▪︎🌹- 52▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aston memasuki bilik kerja Zafrael dan membawa satu fail untuk diberikan kepada ketuanya. Sampai di depan pintu bilik kerja Zafrael, dia terus menerobos masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu. Aston tersengih sendiri melihat renungan tajam Zafrael yang berdiri sambil bersandar di cermin kaca biliknya.

Zafrael kembali memusingkan badannya menghadap halaman mansionnya yang luas itu. Walaupun hanya cahaya yang tidak terlalu terang, dia masih melihat bayangan anak-anak buahnya yang berjaga pada malam itu.

"Nah benda yang kau mintak dengan aku haritu"

Aston melempar fail nipis itu di atas meja kayu Zafrael. Dia menarik kerusi lalu terus duduk tanpa meminta izin dari Zafrael. Kedua kakinya diangkat ke atas meja kerja Zafrael sambil menyelesakan kedudukannya.

Zafrael menapak perlahan menghampiri meja kerjanya. Mengambil fail yang diberikan oleh Aston. Dia membuka fail itu dan membaca penuh teliti.

NAME: ANGEL
AGE: 26
CLAN: -

PSIKO, SPLIT, BIPOLAR

;KILL

Zafrael mengangguk kecil. Dia mengambil sekeping gambar yang juga diselit sama di lampiran kedua. Dia melihat beberapa foto mangsa yang dibunuh dengan kejamnya. Bagi orang lain, memang ngeri melihat semua mangsa pembunuhan itu. Bagi Zafrael pula itu benda biasa yang sering dia lihat sebelum ini.

Lampiran seterusnya merupakan beberapa gambar perempuan berambut perang berombak dan juga orang kanan perempuan itu. Zafrael meletakkan fail itu dan memandang Aston meminta penjelasan dari lelaki itu.

"Angel, aku tak tahu siapa dia tapi dia erm- psiko..." Aston nenggaru keningnya.

"Dia suka bunuh orang yang suka buat onar dengan dia. Lagi-lagi orang yang dengan orang yang dia cinta. Lampiran akhir, kalau kau tengok kau sendiri terkejut"

Zafrael segera menyelak helaian terakhir. Mata dia membuntang luas melihat beberapa foto lelaki yang wajahnya hampir sama dengannya. Jika dari hadapan, kelihatan perbezaan antara mereka.

"Yow! Korang bincang apa ni tak ajak aku..."

Zafrael dan Aston mendongak. Mereka sama-sama mengeluh melihat kehadiran Lucca yang tidak tepat pada masanya. Lucca dengan perasaan ingin tahu merampas fail itu dari tangan Zafrael.

Dia duduk menyendeng di pinggir meja kerja Zafrael.

"What the- kembar yang terbuang ke ni?!"

Lucca menjerit kecil. Cepat-cepat dia meletakkan helaian kertas itu di sebelah wajah Zafrael. Dia masih tidak percaya lagi dengan kembar Zafrael yang baru diketahui itu.

PLAK!

Zafrael menghempuk kuat kepala Lucca hingga membuatkan lelaki itu berdecih sakit. Zafrael memasukkan kembali helaian kertas itu ke dalam fail tadi dan menutupnya kasar.

"Kembar dari neraka agaknya..." gumam Aston perlahan.

Siapa yang malang sangat jadi kembar Zafrael itu. Aston berharap yang kembar Zafrael itu merelakan diri diakui sebagai anak terbuang.

"Apa kau cakap?!"

Zafrael mencerlung tajam memandang Aston. Terasa sayup-sayup dia dengar suara lelaki itu.

Aston menarik senyuman. Kepala digeleng laju. "Mana ada! Kau salah dengar kot" dalihnya dengan senyuman dibuat-buat.

Lucca pula menarik senyuman sinis. Tadi macam berani sangat. Bila kena soal balik, tahu pulak takut. Lucca mengejek dalam hati.

"Apa perempuan tu nak dengan kau?"

"Isteri aku" jawab Zafrael laju. Dia duduk di atas kerusinya sambil menghirup kopi yang masih berbaki di dalam gelasnya.

Lucca dan Aston mengangguk kecil. Faham- perempuan itu mahukan Nurin untuk dijadikan mainan yang seterusnya kemudian dibunuh dengan sadisnya.

"Apa yang aku dapat- perempuan tu anggap kau tunangnya sebab muka kau dengan bekas tunang dia tu sama. Lagi satu, sebelum mereka bertunang perempuan tu memang dah sakit' maksud aku psiko. Dia dan lelaki tu berkenalan di hospital"

Aston menurunkan kakinya ke bawah. Kini, dia mulai serius dan tidak main-main seperti tadi.

"Adib- nama lelaki tu. Mereka berkawan sebab Adib merupakan doktor yang merawat Angel. Lama-lama mereka bercinta dan bertunang. Tapi 6 tahun lepas, Adib terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Angel tak terima kematian Adib dan terus anggap Adib masih hidup sampai sekarang"

"Jadi kat sini- Angel nakkan Zaf sebab dia anggap Zaf tu tunang dia si Adib tu?" Lucca menunjuk wajah Zafrael yang seakan hanyut dalam pemikirannya.

Aston mengangguk kecil.

"Aku dah siasat. Pembunuhan Adib dirancang- kes pembunuhan Adib pun ditutup oleh pihak polis. Jadi- pihak polis dah tak amik kes ni dan sampai situ je. Tapi ada satu yang aku pelik..."

Lucca makin tidak sabar. Dia tertanya-tanya kenapa Angel perlu libatkan Nurin dalam hal ini sedangkan ini antara Zafrael dan Angel.

"Apa?"

"Mayat Adib sampai sekarang polis tak jumpa. Pembunuhan tu berlaku di rumah sewa Adib di Kampung Air. Apa aku siasat dari penduduk kat sana, Adib tinggal sorang diri. Tak ada sauduara mara. Tapi mereka tahu Adib ada tunang. Masa kejadian tu- ada lima orang lelaki masuk rumah sewa dia..."

"Ni apa penduduk kat sana nampak sebelum mereka repot polis. Lepas tu, mereka dengar ada bunyi tembakan dan suara orang menjerit. Lepastu- diam sampai polis datang"

Lucca mengurut dagunya. "Kau nak cakap ni bukan kes rompakkan tapi kes bunuh?"

Aston angguk. "Haah. Sebab masa pihak polis datang ada dua mayat lelaki je dalam rumah tu. Sedangkan yang pecah masuk rumah masa tu ada lima orang. Ni dia..."

Aston membuka helaian tengah dalam fail yang dibawanya tadi dan ditunjukkan kepada Zafrael dan Lucca. Wajah lima orang lelaki yang disyaki pecah masuk rumah Adib.

"Yang terbunuh sekali dengan Adib, lelaki ni..."

Jari telunjuk Aston menunjuk ke wajah seorang lelaki di bawah sekali di bahagian belah kanan. Seorang lelaki muda dan memiliki wajah sedikit cengkung dari lelaki lain.

"Mayat lelaki ni dan Adib ditoreh dengan pisau dan pihak polis tak boleh nak buat pengecaman sebab wajah dorang luka teruk dan hanya ambik dari sampel darah dan siasatan forensik"

Zafrael mengangguk. Kini dia sudah faham tujuan sebenar Angel.

"Jadi, Angel anggap Nurin musuh dia sebab rampas Zaf dari dia dan Adib yang dah mati ni...dia anggap Adib tu adalah Zaf..."

"Walaupun agak memeningkan. Tapi aku buat-buat faham je lah..." Lucca berkata perlahan.

Membuatkan Aston ingin saja sepak Lucca balik semula ke Itali dan tidak menyusahkan dia disini.

"Angel...Adib..."

Zafrael mengetuk jarinya di atas meja. Menghadam setiap kronologi yang diceritakan oleh Aston dan mengabungkannya menjadi satu cerita yang lengkap. Zafrael sangat ingin tahu siapakah Angel yang sebenarnya.

"Tak sia-sia kau jadi anggota polis dulu..." Lucca memuji Aston atau lebih tepat lagi mengejek lelaki itu.

Aston menjeling Lucca yang tidak habis-habis mahu mencari gaduh dengannya.

"Bekas..." jawab Aston sedikit dingin.

Dia keluar dari polis pun sebab dia tidak berminat untuk bekerja lagi. Lebih baik dia bekerja di bawah Zafrael dan dia bebas melakukan semahunya tanpa perlu terikat dengan peraturan yang membuatkan Aston boleh gila sebab tak dapat pecahkan setiap teka teki kes pembunuhan.

"Yes, you are Inpektor Aston"

TTAK!

"Aduh! Sakit anak haram!" Lucca mengosok dahinya yang dijentik oleh Aston.


















"Angel..."

Perempuan berambut perang itu menoleh memandang lelaki berhoodie itu. Dia meletakkan gelas minumannya di atas meja kaca. Menapak perlahan menghampiri orang kanannya untuk mendengar hasil siasatan lelaki itu.

"Dia dah pindah mansion utama"

Perempuan itu mengangguk kecil. Jika target dia sudah berpindah, maka Angel makin susah untuk gapai targetnya kerana penjagaan ketat. Angel duduk di atas sofa sambil menyilang kakinya.

"Tch- perempuan tu makin liat aku nak bunuh. Makin susah aku nak dapatkan tunang aku!"

Lelaki itu diam. Mata dia merenung satu foto lelaki dan seorang gadis sambil berpandangan di pesisiran pantai. Gambar yang sangat indah dan cantik terletak di tengah ruang bilik kerja ketuanya.

"Tak apa, kau jangan buat apa-apa lagi. Tunggu arahan dari aku. Bila dah ready, aku nak kau culik perempuan tu- bawa dia ke tempat aku!"

Lelaki itu membungkuk badan dan melangkah mengundur ke belakang. "Baik Angel"

Dia terus beredar tanpa berkata apa-apa lagi. Mata Angel tunak memandang gambarnya dan Adib yang diambil semasa percutian mereka kali pertama di Pulau Tioman. Kejadian itu hampir enam tahun berlalu.

Kenangan dia dan Adib masih singgah di kepalanya. Angel sangat-sangat mencintai Adib- kerana Adib satu-satunya lelaki yang menerima dirinya. Mencintai dirinya dengan tulus dan tidak melemparkan pandangan hina dan jijik.

Angel sangat menyayangi Adib hingga membuatkan Angel sanggup menunggu Adib kembali kepadanya.

"Adib- I masih cintakan you. I akan tunggu you kembali kepada I dan kita sama-sama bina keluarga kita. Make our dream come true..."

Angel tertawa kecil. Kaki panjang dia melangkah menghampiri gambar itu dan mengusap gambar Adib dari luar kaca bingkai. Airmata jatuh di pipi mulusnya.

"I know you still alive...we keep our promise. I nak tuntut janji you, Adib. Janji yang you akan hidup selamanya dengan I dan tak akan tinggalkan I. Hanya kita berdua...tak ada sesiapa...hanya ada you dan I je..."

Angel menghela nafas. Tidak lama itu tawa besarnya pecah dan dia tertawa sambil menepuk-nepuk tangannya. Angel tersenyum lebar dan menjilat bibir bawahnya dengan sisa tawa yang masih ada.

"I akan hapuskan semua orang yang halang cinta kita. I hapuskan mereka- I akan bunuh orang-orang di sekeliling you!"

















Seorang lelaki duduk di hadapan cermin sambil mengusap bibirnya yang kering menggunakan ibu jari. Dia berdecih- melebarkan kedua kaki dan kedua belah sikunya bertongkat di atas kepala lutut. Perlahan- dia membuka topeng palsu yang selama ini dia pakai dan menutup wajah aslinya.

Dia memejam mata sesaat sebelum menatap wajah aslinya di cermin kecil itu. Satu senyuman terbentuk di bibirnya. Topeng muka miliknya diletakkan di atas meja kopi dan bersebelahan dengan cermin itu.

Tangan dia mula bergerak- mencuci wajahnya dari sisa bahan pelekat dan solekkan yang selama ini dia guna untuk menutup wajah aslinya. Selama ini- dia hidup bergantung pada topeng itu dan dia berjaya membutakan mata orang sekelilingnya.

Selesai mencuci muka- dia tersenyum kecil melihat wajah aslinya. Jari dia naik menyentuh kesan parut torehan di sekitar wajahnya. Kesan torehan yang amat mengerikan dan ditutup menggunakan mekap hasil tangannya sendiri.

"Welcome back, Adib..."

Suara garau serak basah kedengaran. Bukan saja wajah dia berjaya palsukan, tetapi suaranya juga. Tidak sia-sia dia hilangkan diri selama ini. Menyamar dan memerhati orang-orang di sekelilingnya.

Adib- lelaki itu merupakan doktor psikologi membuatkan dia pakar bermain psikologi orang-orang disekelilingnya membuatkan mereka percaya bahawa dia sudah mati. Sedangkan, selama ini Adib cukup pandai bersembunyi dan mengikuti permainan musuhnya.

Mata hitam kelam itu jatuh ke satu gambar-

Gambar dimana ada dua orang lelaki yang saling tersenyum dan merangkul bahu antara satu sama lain. Rupa mereka yang seiras dan suara yang sama membuatkan orang tidak dapat membezakan mereka berdua.

"Maafkan aku sebab gunakan nama kau selama ni. Tapi aku janji, lepas semuanya terbalas- aku akan kembali kepada Adib yang asal. Aku akan tuntut kematian kau- abang..."

Adib mengusap gambar abang kembarnya. Kejadian pembunuhan itu masih tergambar jelas dan membuatkan Adib dalam diam bergerak memerhati musuh dari jauh dan menyamar sebagai seorang doktor psikologi.

Adik tidak menyesal kerana dia harus menuntut kematian abang kembarnya yang mati dalam pembunuhan yang cukup sadis.

"Abang...aku harap keputusan aku kali ini betul. Aku akan buktikan semuanya dan buat mereka melutut di kaki aku...aku akan buat dia mengaku semuanya dan aku akan bunuh dia sama seperti dia bunuh kau dulu!"

Mata dia berkilat penuh dendam. Adib menangis sambil memeluk bingkai gambar itu. Sungguh, Adib tidak kuat untuk hadapinya seorang diri tapi dia perlu kuat untuk dendamnya.




























Tadaaa...

HARAP LEPASNI-

SEDIAKAN MENTAL ANDA...

SEBAB LEPASNI-

ADA BANYAK LAGI KEJUTAN 🤡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro