29/seumulahop/nijyukyuu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

On Call

Fina: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Y/n: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Amboi lepas dah balik ni... Suci terus kau eh.

Fina: mhehehe.... Esok aku dah boleh pergi sekolah.

Y/n: bagus sangat la tu. Aku ni boring tak ada kau tau tak....

Fina: lah... Syiaaan... Dia... Nanti aku datang la. Tapi aku datang lewat sikit tau sebab ada hal.

Y/n: lewat sikit tu pukul berapa kau datang.

Fina: humm masa rehat maybe?

Y/n: hum okay la tu dari pada tak datang.

Fina: oh! Weh mak aku panggil, nanti jumpa kat sekolah tau.

Y/n: orite.

Fina: okay bye.

Y/n: bye.

Tut

End Call

"Haaa... Akhirnya Fina akan balik. Aku rindu dia sangat-sangat." Kata y/n senang hati bila dapat berita sahabat nya akan balik.

"Tapi kenapa aku rasa macam tak sedap hati eh dia nak balik? Patutnya aku gembira la dia dah balik. Kenapa aku rasa macam akan terjadi sesuatu dengan aku dan dia? Aish! Tak ada apa-apa la." Kata y/n tidak mahu fikir bukan-bukan lalu menarik selimut dan tidur.

Di sekolah

"Fina balik hari ni?" Tanya Solar.

"Yup!"

"Lepas dia balik kau dah tak lepak dengan kitaorang ke?" Tanya Thorn dengan muka comel.

"Humm mungkin.... Kat sekolah je, tapi kat luar aku boleh lepak dengan korang lagi."

"Fuh...! Lega dengarnya." Kata Blaze memegang dadanya.

"Apapun, kek yang kau order tu dah siap petang ni boleh la datang rumah kami." Kata Taufan.

"Lah? Kenapa tak bagi sekarang?"

"Kan aku cakap aku nak bawa kau pergi cafe atuk aku, jadi kenapa nak bawa barang banyak-banyak. Tak apa nanti nak balik kau singgah la rumah kitaorang." Kata Taufan tersenyum.

"Yelah..."

S
K
I
P

T
I
M
E

Makmal sains

Tok tok tok

"Kenapa kau ketuk pintu masuk jela." Kata Solar tersenyum.

"Saja ketuk mana kau busy." Kata y/n.

"Tak ada la aku buat homework sikit." Kata Solar lalu masukkan sesuatu macam cecair ke dalam bikar.

"Homework? Ni homework kau? Buat experiment?" Kata y/n dan duduk di sebelah Solar.

"Hehe... Budak sains biasalah. Dah siap dah sebenarnya, kira okay la aku buat experiment macam ni daripada aku buat experiment hati kau?" Kata Solar lalu membuka sarung tangan dan gogel.

"Huish kau nak bedah aku ke?!" Kata y/n memegang jantung nya.

"Haah, aku bedah kau lepas tu buat kau simpan nama aku dalam hati kau." Kata Solar lalu mengBOP hujung hidung y/n.

"Apa benda kau ni." Kata y/n tergelak kecil.

"Betul la... Hahaha..."

"Kalau kau bedah aku punya siapa nak bedah kau punya pula?" Kata y/n ingin bermain bersama.

Mereka berdua ketawa bersama. Indahnya permandangan mungkin kah y/n endup dengan Solar? Hubungan mereka sweet sampai phone aku bersemut. Tapi tak lupa juga yang lain ada menaruh hati pada y/n.

Mereka bertujuh mungkin menanamkan nama y/n di hati tapi diantara mereka hanya akan ada 5 orang yang betul-betul sayangkan dia, dan di antara 5 hanya akan ada 3 orang yang sanggup mati untuk dia dan diantara 3 hanya akan ada seorang saja yang betul-betul mahu tulis ikhlas mencintai y/n dan sayangnya kerana Allah.

Entah siapa yang antara mereka ia masih lagi misteri. Mungkinkah orang berharap Solar akan menjadi orang itu? Boleh jadi Blaze yang menyayangi y/n? Atau mungkin Taufan yang sanggup buat apa saja untuk y/n? Thorn juga mahu mendampingi y/n selalu. Apa mungkin Gempa yang mula berhasrat mahu jaga y/n hingga ke Jannah? Begitu juga Ais yang sudah lama jantungnya tidak berdegup kencang sampai la dia temui y/n dan mahu hidup selamanya bersama y/n. Atau Hali... Yang tak pernah luahkan apa-apa pada y/n, mungkin dia ada perasaan pada y/n tapi dia memendam rasa terhadap orang yang di cintai bukan saja y/n yang tidak tahu malah kembarnya juga tidak tahu apa yang bermain di fikiran Hali selama ini. Hali banyak perkara yang dia sudah pendam, Hali ada banyak rahsia di sebalik mukanya yang dingin. Mungkin kalau kau ada hutang dengan dia tapi kau tak bayar dia mungkin ada pendam dendam yang tinggi terhadap kau. Bodoh dah pinjam duit orang bayar la! Hali seorang yang pendiam menyimpan satu rahsia besar yang dia tak mampu luahkan kerana terlalu mencintainya.

Waktu rehat

"Orite! Kejap lagi Fina sampai aku nak buku ni dulu-" y/n berhenti bila nampak Hali bersandar di lokernya sambil membelek-belek kotak kecil di tangan.

Dia berjalan ke arah Hali. Hali perasan kewujudan y/n lalu mahu larikan diri tapi tangannya dipegang.

"Kau nak pergi?"

"A..aku..."

"Selalu waktu rehat kau... Bersandar kat sini ke?" Soal y/n.

Hali tak cakap apa-apa tapi menganggukkan kepala.

"Kenapa kau nak jaga loker aku? Apa kau bodyguard ke macam mana." Kata y/n tergelak bila Hali berbuat demikian.

"Tak ada la... Aku saja lepak sini..." Jawab Hali.

"Lepak sini sorang? Hari-hari kau buat macam tu tak bosan ke?" Tanya y/n.

Sekali lagi Hali tidak berkata apa-apa tapi mengangguk kepala.

"Kau ada something nak cakap ke?" Tanya y/n dan lihat Hali menyembunyikan sesuatu di belakangnya.

Hali nampak cuak bila y/n memandangnya.

"Apa tu? Apa benda tu? Kenapa kau sorok? Bagi aku tengok!" Kata y/n dan cuba mencapainya dari depan.

"T..tak ada apa la!!"

"Tipu kalau tak kenapa kau sorok?!"

Mereka bergelut disitu. Badan y/n lebih kecil dari Hali jadi ini membuatkan y/n susah untuk mendapatkan benda itu.

"Aku tak ready lagi nak bagi kau!!"

"Maksud kau tu untuk aku ke?!! Apa benda ni cepat la bagi aku tengok!!"

Mereka masih lagi bergelut dan sampai satu tahap Hali sudah tidak tahan, dia pegang badan y/n dan menolaknya ke loker. Kotak tadi dia cepat-cepat masuk ke dalam poket belakang.

BOOM

Kabedon

Hali memandang tepat ke matanya, y/n hanya terdiam dan keliru kenapa Hali buat semua ni.

Dup dup dup dup

"Aku tak ready nak bagi kau." Kata Hali bergenang air mata.

"Apa maksud kau?"

"Belum masanya lagi jadi jangan cuba untuk korek apa yang aku pendam!" Kata Hali bertegas.

Y/n boleh nampak mata Hali hampir melepaskan air mata tapi dapat di tahan. Hali meletakkan kepalanya di bahu kiri y/n. Y/n mendiamkan diri, dia langsung tidak faham dengan situasi sekarang.

PAAM!

Bunyi yang kuat itu datang dari sebelah mereka, dan itu bunyi kotak kek yang jatuh bersama Fina yang berdiri dengan tangisan.

"Fina?!"

"Sampai hati kau y/n! Aku benci kau!" Kata Fina lalu berpergi.

"FINA!!! WOI!!" Jerit y/n lalu mengejar Fina.

Tinggal la Hali berseorangan di situ. Dia ternampak kek yang jatuh tadi lalu pergi melihat isinya. Ia tertulis 'sudi tak kau jadi boyfriend aku Hali' mata Hali membesar melihatnya. Rupanya Fina ada perasaan pada Hali dan bila sedar kembali y/n tidak tahu pasal itu. Fina mempunyai cinta pada Hali tapi Hali tak rasa yang sama pada Fina.

What a love triangle :') *cry in dramatically* okay sebenarnya ni collab idea sikit dari CikMimpiOfficial tapi aku ubah sikit sepatutnya yang 'someone' tu kawan kepada kembar presiden ni tapi aku tukar kepada salah satu dari kembar ni 😀 and aku dengan honey have decided who will die in this story kitaorang dua je kot tahu siapa orangnya 😂 you all just need to prepare tissues itu mungkin akan membantu korang nanti HOHOHOHO

Btw aku baru perasan aku tulis banyak sangat 😂 maksud aku tu aku tulis macam tak ada penghujung tadi masa aku cek balik chapter aku panjang-panjang doh aku tulis mata aku pula yang rasa sakit 😂 sorry eh untuk korang yang rasa kesakitan tu aku tulis panjang-panjang pun sebab nak bagi korang faham kalau tak faham pun mungkin sebab typo haish 😌✋🏻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro