limabelas/yeoldaseot/juugo

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Paginya

"Huuu.... Kau boleh buat Y/n... Buat macam biasa, takkan apa-apapun yang akan berlaku... Kalau kau buat macam tak ada apa-apa." Y/n menggengam tangan nya bersama cuba untuk bertenang.

"Kenapa adik cakap sorang-sorang ni?" Tegur mama Y/n.

"Eh mama tak ada la... Tangan ni tiba-tiba je sejuk semacam." Cover Y/n dan sambung ikat tali kasut.

"Haih... Belum pergi sekolah dah takut?" Ujar mama Y/n.

"Eh... Macam mana mak aku tahu aku tengah takut... Ni lagi seram daripada nak bersua muka dengan mamat semua tu..." Bisik hati Y/n yang berasa muhasabah.

"Ok la ma, adik dah siap jom gerak." Y/n tukar topik.

Mama nya tersenyum terus kunci pintu lalu naik kereta pergi ke sekolah. Apabila di hadapan pintu pagar sekolah Y/n ambil nafas yang besar sebelum masuk ke dalam. Dalam hati tu berzikir je banyak-banyak meminta pada yang atas agar permudahkan segalanya.

Ketika Y/n perjalanan masuk ke kelas dia terserempak dengan Hali... Mereka berhenti dan pandang sesama. Y/n menelan air liur dan fokus balik tujuannya, dia menundukkan sedikit kepala dengan bantuan rambutnya dia terasa terlindung daripada malu.

"Y/n!!" Tegur Fina terus bangun dari duduk nya.

"Tak payah nak Y/n-Y/n sangat la! Kau tahu tak semalam hari paling teruk aku pernah alami!" Y/n menghempas beg nya ke atas meja.

"Err... Aku.. min-"

"Kau tak salah pun! Jangan minta maaf kat aku..." Kata Y/n potong percakapan Fina.

"Humm..." Fina terdiam.

°°°°

"Y/n! Minggu depan ada pilihan club... Kau nak masuk club apa nanti?" Soal Fina.

"Entah la... Mungkin bola tampar?" Jawab Y/n.

"Eh! Tak boleh!! Kau tak boleh masuk club tu!!" Halang Fina.

"Kenapa pula dah...." Y/n menggosok kepalanya.

"Aku dengar... Orang yang tinggi dia tak melebihi 170 ke atas akan di ejek..." Kata Fina penuh series.

"Kau ni saja je kan..."

"Betul la!! Tinggi kau berapa?" Tanya Fina.

"....1..69..." Jawab Y/n perlahan.

"Ha!! Kau tak boleh- Eh kejap... 169? Pendek nya?! Aku 172 tau!" Kata Y/n tanpa memikirkan apa yang akan berlaku.

".....Kalau boleh cakap kuat lagi tau!! Kau ni memang la..." Perli Y/n lalu menutup lokar dan berjalan menuju ke makmal.

"Eh! Sorry weh! Aku tak sengaja Y/n! Woi! Tunggu aku...!" Pujuk Fina berlari ke arah Y/n.

Makmal Kimia

Y/N POV

Alamak.... Aku dah la satu kumpulan dengan Solar.... Macam mana ni... Kenapa pula aku tak terfikir hari ni pergi makmal kimia... Fuuh... Relaks... Takkan apa yang akan berlaku kalau kau palau dia.... Mula kan dengan Bismillahirrahmanirrahim....!

Solar masuk tak ternampak Y/n tengah berdoa... Mulut nya terkumat-kamit membaca sesuatu dengan mata tertutup. Dia tersenyum kecil dan dah agak apa yang dia baca kan. Dia pergi ke meja Y/n dengan senyap supaya Y/n tidak sedar yang Solar sudah berada di sisi nya. Solar dekat kan mukanya pada pipi Y/n, dia cucuk pipi Y/n dan buat dia pandang pada Solar.

Ada orang cucuk pipi aku siap- eh... Ya Allah!!!! Solar!!! Bila masa pula dia- aduh!!! Rapat nya stop!!! Aku ke belakang kan muka sepantas kilat dan berpaling ke arah lain untuk cover muka merah aku ni.

"Ehehe!! Asal? Tertukar personaliti ke? Kau ok je buat kan Gempa... Kenapa dengan aku tak boleh... Hem?" Solar kan dirinya pada Y/n.

"Ish! Tepi la!" Y/n menolak badan Solar.

Aduuhh... Tu la... Lain kali jangan cari pasal dengan diaorang.... Kan dah kena diri kau... Ha sekarang terima la padah nya... Aku tak sanggup la hidup macam ni. Apa diaorang nak sebenarnya!?!?! Cuba someone bagitahu! Jangan la buat aku macam ni...! Eiiiiieeieieiei...!!!

"Woi..woi..woi! Lek ah... Jangan la garu kepala sampai serabai... Kita nak buat eksperimen baru ni... Cuba kau ikat rambut tu." Tegur Solar melihat Y/n yang gelisah.

"Ha!! Kau patut minta getah rambut aku kat adik-adik kau diaorang yang buat hilang!" Aku jeling mata pada Solar.

Solar keluarkan getah rambut yang masih lagi di dalam plastik, Y/n memerhati kan tindakan Solar seperti nya getah rambut itu untuk diri nya.

Apa yang dia cuba buat ni... Kenapa pula dia nak simpan getah rambut? Single ke taken ni? Apa muslihat kau hah?! Mesti ada apa-apa ni... Jangan tertipu buaya macam dia ni... Dia mungkin-

Solar menarik tangan Y/n dan mula mengikat rambut dia dengan lembut sekali... Y/n terkejut sangat sampai tak boleh berkata-kata.

"Dah! Ok tak? Ketat sangat ke apa?" Solar memusingkan badan Y/n untuk lihat mukanya. Dia membetulkan rambut depan lebihan.

Kenapa dia buat macam tu... Sedangkan aku asyik tolak dia... Aku terasa di sayangi... Stop...

Y/N POV END

SOLAR POV

Aku ni tak ada la jahat mana pun... Tapi bila aku dah sayang kan pada seseorang tu... Aku akan berikan segala yang aku mampu... Termasuk Y/n... Kenapa dia tenung aku macam tu... "Ehem!" Aku berpaling pada tempat lain sama juga dengan dia...

"Ok! Kelas! Hari ni kita belajar tajuk baru... Jadi barang di depan kamu tu adalah tujuan kita."

Aku buka buku dan ambil bikar tiba-tiba aku terpegang tangan Y/n. Pada mulanya kami pandang sesama sendiri... Entah macam mana tangan kami bertindak balas menarik dengan cepat. Perasaan apa ni... Aku tak pernah rasa resah macam ni... Fuh... Tenang semua nya akan berakhir tak lama lagi...

°°°°

Akhirnya.... Terbebas dari seksaan syaitan! Y/n lalu sebelah aku pusing ke arah aku. Aku rasa dia nak bagi balik getah rambut tu. Belum sempat dia nak tarik getah tu aku cakap...

"Eh tak payah! Getah tu memang khas untuk kau pun... Je tau..!" Aku gosok kepala dia dan berlalu pergi.

Y/n terdiam dan memegang kepalanya kerana Solar tiba-tiba saja menggosok kepalanya. Dia bingung lalu berjalan masuk ke kelas.

SOLAR POV END

°°°°

Lunch time

"Woi! Kau nak makan ke kau nak main?!" Tegur Fina pada kawan nya itu.

Y/n tersedar dari lamunan dan sambung bermain dengan makanan nya. Fina yang tengok pun berasa hairan selalunya Y/n yang paling bising... Fina berfikir kalau ambil makanan dia nanti mengamuk la pula tapi tengok keadaan Y/n yang kurang bersemangat membuat dia tak senang duduk.

"Kau kenapa... Kau ok tak?" Tanya Fina pegang bahu Y/n.

"Aku ok... Tiba-tiba je rasa tak ada selera nak makan..." Jawab Y/n.

"Nak minum air Boba tak? Kat luar?" Pujuk Fina.

"Nak!!" Kata Y/n ceria kemabli.

Mereka pun keluar turun ke bawah pergi untuk beli air Boba. Tengah semangat Fina bersembang Y/n jadi senyap bila sampai ke sana. Fina lihat apa yang Y/n pandang... Rupanya presiden kembar ada di situ.

"Tak jadi la beli... Jom patah balik..!" Kata Y/n menarik lengan Fina.

"Eh....! Tak ada! Tak ada! Kita dah turun ni kita beli cepat! Sia-sia je turun... Dah...! Jom beli cepat!" Kata Fina menarik lengan Y/n balik.

"Aduhmak perempuan ni...! Mamat-mamat tu ada kat sana la...! Kenapa tak ada seorang pun yang memahami aku!!!" Bisik hati Y/n.

"Biar aku belikan... Bak sini duit kau! Macam biasa kan... Kau tunggu sini... Aku masuk! Jangan pergi mana-mana!" Kata Fina beri arahan.

Y/n tunggu di luar bersama anak-anak kembar yang dari tadi memerhatikan diri nya... Y/n pura-pura tidak nampak mereka kerana malu nak bertentang mata lagi. Krik... Krik... Bunyinya kerana terlampau sunyi Solar berani kan diri untuk tegur Y/n.

"Kenapa kau macam buat tak kenal kitaorang..?"

"....Hmmh... Hari-hari tengok muka korang... Dah jemu jadinya." Jawab Y/n masih lagi pandang ke arah lain.

"Chat aku lepas balik sekolah boleh...?" Minta Solar kepada Y/n.

Dengan serta-merta Y/n pandang ke arah mereka dan kata...

"Kau kenapa..."

"Tak ada apa... Saja suruh kau chat aku." Balas Solar.

"Ke mana pula perempuan ni pergi... Dia ni beli air ke buat air...." Bisik hati Y/n yang sudah lama tunggu kat luar.

Beberapa minit kemudian Fina keluar bersama air di tangan. Dia beri pada Y/n muka nya yang hilang sabar itu betul-betul buat Fina mahu tergelak tapi dia hanya tahan dan mereka balik semula ke kelas.

°°°°

Pulang Sekolah

"Bye!! Y/n! Jumpa esok!" Fina lambai tangan pada sahabatnya itu lalu lari masuk ke dalam kereta.

Kalau pergi sekolah mama nya hantar tapi balik sekolah Y/n dengan bas ekspres... Bukan senang sebenarnya naik bas ni kadang-kadang merbahaya juga sian... Tapi kali ni dia tidak berseorangan kerana ada seseorang... Bukan beberapa orang mengikut dia balik rumah. Ya, mereka adalah presiden kembar kerana terlalu suka sampai nak ikut sekali balik rumah... Seram pula rasa dia... Mujur la bukan Sangwoo. (Maap ii 😂)

Tapi Y/n tidak perasan yang dia telah di ekori. Dia duduk di tepi tingkap dan memakai iPod untuk memenangkan diri lepas terseksa di dalam neraka... Bukan sekolah... Maaf. Y/n memandang ke luar tanpa di sedari mereka berada di belakang, kiri dan depan nya. Macam mana pula dia tak perasan...

https://www.youtube.com/watch?v=ABQfA_JtzG8

Sampai ke station rumah Y/n dia pun turun. Bila dia lalu tepi tingkap yang dia duduk tadi Y/n memandang tingkap itu dan terkejut anak-anak kembar itu sedang melambai dengan senyuman yang sangat besar lalu bas itu pun pergi.

"Diaorang follow aku ke?!?" Kata Y/n dengan penuh tanda tanya.

Malam itu

Y/n baru saja solat Isyak dan baru saja mahu rehatkan badan tiba-tiba dia dapat lagi mesej baru... Mungkin juga ada orang masukkan dia ke dalam satu group yang aneh tapi sebenarnya dia tahu itu group apa.















Kerana terlalu bahagia mereka berhenti sampai di situ. Di situasi Y/n dia masih bingung dengan apa yang berlaku tadi. Ini yang berlaku pada mereka.

Gempa

Dia terkaku agak lama sampai dia tak perasan air sudah mendidih. Dia tutup api cepat-cepat.

"Sampai kering air ni aku biar kan... Dahsyat betul ifek ada crush ni."

Hali

Dia pandang telefon yang screen nya sudah terpadam. Dia terdiam dengan muka penuh kemerahan tak tahu nak cakap apa.

"Kitaorang...? Comel...?! Apa maksud nya tu?!?! Sesiapa tolong aku!! Aku tak boleh bergerak... Kaki aku dah kebas ni... Help me... Please!!! Someone!! Solar!!!"

Taufan

Sementara Taufan berguling-guling di lantai sambil memeluk bantal macam orang gila.

"Aaaaaaaahhhhhh!!!!!! Hahahahahahaha!!!! Bahagia nya!! Ya Allah!!!! Kenapa la kau mencipta dia terlalu sempurna!!!!!"

Blaze

Manakala kembar yang sorang ni tiba-tiba saja menjadi sangat aktif dan liar. Dia berlari ke sana ke sini dengan gembira tahap dewa.

"Hahahahahahaha!!!! Dia comel!! Dia comel!! Dia comel!! Dia comel!! Kenapa dia comel sangat!!!! Aaahhhhhhahahahahah!!!!"

Ice

Dia terpegun dan beku seperti ais bila dapat mesej yang macam tu mata nya terbuka luas buat pertama kali nya. Tak mampu berkata-kata apa lagi lepas hantar mesej.

"Mata aku tak boleh bergerak... Macam mana rupa aku... Aku tak pernah rasa bersemangat dalam seumur hidup aku... Kenapa tiba-tiba je ni..."

Thorn

Kembar yang sorang pun sama berguling di atas katil sampai terjatuh kemudian nyanyi dalam keadaan yang agak panas muka nya.

"You!! You memang sangat cute!! So stop la being so cute!! You buat i hanyuuuut!!! So stop la being frekin' cute!"

https://www.youtube.com/watch?v=7ERR5eZnEAI

Solar

Dia pula bingung dan tambahan pula dapat punch line dari crush yang membuatkan hidung diri nya sendiri mengalirkan darah yang begitu banyak.

"Comel...? Aku... Dengan Hali... Comel!?! Aku ni gay ke... Straight...? Aku nampak macam gay ke...?!? Aku rapat dengan Hali je... Kejap bila masa pula aku rapat dengan dia?!? Aku banyak gaduh dengan dia ada la... Tapi sebenarnya aku tak perasan pun aku memang rapat dengan Hali... Tapi sejak bila?! Kenapa aku tak ingat?! Aku ada amnesia ke?! Y/n... Kau buat aku jatuh cinta..."

(Sorry la banyak timeskip)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro