Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Seorang selebriti YouTube, Rafael Nazimuddin Abdul Rahman, 18 tahun atau lebih dikenali dengan nama samarannya, RaFL telah dipercayai dibunuh di Kem Kejora Mergastua tengah malam tadi. Mayat mangsa ditemui di dalam sungai dengan tujuh kesan tikaman oleh pihak polis selepas menerima panggilan kecemasan daripada rakan-rakan mangsa."

Aku tabik kebolehan Helena membaca berita itu pada malam ini. As much as budak itu punca perceraian kami berdua, aku tak nafikan Rafael rapat dan manja dengan Helena dulu.

Selepas bercerai dengan Helena, aku pernah go on Tinder and cuba mencari pengganti Helena. Needless to say, I found few girls doing so. Tapi tak ada yang berjaya menambat hati aku sepertimana aku tertambat pada Helena dulu.

Aku adore marriage arwah Papa dengan Mama. Mereka berdua kenal masa sekolah juga. Papa senior Mama. Kahwin masa dua-dua kat universiti. To think about it, unik juga mereka. Businessman kahwin dengan cikgu sahaja.

Habis menonton berita, aku buka buku nota yang biasa aku gunakan setiapkali ada kes. Cuma aku tak sangka kali ini yang aku akan gunakan buku itu untuk menyiasat kes pembunuhan adikku sendiri.

Aku tak kenal Rafael sangat untuk tahu sama ada adikku itu punya musuh atau tidak. Atau sebenarnya aku tak pernah ambil kisah pun tentang dia. Aku tahu kerja dia apa dan siapa kawan-kawan dia and that's thatlah. Tak ada masa aku nak go in-depth.

"Rais..." Mama memanggil aku yang sedang study untuk UPSR di meja belajar dalam bilik. Aku keluar mencarinya yang sedang mengait baju di ruang tamu.

"Yes, Mama."

"Duduk sini kejap."

Aku duduk di sebelahnya.

"Kan Rais cakap dengan Mama yang kalau Rais dapat result cemerlang, Rais nak pergi masuk sekolah asrama kan?"

Aku mengangguk. Mama tersenyum sahaja.

"Habis Mama duduk seorang je ke?"

"Sejak bila pulak Papa tak duduk sekali dengan kita?"

"Rais ni kan. Bukan tu maksud Mama?"

"Dah tu, Mama? Mama tak kasi Rais pergi masuk sekolah asrama ke?"

"Bukanlah budak seorang ni kan? Maksud Mama, Rais nak adik?"

Itu kali pertama Mama bertanyakan soalan sepertinya kepada aku. Being a lonely 12 years old boy, of course aku cakap nak. While the answer changes as I was growing up, aku sendiri tak tahu apa jawapannya bagi diri aku sendiri.

Jam menunjukkan sembilan setengah malam. Aku terus bersiap untuk berjumpa dengan Darling di Uptown sepertimana yang dia cadangkan. Aku pun tak tahu dalam banyak-banyak tempat, itu yang dia cadangkan.

Aku pakai t-shirt kosong tanpa kolar berwarna merah dan seluar jeans hitam. Setibanya di sana, aku terus mesej dia dan dia muncul tak lama kemudian. Sedondon pula dengan t-shirt merah dan slack hitam. Aku tersenyum dan dia membalas senyuman itu.

"I know you are grieving. Okey ke kita keluar ni?" Dia bersuara.

"Okey je."

Kami berjalan masuk ke kawasan Uptown itu dan tidak ada suara yang keluar dari mulut masing-masing.

"You don't look sad?"

"To be honest, I don't know what to feel."

"Not even devastated."

Aku mengangkat bahu. "Bukannya first time aku hilang someone. After all, it's a norm to lose someone right?"

"Means masa kau hilang aku dulu, kau tak sedihlah."

"That was different."

Dia senyum melalui ekor mataku.

"Nak makan tak?" Aku mengutarakan soalan itu. Sebenarnya aku yang sedang lapar ketika itu.

"Aku dah dinner tadi."

"Oh, aku tak lapar sangat."

"Kalau kau nak, aku boleh teman."

"Takpe kut. Aku pun just tak nak alone je."

"Kau duduk dengan adik kau tu ke selama ni?"

Aku mengangguk.

"How are your parents?"

Aku chuckle. "Papa aku dah meninggal. Boating accident 14 years ago. Mama aku pulak ever since kena Alzheimer. Dia tak ingat apa-apa melainkan nama dia Nicole Rengganis."

"I see."

"Kau pulak?"

"Aku? Nothing special. Macam mana kau kenal aku dulu, macam tulah sekarang."

"Nothing changed?"

"Nothing... has changed. And that includes my feelings to you."

Aku pandang wajahnya. Dia tersenyum nipis.

"Kita pisah kerana dia, kita jumpa balik kerana dia kan?"

Mendengarkan Darling berkata begitu, hati aku dijentik satu perasaan yang inexplicable.

"Oh yeah, Rais..." Aku perasan tangannya yang hampir ingin memegang tanganku sudah jauh sedikit. "Your wife news anchor eh?"

"Ex."

"Eh, I thought she's still anchoring?"

"Yes she is. She's an ex wife of me."

"Oh yeah, sorry for that. Helena Emelyn kan?"

Aku mengangguk.

"Yelah, masa kita sekolah dulu pun yang suka kat kau semua lawa-lawa."

"And handsome as well. Contohnya kaulah."

Dia ketawa kecil.

This dude lives up to his name. He has a darling smile, a darling face and a darling aura. Tapi daripada sekolah dia cukup tak suka orang panggil nama dia Darling tu.

"Azreen Darling, my Darling!" Cikgu Salma memanggil dia.

"You know what, I hate whenever they call me that." Aku dengar dia mengeluh bawah nafasnya.

"Why? Comel pe?!"

"No, it's borderline annoying tau!"

"Sure..." Aku menahan tawa.

"Rais...?"

"Yes?"

"Kau ada perasaan tu lagi ke kat aku?"

Aku tersenyum mendengar soalan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro