Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dr. Azreen hanya akan available lepas pukul tiga petang nanti. Tuan boleh present padanya nanti selepas itu."

Aku meletakkan panggilan. What kind of forensic doctor yang tak boleh work on call?

Memikirkan itu, aku menelefon Helena untuk memaklumkannya tentang hal yang baru berlaku ini.

"Rais, I am very sorry for what happened." Itu yang dia ucapkan sebaik panggilanku dijawab olehnya. "I told Juwita already. Dia cakap dia nak jumpa you."

"Tell her that I'll be quite busy. Tonight you on air ke?"

"Yes and most probably I will be presenting this news too. Trust me, Rais. It's not gonna be pleasing even for me."

"I understand that, Hel. I nak call nenek I kejap to inform my mother about it."

Dia diam di hujung talian.

"I know what you are thinking, Hel."

"Oh taklah. I am just wondering. Will she understand the situation?"

"I try what I can, Helena. She's my mother, after all."

Dia mengiyakan sahaja. Habis dengan dia, aku telefon nenekku dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. Nenek memang terkejut mendengar berita itu. Kedengaran tangisan dari hujung talian.

"Nenek, boleh tak kalau Rais nak singgah jumpa Mama kejap? Biar Rais yang cakap sendiri."

"Takpe ke, Rais?"

"Kalau bukan Rais yang nak cakap, siapa lagi?"

"Ikut Raislah. Meh datang."

Aku pun mula memandu ke kondominium Nenek yang terletak berhampiran Petaling Jaya. Kondominium itu aku bayarkan setiap bulan bil api airnya. Pencen Nenek ada je tapi memandangkan cucu lain tak guna, maka terpaksalah.

Sampai saja di kondo Nenek, aku memberi salam dan Nenek menyambutnya lembut. Wanita berusia 85 tahun genap itu masih lagi aktif gamaknya. Menjaga anak perempuan yang menghidap Alzheimer, dia sememangnya kena menjadi kuat.

"Mama kat mana, Nenek?"

"Mama kau ada dalam bilik tu. Pergilah. Nenek bancuhkan kopi."

Aku angguk sahaja.

Aku ketuk pintu bilik Mama dan seraya itu aku terimbas kenangan dulu.

"Raf! Bagilah aku pulak. Kau dari tadi dok hadap benda tu je!"

"Mana oleh! Ni Yaf punya!!!"

"Kau kalau aku sepak kau apa tak dapat!!!"

"Rais! Apa cakap dengan adik macam tu?!" Mama menyergah dari dapur. "Kak Wan, tengokkan gulai tu kejap. Tak tahu apa jadi budak dua orang ni?!"

Mama datang ke arah kami berdua dan menepuk belakang kepala aku.

"Rais! Dah kenapa kamu ni?! Bagi jelah adik main PS2 tu. Bukan kamu tak pernah main?!"

"Masalahnya tu Rais punya kan?! Dahlah kat uni jarang dapat main! Lepas tu Mama pulak asyik bagi kat dia ni je!"

"Rais! You are grown up already! Takkan dengan adik umur empat tahun pun tak boleh nak beralah sikit!"

"Alah semua asyik Rais je! Mama manjakan sangat dia ni sekali besar nanti menyusahkan!"

Sebaik aku mengatakan itu, aku merasakan pipi aku pedih dek kerana tamparan Mama. 20 tahun aku hidup, inilah kali pertama aku mendapat kekerasan dari Mama. Semuanya kerana budak sial anak setan tu!

"Never have I ever remembered if me or your dad taught you to say such things. Jangan nak biadap sangat!"

"Mama tak pernah tampar Rais sebelum ni. Sekali sebab budak ni je, Mama sanggup tampar Rais. Memang tak guna sangat ke Rais ni di mata Mama?!"

"Shut up, you!"

Aku terus bangun dan mengemas bajuku sebelum terus bergegas keluar dari rumah itu menuju ke rumah kawan baikku, Izhar. Niatku untuk pulang semula esok atau lusa kerana Papa balik outstation daripada Thailand esok.

Mungkin Mama memberitahu Papa apa yang terjadi, Papa missed call aku berpuluh kali dan satu pun aku tak reply.

Cumanya Subuh itu aku menerima satu SMS daripada Papa.

'Rais, grow up. Take care of your mother. Kalau Papa tak ada nanti siapa nak jaga kalau bukan kamu?'

Malangnya kami semua sekeluarga apabila pagi itu, aku mendapat panggilan daripada Kak Wan.

"Papa Rais... Papa Rais... hilang kat laut."

Sejak daripada itulah, Mama menjadi tidak tentu hala. Dia mula bercakap seorang diri dan berangan sepertinya dia masih muda.

Keadaan mula menjadi semakin parah apabila mayat Papa ditemui seminggu kemudian. Mama seperti tidak pernah mengenali Papa dan apa lagi aku dan Rafael.

Jadilah Rafael anak yatim piatu tak rasmi pada usianya empat tahun.

"Hi, Madam Nicole!" Aku menegur Mama.

Mama yang sedang memberus rambut di depan cermin berpaling memandangku laju. Senyuman lebar terpamer di wajahnya.

"Abang! Kenapa datang tak bagitau?!"

Pada Mama, usianya masih 22 tahun. Tahun ini, genap usianya 58 tahun tapi dia tidak berfikiran sebegitu. Mama disahkan menghidap Alzheimer sejak Papa meninggal.

"Madam sihat?"

"Eh, kan I dah kata panggil I Nicole je. Tak payahlah beriya sangat nak Madam. I kahwin pun belum."

Aku senyum sahaja. Kalau orang lain melihat Mama, tidak ada yang pelik mengenai beliau. Dia masih bergaya seusianya dan cakap tak merapu. Cumanya bagi dia, dia tidak pernah berkahwin dan aku ini merupakan kawan kepada ibu dia.

"Mana adik seorang lagi tu?" Dia tahu Rafael itu adik aku tapi dia tak tahu yang Rafael malah aku juga, merupakan anak kandungnya.

"Itulah sebabnya saya datang sini. Saya nak inform yang adik saya dah meninggal dunia. Kena tikam dekat dengan sungai."

"Oh la ya ke? Takziah ya daripada saya." Kalaulah Mama tahu yang meninggal itu adalah anak yang dia sangat tatangkan dahulu, nescaya reaksinya takkan setenang itu.

"Terima kasih, Nicole."

Nenek masuk kemudiannya membawakan secawan kopi dan lempeng.

"Nicole, kau dengar tak dah tu? Anak kau meninggal."

"Mak ni merepek sajalah. Mana ada Nicole ada anak. Kahwin pun tak.

Aku cuba menahan tangis. Sukar untuk aku gambarkan apa yang aku rasakan sekarang.

Aku minum kopi yang diberikan Nenek dan berkongsi lempeng dengan Mama. Nenek ada di tepi sebagai pemantau.

Sebelum pulang, sempat aku berbual dengan Nenek.

"Dah tu bilanya cucu aku tu nak tanam?"

"Tak tahulah lagi, Nenek. Tunggu bedah siasat habis dululah."

"Lama ke, Rais?"

"Depends. Maybe cepat, maybe lambat."

"Yalah. Kau pergilah cari siapa yang bunuh adik kau. Dapat ke aku tu nanti lunyai aku kerjakan."

Aku anggukkan sahaja. By right, Rafael bukanlah cucu bongsu Nenek tapi he is the closest. Lepas Mama kena Alzheimer, terus Nenek ambil alih jaga Rafael sebelum diserahkan kepada aku selepas aku berkahwin dengan Helena 10 tahun lepas.

"Helena dah tahu belum?"

"Dah. Rais dah beritahu dia tadi."

"Eloklah. Ni kau nak pergi mana pulak ni? Tak nak tunggu makan tengah hari?"

"Tak apalah, Nek. Banyak lagi kerja ni. Nanti malam ke tengoklah Rais singgah."

"Yalah. Leklok tu."

Seorang nenek, cucu dia dah dah mid 30s macam ni pun tetap disaukkan RM10 ke dalam poket seluarku.

Aku sempat bersalaman dengan Mama sebelum keluar dari rumah itu. Satu senyuman diberikannya kepadaku. Aku nampak air matanya jatuh sedikit.

"Abang kena kuat tau. InshaAllah, adik abang tu is in the better place now."

Ada dua sebab mengapa aku menangis. 1) Mama tak tahu yang anak dia tu meninggal. Dia tahu Rafael meninggal tapi dia tak recall Rafael tu anak dia. 2) Mungkin Mama ingat aku dan Rafael actually have a good relationship.

Masuk ke dalam kereta, aku tidak terus memandu. Sebaliknya aku scroll gallery handphone aku dulu.

Aku ada kurang daripada 20 gambar Rafael di dalam handphone ini. Itupun separuh daripadanya gambar yang diambil oleh Juwita dengan Paksunya itu. Entahlah, dulunya aku tak betah nak tangkap gambar mencipta memori dengan dia.

Aku hampir terlelap ketika aku menerima satu panggilan daripada Unit Forensik. Aku tak save nombor tu tapi aku tahu ianya daripada unit itu.

"Hello, Detektif Rais. Saya Dr. Azreen daripada Unit Forensik."

Suara sederhana garau itu aku rasa familiar sangat. Suara yang aku dah lama tak dengar tapi masih segar dalam ingatan aku. Suara yang aku sangkakan aku tak dapat dengar lagi setelah sekian lamanya. It can't be.

"Hello, Detektif Rais..."

"Darling?"
------------

Enjoy the chapter everyone!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro