•Bab 30•

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"NAYRA."

Kami berhenti di tepi sawah padi. Aku tak faham kenapa dia nak sangat datang sini. Nak kata ada pertunjukan circus, tak ada pula. Hanya ada sawah padi yang terbentang luas saja.

Ketika kami hendak pergi ke gerai Mak Siah, kami memilih untuk berjalan kaki saja memandangkan tak jauh mana pun gerai Mak Siah daripada rumah kami. Ini kampunglah, tak perlu nak naik kereta sangat. Semuanya boleh pakai jalan kaki saja.

Sejak meninggalkan gerai Mak Siah, Nel langsung tidak bercakap sepatah pun dengan aku.

Asalnya memang aku tak mahu ikut dia pergi kawasan sawah padi tapi melihat keadaan aku ni...Takut kena rendam dalam asid oleh mak. Lagipun, aku malaslah nak balik dulu. Tak nak mak fikir macam-macam tentang badan aku yang basah lecun.

Tapi lambat laun juga perkara itu akan sampai ke telinga mak dan Dani. Bukan tak tahu mulut orang kampung ni laju macam mana. Mengalahkan Usain Bolt! Masa itu, aku perlu kentalkan hati dan telinga dengan letupan bom mak.

"Apa yang you buat tadi, Nayra?" soal Nel perlahan sambil lambat-lambat memusingkan badannya ke belakang, betul-betul menghadap aku.

"Urm...Buat apa?" Aku tahu sangat apa yang aku buat. Entah jin mana merasuk badan aku tadi. Aku tak tahulah bagaimana dan mengapa aku boleh jadi macam samseng jalanan. Kira okeylah tu aku tak siram air sirap bandung aku kat kepala Paujiah tu. Ikutkan memang itulah yang aku nak sangat buat.

Aku ni kononnya perlu tunjuk akhlak mulia supaya orang tak mengata mak atau ayah aku tapi...Haila!

"You tahu tak apa yang you buat tadi causes a huge mess? You nak ke orang kampung mengata you? Pula tu you buat begitu pada Fazzy. She's going to make up lots and lots of rumors about you and me. I tak kesah kalau orang kampung fikir you tunang I and I have nothing to say about that but about people talking shit about you? That's the last thing I would ever want."

Tu diaaa...Sekali kena ceramah weh. Tapi entahlah, daripada gaya dia bercakap memang kedengaran sungguh ikhlas. Bagaikan dia mengambil berat tentang aku.

Itu tolak tepi. Sekarang ni macam mana? Apa aku mahu lakukan? Minah Paujiah tu sah-sahlah akan karang cerita itu ini untuk burukkan aku. Walaupun aku bukannya kenal sangat Fazzy tu tapi aku sudah boleh agak apa tindakan seterusnya.

Aku mengunci mulut rapat-rapat. Aku boleh lihat wajah kemerahan Nel yang sudah pasti sedang menahan bengang. Sebelah tangannya mencekak pinggang. Sesekali matanya diliarkan ke sekitar sawah padi.

"You tak fikir ke tentang mak ayah you? Silap hari bulan ni, orang kampung bukan mengata you saja, tapi sekali dengan mak ayah you! You nak?"

Aku pantas menggeleng. Itu ada perkara yang paling aku takut dan hendak dielak. Aku tak kesah sekiranya nama aku saja yang terpalit dengan kekotoran. Asalkan bukan nama mak ayah. Itu saja aku minta.

"See? I tak tahulah apa jadi dengan you tadi. I tak tahu hantu mana rasuk you tadi sampai you boleh jadi segila tu. Walaupun I tak suka Fazzy tapi itu bukan tiket untuk I sokong perbuatan you. You ingat you Kak Long ke buat macam tu? You rupa Kak Long pun tak ada."

"Pasal tunang tu, kalau satu kampung tahu..."ujarku seperlahan yang boleh.

Nel terus memandang aku, tak berkelip. Seperti sudah menjangkakan pertanyaan aku. Bibirnya tersenyum senget.

"You nak kahwin dengan I?"

Membesar mata budar aku. Macam nak tercekik pun ada mendengar soalan Nel tu. Ini melamar aku ke macam mana? Tepi sawah padi? Huh, tak romantik sungguh!

"Merepek!"

"Kalau tak nak, sudah. I ni pakej lengkap idaman semua mak mentua tau. Rugilah sesiapa yang tak dapat kahwin dengan I."

"Macamlah aku hamak sangat kat kau."

"Apa-apalah you ni. Now, fiancé..."

"Aku bukan tunang kaulah!"

Nel tetap tersenyum-senyum senget dan merapatiku. Jantung aku mula memainkan rentak yang sama laju dengan kelajuan bullet train. Bila dia semakin dekat, tapak tangan aku terasa berpeluh pula. Matanya mencari mata aku.

"Tadi tu apa? Jangan kacau Nel? Kau kacau dia, Kau kacau aku juga. Urm...What's that?" Bisikannya berjaya menaikkan semua bulu roma aku.

Serta merta darah menyerbu wajah kemerahan aku. Terasa panas saja muka aku. Rasa macam nak lari balik rumah dan hantuk kepala sendiri pada dinding bilik. Kenapa aku cakap begitu? Padahal Nel bukannya sesiapa pun bagi aku melainkan musuh abadi aku dunia dan akhirat. Jadi kenapa? Kenapa?!

"M-mana ada! Kau suruh aku berlakon jadi teman wanita kau, jadi aku buatlah! Lagipun kau yang pandai-pandai cakap aku ni tunang kau. Aku hanya buat apa yang..."

Aku berhenti bercakap tatkala mata Nel semakin lama merenung muka aku tanpa berkata-kata. Terkatup terus mulut aku.

"You betul-betul menjiwai ya watak you?"

Terkulat-kulat aku cuba mencari jawapan yang sesuai. Aku cuma geram saja apabila diperlakukan begitu. Tak tahu pula sampai boleh ke tahap itu.

"A-aku...Terlepas! Ya, terlepas cakap. Haha..." Tergagap-gagap aku berbicara sebelum aku lepaskan tawa yang kedengaran begitu pelik di telinga aku. Bibirku diketap-ketap malu. Sudah pastilah Nel fikir macam-macam apabila aku berkata begitu.

"Terlepas? I don't think so..." Di hujung katanya, hujung bibirnya ternaik. Senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan maksudnya tapi yang aku tahu, senyuman itu tidak membawa maksud yang baik.

"Aku dah cakap, terlepas terlepaslah! Kau nak aku cakap apa kalau macam tu?"

"I ingat you nak cakap you really mean it."

"Hah?"

"Don't you, Nayra?"

"Dahlah! Balik-balik!" Aku mengubah topik dengan segera. Aku memang nak balik pun. Menyesal pula aku ikut saja Nel sampai ke sini. Dengan muka tomato aku, lagilah aku tak mahu hadap Nel lagi! Nanti mulalah dia cakap itu ini yang boleh membuatkan darah aku naik dalam sekelip mata.

"You nak jawab apa dengan mak you? Cakap pergi terjun masuk dalam sungai?"

Aku memicingkan mata aku ke arah Nel yang memeluk tubuh. Tapi mata aku membulat semula apabila otot-otot lengan sasa Nel itu terserlah. Berketak-ketak nyah! Lama mata aku berada pada otot-otot lengan menawan milik Nel.

Kalau aku sentuh, macam mana rasanya?

EH! Apa aku fikir ni?! Kenapa jauh sangat otak aku terbang? Ni mesti kes terbang Neptun ni. Datang balik wahai otak kesayangan yang tak berapa function ke bumi!

"Kenapa? Sukalah tu tengok. Cakap jelah. I bukannya marah."

Terus aku menghalakan mataku ke tempat lain asalkan bukan pada mukanya! Mestilah dia perasan dah kalau mata aku ni terang-terang usha biceps dia!

"Perasan! Pandai-pandailah aku kelentong mak aku. Kau tak payah nak sibuk."

"Ha, cakaplah apa you nak beritahu mak you? I nak dengar sikit."

Ish! Aku pun tak fikir sebenarnya nak kelentong mak apa. Kata aku pergi berenang-renang di dalam sungai? Dengan cuaca mendung begini? Macam tak logik. Kena hujan? Itu lagi kelakar sebabnya tak hujan jadi mana datangnya air hujan tu?

Ah, serabut!

"Urr...Urrr..."

"You pun tak fikir lagi kan?"

"Nantilah aku fikir! Yang kau sibuk sangat nak tahu kenapa?"

"You fikir kalau mak you tak dapat jawapan daripada you, dia berhenti takat tu je? Dicarinya I nanti! I pula yang kena jawab. Tak pasal-pasal kena soal-siasat dengan Mak Ta."

Aku nak balas balik tapi gigi aku tergigit hujung lidah sendiri. He has a point. Mak aku tu bukan tahu sangat apa erti putus asa. Mak akan gali lagi dan lagi sampai dia peroleh jawapan yang dia mahukan.

Seram pulak dengan mak sendiri.

"Dah-dah. Jom. Balik rumah I dulu. Bagi pakaian tu kering sikit baru balik."

DUM!

"Opocot pocong kuning!" Terloncat-loncat aku mendengar bunyi dentuman kilat yang datang dari langit. Terkejut punya pasal sampai boleh melatah macam tu.

"HAHAHAH!"

Aku laju saja menoleh ke arah Nel yang sedang sakan mengetawakan aku. Sampai tertunduk-tunduk mamat tu menekan perut sebab gelakkan aku. Kronik sangat dia ni aku tengok.

"Kau gelak apa hah? Kelakar sangatlah?" tempelakku. Berani dia ketawakan aku?

"Kalau tak kelakar, I tak gelaklah, sayang. Muka you tu..." Nel sambung ketawa lagi. Kali ini lebih kuat bunyinya. Macamlah itu benda yang paling kelakar dalam dunia ini.

DUM DUM!

Spontan aku menjerit kuat dek terkejut dengan bunyi kilat yang memancar-mancar. Aku dongakkan kepala, melihat langit yang berubah warna, aku sudah boleh agak hujan akan turun sebentar lagi.

"Dah nak hujan," beritahu kepada Nel. Tawanya tadi pun sudah semakin perlahan. Tinggal sisa-sisanya sahaja.

"Baguslah tu. Daripada you pening-pening nak kelentong mak you, baik mandi hujan terus. Kalau mak you tanya, cakaplah mandi hujan. Jimat sikit bil air rumah you. You kan selalu mandi berjam-jam."

Betul juga tapi ayat terakhirnya buat aku bengang pula. Sejak bila aku mandi berjam-jam? Paling tak pun, mungkin sejam saja.

Tik!

Setitis air hujan jatuh pada hujung hidungku. Setitis demi setitis.

"Jom! Nanti you demam pula."

"Prihatin juga eh kau ni?"

"Tak adalah. Kalau you sakit, I nak jawab apa dekat mak you? I juga yang susah."

Tch, dah agak.

Nel membuka satu per satu butang baju kemeja hitamnya yang dipakai di luar. Nasib dalam pakai baju T-shirt putih. Kalau tak? Terbakar mata aku melihat roti lapan ketul dia.

Dia datang mendekatiku dan menarikku rapat dengannya. Baju kemeja itu diangkat tinggi bagi melindungi kepala aku daripada terkena air hujan.

"Cepat, hujan dah makin lebat ni."

Aku mengangguk. Kami berlari-lari ke arah sebuah perhentian bas tidak jauh dari kami untuk berteduh. Nel ni pun satu, kemeja miliknya hanya berada di atas kepalaku saja dan dia membiarkan saja badannya dibasahi air hujan. Kalau dia pula yang demam macam mana?

Jangan cakap aku prihatin sebab aku suka dia. Aku just takut kalau Mak Cik Sepiah tu datang siap dengan parang dia tetak aku sebab satu-satu anak lelakinya jatuh sakit.

Usai saja berada di bawah bumbung perhentian bas itu, Nel mengibaskan kemejanya yang basah. Diperah sedikit hujung baju kemejanya sehingga menyebabkan beberapa titisan air jatuh ke atas tanah.

"Nah." Nel hulurkan kemejanya kepada aku. Berkerut dahi aku jadinya.

"Pakai. You sejuk tu."

Aku memang tengah sejuk pun. Tanpa sebarang bantahan, aku ambil kemeja itu daripada tangannya dan sekadar menghampar kemeja itu ke belakang badanku sahaja tanpa memasukkan tangan aku ke dalam lengan baju kemeja itu. Kemeja itu aku tarik rapat ke hadapan.

Kami duduk di atas bangku panjang yang disediakan. Mata aku asyik terpandang-pandang atas ke arah langit yang gelap. Melihat hujan yang turun semakin lebat, aku tak rasa kami boleh pulang ke rumah dalam jangka masa yang singkat.

"Sekarang ni kita nak balik macam mana?" Aku tanya Nel sambil membetulkan rambutku yang sedikit basah.

Aku perasan baju berlengan pendek Nel itu basah kuyup menyebabkan baju itu menampakkan dada bidangnya. Rambutnya yang basah, dia raup ke belakang mendedahkan dahi licinnya. Air yang berada di sekitar rahang tajamnya turun ke lehernya.

Kenapa nampak seksi eh?

"Nak tak nak kena tunggu hujan redalah baru boleh balik."

Terbeliak mata aku. Takkanlah aku kena tunggu dengan Nel di sini? Nak tunggu hujan reda dah berapa lama dah tu.

Telefon! Ya, aku boleh telefon Dani untuk mengambil kami di sini! Ya, ya idea yang bernas.

Aku keluarkan telefon aku dari poket seluarku. Alhamdullilah ada bateri lagi. Ini bukan scene-scene cliché macam dalam drama-drama tu bila mana telefon bateri habis.

Aku hidupkan telefon aku. Senyuman yang mulanya lebar perlahan-lahan memudar.

Credit habis pula! Wrong timing dia nak habis! Rasa macam nak campak telefon ni Function bawa telefon tapi credit takda!

"Terimalah hakikat you perlu tunggu sini dengan I."

"Telefonlah sesiapa ambilkan kita! Mak kau ke apa. Sesiapa sajalah!"

"I lupalah nak bawa telefon I lah."

"Urgh! Aku nak balik cepat!" Aku segera bangun dan mata aku menerawang ke jalan raya. Kut-kutlah ada kereta yang lalu dan boleh tumpangkan kami balik ke rumah. Aku lagi rela lari dalam hujan daripada duduk sebumbung dan sebangku dengan Nel!

"Sayang, tak ada kereta yang lalu lalang sini. Apa yang you tengok-tengok lagi? Tunggu jelah dengan I. What could ever happen to you when your with me?"

Aku menjeling Nel sekilas dengan mata yang merah. Kalau dah boleh keluar laser, memang dah lama keluar laser!

"Masalahnya aku memang tak nak duduk dengan kau! Aku tak suka. Kau punya pasallah! Siapa suruh kita jalan kaki tadi? Aku dah suruh naik kereta, kau dengan keras kepala kau tak nak kan? Tengok apa jadi sekarang? Plus, kalau kau tak heret aku ke sawah padi tadi, aku takkan ada kat sini!"

Ambik kau. Panjang bebelan aku. Berombak dada aku kala melepaskan leteran berjela aku.

"Chill la. You juga yang setuju nak jalan kaki dan ikut I ke sini. Jadi, takkan salah I sorang je?"

Entah bila tangannya menggenggam pergelangan tanganku dan tahu-tahu saja dia sudah menarikku untuk duduk semula di sisinya.

"Bencilah! Malas nak bercakap dengan kau!"

Nel ketawa, terhibur barangkali tengok aku marah. Dia pernah kata muka marah aku adalah satu hiburan untuknya. Tch.

"Tunggu jelah. Tak payah nak bebel-bebel panjang. Bukannya I nak buat apa pun."

"Tapi aku tetap tak suka!"

"Tell me the reason why you dislike me so much. I nak dengar." Suaranya berubah menjadi dalam. Tiada nada bergurau senda seperti tadi.

Apabila aku toleh ke sebelah, Nel sudah memandang aku. Pandangan mata kami bersatu. Ada satu perasaan menjentik hati aku kala menatap mata Nel yang sarat dengan emosi yang tidak terungkap.

"Aku kena ada sebab ke?"

"You takkan benci I  tanpa sebab, bukan?"

Terdiam aku. Kenapa aku benci dia? Minda aku kini kembali memutarkan sebuah memori yang aku sendiri hendak lupakan.

Oh ya. Sebab itu.

Aku bukan saja benci dia tanpa sebab. Memang betul dia suka usik dan kenakan aku. Yang itu aku takat tak suka sajalah. Bab-bab tu memang aku cukup menyampah. Rasa macam nak tarik bulu hidung dia setiap kali dia kacau aku.

Tapi yang membuatkan aku bencikan dia...

"Kau tahu sebabnya kan?"

Nel terus memandang aku tanpa sebarang bicara.

"I tak tahu, Nayra. Kenapa?"

Aku membalas pandangan redupnya dengan senyuman sinis. Sejujurnya aku tidak mahu ingat kembali sebab aku benci Nel.

"Kau saja tahu, Nel."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro