28/seumulyeodeol/nijyuhachi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di sekolah

Y/n otw masuk kelas dengan tiba-tiba badannya di sapa seseorang.

"YOW!! Y/n... Good morning!" Ujar Taufan berpaut pada bahu y/n.

"Morning." Jawab y/n singkat.

"Macam mana dating kau dengan Blaze semalam?" Soal Taufan.

"Kau tahu aku dating dengan dia semalam?"

"Mesti la aku abang dia." Jawab Taufan.

"Tak nampak macam abang pun." Kata y/n sambil buat muka tak puas hati.

"Kejamnya kau..."

"Btw... Mak aku nak tempah kek lagi kat kau, katanya sedap lepas tu dia promote kat member dia kek tu lepas tu member dia nak beli juga."

"Hum... Nanti siapkan. Btw kenapa kau tukar topik."

"Mak aku nak cupcake choco chip satu kotak and satu kek pelangi besar. Member dia pula nak satu kek red velvet satu kek chocolate cair and satu cheesecake besar." Kata y/n lagi.

"Woi aku tanya kau ni."

"Nanti aku chat kau kat whatsapp takut nanti kau lupa."

"Kau dengar ke apa aku cakap ni."

"Oh satu lagi aku pun nak order juga. Aku nak surprise muffin yang kau promote kat status semalam nampak macam surprise gift jadi aku berkenan."

"Y/n, kau palau aku ke." Kata Taufan pasrah.

S
K
I
P

T
I
M
E

Belakang sekolah

"Y/n! Aku kat sini." Panggil Ais yang melihat y/n yang mencari sosok seseorang.

"Kau panggil Ais? Ada apa?" Tanya y/n yang dipanggil ke belakang sekolah.

"Aku nak panggil kau tadi tapi kelas kau jauh sangat so aku suruh orang panggil kau." Kata Ais yang baring di bangku.

"Tak apa aku tahu kenapa." Bisik hati y/n.

"Btw semalam Blaze ada cakap pasal aku tak?" Soal Ais tiba-tiba.

"Aduh asal tetiba cakap pasal ni... Nak jawab apa ni." Bisik hati y/n. "T..tak ada? Kenapa kau tanya?" Kata y/n.

"Tipu." Kata Ais bangun dari baring.

"Betul la."

"Habis tu kenapa kau senyap tetiba bila aku tanya." Kata Ais.

"Sebab... Aku cuba nak proses apa yang kau maksudkan?"

"That's suspicious."

"That's weird."

"Okay. Duduk sini." Panggil Ais. "Y/n, jujur je dengan aku. Aku tak marah la."

"Jujur apa? Betul la dia tak cakap apa-apa." Balas y/n.

"Aku kira sampai tiga."

1

2

Kata Ais makin lama makin dekat dengan muka y/n hingga betul-betul 1 inci dengan dengan dia.

"Ti..."

"Okay okay aku cakap!!"

"Dia cakap apa?" Kata Ais masih lagi 1 inci dengan nya.

"Dia cakap pasal kau ada sakit." Jawab y/n.

"Aku dah agak."

"Kalau kau dah tahu... Boleh kau jauhkan diri tak? Kau macam cium aku..." Kata y/n

"Asal? Kau tak nak aku cium kau ke?"

Dup dup dup dup

"Aku la mamat ni kau tengah cari pasal dengan aku ke." Bisik hati y/n.

"Kau blushing. Jantung kau memainkan peranan betul." Usik Ais.

!!!

"M..mana ada!! Sana la!" Kata y/n lalu menolak bahu Ais.

Y/n memandang ke arah la sambil menutup mulutnya kerana malu. "Babi! Bau nafas dia wangi siak type ideal aku weh lelaki yang pembersih ni." Bisik hati y/n.

"Y/n comel kalau malu." Bisik hati Ais.

"Apapun... Macam mana kau tahu Blaze akan cakap pasal kau kat aku?" Kata y/n tukar topik.

"Dia kembar rapat aku, aku tahu la."

"Kau takkan marah dia kan?"

Ais terkejut dengan pertanyaan y/n. Ais memandang y/n yang lebih risau pada Blaze berbanding dia yang sakit lalu dia tersenyum.

"Tak. Aku tak marah dia, kau risaukan dia ke?" Kata Ais masih lagi senyum.

"Yelah... Dia suruh aku jangan cakap kat kau, aku takut la kau naik hantu dengan dia atau merajuk dengan dia sampai tak nak cakap." Kata y/n risau.

"Hmhp! Tak. Aku takkan marah dia aku janji." Kata Ais tersenyum.

"Haa... Okay la kalau macam tu."

"Kau tak macam orang lain la y/n."

"Maksud kau?"

"Setiap saja orang tahu pasal penyakit aku diaorang mesti akan tanya pasal macam mana keadaan aku dan tak suka kalau orang asyik risaukan aku."

"Lah... Mesti la orang akan risau."

"Stranger yang risau kan kau? Kau rasa? Tak pelik ke tu. Diaorang kan stranger kenapa nak kesah? Kalau family aku tak kesah lagi." Kata Ais.

"Mungkin diaorang nak bagi semangat kat kau ke apa. Kau kan tengah fight."

"Aku tengah fight dari dulu lagi. Kau sorang je yang risaukan orang lain daripada aku yang ada sakit ni."

"Well... Kalau kau marah Blaze bukan ke akan memudaratkan diri kau juga? So aku kesian la juga kat Blaze dia mesti sedih kalau kau marah dia?" Kata y/n.

"Tengok! Kau buat lagi... Hahaha...." Kata Ais ketawa.

"Apa... Aku cakap yang benar...."

"Hahahaha....!!!"

"Kenapa kau gelak tak lawak la...! Aaaaiisss....!!"

****

"Haish apa lagi mamat ni nak!" Rungut y/n otw pergi ke kelas Taufan.

Kelas Taufan

"Oh? Sini sini!" Panggil Taufan.

"Apa dia... Aku nak balik la..."

"Sabar la... Okay jom!" Kata Taufan lepas tulis sesuatu.

"Apa tu?"

"Bahan nak masak kek kau tu la. Aku lupa banyak barang dah habis sebab ramai sangat minta order." Kata Taufan capai beg nya.

"Waaahh usahawan berjaya kau ni."

"Mesti la. Ayah aku kata aku dapat kelebihan ni dari atuk. Atuk aku pun usahawan berjaya juga!" Kata Taufan.

"Oh...! Atuk kau ada menjual juga ke?"

"Atuk aku ada kedai dia sendiri. Dulu kedai dia kecil ke macam kedai mamak tu, sekarang dah jadi cafe." Kata Taufan lagi.

"Uwaahh... The real hardwork." Kata y/n kagum.

"Nanti aku bawa kau pergi cafe tu, sekarang ni jom teman aku beli barang sambil-sambil tu kita have fun together-gether!" Kata Taufan lalu menarik tangan y/n.

"Together-gether kepala hotak." Kata y/n tergelak lalu mengikut Taufan.

****

"

Rasa ais krim ni sedap!" Kata y/n lalu beri satu sudu ais krim pada Taufan.

"Hmm!! Sedap! Eh kejap kau tunggu kejap tau!" Kata Taufan mahu tinggalkan y/n bersama troli sebentar.

"Eh kau nak pergi mana?!" Jerit y/n.

"Kejap je!!" Balas Taufan.

"Ke mana pula dia nak pergi."

Selepas beberapa minit menunggu akhirnya Taufan datang dengan sesuatu.

"Lamanya kau pergi mana?" Tanya Taufan.

"Tadi sesak kejap. Nah!" Kata Taufan beri bungkusan.

"Apa ni?" Tanya y/n.

"Buka la."

GAPS!!

"Ni kan ayam pedas yang viral tu?!"

"Yup! Aku beli set besar untuk kau." Kata Taufan tersenyum.

"Awww... Taufan... Tapi... Kenapa banyak sangat dah la mak aku tak balik malam ni." Kata y/n.

"Sokay kau boleh simpan sikit untuk mak kau, lepas tu dia balik kau panaskan la."

"Tak... Sumpah banyak sangat ni... Umm... Okay macam ni kau datang rumah aku kita makan sama-sama." Pelawa y/n.

"Tapi mak kau kan tak ada?"

"So?"

"Kau? Nak aku datang rumah kau?"

"Ha! Kenapa? Kau tak nak ke?"

"Aku? Dengan y/n? Sendirian? Berdua?!" Bisik hati Taufan blushing.

Dup dup dup dup dup dup

"Taufan? Kau okay tak?"

"Huh? Oh... Oh! Aku okay." Kata Taufan sedar dari lamunan.

"So? Nak ke tak?"

"Ahmm o.. okay." Kata Taufan pegang leher.

"Hum... Tu pun susah ke. Btw... Bukan ke dari sini nak pergi bahagian makanan jauh?" Tanya y/n lalu meletakkan ayam tadi ke dalam troli bersama airnya.

"Oh... Haah. Aku lari pergi sana tadi."

"Kenapa kau susah payah buat macam tu?"

"Sebab... Kalau kau jadi girlfriend aku, aku akan bagi apa saja dan aku akan buat apa saja! Kalau kau jadi girlfriend aku, aku akan sentiasa bagi kau makan sebab aku suka tengok kau gemuk daripada kurus macam tak makan setahun." Kata Taufan.

"Eyy... So sekarang ni kau nak kata aku gemuk?!" Marah y/n.

"Berat kau berapa?" Soal Taufan.

"35"

"Kurus"

"Hah?! Gemuk bodo! Semalam aku naik 2 kilo dating dengan Blaze dia bagi aku makan banyak." Kata y/n.

"Okay la tu! Nanti balik kau cek balik berat kau sebab hari kau keluar dengan aku makan banyak kan?"

"Ah- ...."

"Aku ingat perempuan suka makan? Kau tak suka makan ke?"

"Su..suka..."

"Itu la perempuan... Suka makan tapi cita-cita nak kurus. Apa eh diaorang akan selalu cakap? Oh! 'kami makan bukan untuk hidup, tapi kami hidup untuk makan' betul tak?!" Usik Taufan.

"Diam ah!" Kata y/n lalu menolak troli dia tidak mahu mengakui yang apa Taufan kata itu betul sebab memang betul.

"Eeeehh betul la tu kan?!" Kata Taufan lalu mengikut y/n.

Di rumah

"Tak apa ke biar driver kau kat luar?" Tanya y/n lalu letak ayam tadi atas meja.

"Tak apa. Dia bodyguard setia aku."

"Korang memang ada satu bodyguard setiap seorang eh?"

"Yup. PA pun ada." Kata Taufan.

"Dasar anak orang kaya."

"Heheh... Aku boleh jadi sugardaddy kau kalau kau nak." Pelawa Taufan.

"Eish tak nak aku... Aku rasa Gempa layak jadi sugardaddy aku." Kata y/n.

"Tak tak dia tak layak. Kalau kau dengan dia, dia lagi banyak bagi kau makan... Like 24 jam dia akan bagi kau makan sampai nak termuntah." Kata Taufan.

"Allah kau ni pun satu kot ye pun jealous jangan la sampai macam tu." Kata y/n menarik kerusi.

"Apa? Aku cakap betul takkan nak tipu pula." Kata Taufan tarik kerusi di sebelah kiri y/n.

"Suka hati kau la. Aku nak menjamu dulu... Bismillahirrahmanirrahim!" Kata y/n lepas meletakkan sos atas ayam tersebut.

Kruuup

"Fuh! Bapak sedap gila."

"Kot ye pun sedar jangan la sampai comot." Kata Taufan lalu lap sos sedikit di hujung bibir y/n lalu menjilat nya.

"Kau tengok apa... Makan la juga."

"Aku tengok kau makan pun dah kenyang. Kita dua je kat sini aku nak luangkan sikit masa dengan kau." Kata Taufan menongkat dagu.

Tanpa menghiraukan kata-kata Taufan y/n ambil ayam bahagian kepak lalu menyumbat ke dalam mulut Taufan.

"Aham-!!"

"Makan! Jangan banyak cakap!"

"Kau suka palau aku." Kata Taufan lepas keluarkan ayam yang disumbat tadi.

"Kau cakap macam kau nak makan aku."

"Kenapa? Aku tak boleh makan kau ke?"

"Taufan, kita belum kahwin." Kata y/n lalu sambung makan.

"Kah-" Percakapan Taufan tersekat lalu blushing dia tak sangka y/n akan terus sebut pasal kahwin.

"Y/n suka buat aku blushing. Sekali sekali aku nak juga tengok dia, tak apa aku akan buat dia blushing dengan aku nanti." Bisik hati Taufan lihat y/n yang berselera makan.

Sedangkan dalam hati y/n berkata.

"Kau kalau nak buat aku blushing bukan masa aku tengah makan, sebab aku akan fokuskan pada makanan kalau nak ngorat tolong jangan masa aku tengah makan. Kau kena tengok timing yang betul Taufan."

Aku ada homework tapi aku buat wattpad 🗿 bodoh 🙂 okay done 👌🏻 abaikan typo biar dia alone forever 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro