enambelas/yeolyeoseot/juuroku

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keesokan harinya

Y/N POV

Aku tersenyum sorang-sorang sambil memandang syiling bilik memikirkan pasal tadi. Sejujurnya aku sendiri pun tak tahu kenapa aku fikir pasal diaorang tapi aku rasa diaorang tu... Comel... Haha... Kenapa dengan aku ni... Aku rasa hati aku dah terbuka untuk diaorang lah... Tapi macam mana...? Agaknya aku ni garang sangat kot dengan diaorang. Kalau aku cuba berbaik dengan diaorang  nanti boleh ke? Aku akan cuba! Sebenarnya diaorang baik je kau je yang fikir bukan-bukan... Apa la...

"Adik!! Dah siap ke belum...?! Tak nak pergi sekolah ke?!"

Kalau aku tak nak pergi boleh ke?! Hehehe... Jarang mak aku tanya soalan macam ni. Aku bangun dari katil dan jawab.

"Ye!! Dah siap! Nak turun la ni...!" Aku capai beg dan turun ke bawah.

Di dalam kereta aku tak tahu kenapa tiba-tiba rasa bersemanga... Maksud aku... Sangat-sangat semangat... Sebab belajar atau... Diaorang? Apa yang aku fikirkan ni... Haih....

Bila dah sampai aku salam mak aku dan turun dari kereta. Masa aku tengah jalan masuk pintu pagar sekolah aku nampak Taufan tengah ikat tali aku ingat nak tegur dia... So aku panggil dia... Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku nak tegur dia.

"Taufan!!" Aku berlari ke arah dia sambil melambai tangan dengan senyuman pagi yang menggembirakan.

Tapi bila aku hampir ke sana dia nampak terkejut dan terus lari daripada aku. Aku tak tahu la kenapa tapi dia pandang aku macam nampak hantu... Aku pandang belakang tengok tak ada apa-apa. Pfft..! Mesti la aku mana boleh nampak hantu... Bodoh betul...

"Dia kenapa dowh... Aku tak bawa kayu baseball pun untuk pukul dia... Pelik." Aku berjalan menuju ke kelas.

Tiba-tiba aku ternampak Gempa... Aku nak lambai tangan tapi... Dia sepatutnya nampak aku... Ya dia memang nampak aku tapi dia tutup muka nya dengan buku dan lalu di sebelah aku. Aku yang angkat tangan macam nak baca ikrar menurun kan nya. Ingatkan nak berbaik dengan diaorang tapi lain pula yang jadi.

"Ohayo! Y/n!"

"Eh tiber cakap Jepun..." Aku terkejut Fina sapa aku macam tu.

"Ala saja la aku panggil kau macam tu... Ni tak nak masuk kelas ke? Kau nak berdiri kat sini macam scary crow?"

Aku ke perempuan ni... Memang suka buat orang hilang sabar.

"Datang panggil aku memang nak serang aku eh?"

"Eh tak ada la kau ni... Jom la masuk."

Fina tarik tangan aku masuk ke kelas.

Masa dalam kelas aku tak dapat fokus. Aku tengok luar tingkap dan fikir nak balik rumah je...

"Bila nak balik ni..."

"Y/n? Kamu tahu jawapannya?"

"Huh? Oh! Tu... 3 kuasa 2!"

"Ya betul!"

Fuh! Nasib baik betul... Sebenarnya aku hentam je tadi tak sangka pula betul nampaknya aku memang di lahirkan untuk jadi pandai hihihi...

"Psst...! Y/n...!"

Aku dengan orang panggil... Aku pandang belakang sementara cikgu tengah tengok buku.

"Ha... Apahal?"

"Kau kenapa dowh hari ni? Kau tak pernah hilang fokus dalam kelas... Kenapa tetiba pula ni?"

Betul juga kata Fina... Kenapa dengan aku eh...

"Entah la weh... Tak makan banyak kot masa sarapan tadi..."

Tu je yang aku dapat agak kat aku...

"Nah! Makan ni tak ada la bosan masa belajar."

Fina bagi aku chewgum... Aku ambil dan buka plastik lalu makan... Aku tahu tak boleh makan dalam kelas... Lek ah meja aku bahagian belakang kot.

****

"Weh jom ah! Kau tak nak makan ke?"

"Tak nak ah... Aku nak pergi library je lepas ni... Kau nak makan pergi la."

Tak ada mood ah nak makan hari ni rasa  macam nak fokus kat sesuatu je... Tapi aku tak pasti apa dia.

"Hm... Yelah. Nak aku belikan apa-apa untuk kau tak?"

"Tak apa la... Aku tak lapar pun."

"Mm.. yelah kalau agak rasa tak sihat tidur la tau."

Aku hanya mengangguk kepala tak sangka pula Fina ni caring rupanya. Dulu masa first day met tengok macam garang dan pendiam tapi bila dah kenal lama ni perangai macam cilanat. Dia pun keluar kelas tinggal la aku sorang-sorang. Bangun dan gerak pergi library macam aku kata kan tadi macam tak ada tempat lain aku nak melepakkan? Kalau boleh dating pun aku kat library...

Masa aku tengah cari buku aku terdengar suara yang betul-betul aku cukup kenali... Aku cuba untuk curi dengar perbualan mereka... Aku betul-betul tak sentak dan tergamam perbulan mereka. Aku memerhatikan mereka dari celah buku yang ada. Rupanya Hali dengan bersembang dengan lelaki idaman pelajar perempuan school of private dia adalah Fang. Dia ni boleh tahan popular juga sebab aku pernah tercrush kat dia macam aku boleh tercrush tu jangan tanya la panjang citer dia tapi lepas tengok cara dia layan perempuan nampak macam buaya pula... Terus hilang suka aku kat dia... Allah...

"Eh kau kenal tak Y/n?"

"Budak yang pernah prank teruk kat korang tu?"

"Ha dia la!"

"Oh kenal... Kenapa? Kau suka dia-" Fang tidak dapat habiskan ayat Hali menutup mulutnya dengan bibir Hali kedepan seperti mahu cium Fang tapi di halang oleh tangan nya sendiri. Y/n yang melihat menukup mulut tahan jerit kerana fangirl excited.

Woah... Ada drama BL free la.. anjay... Eh tapi... Apa maksud Fang yang Hali suka aku?

"Bodo jangan la cakap kuat-kuat Gempa pun ada kat sini la!" Hali melepaskan Fang yang terpaku kerana kejadian tadi. Muka dia merah sedikit.

"Jadi betul la kan kau suka dia?" Tanya Fang perlahan.

"Ye! Aku crush kat dia!"

Wa- wait what?! Hali apa?! Macam mana pula boleh jadi macam ni?! Apa?! Apa yang berlaku ni?! Sksksksks

"Kejap kenapa kau nak cakap pasal Gempa ada kat sini juga?"

"Sebab Gempa pun suka kat dia."

BOOMSSHH!!!!

Otak aku meletup takkan la Gempa juga? Kau series la?!

"Wow!! Love triangle ke ni?!"

"Aku tak pasti la... Sebab adik-adik aku pun banyak cerita pasal Y/n"

Huh?!

"Takkan la diaorang pun sama suka kat Y/n? Ice macam mana pula?"

"Ice... Dia suka pendam... Tapi aku rasa dia pun suka Y/n la... Sebab waktu diaorang cerita pasal Y/n... Ice tak tidur tapi dia jadi excited bila dengar diaorang bercakap."

Aku rasa macam ada rama-rama dalam perut aku.

"Lepas tu kau nak buat apa?"

"Aku kena dapatkan Y/n sebelum diaorang..."

"Kau dah sedia nak bagitahu dia ke?"

"Dah! Sejak aku tahu diaorang pun suka Y/n aku berani kan diri untuk bercakap dengan dia!" Kata Hali yakin. Y/n pusing ke depan sambil menggigit ibu jari dan tepok dahi kerana menyesal.

Habis la kalau dia jumpa aku kat sini macam mana?! Dah la satu siblings crush kat aku?! Salah aku ke ha try diaorang?! Aduu!! Naya aku macam ni... Ni semua salah aku... Ye! Ni salah kau Y/n bila dah jadi macam ni kau kena tanggung sendiri kau kena buat apa sekarang?! Apa lagi... Cabut la!!!

Aku berlari sepantas dan senyap yang aku boleh supaya tak kena tangkap dengan diaorang... Tak... Kau tak boleh terserempak dengan diaorang lagi... Kau kena jauh kan diri... Tapi macam mana?! Alamak!! Lepas ni masuk makmal!! Ada Solar!!! Macam mana ni!!! Mama!!!! Tolong adik!!!

Y/N POV END

Waktu makan lunch masih lagi ada. Y/n di dalam kelas berjalan ke sana ke sini kerana fikir pasal kelas seterusnya. Dia buat macam-macam benda... Padam papan putih.. sapu kelas.. baca buku.. namun tak berkesan untuk buat dia rasa tenang malah ketika duduk pun dia rasa tak senang. Y/n cuba untuk tidur dan pejam kan mata tapi bila dia makin cuba untuk tidur muka siblings kembar tu muncul dan membuat Y/n bangun dan tak boleh lelap kan mata.

"Aduh... Macam mana ni...! Masa lunch dah nak habis. Patut ke aku lari keluar sekolah eh..? Tak juga... Ada pengawai la pula. Tapi kalau aku tak lari nanti... Apa yang akan berlaku kat aku?" Kata Y/n menggaru kepala seperti mahu tarik semua rambut dia.

KRRIINNG!!!

"ALAMAK!!! MATI LA AKU!!!"

Sorry aku tertidur petang mengantuk sangat agak nya 😂 part baru ni kisah Y/n pov eh... 😌 Nampak nya macam tu la. Typo ada kot tengok tengok kan la ye 🤣💔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro