PL13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

15 years ago

"Kook! Cepatlah kejar noona!"jerit Aerin pada Jungkook yang sudah jauh ketinggalan.

"Sabarlah noona! Janganlah lari laju sangat!" Tercungap-cungap Jungkook mengambil nafas kerana ingin mengejar Aerin yang seperti the flash itu.

Terhambur gelak Aerin dibuatnya. Seronok dia kenakan Jungkook yang berlari lambat itu. Dengan umur Jungkook yang masih 8 tahun, masih lagi tidak boleh mengalahkan kelajuan Aerin yang tua setahun darinya.

Setelah beberapa minit penat berlari berkejaran, akhirnya dua kanak-kanak itu duduk dibawah pokok untuk berehat. Peluh yang mengalir laju didahi Jungkook itu Aerin lap dengan lengan bajunya. Jungkook sudah tersenyum suka.

"Disebabkan Kook kalah, noona ada denda untuk Kook."

Jungkook sudah menarik muka habis. Aerin hanya tersenyum senget lalu selipar kecil belah kanan kepunyaan Jungkook itu dibaling jauh hingga ketengah jalan tar. Terus Jungkook memandang Aerin dengan dahi berkerut.

"Kenapa noona baling selipar Kook?"

"Inilah denda Kook. Noona cuma rasa nak berlatih lontar peluru je." Aerin tersengeh namun Jungkook tak henti memuncungkan bibirnya kedepan.

Tiba-tiba Aerin baling pula selipar belah kiri kepunyaan Jungkook ke tengah jalan tar. Jungkook sudah menghentak kaki geram.Terpaksalah dia mengambil seliparnya dengan berkaki ayam.

Namun, malang tidak berbau...

PINNNN! PINNNNNN!

"JUNGKOOK!"

BBAM!

Aerin berlari kearah Jungkook yang sudah berlumuran darah. Dia ingin meminta tolong namun orang yang melanggar Jungkook itu sudah lari dan suasana kelilingnya yang tiada orang. Dengan pantas dia berlari untuk mencari bantuan.

.

Makcik Jeon terus mendekati seorang doktor lelaki yang baru keluar dari bilik pembedahan itu. Berharap yang anak lelakinya selamat.

"Puan ini ibu kepada Jeon Jungkook?"

Makcik Jeon mengangguk laju. "Ya saya. Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?"

"Berita baiknya, anak puan dapat diselamatkan. Tapi..."

Puan Jeon hanya diam menunggu kata-kata dari mulutnya.

"Kemalangan itu menyebabkan hentakan kuat keatas bahagian kepala anak puan. Jadi disebabkan itu, dia mengalami masalah otak yang membuatkan ingatannya hilang sedikit dan perwatakannya seperti budak-budak walaupun umurnya semakin meningkat."

Air mata sang ibu sudah mengalir laju. Dia tidak sangka yang nasib anaknya akan jadi seperti ini.

"Tapi anak puan boleh ambil rawatan. Dengan rawatan itu, anak puan akan menjadi normal semula seperti orang lain."tambah doktor itu lagi.

"Tapi saya tak ada duit mahu bayar semua tu. Tak ada cara lain ke doktor?"

Doktor itu mengeluh berat.

"Saya minta maaf. Cuma itu sahaja cara untuk kembalikan anak puan menjadi normal semula."

.

"Janji dengan ayah yang Aerin tak akan cerita apa-apa pada Makcik Jeon."kata si ayah tegas pada anaknya.

"Tapi ayah, Aerin lah penyebab Jungkook kena langgar..."

"Sebabtulah Aerin tak boleh ceritakan benda sebenar pada Makcik Jeon. Kalau dia suruh kita bayar atas kecederaan anak dia, kami tak boleh bayar sebab ibu dengan ayah tak ada duit."terang si ibu pula.

Aerin hanya diam. Tangannya terketar-ketar kerana dia lah punca semua ini terjadi.

"Anggap je ini bukan salah Aerin dan teruskan persahabatan Aerin dengan Jungkook. Andai kata ibu ayah dah tak ada dan tak ada siapa yang boleh jaga Jungkook, ibu ayah nak Aerin orang yang pertama sanggup jaga Jungkook dengan rela hati. Anggap sahaja ini bayaran Aerin sebab punca buat Jungkook jadi macam ni. Faham?"terang ayahnya panjang lebar namun Aerin hanya diam tak berkutik.

Namun akhirnya Aerin mengangguk juga. Ibu ayahnya menghebus nafas lega.

Tiga beranak itu mendekati Makcik Jeon yang sedang duduk dikerusi yang tersedia disebelah katil Jungkook sambil melihat anak lelakinya dengan pandangan sayu. Siapa je ibu yang sanggup melihat anaknya terbaring lemah dihospital?

Ibu Aerin mula mendekati Makcik Jeon sambil bahunya diusap lembut. Memberikan kata-kata semangat agar ibu tunggal itu tetap tabah dan kuat.

Perlahan Aerin merapati Jungkook yang matanya terpejam rapat. Tangan Jungkook diraih lalu digenggam kemas. Wajah budak lelaki yang pucat itu dipandang lama.

Aerin minta maaf Kook.Walau apa pun yang terjadi, Aerin tetap akan jaga Kook sampai bila-bila. Desis hatinya.

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro