question #18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ARAHAN:

1. Sediakan sehelai kertas dan pen.

2. Terdapat tiga pilihan jawapan iaitu A / B / C . Di setiap jawapan yang anda pilih adalah suB disertakan markah.

3. Setelah anda pilih jawapan anda , sila catat di kertas dan kira kesemua markah yang anda perolehi.

4. Jawapan akan diberi!

Have fun :3

_____

1. Semasa menghadiri sebuah majlis, tiba-tiba ada seorang lelaki/gadis menarik kekasih anda untuk diajak menari.

Apa reaksi anda?

(a) marah dan meminta si dia agar tidak melayan karenah lelaki/gadis itu.

(b) senyum saja sebab takut nanti dianggap terlalu cemburu pula, walaupun di saat itu hati anda tak rela.

(c) sengaja menumpahkan air dibaju lelaki/gadis itu. Ops!

(a) 1     (b) 0     (c) 2

2. Pernahkah anda ke klinik semata-mata mahu mendapatkan cuti sakit padahal anda sihat ketika itu?

(a) Ya, lagi pun memang selalu anda berbuat demikian.

(b) Sesekali, kalau anda malas hendak ke tempat kerja/sekolah.

(c) Tidak pernah, melainkan anda benar-benar tidak sihat.

(a) 2     (b) 1     (c) 0

3. Apa pendapat anda tentang segala peraturan seperti cara berpakaian, tepati masa dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh tempat kerja/sekolah anda?

(a) Setiap peraturan ada alasan yang tersendiri.

(b) Wajar saja dilanggar sesekali.

(c) Peraturan dibuat untuk dilanggar. Untuk apa dipatuhi?

(a) 0     (b) 1     (c) 2

4. Anda tidak suka disuruh duduk di rumah untuk menjaga anak buah anda semasa kakak anda keluar membeli-belah.

Apa anda akan buat?

(a) mengurung anak buah anda di dalam bilik dan diberikan sejumlah besar permainan, anda? menonton televisyen saja.

(b) mengajaknya bermain tanpa henti hingga dia tertidur kepenatan.

(c) membawannya ke taman permainan behampiran.

(a) 2     (b) 0     (c) 1

5. Pernahkah anda terlibat dengan cinta si dia yang sudah berpunya?

(a) Sempat tergoda tapi tak pernah kesampaian.

(b) Tak mungkin. Anda tidak tergamak untuk menjadi orang ketiga.

(c) Pernah. Walaupun tahu itu satu kesalahan, tapi apakan daya hati sudah mencintainya.

(a) 1     (b) 0     (c) 2

6. Pernahkah anda dikritik kerana telah buat salah? Apa reaksi anda?

(a) Terserah apa jua tanggapan orang. Anda tak peduli dengan semua itu.

(b) Minta maaf seadanya. Tetapi tetap beranggapan yang mereka ini sudah keterlaluan.

(c) Minta maaf dan anda memang rasa bersalah.

(a) 2     (b) 1     (c) 0

7. Bos anda meminta semua kakitangan bekerja lebih masa sedangkan anda sudah mempunyai perancangan untuk pergi bercuti. Akhirnya…

(a) Berpesta-pesta sakan masa bos anda suruh bekerja. Tanda protes!

(b) Terpaksa melupakan rancangan untuk bercuti. Kerja..kerja..kerja…

(c) Langsung tak pergi bekerja. Bosan!

(a) 1     (b) 0     (c) 2

8. Pengertian ‘Nakal’ bagi anda…

(a) makan aiskrim di muzium kesenian.

(b) buat bising di restoran eksklusif.

(c) pergi ke mana-mana tanpa memberitahu ahli keluarga anda.

(a) 0     (b) 2     (c) 1

9. Anda menumpahkan separuh dari isi minyak wangi milik kawan baik anda. Lalu…

(a) diganti dengan air. Lepas tu buat tak tahu saja.

(b) Katakan maaf. Itu saja yang mampu anda lakukan.

(c) Anda mengaku kesalahan anda dan berjanji akan menggantikan dengan minyak wangi baru.

(a) 2     (b) 1     (c) 0

MARKAH untuk jawapan di chapter seterusnya ya :v

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro