•Bab 29•

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TANPA sebarang amaran, Nel segera bangkit dan menarik tanganku dan jari jemari kami bertaut. Digenggam erat tanganku sampai aku rasa boleh tersekat darah aku! Aku memandangnya dengan penuh kekeliruan sambil membesarkan mata.

Kami bertukar isyarat mata dan seolah-olah bercakap melalui pandangan mata kami 'Dah kenapa ni?'

'We need to go!'

'Senah suara katak tu ke?'

'Dah! Jangan banyak tanya, jom!'

"Abang Lutfi!!"

Baru saja kami mahu membuka langkah, terus keras badan kami. Seperti disumpah tidak boleh bergerak. Nel lambat-lambat memandang aku dan mengemam bibirnya. Aku menggeleng rakus. Tak bersedia nak mainkan lakonan sebagai teman wanita Nel!

'Play along, Nayra.'

'No! Tak nak!'

'You have to! Or we'll be screwed! You dah sign contract kan?'

Aku merengus tak puas hati. Kalau aku mengaku aku teman wanita Nel, silap-silap boleh heboh satu kampung ni. Bukannya besar sangat pun kampung ni. Nak-nak pula apa-apa berita sensasi boleh tersebar dengan cepatnya dengan bantuan persatuan mak cik bawang tak berbayar. Lagilah haru! Kalau satu kampung tahu, matilah aku!

"Abang Lutfi! Kenapa tak sahut bila Fazzy panggil?" Kedengaran suara kecil itu di belakang kami. Macam terkepit je suaranya.

Nel menarik nafas seketika dan memusingkan badannya ke belakang dengan tenang. Tiada langsung riak cemas pada muka kacaknya. Sangat tenang seperti tiada ada apa yang berlaku.

"Fazzy, buat apa di sini?"

Baru saja aku mahu lari, tangan Nel laju saja mencekak belakang kolar baju T-shirt aku. Hujung matanya menghantar amaran keras. Terus tak jadi aku mahu melarikan diri.

Aku mengalihkan mata ke arah gadis bernama Fazzy ini. Not bad. Cantik juga orangnya tapi cantik lagi aku. Solekan dia, masyaallah tak tahu berapa layer dia tempek. Pakaian jangan cakaplah, pelik sangat aku tengok! Blaus warna hijau, seluar warna kuning dan kasut tumit tinggi berwarna merah menyala.

Dia ni lampu isyarat bergerak ke? Aku nak gelak tapi aku tahankan saja.

"Fazzy nak jumpa Abang Lutfilah. Lepas Fazzy tahu abang balik sini, terus Fazzy datang sini. Berapa lama abang dah balik sini?"

"Dalam tiga hari jugalah."

"Lamanya! Kenapa Fazzy tak tahu pun?" Suaranya makin terkepit. Bibir pula makin terjuih. Kedua belah lengan digoyang-goyang untuk kelihatan lebih manja atau gedik. Ini keturunan ulat bulu mana? Spesies baru ke?

"Manalah I tahu." Nel mengangkat bahu.

"Alaaa, Abang Lutfi ni! Kenapa tak beritahu Fazzy dulu? Fazzy pergi studio abang pun, mereka selalu halau Fazzy. Sedih tau! Alang-alang abang dah balik, Fazzy boleh masak sedap-sedap untuk abang. Abang suka asam pedas kan?"

Asal dengan perempuan ni? Sampai tahu makanan kegemaraan Nel ni?

"Tak sempatlah, Fazzy." Nel maniskan mukanya.

"Ish, abang ni! Tak apa, nanti abang beritahu Fazzy apa yang abang teringin nak makan. Nanti Fazzy masakkan."

Nel mengangguk perlahan.

"Boleh je."

Fazzy tersenyum-senyum manja. Aku tunggu masa je nak muntah isi perut aku ni.

Tiba-tiba matanya terhala ke arah aku. Terus ternaik kening tebalnya.

"Siapa ni pula, abang?"

"Ni?" Nel pandang aku. Serentak pandangan mata kami berlaga.

"She's my fiancé."

Terbelalak mata Fazzy, terbeliak lagi mata aku. Bukan dia kata teman wanita saja ke? Macam mana boleh naik pangkat jadi tunang pula ni?! Kurang asam kau, Nel! Siaplah kau nanti! Bukan takat belasah je, aku sangkut dia kat atas tiang lampu tepi jalan rumah Tok imam!

"Tunang? Sejak bila abang dah bertunang? Fazzy tak tahu pun!"

"I bertunang senyap-senyap je. I tak nak heboh satu kampung. I fikir kahwin nanti baru hebohkan. Kan, sweetie?"

Sweetie? Ada bahagian dalam otak dia damage ke? Kut ada boleh bawa jumpa doktor. Mungkin ini tanda-tanda awal. Ada bagus kalau memang aku bawa dia jumpa doktor. Prevention is better than treatment orang kata.

Tidak semena-mena, Nel merenungku lama, baru aku faham isyarat matanya agar aku memberi respon. Aku pusingkan wajah ke depan.

"Ha...Ya. Bertunang..." Aku menjawab, agak kekok. Tak tahu macam mana nak beri respon. Aku cuba lebarkan senyuman tapi kenapa aku rasa senyuman aku ni plastik sangat?

"Berapa lama abang dengan perempuan ni dah bertunang?"

Perempuan? Dalam banyak-banyah gelaran mengapa perempuan? Ya, aku tahu memang aku perempuan, bukan Sajat, bukan Lucinta. But it's offensive okey?!

"Dah nak masuk setahun. And she has a name. Nayra."

"Nayra...Huh!" Fazzy gelak sedikit, seperti menyindirku. Kenapa? Nama aku tak lawa? Sekurang-kurangnya aku pakai nama betul, bukannya macam kau, terus ubah nama tu!

Patutlah Nel minta aku bantu dia, rupanya spesies lalat macam ni memang susah nak halau. Pakai spray apa pun, takkan boleh dihalau.

"Seriously, Abang? Where's your taste? What happened to your standards, abang Lutfi?"

Aih, kenapa? Teruk sangat ke aku ni? Teruk lagi lampu isyarat bergerak ni.

"Nothing to do with my taste. I love her. That's why. Nothing more, nothing less."

I love her. That sound good on his lips.

Apa aku merepek?

"Abang! Sampai hati abang! Sampai hati abang bertunang dengan perempuan ni tanpa pengetahuan Fazzy!"

"Kenapa Fazzy perlu tahu? Lagi satu, nama dia Nayra, Fazzy. Address her properly."

"Whatever! Abang tak pernah fikirkan perasaan Fazzy ke? Fazzy punyalah setia pada abang, tapi abang khianat cinta Fazzy! Abang berdusta!"

Khianat konon. Nel bukannya ada hati pun kat kau. Orang tak suka, takkan nak paksa? Move on jelah cepat-cepat. Aku pun boleh tamatkan kontrak gila kami tu. Banyak pula drama dia ni. Kau dah menyusahkan hidup aku tahu tak? Pergilah cari lelaki yang senonoh sikit. Orang gila macam ni juga yang kau berkenan. Tak faham aku.

"I dah lama cakap, I tak anggap you lebih daripada kawan, Fazzy. I'm sorry. I have Nayra now. So please, let me have my own space." Dalam nadanya aku tahu, Fazzy ni duk mengacau hidup dia dengan menempel dengannya. Fahamlah aku kalau Nel berasa rimas.

"Eh, perempuan."

Aku tersentak dan spontan aku toleh ke belakang. Kutlah dia panggil orang lain sebab aku bukannya satu-satu perempuan yang berada di sini.

Aku tunjukkan diri aku dengan muka keliru.

"Kaulah! Habis takkan pak cik belakang kau pula?"

"Fazzy!" Nel sudah menarik aku untuk berdiri di belakangnya. Mungkin takut kalau Fazzy ni dah tak waras, dibuatnya dicakarnya muka aku dengan kuku-kuku tajam dia. Aku pun takut juga sebenarnya heheh.

"Dah kenapa dengan saya?"

"Kau pakai jampi serapah apa sampai abang Lutfi nakkan kau? Kau pergi minta tolong bomoh kan? Aku dah boleh agak! Sekali pandang muka kau, memang ada iras muka orang desperate."

Ting! Petanda darah aku sudah menggelagak. Amboi sedap sangat mulut dia kata aku pergi jumpa bomoh. Aku ni jahil-jahil pun tak adalah sampai tahap nak berjumpa dengan bomoh. Tak belajar haram halal ke dekat sekolah dulu?

"Apa yang you cakap ni, Fazzy? Jangan buat malulah dekat sini!" Nel memandang sekeliling, aku pun sudah perasaan apabila ada mata-mata yang memerhatikan drama kami.

"Betullah! Abang jangan tertipulah dengan perempuan macam dia ni. Fazzy tahu sangatlah perangai perempuan macam ni!"

"Fazzy!"

Makin lancang pula mulut dia. Makan apa tadi sebelum sampai sini? Petai ke? Busuk yang amat!

"Cik Paujiah, jangan nak melebih ya. Sejak bila saya pergi jumpa bomoh? Tak payah jumpa bomoh memang ramai lelaki beratur nakkan saya." Aku sedaya upaya cuba mengawal nadaku yang nyaris-nyaris meninggi. Mujurlah aku dapat kawalnya dengan baik.

Ambil kau! Ingat kau sorang je ada mulut lancang? Huh, silap! Mulut ni sudah lama telan bermangkuk-mangkuk cili api. Silap orang kalau nak cari gaduh.

"Paujiah? Hei, nama aku Fazzylah!"

"Bersyukur sikitlah dengan nama sendiri. Fazzy, Fazzy, Fazzy. Ingat lawa sangat ke? Macam nama mat salih celup je."

"Kurang ajar! Mana abang kutip perempuan tak ada adab macam ni abang?"

"Tak ada adab? Siapa tak ada adab sekarang, Paujiah? Aku ke kau?" Dah malas aku nak bersaya awak. Tak ada guna berlembut dengan orang seperti ini.

"Fazzylah!" Muka dia semakin merah, berang apabila aku asyik sebut Paujiah. Kasi sedar sikit. Nama dah elok-elok Fauziah, ditukarnya pula. Nak acah modern konon. Modern kaki atuk dialah!

"Sayang...Jom." Nel menyauk lenganku dan merangkul sebelah lenganku dengan ketat. Hilang sedikit wajah tenangnya apabila aku dan Fazzy sedang berbalah. Namun dia tidak cepat melatah dan nampak sedang cuba menyelesaikan perkara ini secara baik tanpa ada pertumpahan darah.

Aku cakap pertumpahan darah ke? Oh yelah, aku tak salah cakap.

Tapi entahlah cara dia panggil aku sayang tu, sedikit sebanyak mendamaikan hati aku.

"Sayang? Abang ni dah kenapa panggil dia Sayang? Gelinya!"

"Geli? Eh, geli lagi aku dengar kau panggil dia Abang. Suka hati dialah nak panggil aku apa. Aku ni tunang dia, kau siapa?" Tengok, terlebih geram apa yang tak sepatutnya keluar, pun sudah terkeluar.

Lebih baik aku pergilah! Kalau aku tercari gaduh dengan Fazzy, satu kampung kecoh nanti.

"Jom, Nel." Sebelum amarah aku meletus, baik aku heret Nel pergi juga.

"Jom, sayang." Tangan Nel mencapai hujung jari jemariku sebelum digenggamnya.

"Eeee!" Fazzy menoleh ke kiri dan ke kanan. Matanya terarah pada air kosong milik seorang pelanggan lelaki tidak jauh dari kami. Tanpa dijangka, dia menyambar air kosong itu tanpa memperdulikan jerkahan lelaki tersebut dan...

SPLASH!

"Fazzy! You've gone too far! Apa yang you buat ni?!"

"Padanlah muka dia! Mulut macam sampah, ikut mak bapak dia ke? Macam manalah mak bapak dia ni ajar? Kecik-kecik buat apa? Puih!"

Tubuh aku keras kejur, langsung tidak berganjak walau satu inci pun. Hanya mata saja yang memandang bawah, melihat pakaian dan rambutku yang sudah basah dek disimbah air kosong.

Orang-orang di sekeliling kami sudah menarik keluar telefon pintar masing-masing untuk merakam. Mana mungkin mereka mahu lepaskan berita hangat seperti ini untuk disebarkan. Dasar orang kampung tak sedar diri.

"Nayra! You okey ke tak?" Nel menundukkan badannya dan pantas memegang kedua belah bahuku. Rapatnya wajah kami sampai hujung hidung kami hampir bersentuhan. Kali ini, mukanya tampak sungguh risau. Matanya tak lokek memandang tubuh aku yang sudah basah.

Aku akhirnya mengangkat pandanganku. Tajam mataku mencerun memandang Fazzy yang seakan mengetawakan aku.

"Lepaskan aku."

"What? Jom balik! Your soaking wet!"

"Siapa kata aku nak balik?" balasku dengan nada yang dingin. Pucat lesi muka Nel. Aku tahu, dia tahu ini bukan petanda yang baik.

"Nayra! You jangan buat hal dah. Jom!" Namun dalam sekelip mata, aku merentap lengan aku yang berada dalam genggaman tangan Nel. Nel nampak sedikit tersentak dengan tindakan aku.

Aku memandangnya lama lalu bibirku menghasilkan senyuman tenang. Aku tepuk lembut pipinya.

"Don't worry. I'm just doing what I'm supposed to do."

Aku tolak badannya sedikit ke tepi dan melangkah menghampiri Fazzy. Fazzy yang mulanya nampak berani, sekarang sudah berundur sedikit ke belakang dengan wajah yang jelas terpancar ketakutan.

Aku rapatinya lagi sampai belakang badannya tersandar pada sebuah meja. Aku menendang jauh sebuah kerusi yang menghalangku.

Sebelah kakiku dipanjangkan lalu dihentak betul-betul ke atas meja, di sisi tubuh Fazzy. Terhenjut bahunya dengan bunyi hentakan yang kuat itu.

"Kau dengar sini, Paujiah," bisik aku seraya mendekatkan muka aku ke mukanya yang sudah nampak cuak. Dia cuba mengelak sebarang eye contact dengan mata tajam aku. Ingat tak takut!

"Aku ni, dah kalau marah, kau pun takkan nak tengok. Kau nak ke?"

Membulat-bulat matanya.

"Kalau kau nak kutuk aku, kutuklah. Sikit pun aku tak peduli. Tapi siapa suruh kau heret mak bapak aku sekali? Kau nak aku cakap ke mak bapak kau tak reti nak ajar kau juga ke?"

"M-mana ada! Aku..."

"Kenapa? Kau nak cakap apa lagi? Cakaplah depan muka aku." Aku berbisik lagi.

"Tepilah kau!" Fazzy cuba menolak tubuh aku yang berada di hadapannya tapi ternyata, ushanya sia-sia sahaja sebab aku ni bukannya lembik sangat pun.

"Paujiah, one last warning. Kau kacau Lutfi, kau kacau aku juga. Kau nak kacau dia lagi. kau hadaplah aku dulu. Kau nak?"

Fazzy bungkam. Hujung bibir aku terherot. Ingatkan tak takut, rupanya cuak juga!

"Jadi..."

Tangan aku jatuh pada bahunya lalu tangan aku mengurut kuat bahunya. Aku dapat rasakan getaran pada bahunya dek sentuhan aku. Tersenyum lagi aku. Terhibur sungguh aku melihat Fazzy yang berpura-pura berani saja sebentar tadi.

"Jangan. Kacau. Nel. Lagi. Faham?"

Fazzy diam. Tidak mengangguk tidak menggeleng.

"Faham ke tak?" Aku menekankan lagi suara aku. Barulah dia laju-laju mengangguk. Aku tersenyum puas.

"Bagus. Lagi satu, kau ni apa? Lampu isyarat bergerak ke? Sakit mata aku tengok pakaian kau." Aku akhiri ayat aku dengan senyuman manis. Akhirnya apa yang terisi dalam lubuk hatiku terluah jua. Apa? Aku hanya cakap benda betul saja.

"Apa?!"

Aku senyum lagi, senyuman yang jahatlah. Hahaha.

"Ingat pesanan aku baik-baik ya? Daaa..." Tangan aku menepuk-nepuk pipinya. Kalau turutkan akal jahat aku, dah lama aku layangkan penampar sampai berpusing kepala dan otak dia. Aku jauhkan tangan aku dari mukanya dan melihat tanganku sendiri.

Ada kesan foundation? Ugh. Aku gosok-gosok tangan aku pada seluarku untuk hilangkan kesan bedak bercampur foundation yang melekat pada tanganku.

Aku pusingkan badan dan berjalan dengan tenang ke arah Nel yang pegun berdiri sejak tadi. Mukanya...Dia marah ke? Ke risau?

"Apa? Jomlah! Tadi kau nak sangat kita blah kan?"

Nel tidak memberi sebarang respon.

"Jom." Dia akhirnya menyahut.

Kejap, kejap, kejap...

Apa aku buat tadi eh?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro