▪︎🌹- 59▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kakak..."

Nurin menunduk ke bawah apabila terasa hujung seluarnya ditarik oleh seseorang. Dia tersenyum melihat Naufal yang tengah memandangnya tidak berkelip di bawah sana.

"Ukung!"

Naufal tersenyum lebar. Kedua tangan diangkat tinggi meminta Nurin untuk mendukungnya. Nurin tersenyum dan segera mendukung tubuh kecil Naufal.

"Eh?" Nurin tercengang. Terkebil-kebil mata dia memandang Naufal yang selamat di dukung oleh Zafrael.

Naufal dikepit di tepi pinggangnya. Naufal sudah masam apabila dikendong oleh Zafrael. Tubuh kecil Naufal di dudukkan di atas meja kerjanya.

"Macam mana kau boleh terlepas dekat sini?"

Zafrael bercekak pinggang. Tajam mata dia memandang Naufal yang berani menentang pandangan tajam dia. Zafrael yang berada di bilik meeting bergegaskan meninggalkan meeting nya dan menyuruh Kevin menyelesaikannya. Mama dia menelefon dia dan memberitahu yang Naufal hilang.

Tanpa bertangguh, Zafrael segera menghubungi Jai. Pengawal peribadi Naufal. Ternyata dugaan dia betul. Naufal senyap-senyap menyusup keluar dari pengawasan mama dan papa dia dan datang ke ZN Group bersama Jai semata-mata mahu berjumpa dengan Nurin.

"Hmph! Cibuk je ayong ni!"

Plak! Naufal menjerit kuat apabila kepala dia dihempuk oleh Zafrael. Naufal mencebik bibir. Bukannya takut tapi dia berani melawan.

"Ayong derhaka!"

Membesar mata Zafrael mendengar kata-kata dari adiknya. "Eh kau! Kecik besar je aku tengok kau sekarang ni!"

Ingin dia mencekik Naufal. Nakal!

Naufal melompat turun dari meja. Berlari menyorok di belakang Nurin. Lidah dia dijelir kepada Zafrael.

"Aku potong lidah kau kan!" Ugut Zafrael. Dia duduk di atas kerusi miliknya sambil melonggarkan tali leher.

Krek! Pintu biliknya terbuka lebar. Zafran masuk bersama Jai. Zafran memandang Naufal yang menyorok ketakutan di belakang Nurin. Dengan Zafrael dia masih berani lagi melawan. Tapi dengan Zafran, Naufal akan jadi budak baik.

"Zyan Naufal!"

Terjengul kepala Naufal di balik peha Nurin. Terkedip-kedip mata dia memandang Zafran. Seakan tidak bersalah saja. Zafran bercekak pinggang.

"Sini!"

Naufal mengeleng kepala laju. Kedua tangan dia mengenggam erat seluar Nurin. Sedangkan Nurin pula susah payah menahan seluar dari terlondeh kerana tarikkan Naufal yang boleh tahan kuat.

Nurin memandang Zafrael. Mimik muka kesian ditunjuknya. Meminta pertolongan Zafrael supaya terlepas dari Naufal. Mahu terlondeh juga seluar palazzo yang dipakai Nurin.

"AMAU!" Naufal menjerit kuat.

Terpejam mata Zafran dan Zafrael mendengar jeritan nyaring Naufal. Berdegung telinga.

"Amau! Amau! Amau!" Naufal menghentak-hentak kakinya. Mata dia tajam merenung Zafran.

Zafrael menghela nafas. Susah betul dapat adik nakal macam Naufal. Segera dia bangun dan menghampiri isterinya. Dengan sekali sentakkan, tubuh Nurin jatuh dalam dakapan dia.

Naufal yang melihat Nurin tidak lagi melindungi dia segera berlari. Zafran segera mengejar Naufal di dalam bilik itu. Menggunakan segala kudrat yang dia ada, tubuh kecil Naufal dapat ditangkapnya. Naufal dikepit di celah pinggang dia.

"Padan muka!" Ejek Zafrael. Puas melihat wajah sengsara Naufal.

Naufal menjeling Zafrael. "Ayong jahat!" Jerit Naufal.

Zafran segera menekup mulut anaknya. Mahu cair tahi telinga dia mendengar jeritan Naufal. Zafran memandang anak dan menantunya.

"Papa balik dulu. Zaf jangan lupa pesanan papa"

Zafrael mengangguk kecil. Dia tak akan lupa. Naufal meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Nak tatak antik! Tatak antik!"

"Nak papa kurung bawah tanah?"

Naufal terus diam. Tidak bergerak brutal seperti tadi. Wajah dia terus bertukar merah. Airmata sudah penuh di tubir mata. Zafran tersenyum sinis.

"Diam pun..."

Jai mengeleng kepala. Dia cukup kenal Naufal. Sekejap lagi akan terdengar satu laungan cukup kuat dari Naufal. Percayalah.

"HUAWAAAAAA..."

"PAPA JAHAT!"

"OPAL EPOT POLIH!"

Zafran pasrah. Menadah telinga dia mendengar teriakan serta tangisan anaknya. Dia keluar dari bilik Zafrael bersama Jai. Naufal memukul-mukul badan Zafran. Yang semestinya, Zafran tidak akan merasakan sakit walau sikit pun.

Nurin ternganga. Pertama kali dia melihat tantrum Naufal.

"Tutup mulut tu..."

Nurin segera menutup mulutnya. Zafrael mengeleng kepala melihat tingkah isterinya. Dia bersandar di meja kerja.

"Awak dah habis ke meeting?" Nurin memandang suaminya.

Zafrael mengangguk. Jam di pergelangan tangan di lihatnya sekilas. Pukul 11.25 tengahari. Masih ada masa untuk dia memeriksa report dan melihat fail-fail yang dihantar Kevin sebelum lunch.

"Kalau Opal datang jumpa kau cepat-cepat bagitahu aku. Budak tu memang suka lari rumah"

Nurin menggaru keningnya.

"Jangan percaya muka comel Naufal. Dari dulu dia suka lari rumah dan Jai terpaksa cari dia. Opal memang suka buat masalah. Entah betul ke tak dia adik aku..."

Zafrael mengambil sebuah fail. Membeleknya dan tak lupa pen di tangan kanannya. Dia menyemak dan membaca sambil bersandar di meja kerjanya.

"Habis tu takkan papa awak culik dia dari rumah anak yatim pulak..." balas Nurin sarkastik.

Mata dijuling ke atas. Sah-sah Naufal adik Zafrael. Lihat saja muka Naufal yang sebiji macam Zafrael waktu kecil. Hanya saja mata Naufal sedikit sepet dari Zafrael.

"Kau tak tahu ke?"

Nurin yang duduk di atas sofa mendongak memandang suaminya. Apa pulak kali ini?

"Tahu apa? Awak jangan macam-macam erk!" Nurin seakan dapat meneka sesuatu yang akan dilontarkan oleh Zafrael.

"Aku tak cakap apa-apa lagi. Kau dah menyalak"

Dush! Sebijik bantal hampir saja mendarat di muka Zafrael. Mujur saja Zafrael cepat mengelek dan ketawa lepas melihat muka bengang Nurin.

"Awak ingat saya ni binatang ke hah!" Nurin sudah menyinga. Ada juga nanti yang jadi duda tiba-tiba.

"Ada lah iras-iras singa betina"

Pak! Zafrael mengaduh sakit. Dahi dia digosok laju. Nurin tersenyum puas. Tepat sekali sasaran mendarat. Nurin meniup-niup jarinya.

Zafrael melihat pen yang bergolek dihujung kasutnya. Dia memandang Nurin yang tersenyum-senyum sendiri. Nasib dapat isteri suka melawan. Memang betul-betul singa betina.

"Haa, apa awak nak bagitahu?"

Zafrael mencebik bibir. Tadi marah sekarang normal balik. Perempuan-perempuan...

"Pasal Naufal..."

"Kenapa dengan dia?" Nurin seakan tertarik ingin mendengar. Zafrael senyum penuh makna. Dia menutup fail dan meletak kembali di atas meja kerja dia.

"Mama tak bagitahu kau ke?"

Dahi Nurin makin berkerut. Kepala dia mengeleng laju. Zafrael mendekati isterinya. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Badan dibungkuk menyamai ketinggian isterinya.

"Sebenarnya Naufal tu..." dia berjeda.

Nurin pula makin tak sabar mahu tahu.

"Naufal apa? Eii cepatlah..." gesa Nurin. Kaki dia dihentak kecil.

Zafrael tersenyum melihat tingkah comel isterinya.

Limited betul kalau dapat isteri macam Nurin Qaisara ni.

Seribu dalam sejuta.

Eh- satu dalam sejuta!

Zafrael terangguk-angguk sendiri. Tanpa dia sedar, gelagat dia menjadi perhatian Nurin.

Haa sudah, dah gila ke laki aku?

Nurin mula berasa takut. Zyan nak keluar dari badan Zafrael ke? Dia harus berwaspada. Kalau Zyan keluar- Nurin orang pertama akan terjun bangunan.

Oh tak- Nurin orang pertama yang akan mencicit berlari ketakutan.

"Awak gila ke? Terangguk-angguk macam burung belatuk..."

Zafrael tersedar. Tak sangka pula dia terangguk betul-betul. Zafrael kembali membuat wajah serius.

"Naufal sebenarnya papa..."

"Sebenarnya-sebenarnya...awak nak cakap apa sebenarnya? Penat dah saya dengar..." pintas Nurin laju.

Zafrael menghela nafas.

"Naufal tu anak pungut. Papa ambil dia tepi tong sampah. Papa kesian dia bawa balik. Hmm tu je aku nak bagitahu kau..." Zafrael tersengih.

Nurin mengetap gigi.

Plak! Terteleng kepala Zafrael menerima tamparan dari Nurin. Pada masa yang sama, Kevin terkaku di muka pintu melihat Zafrael yang ditampar oleh isterinya sendiri.

"Huh! Buang masa saya layan awak!" Nurin terus keluar dari bilik suaminya. Makin lama makin membara hati dia.

Zafrael pula memegang pipi kanan dia.

Masih terasa kebas.

"Ah-err...aku blah dulu" Kevin kembali tutup pintu. Tak jadi mahu berjunpa dengan Zafrael.

Kevin tak mahu martabat Zafrael sebagai ketua mafia jatuh kerana adegan dia di tampar oleh Nurin dilihat olehnya. Kevin lebih baik angkat kaki sebelum dia menjadi mangsa Zafrael.

Zafrael pula mendengus kasar. Tak memasal dia dapat dua hadiah dari Nurin pada hari yang sama.





















Zafuan ketawa melihat Naufal yang terikat di kerusi budaknya. Cemberut muka Naufal apabila kaki dan tangan dia diikat umpama dia tahanan yang menunggu masa untuk disiksa. Alisa pula tidak mensia-siakan peluang itu dan merakam momen itu untuk ditunjukkan kepada Naufal bila budak tu besar nanti.

"Alololo...cuba senyum sikit..." kedua pipi Naufal ditarik oleh Zafuan. Tawa dia makin kuat melihat wajah Naufal makin masam.

Pasti angkara papa dia.

Tahu sangat Naufal yang suka lari rumah.

"Haa tu lah nakal lagi! Kan dah kena ikat. Pada muka kau" ejek Zafuan dan menjelirkan lidahnya.

Naufal pula buat tak dengar dan mata dia fokus menonton cerita Upin Ipin di iPhone mamanya. Nur Nasuha yang kesian melihat Naufal yang terikat dan tak boleh bergerak kemana-mana memberikan telefonnya untuk Naufal menonton animasi kartun.

"Potong kaki tu kan..."

Naufal mendongak memandang Zafuan.

"Diam Paan!"

Automatik Zafuan terdiam. Kali ini, Alisa tergelak besar melihat wajah tercengang kembarnya. Kamera telefon segera di alihkan ke wajah Zafuan.

"Hahahahaha...kesian kau kena sound dengan budak kecik. Terdiam kau..." Alisa asyik mengetawakan Zafuan.

Zafran yang baru saja selesai mandi dan menukar pakaian tersenyum melihat anak kembarnya yang sudah berada di ruang tamu. Zafran mendekati Naufal dan membuka ikatan kaki dan tangan Naufal.

"Macih papa..." Naufal senyum lebar. Melihat Zafran duduk di atas sofa, Naufal pun ikut sama.

Duduk di atas pangkuan Zafran dan bersandar selesa di dada Zafran. Telefon masih di tangan.

"Lepas ni tak nak lari rumah dah"

Naufal mengangguk laju. "Amau. Nanti papa itat Opal".

Zafran tersenyum kecil. Mengucup pipi Naufal penuh sayang. Bukan dia ikat kuat-kuat pun. Dia ikat pun menggunakan tudung bawal milik isterinya. Hanya ikat simpul biasa saja.

"Kalau Opal lari lagi, mama suruh papa letak Opal tidur bawah tanah"

Naufal segera mengeleng laju. Telefon mamanya dicampak ke atas karpet. Memeluk erat leher Zafran.

"Amau! Ucuk!" Jeritnya kuat.

Zafuan dan Alisa menutup telinga mereka. Naufal kalau jerit, memang tak tengok kiri kanan.

Nur Nasuha tersenyum lebar. Dia menunduk dan mengambil kembali telefonnya. Diletakkan di atas meja kopi. Dia duduk di sebelah suaminya. Zafuan dan Alisa duduk di sofa seberang. Tak lama itu, seorang bibik datang menghidangkan hidangan petang untuk mereka sekeluarga.

"Pa...pa...nak picu...picu..." Naufal menepuk-nepuk pipi Zafran.

Zafran mengeleng kepala. "No! Tak boleh!"

Naufal memasamkan wajahnya. Dia duduk tidak menghadap Zafuan dab memeluk tubuh. Tapi tak lama itu, mata dia kembali bersinar-sinar melihat sepucuk Dessert Eagle warna silver keemasan di meja kopi.

"Paan..." Nur Nasuha menegur anak ketiganya sedikit tegas.

"Jangan risau ma, tu pistol mainan yang Paan tempah dari Mexico dua bulan lepas. Paan memang nak bagi Opal pistol mainan tu. Nampak macam betul, tapi bahan dia dari logam biasa dan peluru kapas"

Nur Nasuha bernafas lega. Zafran mengambil Dessert Eagle mainan itu dan memberikan kepada Naufal. Memang betul. Pistol itu agak ringan dari Dessert Eagle miliknya. Hanya rekaan dia saja seperti Dessert Eagle yang original.

"Duit siapa beli benda ni?"

Zafuan tersengih. "Duit papa. Alah papa dengan anak sendiri pun berkira ke?"

Zafran sudah agak. Patut lah dua bulan lepas dia melihat satu transaksi duit dalam jumlah cukup besar dari akaun banknya. Ternyata, Zafuan orangnya.

"Berapa kamu tempah mainan tu?"

"Tak mahal pun mama. Tiga puluh lima ribu je..."

Huk! Huk!

Alisa dan Nur Nasuha tersedak serentak.

Tak mahal?

Nur Nasuha mengeleng kepala. Dia memandang reaksi suaminya. Ternyata Zafran hanya tenang mendengar jumlah yang dikeluarkan Zafuan untuk membeli Dessert Eagle mainan itu.

"Banyak tu Paan. Suka sangat membazir..."

"Halah mama. Duit papa berlambak lagi dalam bank. Kalau Paan tak guna siapa nak guna kan? Kira okay lah tu Paan guna untuk beli benda berfaedah..."

Zafuan tersenyum sendiri. Tak sia-sia dia menghabiskan wang Zafran. Bukan senang dia nak dapatkan kad bank milik Papa dia walaupun dia sendiri mempunyai black card sendiri.

Sama seperti Zafrael, mamanya, Alisa dan Naufal.

Masing-masing ada black card sendiri.

Zafran juga mempunyai syarikat pembuatan senjata di United States dan di pantau oleh Zafrael dan Zafran sekali sekala. Syarikat senjata berlesen yang dimiliki sepenuhnya oleh Zafran.

Naufal pula sudah berlari-lari menembak pistol mainan miliknya. Hanya asap tipis yang keluar dan bebola kapas kecil yang mempunyai kelajuan sederhana jatuh berteraburan di atas lantai.

Naufal sangat suka dengan senjata baru miliknya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro