▪︎🌹- 60▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zafran memaut kemas pinggang Nurin. Cahaya-cahaya dari kamera yang memotret gambar mereka berdua berkilauan. Zafrael menghadiri satu majlis amal yang diadakan oleh salah satu rakan niaganya. Nurin pada malam itu nampak cantik dan sepadan apabila bergandingan bersebelahan Zafran yang segak.

Ryu dan juga Laura menghadiri majlis itu. Laura tersenyum lebar melihat pancuran coklat di meja buffet. Kecur air liur melihat lelehan coklat pekat dan manis.

"Behave Laura!" Tegur Ryu sedikit tegas. Tergeleng kepala dia melihat tingkah Laura yang luar biasa.

Laura tersengih. "Hehe...I is tak sabar nak makan coklat..." ujarnya dan tersenyum-senyum sendiri.

Ryu mula berasa kesal. Ini padahnya jika mengajak Laura ke suatu majlis bersamanya. Laura akan memikirkan perutnya berbanding majlis. Apa yang penting, perut dia menerima pelbagai makanan percuma.

Zafrael dan Ryu duduk di meja yang sama. Paling hadapan dan bersebelahan pentas. Di atas meja terhidang manisan dan gelas minuman. Majlis amal pada malam itu merupakan majlis amal untuk anak-anak yatim.

"Tuan Zafrael. Tuan Ryu..."

Seorang lelaki bersut putih datang bersama isterinya menghampiri meja itu. Pasangan itu nampak ramah dan mesra.

"Datuk Mokhtar...terima kasih atas jemputan malam ni" ucap Zafrael dan berdiri menyambut huluran tangan rakan perniagaannya.

"Sama-sama Tuan Zafrael. Malam ini malam kita raikan anak-anak yatim dan sedikit acara bidaan pakaian yang akan diperagakan oleh model. Hasil dari bidaan itu akan kita sumbangkan sepenuhnya kepada semua rumah anak-anak yatim di sini..."

Zafrael tereenyum kagum. Tidak salah jika Datuk Mokhtar bergelar jutawan. Lelaki tua itu sangat berhati mulia dan suka meraikan anak-anak yatim setiap tahun.

"Tuan Ryu...thanks for your attending tonight" Datuk Mokthar memandang Ryu yang duduk di sebelah Zafrael.

"My pleasure Datuk. Tonight it will be great for our childrens" Ryu menjawab sopan. Tersenyum manis kepada Datuk Mokhtar.

Datuk Mokhtar dan isterinya duduk di meja seberang mereka. Majlis akan bermula sekitar 10 minit lagi. Pentas peragaan juga dihiasi cantik dan tema pada malam ini ada arabian.

Di belakang pentas, Alisa memejam matanya. Membiarkan jurusolek wanita menyolek wajahnya untuk penampilan dia pada malam ini. Alisa menawarkan diri tanpa bayaran untuk memperagakan pakaian rekaan dari butik isteri Datuk Mokhtar sendiri.

Selesai bersolek, Alisa dipakaian tudung dan crown bunga di atas kepala. Dia mengenakan abaya berwarna peach dan ditaburi berlian. Alisa tersenyum melihat pantulan dirinya di cermin.

Di sudut lain, Rossa menatap Alisa penuh rasa benci. Dia iri melihat Alisa yang mengenakan pakaian paling mahal pada malam itu. Sedangkan dia hanya mengenakan jubah kosong dan dilapiri berlian kecil di hujung lengan.

"Tak guna! Asal dia je nampak cantik! Perempuan tak sedar diri..." dengus Rossa. Dia duduk di atas kerusi dan menyilang kaki.

Wajah dia nampak bengang. Hingga membuatkan model-model lain menatap Rossa dengan pandangan menyampah mereka.

"Diam lah Rossa! Kau merosakkan suasana kami malam ni! Kau tu dah lah mengandung, patutnya perangai tu jaga sikit! Lagi pun malam ni kita bukan buat modeling macam biasa. Payment kita seikhlas yang dibayar Puan Jeni"

Seorang model bersuara. Kesal melihat Rossa yang membentak sejak tadi hingga menganggu fokus mereka. Puan Jeni pula merupakan isteri Datuk Mokhtar.

"Okay girls, get ready. Kita akan mulakan dalam masa tiga minit lagi..." seorang lelaki jambu datang memberitahu mereka untuk bersiap sedia.

Lelaki itu memandang Rossa. "You Rossa behave ya malam ni! I tak nak you buat hal dan rosakkan majlis kita malam ni!" Tegasnya. Dia terus pergi ke arah Alisa.

"Oh my god! You look so pretty lah Alisa! I bet malam ni harga bidaan baju yang you pakai ni akan tinggi dari harga asal!" Jeritnya teruja. Membelek tubuh Alisa atas bawah.

"Bukan I yang cantik. Tapi baju ni yang cantik sangat..." Alisa laju membidas. Tidak suka dirinya dipuji melambung.

"No...no...no! You yang cantik Lisa! Baju ni dah cantik tapi bila si pemakai dia cantik dia bertambah dua kali ganda tau!" Puji lelaki itu lagi.

Alisa hanya tersenyum. Di dalam ruangan itu, Jai berdiri tidak jauh dari Alisa. Mengawasi gadis itu atas arahan Zafrael. Mata dia tajam memerhati Rossa yang nampak tidak puas dengan Alisa. Ketara di wajah merah Rossa yang tidak menerima pujian yang dilemparkan untuk Alisa.

"Okay girls! Get ready! We gonna burn it tonight!" Lelaki itu menjerit dalam suara kecil.

Mereka mula berbaring. Di bawah pinggang, mereka mengenakan nombor dan setiap pakaian mereka memiliki satu ciri khas. Jai, mula mendekati kru-kru di belakang pentas dan memulakan sesi penyamaran dia untuk mengawasi Alisa lebih dekat lagi.

"Okay! Let's do it, girls!"

















"Kau pehal tersenyum-senyum dari tadi?" Lelaki itu memandang kembarnya di sebelah. Pelik melihat kembarnya tersenyum-senyum sendiri.

Mereka semua dikejutkan dengan lampu dewan yang terpadam. Hanya cahaya malap dan lampu pentas mewarnai majlis pada malam itu. Kepulan asap keluar dari sisi pentas. Dan lagu bernada lembut dimainkan.

Seorang lelaki bersut hitam dan memegang mic berdiri di atas pentas. Skrin di sisi pentas menyala terang.

"Baiklah, seperti Tuan dan Puan semua tahu...malam ini adalah satu majlis amal yang diraikan untuk anak-anak kesayangan kita semua. Juga malam ini, ada bidaan untuk Tuan dan Puan. Setiap bidaan akan dimulakan dengan harga RM500 dan harga akan seiring naik mengikut lock yang Tuan dan Puan ajukan! Hanya perlu angkat angka nombor di meja saja dan laungkan harga bidaan kuat-kuat!"

"Hasilnya kita akan sumbangkan sepenuhnya kepada anak-anak kita. Malam ini kita hanya ingin satu kelainan dan saya harap tiada yang berbuat sesuatu di luar jangkaan pihak kami. Baiklah, tak membuang masa kita mulakan majlis malam ini!"

Muzik dimainkan dan dua orang model keluar dan memperagakan pakaian mereka.

"Okay...kedua pakaian ini dinamakan sebagai Kurung Mutiara Batik. Diperbuat dari batik catin dan ditaburi batu permata asli. Harga bidaan bermula RM550!"

Tuk! Penukul diketuk oleh mc untuk bidaan pertama mereka.

Bidaan itu berjalan lancar. Hingga mereka tiba di acara yang dinantikan-nantikan. Alisa dan Rossa muncul di atas pentas saat lampu menyala dan fokus ke arah mereka berdua.

Nurin terkejut melihat penampilan Alisa pada malam itu.

"Awak cantiknya Alisa..." ujarnya dalam suara perlahan. Tanpa sedar Nurin mencengkam lengan Zafrael yang duduk di sebelahnya.

Zafrael tersenyum bangga. "Mesti lah cantik. Adik aku kot. Abang dia hensem, adik mesti lawa..." Zafrael sedikit memuji diri sendiri.

Hingga membuatkan Nurin berasa geli mendengarnya.

"Ya...ya...saya tahu. Tak payah angkat bakul sendiri. Huh!" Nurin mendengus kesal. Kedua tangan dilipat ke dada.

Zafrael tertawa kecil. Dia memaut mesra bahu Nurin dan senyuman di bibir Nurin kembali cerah. Tak boleh merajuk lama-lama. Sebab encik suami pandai ambil hati.

Alisa dan Rossa berdiri tegak dan sebelah tangan diletak di atas pinggang.

Tuk!

"No 1! Lima ribu!"

"No 1! Lima belas ribu!"

"No 1! Tujuh belas ribu!"

Suara-suara makin rancak menaikkan harga bidaan pada baju yang diperagakan oleh Alisa. Sedangkan Rossa awal-awal sudah bebas dari bidaan kerana bajunya telah dibeli oleh pasangan suami isteri dengan harga tujuh ribu.

Tak!

"Dua puluh lima ribu!" Suara-suara yang bising terdiam. Semua tertumpu ke arah Zafrael yang tersenyum sinis.

Nurin ternganga. Zafrael mengenyit sebelah matanya ke arah Alisa yang juga memandangnya di atas pentas. Alisa tersenyum melihat tingkah Zafrael.

"Awak banyaknya..." Nurin tidak percaya.

"Bukan duit aku pun. Duit papa..." jawab Zafrael selamba. Menghirup air di dalam gelasnya. Ryu di sebelah terkekeh mendengar jawapan selamba Zafrael.

Nurin kembali berasa kesal.
Suaminya tak pernah serius bila ditanya olehnya.

Tak!

"Empat puluh ribu!"

Sepi. Zafrael mengangkat muka. Menatap pasangan kembar yang berada di hadapannya. Lelaki itu tersenyum sinis menatap renungan tajam Zafrael.

Tak!

"Empat puluh lima ribu!" Zafrael tidak mahu kalah. Angka dinaikkan makin tinggi.

Tak!

"Lima puluh ribu!" Lelaki itu tidak menyerah kalah.

Ryu berpandangan dengan Laura. Mereka tidak mengenali pasangan kembar itu. Sedangkan Alisa berasa ingin meletup apabila bidaan masih belum ditentukan lagi.

Tak!

"Enam puluh ribu!"

Suara-suara tetamu mula kedengaran. Zafrael tersenyum kemenangan kepada lelaki itu dan menaikkan sebelah keningnya.

"Enam puluh ribu satu! Enam puluh ribu dua! Enam puluh ribu tig--" belum sempat palu diketuk, suara lantang seseorang menyela laju.

"Lapan puluh ribu!"

Hening.

"Lapan puluh ribu satu!"

"Lapan puluh ribu dua!"

"Lapan puluh ribu tiga!"

Tak! Tak! Tak!

Palu diketuk tiga kali. Menandakan bidaan terakhir selesai. Cahaya lampu kembali menyala terang.

Alisa segera turun pentas dan menghampiri Zafrael yang masih santai duduk di kerusi. Tetamu lain mula ke meja buffet dan berbual dengan anak-anak yatim yang hadir pada malam itu.

"Along!" Alisa merengek kesal apabila tiba di depan Zafrael.

"Apa?" Zafrael mengangkat muka. Berkerut dahi dia melihat Alisa merengek di depannya.

"Perlu ke along lawan dengan dia? Papa tahu ke along guna duit dia?"

Zafrael mengangguk laju. "Kalau bukan aku habiskan duit papa, siapa lagi?"

Tak! Kening Zafrael dijentik kasar oleh Alisa kerana terlalu kesal. Ryu ketawa melihat Zafrael diperlakukan sebegitu oleh Alisa.

"Habis tu Naufal? Kalau duit papa habis! Along tanggung budak kecik tu!" Ujar Alisa separa geram. Kaki dihentak ke lantai.

Nurin mengeleng kepala melihat dua beradik itu bertikam lidah. Lebih baik dia mengisi perut dari melayan Zafrael dan Alisa.

"Laura! Jom kita ambil makanan!" Ajak Nurin. Laura laju mengangguk dan menarik Nurin ke meja buffet.

Mereka berkenalan semasa majlis bermula dan semestinya Nurin belum tahu bahawa Laura salah satu anak buah Zafrael.

















"Awin!"

Darwin menoleh memandang kembarnya, Darwish. Kening dijungkit sebelah. Tangan kanan memusingkan gelas minumannya.

"Kau gila ke!" Darwish bercekak pinggang di hadapan kembarnya. Kesal kerana Darwin seakan tidak mahu kalah dengan lelaki di meja hadapan mereka.

Mata Darwin fokus memandang Alisa yang duduk di sebelah lelaki bersut hitam itu. Alisa sudah menukar pakaian dan pakaian yang dibeli olehnya dihantar terus ke mansionnya.

"Aku hadiahkan untuk kakak" Darwin membalas lembut. Terbayang wajah kakak kesayangan dia.

Darwish menghela nafas lega. "Aku ingatkan kau nak bagi dekat perempuan gila tu!" Darwish duduk di sebelah kembarnya.

Mereka berbual hingga lah seseorang datang dan berdiri di hadapan mereka. Darwin dan Darwish mendongak. Mereka memandang Zafrael dan Ryu berdiri menjulang di hadapan mereka.

"Seronok lawan dengan aku?" Zafrael bersandar punggung di meja. Menatap tajam Darwin dan Darwish.

"Kau lama sangat. Kalau kau laju sikit mungkin kau akan menang..." Darwin membalas sinis.

Ryu memerhati mereka berdua.

Tidak lama itu, tawa dari Zafrael dan Darwin meledak begitu saja. Darwish menjuling mata ke atas melihat mereka berdua. Zafrael dan Darwin saling berpelukkan.

"Huh! Lama tak jumpa bro! Makin bahagia kau sekarang sejak dah kahwin" ejek Darwin. Menepuk bahu Zafrael.

"Isteri suap nasi. Memang makin bahagia. Kau bila pulak? Macam aku tak tahu kau suka ganggu adik aku"

Darwin menjadi salah tingkah. Tertangkap dia oleh Zafrael sebelum mulakan aksi.

Darwin sengih.

"Kau nak adik aku, buat cara baik. Jangan main sambar je. Abang dia hidup lagi ni...aku tak restu nanti payah..." Zafrael mengancam.

Darwin mendengus kesal.

"Kau tak restu aku bunuh je..."

Pletak! Dahi Darwin dijentik oleh Zafrael kuat.

Darwish tersenyum melihat kembarnya diperlakukan sebegitu oleh Zafrael.

Baru saja Darwin ingin membalas, mereka dikejutnya dengan bunyi pecahan kaca. Zafrael segera menoleh dan melihat sekumpulan lelaki bertopeng memasuki pintu utama dewan dan membawa senjata.

"Shit!" Zafrael segera terbalikkan meja dan berlindung apabila tembakan di arahkan kepada mereka berempat.

Zafrael dan Ryu segera memasang earpiece di telinga mereka. Mereka saling berpandangan.

"Budak-budak Angel!"

Ryu ketap gigi. Menarik keluar pistol yang dia sembunyikan di betisnya. Zafrael pula memasang pistolnya yang disorok di sebalik kot yang dipakainya. Begitu juga si kembar yang juga membawa senjata mereka.

Suasana bertukar kecoh. Rata-rata tetamu ketakutan dan mengangkat kedua tangan di atas kepala. Mereka dijadikan tebusan. Kaca-kaca berselerakkan di atas lantai.

"Laura! Lapor!" Zafrael bersuara perlahan.

"Everything fine! Aku dah bawa isteri dan adik kau berlindung bawah pentas!"

"Keep your eyes! Jai, masuk!"

Jai yang berada di atas dewan memerhati sekeliling. Tiada ruang keluar dan secara keseluruhan mereka dikepung. Jai berdecit dan memerhati dalam diam. Kru-kru di atas juga diam apabila mendapat isyarat tangan dari Jai.

"Aku dah standby dekat atas. Kod red di hantar pada Kevin!" Ujar Jai dan membuka jaketnya dan diikat di pinggang. Dia menarik keluar sebuah beg hitam yang disembunyikan di atas dewan.

Beg hitam itu dibuka. Sebuah sniper dan pisau tajam berkilau di balik kegelapan. Jai tersenyum sinis dan memasang sniper itu disaksikan tiga orang kru yang bertugas dalam pengcahayaan.

Jai memandang mereka bertiga dan meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Selesai memasang, Jai meletakkan snipernya di atas tiang dan mula melaraskan snipernya untuk membidik seorang lelaki yang mengacung muncul pistol di kepala Datuk Mokhtar.

"Ready!" Jai bersuara membuatkan Laura, Zafrael dan Ryu bersiap sedia.

BANG!



















JAI

KEVIN

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro