•Bab 4•

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You

Hai, assalamualaikum. Ini Encik Nel kan?

BERDEBAR juga aku menunggu balasannya. Dia last seen sejam yang lalu. Mungkin dia sedang bekerja. Nanti dia jawablah tu, bukannya dia melekat 24 jam dengan telefon.

Muka aku, aku sebamkan di atas meja. Rasa mahu menangis. Teruk semalam aku kena tazkirah dengan Qai. Kemudian, aku kena ceramah dengan manager kafe itu. Nasiblah aku tak rosakkan apa-apa. Dibuatnya aku sudah betul-betul hilang akal masa tu, dengan segala kerusi meja aku lambungkan.

Jangan salah anggap. Aku tak pernah buat hal begitu. Kalau diikutkan, aku sangat menjaga perangaiku dan tak pernah sesekali timbulkan masalah di depan orang ramai tapi kerana malam itu akalku dikuasi amarah yang dahsyat, beginilah jadinya!

Hidup perlu diteruskan, Nai. Ya, bertabahlah! Ambil kejadian semalam sebagai pengajaran. Lain kali, jangan tuduh melulu tanpa sebarang bukti yang kukuh. Kemarahan aku pun perlu dikawal juga.

Beberapa jam berlalu, aku baru pulang dari berjumpa dengan salah seorang klien aku. Ofis aku sebenarnya terletak dalam salah sebuah butik pengantin yang terkenal di Kuala Lumpur. Awalnya aku nak sewa ofis sendiri tapi kawan lama aku, Farah pemilik butik pengantin ini menawarkan sebuah bilik pejabat untukku.

Beberapa kali menolak akhirnya aku terima jugalah tawarannya. Lagipun, senang klien nak cari aku. Dapat juga tengok-tengok baju pengantin di sini.

Ofis ni tak besar mana pun tapi cukuplah untuk aku. Tak perlu ofis besar-besar. Aku bukannya kerja lawyer ke doctor.

Getah rambut yang mengikat rambutku, aku lepaskan. Kepalaku aku sandarkan ke kepala kerusi balduku.

Tangan pula menggagau telefonku yang berada di dalam beg tanganku. Dapat saja telefonku, telefon dihidupkan. Ada beberapa mesej yang masuk termasuklah daripada Qai dan Hazrel tapi satu yang menarik perhatianku.

Nel sudah menjawab mesejku!

Entah kenapa aku jadi teruja pula apabila dia sudah memberi respon. Terus aku baca mesej Nel.

Encik Nel

Waalaikumussalam. Yes, I am Nel. And who are you?

Nel baru saja membalas beberapa minit yang lalu. Pantas jari jemari aku membuat tugasnya.

You

Saya Nayra. Kawan Qaisarah. Encik ni lelaki yang dia jumpa semalam kan?

Agak lama aku menunggu dia untuk reply akhirnya dia mula menaip.

Encik Nel

Oh, so your that girl yang tuduh bf dia curang?

Aduhai! Benda yang lepas usah dikenang!

You

Hurm, sayalah tu. Saya nak minta maaf sebab saya dah sebabkan hidung encik berdarah.

Teruk ke hidung encik berdarah tu?

Encik Nel

Tahu pun.

Eh, dia jawab tu je ke? Takkanlah.

You

Look, Mr Nel. I'm very sorry for what I've caused yesterday. Saya tak sangka jadi teruk macam tu.

Encik Nel

Memanglah you tak jangka teruk macam tu. Kalau you dah jangka, you takkan baling sudu tu.

You

Encik Nel, saya minta maaf sangat. How can I get your forgiveness?

Encik Nel

You sure nak I maafkan you?

Dah tahu, tanya lagi buat apa?!

You

Yes , I'm very sure. Just cakap je! I will do it!

Encik Nel

Okey fine. If thats what you want.

1. Bayar balik bil ubat hidung I. Total RM 70

2. Do my laundries every weekend. No upah.

Dah tu je.

Amboi-amboi. Banyak cengkadak dia! Yang pertama tu aku tak kesah sangat yang kedua tu! Fikir aku bibik dia ke apa?

You

Takkanlah saya kena cuci pakaian encik pulak? Fikir saya ni maid encik ke? Kalau encik bayar tak apalah jugak.

Encik Nel

Dah buat salah, banyak cakap pulak. Lagipun, you kata you akan buat apa-apa je kan untuk dapat kemafaan I? So this is the price you have to pay!

Disebabkan youlah I kena datang ke tempat kerja I dengan hidung berbalut!

Rasa macam nak campak saja telefon aku ke dinding. Harap muka kacak tapi perangai macam taik keldai! Poyo nak matey! Menyesal pula aku mesej dia. Kalau aku tahu perangai dia sekerek ni, tak adanya aku terhegeh-hegeh mesej dia.

You

But still! Why do I have to do your laundries? Pemalasnya Encik ni.

Encik Nel

Itu bukannya pemalas sweetheart. Itu namanya pengajaran untuk you. Lain kali, jangan suka hati ya baling sudu kat orang ;)

Pengajaran konon! Ini macam nak membuli aje. Heh, dia tak tahu ini siapa. Ini Nayralah!

You

Nanti saya fikir-fikirkan. Again, saya minta maaf banyak-banyak.

Encik Nel

Dah buat salah tapi masih nak fikir-fikirkan? Heh. Tak perlu minta maaf banyak-banyak, bukannya boleh tarik balik apa yang you buat.

Betul tak, Cik Nayra?

Geramnya aku! Bagaikan berkepul-kepul asap keluar dari lubang hidung dan telinga aku. Sebijik macam naga merah tu. Habis rosak mood aku disebabkan mamat ni! Ini ke lelaki yang dipilih papa Qai untuk jadi laki? Silap besarlah, uncle!

Telefon aku, terus aku lempar ke atas meja. Rasa macam nak gigit sesuatu je. Gigit mamat ni boleh tak? Gigit telinga dia ke sampai tercabut...

Ish! Apa yang aku fikirkan sampai bab gigit-gigit?!

Sekarang ni, aku mahu mengadu hal ini kepada Qai!

🐟🐟🐟

"PADANLAH dia jawab macam tu. Berhuhulah kau kena basuh baju mamat ni tiap hujung minggu."

Qai gelak terkekeh-kekeh mendengar cerita aku sedangkan muka aku ni masam seperti disimbah sebotol air cuka. Seronoklah gelak. Gelak lagi, gelaklah!

Bantal berbentuk kucing di sebelahku, aku peluk kuat-kuat sampaikan isinya pun terburai! Bibir Qai melengkung ke bawah, sepasang matanya yang bundar menjadi lebih besar.

"Woah, baik-baik, Nai. Bantal tu aku baru beli, beb."

"Beli jelah yang baru."

"Senang eh kau cakap? Sekarang ni, apa yang kau nak buat?" Qai berpusing menghadapku. Sesekali dia capai kerepek yang berada dalam mangkuk kecil dan disuapkan ke dalam mulut.

"Macam itulah."  Aku mengeluh perlahan. Kalau bukan disebabkan tindakan bodoh aku, semua ini tidak akan berlaku! Rasa macam nak tumbuk muka sendiri.

"Tulah kau. Buat hal lagi, kan dah kena. Nasib kau tak viral tau. Itu bonus tau!"

"Ish! Kau ni. Aku pun tak nak kena viral..."

Qai menjongket bahu dan sambung menonton drama di televisyen. Kakinya dilunjur ke depan dan digoyang-goyang sedikit.

"Nel macam mana semalam?" Tergerak hati aku mahu bertanya mengenai Nel. Aku tengok, Qai macam prihatin sangat tentang Nel. Lagi-lagi bila hidungnya berdarah.

"Nel, not badlah. He's a gentleman for real and has a good sense of humor. Overall. he's a nice guy tapi tak boleh lawan cinta hatiku." Bibir Qai melukis sengihan.

Siapa lagi cinta hati dia kalau bukan si Muq tu? Datanglah beribu lelaki kacak tapi apa yang Qai nampak hanyalah Muq. Kalau nampak lelaki kacak pun, alah menggatal sekejap je tapi hatinya memang tetap setia untuk Muq walaupun Muq tak tahu langsung isi hati Qai.

"Baguslah. Dia tak ada buat apa-apa kan?"

"Mestilah tak! Dia baik tau. Kalau bukan sebab aku suka Muq, dah lama aku sambar Nel."

"Susah-susah, bagi Nel dekat aku jelah." Sengaja aku berseloroh.

"Eh, boleh je! Idea yang bernas. Tak adalah papa aku nak paksa aku kahwin dengan dia kalau dia dah berpunya." Qai angguk berkali-kali. Banyak cantik dia. Ingat senang ke apa?

"Habis si Haz tu aku nak campak mana?"

"Campak kat dalam laut! Puih!" Muka Qai mula berubah seperti dia sedang menyampah. Muka Itulah selalu ditayang apabila isu Hazrel dibangkitkan. Lali dah aku dibuatnya. Tapi nak buat macam mana kebencian Qai terhadap Hazrel itu terlalu tebal malah makin menebal dari hari demi hari.

"Tak adanya. Kau kahwin jelah dengan Nel tu. Kata dia baik."

"Tak nak! Saya masih setia dengan Muqrish meskipun mungkin saya hanya bertepuk sebelah tangan." Qai buat-buat menyeka air mata. Dah kalau banyak sangat tengok drama, jadilah macam dia. Anak-anak, sila ambil pengajaran ya?

"Then, confess jelah dekat Muq? Apa susah?" kataku seraya tanganku dipanjangkan untuk mengambil kerepek di dalam mangkuk yang dipegang Qai.

"Malulah!" Qai menekup wajahnya dan menggerakkan badannya seperti ulat bulu. Banyaklah malu dia. Benda lain tak malu, nak ungkapkan tiga patah perkataan itu kepada Muq malu dia setinggi gunung Kota Kinabalu.

"Apa nak malu? Ke kau nak aku cakapkan? Aku dah tak sabar nak makan nasi minyak ni." Sengihan jahat mula terukir di bibirku.

"Kau jangan eh! Kau buat macam tu, aku pergi belasah buah hati kau tu!" Qai sudah memusingkan badannya sedikit menghadap aku bersama matanya yang terjegil-jegil.

"Dah tu, kau yang malu sangat nak mulakan langkah pertama. Kawan, kadangkala kita sebagai perempuan kena mulakan dulu. Kalau tak, ke sudahnya tak jadi apa-apa." Aku merapati Qai lantas bahunya aku rangkul erat.

Qai mengeluh panjang dan menjerit kecil. Mungkin frust kut sebab crush sendiri tak notice.

"Apa kata aku tolong kau, kawan?"

"Kau boleh tolong apa je?" Qai nampak benar-benar muram.

"Urm, setkan date dengan Muq? Aku boleh minta tolong Seth juga." Aku cuba bangkitkan semangatnya semula.

Lama Qai membisu. Aku anggap itu tandanya dia bersetujulah.

"Kau jangan risau! Sahabatmu ini akan menolongmu!"

"Betul ni? Kau jangan nak malukan aku pulak," ujar Qai tegas.

"Ya, ya. Tak. Kemonlah, Qai. Kata suka gila dekat Muq sampai sanggup rentasi laut Hindi, panjat gunung berapi! Kau harus mempertahankan cinta kau untuk Muq! Takkan nak give up dah kut?"

Bahunya aku tepuk berkali-kali sampaikan tertunduk-tunduk Qai dibuatnya. Mujur aku tak tepuk sewaktu dia sedang mengunyah kerepek, kalau tak mati tersedak dia. Siapa nak bayar sewa rumah ni kalau Qai tak ada?

Qai akhirnya dapat tersenyum walaupun semyumannya nampak sedikit hambar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro