answer #18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

15 MARKAH ATAU LEBIH

[ KAMU MEMANG NAKAL! ]

Ops! Tak baik anda berkelakuan nakal sehingga memeningkan kepala orang lain. Anda sangat impulsif dan suka membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Anda juga suka mencari perhatian orang dan sebab itulah anda harus dikawal ketat oleh orang yang rapat dengan anda. Walaupun terkadang tersemat dalam hati untuk berubah baik, tapi ia tak berkekalan kerana anda mudah terleka dan tertewas dengan prinsip anda sendiri. Walau bagaimana pun, anda memang rasa menyesal jika ada sesuatu berlaku yang boleh menjejaskan nama baik anda sendiri.

7 HINGGA 14 MARKAH

[ DI ANTARA DUA DUNIA ]

Anda patut rasa bahagia kerana anda tahu menilai perkara yang baik dan buruk. Namun begitu, ada kalanya anda merasa agak bingung untuk memilih jalan anda sendiri memandangkan begitu banyak anasair-anasir yang mempengaruhi anda . Namun begitu anda tahu bagaimana mahu mengawal diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. Tapi sekadar perkara biasa kalau anda suka ‘berfantasi’ menjadi ‘penjahat’ membalas pandangan nakal orang lain dan sebagainya. Bagi anda lebih baik menjadi ‘penonton’ dari terjebak sama.

6 MARKAH ATAU KURANG

[ BAIKNYA ! ]

Anda memang layak merasa kebahagian itu 100%. Anda kerap berusaha untuk menjadi yang terbaik dan yang disenangi rakan sekeliling. Pendapat anda, kalau anda berusahan untuk menjadi orang yang baik, pastinya anda juga akan mendapat balasan yang baik juga. Anda pasti akan melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan balasan. Namun jika anda dihimpit perasaan bersalah, seboleh-bolehnya anda akan segera meminta maaf dan menyesalinya. Cuma ada kalanya keikhlasan anda itu sering kali disalahertikan.

Credit to: Majalah Remaja 01 dis.’02 dan en. Google atas sumbangan gambar yang terlibat.

_____

saya terlalu baik sehingga tidak pandai bergurau dengan orang asing (melainkan kawan rapat , kalau dah jumpa memang dah sawan haha)

macam mana dengan korang ¿?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro