•Bab 7•

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HILLOW? Yuhu? Nayra, you there?"

Mati lamunanku apabila Qai tiba-tiba saja menyapa. Aku berdehem dan menjauhkan laptop dariku. Telefon di sebelah laptop, aku capai dan menghidupkannya. Sudah jam 11.50 malam rupanya.

"Kau termenung apa itu, sis? Fikir pasal Nel lagi ke?"

Macam tahu-tahu saja apa yang aku fikir.

"Pasal siapa lagi, Qai?" Aku menjatuhkan kepalaku ke atas meja kopi di ruang tamu. Qai datang mendekati dan duduk bercangkung di sebelahku.

"Uih, macam mayat hidup kau ni, kawan! Betul tak nak aku bawa pi berubat?"

Aku luruskan badan dan menampar belakang badan Qai dengan kuat sekali sampai dahinya terhantuk pada meja kopi. Membulat mataku.

"Qai, Qai? Kau okey?" Aku segera membantu Qai dan sandarkan belakang badannya ke sofa. Terkejut beruk aku melihat dahi Qai berwarna merah! Sama merah dengan lengan Nel yang aku cengkam! Matanya tak berkedip memandang siling, reaksi yang sama seperti Nel.

"Kau nak aku mati awal ke? Kalau kau nak aku mati awal, cakap awal-awal. Aku boleh terjun dari bumbung rumah sekarang jugak."

"Qai! Dosa besar bunuh diri!" Kini giliranku pula yang menampar lengan Qai. Qai mengaduh sakit, serta merta aku gosok-gosok lengannya.

Dahsyat juga penangan tangan aku ni. Silap-silap boleh bawa maut! Ish, bahaya ni. Macam super power dah tangan aku ni.

"Aku tak hairanlah kalau hidung si Nel tu boleh berdarah," kata Qai perlahan bagaikan tidak percaya dengan kekuatan tangan aku.

"Manalah aku tahu, Qai. Sumpah aku tak sengaja. Sorry eh?"

Qai menjeling tajam aku. Aku hanya membalas jelingan tersebut dengan senyuman malu-malu.

"Basuh kereta aku dulu."

"Ini membuli namanya!"

"Tu balasannya sebab buat aku macam tu! Kalau otak aku jadi tak biul, macam mana? Kau nak bayar bil hospital? Kau nak?"

Aku memuncungkan bibir. Over betul minah ni.

"Tak payah hantuk kepala kau kat meja, memang otak kau dah semulajadi tak betul."

"Amboi! Dah buat dahi aku macam tu, sedap je cakap otak aku tak betul." Qai berwah-wah di depanku. Sebijik macam dalam Kdrama.

"Dahlah, yang kau belum tidur ni apasal? Nak jadi toyol?"

"Toyol kepala lutut kau. Aku belum tidur lagi, lepas tu aku baru teringat phone aku tertinggal dekat bawah. Tup-tup, aku tengok kau megelamun menghadap laptop kau tu."

Aku menggaru tepi keningku. Salah Nel lah aku mengelamun begini. Kata-katanya asyik menujah telingaku bagaikan suaranya yang sinis ada di mana-mana!

"Dah, aku nak naik dulu. Esok aku kena ke Kajang."

Dahi aku berlapis mendengar kata-kata Qai.

"Kajang? Buat apa?"

"Sepupu aku nak kahwin. Esok akad nikah dan majlis persandingan lusa pula, nak tak nak aku kena pergilah kalau tak mak aku tak nak mengaku aku anak dia. Kenapa?"

Satu idea mengetuk otak aku. Bibir aku melengkung senyuman paling lebar. Qai nampak macam dah tak sedap hati melihat senyuman aku.

"Ha, ha...Apa pula akal kau kali ni?"

"Aku nak ikut, boleh?" Mataku, aku kelip-kelipkan. Nak nampak comel. Tapi kalau tak main kelip-kelip mata pun, memang aku sudah comel. Dengki ke? Alah, alah kesiannya.

"Buat apa? Kau tak kerja ke?"

"Esok aku cutilah. I need a break." Memang aku bercadang mahu mengambil cuti buat beberapa hari. Lagipun, semua kerja aku dengan klien, sudah selesai. Jadi, tak ada halanganlah untuk aku mengambil cuti.

Qai diam buat seketika. Mungkin sedang berfikir.

"Yelah, yelah! Tapi perangai jaga sikit kat sana, kalau kau buat perangai hantu kau macam hari tu, aku takkan teragak-agak campak kau keluar dari dewan."

Aku lantas bersorak kegirangan dan merangkul erat tubuh kurus Qai. Qai hanya mencebik.

"Terima kasih, sahabat!"

"Hurm, yelah. Dah! Naik atas tidur, esok nak gerak awal." Qai sudah bangun dan membetulkan baju pijamanya yang bercorak panda. Aku mengangguk dan segera menutup laptop milikku.

"Kau naiklah dulu, aku nak buat kopi sekejap."

"Jangan tidur lambat. Kau lambat, aku tinggal je esok!" Qai yang baru saja mahu mendaki anak tangga sempat memberi amaran keras kepadaku.

"Ya, ya. Tahulah." Aku mengangguk dengan gaya menyampah.

Hilang saja kelibat Qai, aku terus berlalu ke dapur. Muk hitam di rak tepi singki, aku ambil dan serbuk nescafe aku tuangkan ke dalam muk. Kemudian, aku menambah air panas ke dalam muk. Aku menutup mata menikmati aroma kopi yang menusuk hidungku.

Muk berisi air nescafe, aku bawa ke ruang tamu. Sementara minum ni, rasa macam mahu tonton televisyen sebentar. Aku duduk bersila di depan meja kopi.

Alat kawalan televisyen yang berada di atas sofa, aku capai dan menekan punat merah untuk menghidupkan televisyen.

Aku menukar-nukar siaran televisyen apabila tiada rancangan yang menarik untuk ditonton. Senang-senang aku buka TV3 sajalah.

Alat kawalan, aku lempar ke tepi sambil menghirup sedikit air kopiku. Kini, TV3 sedang memaparkan berita malam yang dibaca dalam bahasa inggeris.

Oh, dah pukul 12. Patutlah. Aku ni memang jarang tengok berita malam-malam ni. Tapi tiba-tiba hati aku ini dijentik rasa ingin menonton berita Nightline.

Aku tak tahu mengapa, suara si pembaca berita ni macam pernah aku dengar. Dek rasa curigaku yang membuak, aku angkat wajah, mahu melihat siapa si pembaca berita.

"Assalamualaikum I'm Nik Ezrakil Lutfi and this is Nightline, news making headlines."

Air kopi yang berada di dalam mulutku, selamat tersembur keluar. Merecik habis sampai ke meja kopi. Terbatuk-batuk aku apabila aku tekakku terasa perit dek kepanasan air kopi aku. Aku tepuk-tepuk dadaku yang rasa sempit bagaikan oksigen di dalam paru-paruku, disedut keluar.

Aku menenyeh mataku. Sekali, dua kali, tiga kali...Dan dia! Ya, aku tak salah tengok kali ini. Memang wajahnya nampak sungguh jelas.

Mustahil ini orang lain. Tapi namanya lain. Tapi wajah mereka serupa! Nel ada kembarkah?

Mulutku ternganga besar menonton Nel sedang duduk dengan cukup segak. Postur badannya tegak menyerlahkan bahu tegapnya. Wajahnya tampak bersih, kot biru gelap yang tersarung di tubuh tegapnya menambah karismanya. Gaya rambutnya disikat kemas. Sesekali dia tersenyum kecil sambil memandang tepat ke arah kamera.

Nel terus membaca skrip berita dengan penuh fokus. Bahasa inggerisnya memang mantap! Sangat lancar!

Aku sudah merangkak ke depan sampailah aku duduk bersila di hadapan kaca televisyen. Aku pakukan konsentrasiku pada kaca televisyen.

Kini, wajah Nel benar-benar di depanku. Ini kalau jumpa secara berdepan, mahu dia tampar aku sampai jatuh berguling kerana merenungnya dengan lama.

Aku tak percaya!

🐟🐟🐟

SEJURUS saja aku membersihkan diri dan lengkap berpakaian, aku terkonco-konco turun ke bawah untuk mendapatkan Qai yang sedang menanti aku di luar.

"Qai, kau tahu tak si Nel tu pembaca berita?" Tercungap-cungap aku cuba mencari nafas.

Qai tayang muka pelik.

"Kau tak tahu ke? Aku ingat kau dah tahu."

"Bila kau tahu?"

"Masa aku berjumpa dengan dialah. Aku tanya dia kerja apa, dia beritahulah aku dia kerja sebagai pembaca berita dan dia jadi hos tetap untuk rancangan Good Morning, Doctor."

Lagilah ternganga aku. Tak sangka dia ni memang terkenal. Siap jadi hos lagi! Patutlah dia kata dia memang seorang yang sibuk, rupanya memang betul! Mana aku nak tahu pekerjaan Nel sebab aku sendiri jarang tengok program tersebut dan berita malam. Muka dia pula tak pernah aku nampak di media sosial.

"Kau kenapa? Jakun tak pernah jumpa pembaca berita?" Qai bertanya selamba.

Bukanlah aku jakun, cuma tak percaya manusia berperangai kerek macam dia mampu jadi pembaca berita. Ingatkan kerja penggali kubur ke apa. Lagi-lagi lepas aku dengar dia bercakap dalam bahasa inggeris. Suara dah sedap, cakap bahasa inggeris lagilah aku rasa macam mahu menggelepur.

"Dah, jom gerak! Lambat nanti." Qai sudah memasukkan bagasi kami berdua ke dalam but kereta.

"Selamat pagi, Dania, Nai!"

Qai yang baru saja mahu masuk ke dalam kereta terus duduk mencangkung sambil menyorokkan mukanya dengan rambut pendeknya. Dah sedar rambut tu pendek, nak juga disorok muka tu. Ingat panjang sangat ke rambut dia?

Aku toleh ke rumah sebelah. Oh, patutlah. Encik crush tegur rupanya. Seperti biasa, aku senyum manis.

"Hai, Muq. Wah, nak pergi mana pakai segak-segak macam ni?"

Muq tersengih sambil mengusap belakang lehernya. Seth yang baru keluar juga turut menegur aku. Kedua-duanya hari ini berpakaian segak dan kemas.

"Ada majlis kahwin kawan kami petang nanti."

"Ya ke? Samalah dengan kitorang." Aku pandang Qai yang mahu mengelak daripada Muq. Terus aku sepak kakinya sedikit. Spontan dia bangun dan terloncat-loncat sambil memicit kakinya yang terasa ngilu.

"Oh, Dania. Hai! Dah lama tak nampak awak. Sihat?" Muq menegur Qai mesra.

"Oh...Urk...Tak sihat...Eh! Sihat-sihat!" Sekejap Qai mengangguk, sekejap lagi menggeleng. Datang sudah penyakit gugup dia apabila bertemu dengan Mr Crush.

Muq tergelak, mungkin terhibur kut dengan telatah pelik Qai.

"Ur...Mana kawan awak tu? Tak ikut sekali ke?" Qai akhirnya memberanikan diri untuk memulakan perbualan.

"Ada kat dalam, tak bersiap lagi tu."

Qai mengangguk. Dia menggigit sedikit bahagian bawah bibirnya. Aku tahu, dia sedang teruja tu. Kau tunggulah masuk kereta nanti.

"Awak nampak...Urm...Handsome pagi ni."

Aku yang sedang mengunci pintu rumah, tergelak-gelak dalam diam. Jujur betul kawan aku ni. Belum apa-apa, terus dipujinya Muq. Petanda bagus, barangkali? Well, at least dia beranilah sikit nak berborak dengan Muq.

Tawa Muq menampar gegendang telingaku. Alahai, mana tak cair tahi telinga si Qai?

"Terima kasih. Awak pun nampak cantik."

Aku berani kerat jari muka Qai sekarang ini, sedang memerah seperti buah tomato. Qai ni kalau malu, tak pandai nak cover langsung.

"Dah, wahai sahabatku! Jom gerak." Anak mata aku menghantar isyarat, menyuruh Qai masuk ke dalam kereta. Karang berlama-lama di sini, tak sampai kami berdua ke majlis perkahwinan sepupu si Qai.

Qai memapar wajah sayu, tak sangguplah tu nak berpisah dengan cinta hatinya.

"Bye, Muq, Seth. Kami pergi dulu ya."

Muq mengangguk dan tersenyum manis.

"Yelah, bawa kereta hati-hati, Cik Qai." Sempat lagi Seth berpesan. Bagi aku, Seth ni macam abang aku dah. Tak pernah jemu berpesan itu ini kepada kami.

"Yelah. Seth, awak bawa kereta pun baik-baik sikit. Jangan suka pecut-pecut macam Qai."

Seth menyambut gurauanku dengan tawanya yang besar. Qai sudah menjegil matanya apabila diperli begitu. Peduli apa aku.

"Yelah, tata!" Seth melambai. Comel je gayanya. Aku turut membalas lambaiannya sambil menolak Qai masuk ke dalam keretanya dengan segala kudratku. Matanya terangkat-angkat, masih mahu melihat Muq yang sedang memasukkan bagasi ke dalam but kereta. Kalau aku tak buat begini, sampai ke sudah dia tidak mahu bergerak.

Sebaik saja Qai masuk ke dalam kereta, aku terus lompat masuk ke tempat duduk sebelah Qai.

"Nai!!" Qai memukul-mukul lenganku. Melepaskan geram tu. Haha.

"Dah kita nak cepat. Sebelum ni ada peluang nak borak lama-lama, kau tak nak. Masa nak cepat nilah kau terhegeh-hegeh nak buka mulut."

"Nak buat macam mana? Aku tak beranilah nak bercakap dengan dia." Qai mengeluarkan suara nyaring, seolah sedang menangis tapi tak keluar pun air mata. Dia hantukkan dahinya perlahan ke stereng kereta.

"Aku suruh kau mesej dia, kau tak nak. Jangan menangis berdarahlah kalau kau terima kad jemputan kahwin Muq dengan perempuan lain."

Saja aku mahu membuatkan Qai meroyan lagi. Kadangkala, kita tak boleh selalu harapkan lelaki yang memulakan semuanya terlebih dahulu. Istilah perigi cari timba rasanya sudah tidak relevan.

Lagi kuat Qai meraung. Keluhan terluah daripada bibirku. Susah sangat, aku hantar si Qai ni pergi kaunselor sajalah. Susah betul nak mulakan langkah pertama dulu. Asyik harapkan Muq saja padahal belum tentu Muq ni sukakan Qai semula.

"Cepatlah! Startlah enjin kereta tu."

Qai mengangguk perlahan dan cuba menghidupkan enjin kereta. Lama aku memunggu tapi hanya keluar bunyi enjin yang semput-semput saja keluar macam dah nak nazak enjinnya.

"Dah kenapa kereta kau ni?"

"Tak boleh startlah pulak." Qai masih berusaha dalam menghidupkan enjin keretanya.

Beberapa minit berlalu, aku mendengus kuat.

"Kau drive kereta aku jelah!"

"Hah? Boleh ke?"

"Dah tu? Kau nak jalan kaki ke sampai ke Kajang? Kau larat? Takkan nak bawak kereta kau ni yang dah enjin dia dah nak semput dah?" Aku keluar dari kereta. Aku seluk kunci keretaku yang memang aku sentiasa bawa ke mana-mana.

"Uwah, terima kasihlah sahabat. Merasalah aku naik kereta BMW. Hahaha!"

"Dah cepat! Jom."

Yep, wait for it.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro