Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hantarkan sampel DNA mangsa kepada forensik. Refer the sample to Dr. Azreen and he should know what to do." Aku terdengar Inspektor Mujahid bercakap dengan seorang pegawai wanita. "Rais, there you are."

"Hai, Muja. So how?"

"Mayat mangsa, I mean, your brother was found few metres daripada tempat kami jumpa one of evidence. Kami syak, dia ditikam di situ dan mayatnya dibaling ke dalam sungai."

"What was the evidence?"

"His pod. Masa kami jumpa pun pod tu panas lagi."

"Raf, what did I tell you about smoking depan Juwita?"

"Chill lah. Pod je pun. Asap wap air je."

"Dah tu? Kau memang kena hisap depan budak kecik ke?"

"Bukan anak Raf. Anak Abang kan? Pandailah jaga sendiri."

"Kalau macam ni perangai kau, memang elok pun kau tak ada anak sampai mati. Umur baru 16 tapi menjawab kalahkan orang tua."

Kalau aku tahu memang dia takkan sempat untuk mempunyai keluarga sendiri, memang aku tarik semula apa yang aku katakan tadi.

"The victim is 17 years old plus. We found five stab wounds on the back, one in the torso and another one on the shoulder. Cause of death; severe blood loss. We also found a trauma case on the head. Probably got it from the stone in the river."

Mendengarkan apa yang pegawai wanita itu katakan, luruh jantung aku. Aku rasakan seperti darah tak habis dipam ke kepala. Rasa nak pengsan aku mendengarnya.

Aku nampak mayat adikku itu telah dibawa ke atas dan diletakkan di satu sudut sambil diperiksa oleh pegawai lain. Aku membawa langkahku longlai ke situ. Aku meminta salah seorang pegawai membuka wajahnya untuk aku melihat.

Matanya terpejam. Tidak ada yang mengganggu rupa parasnya yang sememangnya tampan itu. Ramai mengatakan yang dia mengambil iras arwah Papa. Sesuailah pun. Gaya dia pun memang banyak macam arwah Papa.

"Rais, I hope you can be strong on this."

"It's okay. I'm fine, Muja. Just, let me settle this case. This is a homicide, right?"

Mujahid mengangguk. Kemudian dia menunjukkan ke arah sekumpulan remaja seusia adikku itu. Aku kenal mereka. Kenal nama sajalah. Aku dulu sendiri tak betah nak mengenali mereka secara lebih rapat.

Aku pergi ke arah mereka. Ada lima orang kesemuanya. Semuanya sedang nampak ketakutan.

"Abang Rais..." Seorang daripada mereka menegur. Aku kenal yang itu. Like betul-betul kenal. "Saya tak bunuh dia, bang."

"Kau Softlan kan? Sofian Roslan?"

"Ya, betul. Saya..."

"Sofian Roslan adalah orang terakhir bersama mangsa. Mereka pergi ke tebing sungai untuk menghisap pod bersama. Sofian kemudiannya pergi jauh sedikit untuk urusan peribadi..."

"What urusan peribadi?" Aku memintas pernyataan pegawai wanita tadi.

"Kencing, Detektif. Ketika itulah, terdengar jeritan cemas daripada mangsa dan satu bunyi kuat jatuh ke dalam sungai."

Aku menganggukkan pernyataan itu.

"Siapa lagi ada dengan kau masa tu?" Aku bertanya kepada Softlan.

"Saya je, bang."

"Panggil aku Detektif Rais. Ini bukan rumah kitorang."

"Maaf, Detektif Rais."

"Buat masa sekarang, Sofian akan ditahan reman untuk penyiasatan lanjut. Memandangkan dia merupakan suspek utama kepada pembunuhan ini, jadi dia akan ikut kita pulang ke balai." Pegawai wanita tadi menambah lagi.

"Tapi saya tak bunuh dia!?"

"Selagi tak ada siapa nampak kau tak pacak pisau kat dia, selagi tu kami tak boleh buat apa-apa, Softlan."

Dia menghela nafas berat.

Aku pergi ke pegawai wanita tadi yang nampaknya sedang hendak bergerak ke tempat lain.

"You new?"

Dia mengangguk. "Christine Hassan. Panggil Chris je." Dia menghulurkan salam.

"Rais Naqiuddin. Just call me Rais."

"Sure. Anyway, the victim is your brother?"

Aku mengangguk lambat-lambat. Berat untuk aku mengakui hakikat itu.

"I'm sorry for your loss."

Aku senyum nipis. Aku pandang kembali jasad tak bernyawanya di tempat tadi.

Aku taklah rapat sangat dengan adikku itu tapi melihat dia terbaring kaku seperti itu semestinya meninggalkan kesan emosi kepada aku.

Tujuh tikaman. Sakitnya yang dia rasakan. Aku yang pernah kena satu di rusuk dulu pun takes almost a month to recover. Itu pun tak dalam.

Aku pandang kawan-kawan dia. Mereka tidaklah nampak noble tapi taklah iblis sangat sampai tahap nak membunuh dia. Tapi aku yakin salah seorang mereka pasti bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Walau mungkin darah adik aku tak terpercik pada tubuh mereka, mereka pastinya merangka segala perancangan itu.

Seorang pegawai lain menyerahkan kepada aku barangan peribadi Rafael yang ada di dalam khemah. Pembunuhan diklasifikasikan sebagai bukan kes pembunuhan kerana dompet Rafael elok di dalam khemah. Cuma handphonenya sahaja yang tidak ditemui lagi.

"Rais..." Inspektor Mujahid memanggilku lagi. "Esok ke kau pergi report kat Dr.Azreen. Dia doktor forensik yang akan autopsy to your brother."

Aku anggukkan sahaja.

"Rais, I know this is hard for you to accept. It's okay for you to not handle the case. Detektif Chris boleh take the..."

"It's okay, Muja. I'll make sure the killer stay unleashed just for a short time." Kemudian aku memandang kawasan pembunuhan itu dengan pandangan polos.

"Anything else I can help you, Rais? Or you prefer to do on your own?"

"I believe I can manage. Pukul berapa I should go to Dr. Azreen?"

"Tengahari should be fine. Detektif Chris will bring you to HQ for briefing on this case. Should be in two hours."

Aku anggukkan sahaja.

Sekali lagi aku pandang tubuh adikku yang kini dibaluti kanvas hitam itu. Usianya belum genap pun lagi 18 tahun yet benda sebegini buruk terjadi padanya.

"Dr. Rais, we finally got access to his phone. Want to take a look?"

"Just bawak pergi HQ. I will check it there." Kemudian aku menambah soalan lagi. "Is there any suspicious last conversation?"

Pegawai lelaki muda itu mendekat kepadaku dan menunjukkan bahawa chat terakhir Rafael adalah dengan aku

Kbye

Tak sedikitpun aku terfikir yang empat huruf itu indicate perginya terus adikku itu dari muka bumi ini.

Raf, Abang akan cari siapa yang bunuh kau. Siapapun dia Abang akan cari juga.
______________

Sorry late update busy pindah rumah baru. 12 votes for next updates!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro