Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang..."

"Apa?" Aku yang sedang memasak sambal udang di dapur ketika itu terganggu sedikit urusan memasakku.

"Oh, esok Raf ada gathering kat KLCC. Jadi boleh kan kalau Raf pergi kejap. Raf janji before malam, Raf balik."

"Dengan siapa? Abang kenal tak kawan-kawan kau ni?"

"Alah, Softlan ada. Abang kenal Softlan kan?"

"Kau bilang aku gathering kan? Selain Softlan tu?"

"Alah, adalah few others. Takpe, Raf pergi ni pakai duit Raf sendiri. Tak pakai duit Abang pun,"

Aku diam sahaja.

"Boleh eh?"

"Jaga Juwita dulu hari ni. Tengahari kang aku duty. Kau jaga budak tu baru aku consider dulu."

"Takkan baru nak consider kut? Ingat senang ke nak jaga budak tu?"

"Kau nak aku tukar fikiran ke?"

"Okey, tak..." Dia menyeringai kepadaku. "Abang buat nasi lemak ke tu?"

"Ha'ah. Juwita teringin. Ni buat sampai dinner sekali. Jimat sikit duit tu."

"Sebut pasal duit, duit yang cikgu Raf mintak tu, Abang dah ada ke?"

"Duit yang mana pulak ni?"

"Duit Kem PT3 tulah. Abang yang suruh Raf ingatkan balik kat Abang."

"Oh, berapa puluh duit tu eh?"

"Puluh? RM180, bang. Raf dah janji kat cikgu nak bayar dalam this week. Boleh ke, bang?"

Kalau ikutkan, bulan ni aku short sedikit. Mama perlukan banyak duit untuk terapi dia. Malah juga, Helena balik ke kampungnya dua bulan untuk berpantang anak suami barunya jadi perbelanjaan Juwita memang aku tanggung keseluruhannya.

"Boleh je. Nanti aku bagi."



"Terima kasih kerana datang, Encik Rais. Maaf ya kalau ganggu masa Encik Rais."

"Takde apa, Cikgu. Bila lagi nak tahu prestasi adik saya belajar kan?"

Rafael bukan top student. Neither for academics nor sports. Malahan dia juga di kelas kedua belakang jadinya prestasi dia amatlah membimbangkan for most of the time.

"Untuk peperiksaan pertengahan tahun ni, dia dapat nombor 26 daripada 29. Ada tiga subjek yang dia gagal..."

"Tiga yang gagal?" Aku terus mencubit pehanya pantas. "Apa yang gagal tu, Cikgu?"

"English, Sejarah dan Science."

"He passed Maths?"

"Itu kami pelik. Dia tak datang ujian Matematiknya. Bila kami tanya, dia kata dia sakit perut dan Encik duty masa hari tu jadi tak ada siapa bawa dia ke klinik."

Mendengarkan itu, aku dapat rasa muka aku kepanasan menahan bengang kepada adikku yang seorang itu. Aku menjelingnya sedikit.

"Ya, saya sibuk masa tu. Mungkin kecuaian saya juga. Apa lagi yang saya perlu tahu?"

"Saya ada terima beberapa laporan yang Rafael ada ponteng kelas dan juga tak siapkan kerja rumah yang diberi. Saya harap Encik Rais dapat pantau dengan lebih lagi berkaitan hal itu. Nak pula, tahun ni dia nak PT3. Kita tak nak perkara macam ni mengganggu dia dengan lebih teruk."

"Baik, Cikgu."

Di dalam kereta, aku senyap sahaja. Begitu juga dengan dia. Tak ada satu kata pun yang terkeluar. Hanya ketika di rumah baru aku bersuara.

"Rafael Nazimuddin, Abang takkan jerit kat kau. Kau tahu tu? Tapi jangan bagi aku sepak muka kau boleh tak?"

Dia tunduk memandang lantai.

"Explain semua benda yang jadi kat aku."

"Cikgu Wong kata siapa yang fail Maths, dia nak bagi nama kat pengetua."

"So ponteng will solve it? Kau pergi mana masa tu?"

"Rumah Softlan. Dia pun tak pergi."

Aku mengeluh berat. "Kau tahu tak macam-macam benda boleh jadi kat luar tu. Kau adik polis tau? Buruk tahu tak nama aku kalau balai dapat tahu. Kau bayangkan time kau tengah mengular kat luar tu, tiba-tiba kena raid. Bukan orang tak kenal kau adik Detektif Rais Naqi?!"

"Raf tahu. Raf janji Raf takkan..."

"Save your promiseslah! Aku tak nak dengar. If you meant it, you won't repeat it."

Dia membatu sahaja di situ.

"Lepas ni kalau nak ponteng, duduk rumah je. Or at least let me know."

Dia mendongak memandangku tak percaya. Aku pernah juga jadi budak. Aku faham budak macam dia tu.

"Pelajar nombor satu dalam giliran diperoleh oleh Juwita Bidadari binti Rais Naqiuddin daripada 1 Arif! Turut naik ke pentas, Encik Rais Naqiuddin dan Puan Helena Emelyn!"

Aku dan Helena kemudiannya dipanggil guru bertugas untuk naik ke pentas menemani anak kami mengambil hadiahnya. Rafael sudah sedia di bawah untuk mengambil gambar.

Di sini aku dapat rasakan betapa bangganya aku sebagai seorang bapa. Nak harapkan Rafael bagi aku perasaan seperti ini semua, memang lambat lagilah ceritanya.

"So, you want to bring Juwita back or how?"

"Nolah. I tengah duty kalau ikutkan ni. I mintak lari kejap je ni. But I'm taking her for dinner. Or you dengan Syamsul dah ada plan lain?"

"We had, actually. Tapi if you nak ambik dia dinner, I just let Syamsul know that I'm changing the plan for lunchlah. He'll understand."

Aku anggukkan sahaja. "I balik dululah. Nak hantar Rafael dulu lepas tu balik office I."

"Eh, kalau you rush, I boleh dropkan Raf kat your house."

"It's okay, Hel. I gerak dulu, okay. Sweetie, Papa balik dulu. Congrats, me and your mom are so proud. We'll have dinner tonight, okay?"

"Okay, Papa. Love you!"

"Love you too, apple pie!"

Sepanjang perjalanan pulang dari sekolah, suasana sunyi sahaja dirasakan antara aku dan Rafael. Hanya lagu sahaja yang didengari dari radio.

"I'm sorry I can't give you that pride." Aku dengar dia bersuara.

"She's my daughter. Of course korang berdua berbeza."

Dia diam sekali lagi.

"Raf, kalau kau nak buat something, jangan buat untuk aku. Sedih Mama dengan Papa kalau dorang tahu kau ada mindset macam tu?"

"How can they be sad? Papa dah tak ada and we all know benda yang Mama ingat is her name is Nicole Rengganis and umur dia 21 tahun?"

As rude as it may sound, it is indeed a fact. Papa tak ada masa umur Rafael empat tahun sama masa Mama mula-mula kena Alzheimer. Apa sangatlah kasih sayang ibu bapa yang dia tahu dan dia dapat rasakan.

Akulah ibu dia dan akulah bapa dia.

"Raf, Mama tu hidup lagi tau. Jangan anggap dia tu tak ada pulak."

"Raf tahu tu."

"Dah tu?"

"Yelah. Sorry."

Sebelum aku tidur malam itu, aku tatap kembali album semasa Rafael masih kecil. Papa dan Mama nampak sangat gembira dengan kehadiran Rafael dalam hidup mereka. Mama tiga kali gugur sebelum dapat Rafael jadi semestinya, kehadiran dia bagai tak mungkin akan terjadi.

Sebelum lahirnya aku pun, Mama pernah keguguran juga. Malah, masa aku lahir pun, hanya usia Mama menjadi punca bahawa ianya mungkin.

Aku tak mampu untuk menangisi pemergian dia. Ya, rasa semacam bila aku pulang ke rumah dan dia tiada untuk menyambut.

Aku baru hendak terlena ketika aku menerima satu panggilan daripada Unit Forensik.

"Hello, Detektif Rais. Saya Dr. Kelly. Saya nak inform yang kami ada jumpa something dalam darah mangsa."

"What is it?"

"Mangsa positif HIV."

"WHAT?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro