tujuhbelas/yeolilgop/juushichi(nana)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Semua murid kelas pergi ke makmal hanya Y/n yang berada di kelas dan tidak mahu masuk ke makmal walaupun di pujuk oleh Fina dia masih lagi berdegil tak nak pergi lalu Fina pun tinggal kan kawan nya.

"Aku bagitahu cikgu kau sakit kepala eh?" Kata Fina.

Y/n mengangguk kepala tanpa melihat Fina. Dia hanya menggeleng kan kepala kepada Y/n yang tiba-tiba mahu ponteng kelas.

Solar ialah satu kumpulan dengan Y/nr. Matanya meliar mencari Y/n tapi apabila Fina masuk tanpa membawa kawan nya dia terasa agak kecewa dan tertanya di manakah crush nya itu. Solar mahu tanya pada Fina tetapi malu takut dia syak sesuatu jadi Solar hanya mendiamkan diri tanpa apa-apa berita tentang Y/n.

Cikgu pun masuk ke makmal dan mula mengira kumpulan yang ada. Dia menegur Solar kerana dia berseorangan di belakang.

"Solar? Mana Y/n?"

"Ah... Dia..."

Fina mengangkat tangan memanggil gurunya.

"Ye Fina ada apa?"

"Y/n tak sihat! Dia pergi bilik rawatan."

"Oh yeke... Tak apa la kita mulakan kelas sekarang."

SOLAR POV

Tak sihat? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dia okay tak? Dia ada kat bilik rawatan... Patut ke aku pergi tengok dia? Tapi kelas baru nak mula... Aku nak pergi tengok dia!

"Cikgu!"

"Ye Solar kenapa?"

"Izin kan saya pergi ke tandas."

"Ye boleh sila kan... Oh kejap ambil pas ni sekali."

Solar berlari ambil pas dan keluar secepat nya.

Aku nak tengok dia... Aku nak- eh...?

Dia nampak Y/n sedang tidur di dalam kelas lalu dia masuk ke sana pergi ke meja Y/n dan memandang nya. Solar menyelak rambut Y/n supaya dia boleh tengok muka Y/n. Solar dekat kat bibirnya pada Y/n dan berhenti. Dia lari balik ke belakang sambil menutup mulut nya.

Nanti kejap apa yang aku buat ni?! Aku cuba untuk cium dia ke?! Huh?! Astaghfirullahalazim... Mengucap Solar! Mengucap!! Tapi... Sekali je... Aku nak sentuh muka dia...

Dia kembali dan mencium dahi Y/n lalu keluar kelas.

Y/N POV

Blah pun diaorang... Aku takkan masuk makmal tu dengan Solar... Pergi mampus! Aku lebih rela masuk lombong daripada masuk makmal dengan si mata empat tu. Ha... Baring kejap la... Tutup mata kau dan tenang kan fikiran jangan fikir apa-apa... Jangan- eh... Weh?! Siapa tu? Siapa masuk tu?! Tak dengar suara langsung... Hantu ke??!! Jangan buka mata!! Jangan buka- apa ni?! Hantu main rambut aku?! Ya Allah lindungi aku!! Lin- haih... Kenapa la aku bodoh sangat mana ada hantu siang-siang buta macam ni... Tapi kalau bukan hantu siapa? A... Apa... Dia... Nak cium aku?! Dia nak cium aku?!? Dia nak curi first kiss aku?! Andwae....!!!! Eh?! Dia tak ambil! Haha!! Alhamdulillah! Siapa ni dowh... Patut ke aku buka mata? Kejap... Dia belum habis lagi... Dia- cium dahi... Charming nya?! Siapa ni woi!!

Sebelum sempat Solar keluar kelas Y/n sempat buka mata nya dan melihat siapa dalang nya... Y/n terkejut dia memegang dahi nya sambil blushing.

So- solar?! Apa... Kenapa dia... Buat macam tu...?!

Y/N POV END

"Yohoo!! Y/n! Kau dah okay ke?!" Tegur Fina.

Fina melihat Y/n sedang bebelkan sesuatu tapi dia seperti sedang gelisah sambil menggenggam tangannya.

"Mutter mutter mutter mutter mutter mutter..."

Fina agak terkejut dengan sikap Y/n yang tiba-tiba mengkaji sesuatu. Dia menolak badan Y/n sedikit dan membuat Y/n sedar dari lamunan sambil bebel sendirian. Dia pandang Fina dengan terperanjat tak sedar yang Fina memandang nya dengan muka yang pelik.

"Eh! Fina bila kat ada kat sebelah aku ni?" Kata Y/n kembali normal.

"Kau kenapa dowh... Kenapa kau buat macam tu... Kau buat aku takut la." Kata Fina meremang bulu roma.

"Errrm... Aku... Tertekan sikit tadi la sebab tu aku buat macam tu." Kata Y/n berikan bukan penerangan sebenar.

Dia tak nak Fina tahu pasal benda ini takut nanti lain jadi nya... Dia ambil keputusan untuk tidak bercakap tentangnya.Fina mengangguk kepala tanda faham lalu duduk di kerusi mejanya.

****

Semasa makan lunch Y/n tak dapat fokus pada makannya kerana memori tadi terngiang-ngiang di dalam kepala. Fina yang melihat kawannya termenung jauh berasa pelik, dia tak nak ganggu Y/n jadi dia hanya diam dan memerhatikannya.

Tiba-tiba ada sekumpulan pelajar perempuan melanggar meja mereka berdua yang membuatkan meat ball yang Y/n cucuk guna garfu terpalanting ke muka Fina. Fina pula melatah lalu dia menghempas meja bangun dan memarahi mereka.

"Mak kau makan kumbang rasa ayam!" Latah Fina. "Eeyy! Laluan ni punya la besar tapi boleh lagi kau langgar meja orang eh?! Gemok sangat ke pun!"

Y/n yang mendengarnya tergelak dengan menahannya daripada gelak kuat-kuat. Untuk tidak memalukan diri mereka Y/n bersuara.

"Fina rileks la diaorang langgar je bukan musnahkan meja kita."

Kumpulan budak perempuan tu pun berlalu pergi kerana tak nak cari pasal dengan gengster prankster sekali kau buat hal sampai tujuh keturunan mereka berdua santau gituww

Habis saja rehat mereka berdua pergi ke perpustakaan nak buat ulang kaji bersama. Mereka tiada kelas jadi Y/n tolong Fina membuat kerja sekolah.

"Eh! kau kenapa eh hari ni? Pagi tadi kau elok je tapi kenapa sekarang macam ada sesuatu yang mengganggu kau? Kalau kau ada masalah bagitahu la aku." Soal Fina risau dengan kelakuan Y/n hari ini.

"Betul kau nak tahu?" Soal Y/n mahukan kepastian.

"Betul..."

"Betul ni??!!

"Betul!!"

"Betul ni??!!?!"

"Ya Allah Ya Tuhanku... astagfirullah... Lailahaillallah... Subhanallah... Masyaallah... Asyhaduallahillahaillah muhammadarrasulullah... Allahuakbar.... Betul Y/n!!! Ha... Sampai mengucap aku di buat nya..."

"Hmm.... Okay! Aku bagitahu kau... Sebenarnya kan tadi... Dalam kelas..." Kata Y/n menerangkan semua yang berlaku pada dia.

Tanpa mereka sedar ada stalker di sebalik rak buku-buku di antara mereka. Dia adalah Gempa yang sedang membuka telinga. Selepas mendengar perbualan mereka Gempa menutup mulutnya kerana terkejut apa yang Solar buat pada Y/n lalu dia pergi meninggalkan mereka.

"DIA BUAT APA?!?!" Jerit Fina. Y/n cepat-cepat menutup mulutnya dengan jari di mulutnya sendiri.

"Sshhh!!! Kita ada kat pss la! Tak ingat ke?!" Bisik Y/n.

"Tak..! Kenapa dia buat macam tu?! Dia dah terencat akal ke?!" Bisik Fina kembali.

"Mana la aku tahu! Aku pun nak tahu kenapa dia buat macam tu!" Bisik Y/n.

"Kita siasat tentang ni!" Bisik Fina.

"Kejap kejap kenapa kita perlu berbisik?!" Bisik Y/n hairan dengan tindakan mereka.

"Eh! Aah la kenapa kita berbisik?" Soal Fina.

"Bodoh la kau ni."

Situasi Gempa

"Solar buat apa?! Tapi kenapa... Dia pun ada perasaan untuk Y/n?! Tak mungkin... Dia takkan bercinta dengan perempuan seberangan... Tapi kalau betul pun... Kenapa pula aku yang rasa cemburu?!? Mungkin aku pun suka dia....? Okay! Gempa sekarang kau kena fikir nak bagitahu diaorang ke tak....? Lebih baik jangan... Nanti kalau gaduh aku juga yang pening." Bisik hati Gempa dengan resah sampai dia tak sedar orang di depan hendak pinjam buku.

"Gempa...! Gempa!! Gempa!!" Panggil dia sambil ketuk meja.

"Oh?! Oh! Sorry sorry! Kau nak apa Haziq?" Tanya Gempa.

"Aku nak pinjam buku ni..." Kata Haziq beri buku yang mahu dipinjam dengan muka penuh hairan.

"Ha ok ok." Kata Gempa dan ambil buku tu.

"Kau okay tak?" Tanya Haziq. Gempa berhenti buat kerja lalu pandang dia.

"O..okay je kenapa kau tiba-tiba je tanya? Selalu tak pun macam ni pun?" Soal Gempa sambung buat kerja.

"Tak ada la tadi aku panggil kau... Kau pula...? Guuuu.... Termenung macam tu." Kata Haziq sambil buat muka termenung Gempa.

"Hhahah... Perlu ke kau buat macam tu." Balas Gempa.

"Ye aku tahu aku macam tiberr sebab tanya tadi tapi tak apa la." Kata Haziq.

"Haih... Kau ni bising je! Nah ambil ni dah pergi main jauh-jauh!" Kata Gempa halau Haziq. Dia mahu pergi tapi berhenti dan ke belakang balik.

".... Terima kasih!" Kata Haziq lalu pergi.

"Sama-sama!" Balas Gempa.

Waktu Balik

Masa keluar dari sekolah hanya Gempa saja yang terdiam adik-adik nya yang lain bersembang ketika berjalan macam biasa tak boleh duduk diam langsung. Hali yang perasan menegurnya.

"Oiy! Kau asal? Okay tak?" Tanya Hali.

"Oh... Okay je... Tak ada apa-apa la." Jawab Gempa.

"Eh! Tu Y/n! Kejar dia jom!" Kata Blaze lalu tarik tangan Thorn dan Taufan.

"Woi woi woi! Jangan kacau anak dara orang la!" Jerit Hali.

"Hai Y/n sorang je ke?" Tanya Taufan.

"Fina mana?" Tanya Thorn pula.

"Sibuk la kome ni dia ada ke dia tak ada ke bukan urusan korang! Jangan kacau aku boleh tak?!" Marah Y/n lalu berjalan lebih laju.

Taufan dan Blaze cuba kejar dia tapi beg mereka di tarik oleh Hali.

"Korang ni kan sudah-sudahlah tu!" Marah Hali dan lepaskan mereka.

"Lek ah kau ni..." Kata Taufan

"Entahnya kitaorang gurau je." Sambung Blaze.

Hali tampar kepala mereka berdua sebab otak lambat berfungsi.

"Aku kata jangan.... Jangan... Sekali aku bagi kang!" Kata Hali tunjuk penumbuknya membuatkan mereka berlari keluar pagar.

"Hehehe.... Kau ni pandai juga nak disiplin kan orang... Macam ni la aku sayang." Kata Gempa mengusap kepala Hali dengan senyuman. Hali senyum kembali dan memikir yang Gempa baik-baik sahaja.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro