungjawah. Ibu dan adik saya perlukan duit tiap-tiap bulan. Awak pula ish! Kan lebih-lebih cakap derhaka pulak" Nurin terduduk di atas kerusi di hadapan suaminya.

Meniup hujung tudung bawal yang tak beberapa nak jadi awningnya. Salah satu sebab mood Nurin agao berangin pada petang itu.

"Tak payah risau. Aku masukkan duit tiap-tiap bulan dalam akaun bank ibu. Lima ribu sebelum. Cukup lah tu untuk Amin dan ibu belanja" balas Zafrael tenang. Dia kembali menyemak laporan.

Nurin sudah membulat matanya. Lima ribu sebulan? Mak aii, lepas ni Puan Ramlah dah boleh ambil gelaran janda kaya. Nurin menepuk kuat meja kerja Zafrael membuatkan lelaki itu terganggu kerana tindakan Nurin.

"Kau nak bantah? Tak cukup lima ribu? Okay aku tambah dua ribu lagi so total tujuh ribu-"

"Awak nak ibu saya jadi rebutan duda kat kampung ke hah! Saya taknak ada bapa tiri tua kerepot lagi. Cukup ibu setia dekat arwah ayah je...lima ribu...hmm...banyak sangat lah awak"

Nurin kembali duduk. Dia merapatkan kerusi dan menopang kedua sikunya di atas meja. Dia memandang Zafrael yang turut memandangnya.

"Duit aku. Kau tak payah risau" balas Zafrael. Dia kembali memandang laporan dan membacanya perlahan.

Nurin mencebik bibirnya. "Memang duit awak. Tapi saya pulak rasa bersalah. Macam saya ni nak kikis duit awak je..."

Zafrael menghela nafas panjang. Nampaknya kerja dia hari ini memang tak boleh diselesaikan dengan kehadiran Nurin. Zafrael segera berdiri dan membetulkan kot di tubuhnya.

"Eh, awak nak gi mana tu?"

Nurin terpinga-pinga melihat suaminya merapikan pakaian. Tanpa berkata apa-apa, Zafrael menarik perlahan tangan Nurin dan mengenggamnya. Nurin pula mengikuti langkah kaki Zafrael yang keluar dari pejabatnya.

Mereka berpapasan dengan Kevin dan Zafuan. Dua lelaki itu tidak mempedulikan pasangan pengantin baru itu. Tujuan Zafuan datang pun memang mahu berjumpa dengan Kevin. Lepas itu, dia mahu berjumpa dengan papanya.

"NURIN!"

Suara seorang gadis yang menjerit memanggil Nurin membuatkan gadis itu dan Zafrael menghentikan langkah. Fatia teruja melihat Nurin yang berjalan berpimpin tangan dengan bos besar mereka.

"Fatia!"

Mereka berpelukkan. Zafrael memandang dua gadis itu dengan wajah datarnya. Perempuan- kalau berjumpa mesti macam tu.

"Rindu gila dekat kau"

"Aku pun. Tapi sayang aku tak kerja dah lepas ni..."

Fatia tersengih-sengih. Mata dia mengerling Zafrael yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Kau dah jadi bini bos. Mana boleh kerja-kerja lagi...nikmati jelah hidup kau jadi mem besar, Nurin..."

"Mana Puteri?"

Fatia memandang Nurin dengan wajah terkejutnya. Gadis itu tidak tahu lagi ke?

"Kau tak tahu ke? Puteri dah berhenti kerja lepas 2 hari kau kahwin. Katanya, dia kena jaga mak dia kat kampung. Mak dia sakit tenat" jelas Fatia.

Nurin menekup mulutnya. "Ya Allah aku tak tahu. Puteri pun tak maklum apa-apa dekat aku"

"Aku pun tak dengar apa-apa cerita dari Puteri. Sejak dia berhenti, dia hilang macam tu je. Tapi, kau ni dah jadi isteri...bila nak honeymoon?" Fatia menjungkit kening dengan riak nakalnya.

Nurin pula sudah termalu. Deheman seseorang menganggu perbualan mereka. Zafrael menunjuk jam di tangannya sebagai isyarat kepada Nurin. Fatia pula awal-awal lagi dah cabut lari kerana risau dimarahi oleh Zafrael.

"Kau nak berbual sampai tahun depan tak apa...tapi jangan suruh aku jadi pak tunggul tunggu kau yang macam makcik bawang tu..."

Nurin membuat muka.

"Mulut saya, sukahati saya lah nak membawang ke apa...ada saya guna mulut awak? Eh lupa- awak mana bercakap. Semua yang keluar dari mulut awak tu menyakitkan hati saya je..."

Zafrael memandang Nurin kecik besar je. Seketika, Zafrael tersenyum penuh makna. Dah pandai menjawab. Makin berani. Okay, kita tengok lepas ni mampukah Nurin berkata macam tu lagi.


















Naufal terkedek-kedek berlari hingga punggungnya yang berlapik pampers bergegar mengikut rentak tuan punya badan. Tidak sabar mahu memasuki mansion Zafrael membuatkan dia terus berlari dalam keadaan berkaki ayam.

"Tuceng! Tuceng!"

Nurin sudah pelik melihat Naufal yang menjerit-jerit memanggil 'Tuceng' di halaman mansion Zafrael. Sedangkan Zafrael memunggah keluar beg bagasi mereka.

Dibantu oleh Zafuan dan tiga orang pengawal Zafrael yang menjaga mansion itu. Tidak lama itu, terdengar satu ngauman cukup kuat memenuhi mansion itu. Membuatkan Nurin sudah cuak dan cemas mendengar ngauman yang bergema tidak jauh darinya.

"Ayong! Tuceng...tuceng akit!" Naufal kembali berlari ke arah mereka. Menarik-narik seluar Zafrael yang baru saja menanggalkan kot di tubuhnya.

Selesai saja mereka makan tengahari, Zafrael terus pulang dan mengemas pakaian mereka untuk dibawa ke mansion mereka. Mama dan papanya tidak menghalang dan hanya memberitahu bawah mereka harus melawat Zafran dan Nasuha setiap hujung minggu.

"Tuceng?" Nurin menyoal hairan. Setahu dia, sejak tadi lagi dia tidak nampak kelibat seekor kucing pun berkeliaran di halaman mansion itu.

Zafrael mendukung Naufal yang sudah memasang wajah sedihnya. Dia memandang Nurin di sebelahnya dengan senyuman penuh makna. Harap gadis itu tidak pengsan.

"Jom kita tengok Tuceng, Opal..."

Sebelah tangan lagi dia merangkul erat pinggang isterinya. Mereka sama-sama berjalan menuju ke halaman belakang. Zafuan juga ikut sama kerana sudah lama dia tidak menjengok haiwan peliharaan abangnya.

"Yow, bro..."

Seorang lelaki berwajah Inggeris menegur mereka dengan santainya. Lelaki itu adalah Aston- si penjaga haiwan-haiwan peliharaan Zafrael merangkap anak buah Zafrael yang selama ini disembunyikan kerana kepintaran Aston dalam mencari maklumat musuh.

"Yong...Tuceng akit...tu..." jari telunjuk kecil Naufal menunjuk ke arah seekor harimau yang meringkuk di dalam kandang besi yang seluar bilik utama. Cukup lengkap.

Nurin sudah ternganga. Jadi suara ngauman yang dengar tadi berasal dari harimau itu. Mati-mati Nurin ingat yang 'Tuceng' dimaksudkan Naufal adalah seekor kucing biasa.

"Tuceng tak sakit lah Opal. Tuceng penat sebab seharian dia jalan-jalan harini. Tuceng nak tidur" Aston menyampuk. Dia mengusap kepala Naufal.

Naufal memandang Aston dengan riak polosnya. "Tuceng oleh tidur ke?"

"Habis tu kalau Tuceng tak tidur macam mana dia nak cari makan?" Jawab Aston sambil menjulingkan mata ke atas. Haiwan pun macam manusia. Ada waktu tidurnya juga.

"Ada! Yong ada ayak makan tuk tuceng..." jawab Naufal laju.

Aston berdecih perlahan. Tak boleh lawan dengan Naufal yang IQ dia sama seperti orang dewasa. Mata dia kemudian jatuh ke arah seorang gadis yang berdiri di sisi Zafrael.

"Your wife?"

Aston memberi isyarat mata ke arah Zafrael. Dibalas anggukkan oleh lelaki itu. Dia menurunkan Naufal ke bawah.

"Mana Zion?"

Aston menekan alat kawalan di tangan dia. Tidak lama itu, kedengaran bunyi besi diangkat lalu bayangan seekor singa jantan melangkah keluar dari kandang kelihatan tidak jauh dari kandang harimau.

"SIMBA!"

Kaki Naufal laju berlari mendapatkan singa itu. Melompat memeluk singa jantan yang kelihatan sangat malas melayan tuan kecilnya. Aston terkekeh melihat Zion yang seakan malas mahu melayan Naufal. Lihat lah, Zion sebaliknya duduk malas di atas rumput itu dan membiarkan Naufal mengusap-ngusap badannya.

Nurin membulat mata melihat reaksi Naufal dan singa itu. Apalagi dia melihat singa itu menganga luas mulutnya tepat di sebelah kepala Naufal.

Zafrael bersiul kecil, lalu Zion berdiri dan bergerak menghampiri tuannya. Singa itu bergesel manja di tubuh tuannya membuatkan Zafrael tertawa kecil. Naufal sudah cemberut.

"Simba ni! Uncle jom ite tengok Deon dan Lora!" Tangan Aston ditarik kasar oleh Naufal membuatkan kaki Aston terpaksa digagahi untuk mengikut langkah kecil Naufal yang menuju ke kandang Cheetah.

"Did you miss me, huh?"

Zion mengaum kecil. Membiarkan Zafrael mengusap-ngusap tubuhnya. Zion paling manja dengan Zafrael kerana Zafrael membela singa itu sejak kecil lagi. Manakala, harimau dan Cheetah itu adalah haiwan peliharaan Naufal dan Zafuan.

Zafrael menarik tangan Nurin membuatkan badan Nurin mengeras apabila melihat renungan singa itu sangat tajam dan menusuk hingga ke hati. Lagi-lagi dia mendengar suara ngauman singa itu seakan menahan diri dari menerkamnya.

"Sini, aku kenalkan kau pada Zion..."

Nurin mengeleng kaku. Kaki dia tidak bergerak dari tempatnya berdiri. Buatnya dia jadi bahan makanan singa itu tidak haru namanya. Zafuan pula menahan tawa melihat wajah Nurin yang pucat tidak berdarah itu.

"Zion baik. Dia tahu siapa musuh siapa tuan dia..." ucap Zafrael dan menyentak kuat tangan Nurin membuatkan gadis itu terjerit kecil apabila dia jatuh ke dalam pelukkan Zafrael.

Zafrael tersenyum kecil. Singa jantan itu segera mendekati Nurin dan mengesel manja kepalanya di tubuh Nurin seakan meminta Nurin mengusap kepala. Dengan tangan terketar-ketar, Nurin mengusap kepala singa itu.

"Look, Zion tak makan kau...rileks je..."

Tidak lama itu, senyuman Nurin ternaik sedikit melihat singa itu duduk di hadapannya. Ekor singa itu bergoyang kecil menandakan dia dalam keadaan tenang.

TAK!

"Auch!"

Nurin memegang punggung tangannya. Terasa perit dan sakit kerana dihentak oleh benda keras. Zafrael pula melepaskan keluhan melihat wajah masam Naufal.

"Simba atal! Amik atak atik Opal!" Ucapnya penuh rasa kesal. Dia menarik-narik kedua kaki Zion berharap Zion menjauhi kakak cantiknya.

Aston pula mengeleng kepala melihat ragam Naufal yang sangat cemburu dengan Zion.

"Eii ayong! Olong lah Opal arik Simba!"

Zafrael menekup telinganya apabila Naufal sudah menjerit-jerit. Zion pula tidak bergerak dan membiarkan saja Naufal menarik-narik kakinya berharap Zion bergerak menjauhi Nurin dengan tarikannya.

"Atak atik angan kawan Simba! Kawan ngan Opal je..." Naufal sudah kelelahan dan membiarkan Zion duduk disitu.

Naufal pula memeluk Nurin yang mencangkung bersebelahan Zafrael. Riak dia masih masam. Menjeling tajam ke arah Zion umpama Zion bakal merampas kakak cantiknya.

"Atak atik milik Opal!"

Cup!

Mata Nurin melebar menerima kucupan di pipinya dari Naufal. Zafrael pula memandang Naufal kecik besar saja. Nasib baik, Naufal adiknya. Kalau tak, dah lama dia humban Naufal dalam kandang harimaunya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro