PL12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jungkook yang dari tadi duduk diruang tamu sambil bermain dengan kereta mainannya terus berlari kearah Aerin yang baru masuk ke dalam rumah itu.

Wajah Aerin yang sembap dan mata yang bengkak itu membuatkan Jungkook bertambah risau. Dia sanggup tahan matanya daripada tidur semata-mata untuk menunggu Aerin pulang.

"K... Kenapa Aerin balik lambat sangat?"soalnya gagap kerana takut kalau Aerin akan memukulnya.

Aerin tidak menjawab. Dia hanya berjalan melepasi Jungkook hingga ke dapur. Cawan kaca yang berisi air minerel itu dicapai lalu diminum dengan rakusnya.

Namun, entah apa yang membuatkan Jungkook berani untuk menanyakan soalan yang dah lama bermain difikirannya.

"Bukan ke Aerin dah janji dengan omma untuk jaga dan sayang Kook?"

Terus cawan kaca itu Aerin baling kuat ke lantai. Habis berterabur serpihan kaca itu. Jungkook sudah setapak kebelakang kerana ketakutan.

"Kau pahal?!"

"K... Kenapa Aerin benci Kook?"soal Jungkook lagi.

Wajah Aerin sudah merah padam menahan amarah. Laju sahaja dia melangkah mendekati Jungkook lalu rambut hitamnya ditarik kuat hingga lelaki itu mengadu kesakitan. Jungkook bagaikan rasa rambutnya seperti ingin tercabut dari kulitnya.

"S... Sakit..."

"Hati aku lagi sakit kau tahu tak! Aku benci tengok kau! Kau ashik menyusahkan aku je! Kalau aku tak jumpa kau, hidup aku tak akan jadi miskin macam ni lah!"

"T... Tapi Kook ni kan suami Aerin."

Rambut Jungkook yang digenggam kuat itu Aerin menolak kasar. Dipandangnya Jungkook yang sedang mengusap rambutnya dengan pandangan tajam. Benci, itu yang dia rasakan saat melihat wajah lelaki itu.

"Ey pergi matilah status suami kau tu! Budak cacat macam kau tak layak jadi suami aku! Otak tu dahlah tak betul! Ey aku boleh jadi gilalah hidup dengan kau! Sepatutnya dulu aku biarkan je kau terlantar kat tengah jalan tu. Biar aman hidup aku."

Aerin mendengus geram. Dia belum puas. Belum puas melampiaskan rasa marahnya.

"M... Maksud Aerin..."

"Ya! Aku lah penyebab kau jadi macam ni. Aku lah penyebab kau kena langgar kereta. Kau yang normal dulu berubah jadi cacat sebab aku!"

"Wargh! Senyap! Jangan cakap lagi! Kook taknak dengar!"

Kedua belah telinganya ditutup. Mata dipejam rapat. Tidak mahu lagi mendengar kebenaran dari mulut Aerin.

"Sepatutnya aku tak perlu minta tolong kat orang ramai untuk selamatkan kau. Kalau kau dah mati masa tu, kau dah tak wujud dalam hidup aku dan aku boleh hidup senang sampai sekarang. Tapi semua tu musnah sebab kau tahu tak?!"Aerin mengetap giginya geram.

Jungkook hanya diam membisu. Tidak memberi sebarang respon. Air matanya mula bergenang laju. Dia hanya mampu mendengar luahan rasa bencinya Aerin pada dirinya.

"AKU BENCI KAU JEON JUNGKOOK! AKU BENCI!"

Jungkook sudah tidak tahan lagi berdiri disitu. Dia berlari laju keluar dari rumah. Kepalanya digeleng-gelengkan. Cuba untuk menafikan kata-kata yang lahir dari mulut Aerin itu tidak benar.

Sungguh dia tak sangka orang yang dia sayang sanggup meluahkan rasa benci pada dirinya.

PIN! PINNNNNN!

Bbuk!

Aerin tersentak saat mendengar bunyi hentakan yang kuat. Dia terus berlari kearah bunyi yang kuat itu dan terlihat orang ramai sudah berkerumun ditengah jalan.

Badan mereka ditolak-ditolak agar memberi ruang untuk dia melihat mangsa yang dilanggar itu.

Perlahan kakinya melangkah ke arah figura yang sudah terbaring kaku. Kakinya menjadi lemah lalu dia jatuh terduduk. Tak sanggup dia ingin melihat Jungkook yang sudah berlumuran darah.

"J... Jungkook..."

Kepala Jungkook yang penuh dengan darah itu diletakkan diatas peha.Air matanya sudah mengalir laju. Entah kenapa hatinya seperti tidak merelakan jika Jungkook ingin meninggalkan dirinya buat selamanya.

Bunyi siren ambulans sudah kedengaran.

Jungkook merasakan seperti dirinya di dalam nyawa ikan. Terpisat-pisat dia cuba untuk membuka matanya demi melihat gadis yang dia cinta. Mulutnya ingin meluahkan isi hatinya pada Aerin jika ini adalah pengakhiran hidupnya.

Namun dia tidak mampu. Dia terlalu lemah untuk bersuara. Jadi... biarlah dia dan Tuhan sahaja yang tahu yang...

Aku sayangkan dia

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro