Bab 11🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Batu nisan yang tertulis nama emaknya disentuh. Tidak dapat diucapkan lagi betapa hancurnya sekeping hati ini apabila dia mendapati bahawa emaknya sudah mati rentung di dalam rumah mereka. Semua jiran di situ sudah melakukan yang terbaik untuk memadamkan api yang marak itu.

Orang yang merencanakan rancangan pembakaran di rumahnya sedang disiasat. Kata Nashif, emaknya sudah ditikam di bahagian perut sebelum api merah menjilat tubuh emaknya. Tangannya digenggam kuat untuk mencari kekuatan semula. Kakak dan adiknya sudah basah dengan air mata, tak akanlah dia mahu menunjukkan dirinya lemah juga.

Adik bongsunya, Dara sudah teresak-esak memeluk tanah yang baru sahaja dikambus. Dia masih terkejut dengan perkara yang berlaku dalam sekelip mata ini. Dia mendengar bahawa Dara mengatakan bahawa dia menyesal kerana sudah lama tidak menjenguk emaknya di kampung. Nafasnya ditarik dalam sebelum bahu adiknya dipeluk. Samalah nasib mereka.

Dayana masih termenung membisu sambil melihat kubur emak mereka. Air matanya sudah lama kering sejak dia bertolak dari Kuala Lumpur. Kakak sulungnya pula masih berada di hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Pasti dia trauma dengan perkara yang berlaku.

"Sudahlah kau orang. Tak baik kita meratapi mak yang dah pergi... Biarlah dia pergi dengan tenang. Kita yang masih hidup ni kena kuat."

Dagunya dilabuhkan di bahu Dara. Jujur. Mulutnya memang boleh dibicarakan nasihat yang bermakna, tetapi dirinya belum tentu dapat menelan nasihatnya sendiri.

"A... Aku tak sangka jadi macam ni, Acik."

Dara sudah menekup mukanya, dia mengharapkan semua yang terjadi sekarang ini hanyalah sekadar mimpinya.

"Dara, aku tahu kau belum makan lagi. Kau jangan macam ni. Mesti mak sedih kau asyik skip makan lagi." Dafinah sudah masak dengan perangai si bongsu.

Kalau belajar tu, sampai lupa nak makan. Setiap masa akan dengar bebelan emak mereka.

Dayana yang termenung jauh tadi tersentak tatkala suaminya menyentuh bahunya.

"Dah nak hujan ni, Yana. Jom cari tempat berteduh. Anak-anak dah menangis awak tak ada." Suaminya, Mustafa memujuk. Bukan sekali dia cuba memujuk Dayana untuk pergi, tetapi dah berpuluh kali. Masih terkaku juga perempuan itu.

"Ha?"

Kelopak mata Dayana ditutup seketika dan dibuka semula. Baru dia tersedar bahawa dia ada anak-anak yang masih memerlukannya. Langit hitam yang sudah berat dengan air sudah menunjukkan bahawa bila-bila masa sahaja ia akan turun membasahi bumi. Lengan Mustafa dicapai dan segera mereka berlalu dari situ.

"Aku balik dulu, Acik, Dara. Jaga diri kau orang baik-baik." Sempat dia melontarkan kata-katanya kepada adik-adiknya.

Dara dan Dafinah juga sudah berdiri dan membuntuti langkah kakak mereka. Mereka perlu meredhai pemergian yang telah tertulis untuk emak mereka. Semoga emak mereka ditempatkan bersama ayah mereka di taman syurga.

Setibanya mereka sudah menjejakkan kaki keluar dari tempat tanah perkuburan, Dafinah tersedar dengan kehadiran seseorang. Dia yang masih tertanya-tanya siapa orang tersebut, tetapi wanita itu lebih pantas bertindak.

Pap!

Pipinya ditampar kuat sehingga kepalanya terteleng ke sebelah kirinya. Terkejut Dara dan Dayana melihat perkara yang sedang terjadi di situ. Mustafa sudah bersiap sedia untuk menghampiri wanita itu.

Wanita itu berpakaian kemas dan segak dengan mengenakan blazer hitam dan jambulnya jelas terkeluar dari skarf rambutnya. Beg tangannya bukan sebarang beg tangan yang mampu milik. Itu beg tangan Quilted rekaan Coco Chanel pada 1955 yang terkenal sebagai simbol kemewahan.

"Puan..."

Jari telunjuk tegak di hadapan muka Mustafa. Tidak pasti aura apa yang ada pada wanita itu sampaikan mulutnya seperti dizip dan tidak dapat bersuara.

"Kau!"

Kali ini jari telunjuk itu tepat menunjukkan pada wajah Dafinah yang masih bingung dengan tamparan yang hinggap di pipinya sebentar tadi. Sah! Orang yang menampar pipinya selama ini memang tidak tahu beza antara pipi mulus dan bola tampar! Kuat betul!

"Kau tak sedar diri kan siapa kau sebenarnya?"

Wanita itu seakan-akan menahan marah. Dia memeluk tubuh. Bahaya! Dia mungkin akan bertindak untuk menampar pipi yang lagi satu.

"Puan ni siapa ya? Kenapa Puan tiba-tiba tampar saya?" Dafinah tegas bersuara.

"Kau tak kenal aku?"

Wanita itu tersenyum sinis. Atas bawah dia memandang perempuan muda di hadapannya. Berbaju kurung lama dan bertudung bawal yang sekadar menyarung di atas kepala sahaja. Ini yang anaknya berkenan? Jauh beza sangat dengan perempuan-perempuan yang ditemukan dengan anaknya.

"Aku tak sangka anak aku gila betul dengan perempuan yang langsung tak nak ambil kisah pasal latar belakang keluarga dia sendiri. Kau ada guna-guna anak aku?" Tinggi suaranya seiring dengan bunyi guruh yang berdentum.

"Puan cakap apa ni? Saya tak faham..."

"Kau jangan nak buat muka tak bersalah kau tu, betina! Aku tak akan termakan dengan lakonan perempuan murahan macam kau!"

Dara yang tadi berdiam diri bersuara.

"Apa? Perempuan murahan? Kalau dia murah, kenapa anak Mak Cik berkenan dengan dia? Huh?"

Zap! Kulitnya bagaikan ditoreh-toreh dengan kata-kata perempuan yang berada di sebelah Dafinah. Mak Cik?

"Mak Cik kau panggil aku? Hei. Aku muda lagi, bukan macam mak kau. Tua kerepot!"

Pap!

Satu hinggapan penampar kuat mendarat di pipi wanita itu. Berdengung bunyinya seperti kerincing yang diketuk sekali dengan lidi besi.

Itu Dara. Dia berdiam bukan bermakna orang boleh memijaknya sesuka hati. Dia berdiam kerana emaknya mengajarnya untuk mengawal emosi. Emaknya tahu kalau dia bercakap, memang tiada unsur hormat.

"Tak guna! Kau siapa? Aku saman kau!"

Turun naik dadanya memandang Dara. Berani budak mentah ini menamparnya! Ini baru pertama kali dalam hidupnya orang menamparnya.

"Saman mulut Mak Cik yang tak ada insurans tu!" Dara melawan semula.

Anak mata mereka sudah menikam antara satu sama lain. Ini kalau tidak dihentikan... Boleh jadi satu pergaduhan besar dalam hujan ni.

"Dara. Sudah. Biar aku uruskan. Kau pergi tunggu aku dekat stesen bas."

"Aku tak habis lagi bercakap dengan perempuan tak guna tu!" Wanita itu tidak berpuas hati apabila dia melihat bayang-bayang Dara sudah menjauhi mereka berdua.

Dayana dan Mustafa teragak-agak untuk pergi. Takut Dafinah disakiti lagi.

"Kau orang pun... Pergi sajalah." Matanya memberi isyarat kepada pasangan itu.

Kini, Dafinah sudah berhadapan dengan ibu kepada Nashif Khairul. Tidak disangkanya bahawa mereka akan dipertemukan di sini. Di hadapan tanah perkuburan yang baru sahaja menanam mayat emaknya.

Dato' Seri Maimun. Ya, dia tahu nama itu tetapi wajahnya masih belum dikenal pasti sehingga saat ini.

"Puan nak apa?"

"Kau sengaja nak anak aku terjebak dengan masalah rumah kau kan? Kau nak anak aku mati? Semata-mata untuk selamatkan nyawa keluarga kau? Kau ingat kau istimewa sangatkah sampai kau perlu suruh anak aku buat macam ni?" Bebelnya panjang.

Dafinah sudah melepaskan helanya perlahan. Tidak sangka ibu Nashif begini. Dia fikir ibunya akan turut menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa ambil kisah tentang latar belakang hidupnya.

"Anak Puan dah mati ka?" Malas pula dia mahu melayan wanita di hadapannya. Kerek!

"Tak mati! Tapi dia terluka! Yang kau sengaja minta tolong dia dah kenapa? Macamlah dia seorang sahaja lelaki yang boleh selamatkan keluarga kau! Jiran-jiran mana? Hangus?"

Dafinah sudah mengetap bibir. Sudahlah pipinya terasa sakit lagi. Telinganya pula sedang menadah tengkingan kuat dari wanita kaya ini. Kalau diikutkan hati, memang mahu sahaja dia menampar balik perempuan tua itu.

"Salahkah kalau saya nak minta tolong bakal suami saya?" Selamba sahaja kata-kata itu terpacul dari bibir munggilnya. Mungkin aura Huzaiman sudah terhinggap padanya.

"Huh. Bakal suami? Aku tak akan restu! Kau dengar sini, aku tak akan restu anak aku bernikah dengan perempuan murah macam kau."

Dafinah berkerut seribu. Masih tidak mengerti dengan panggilan 'perempuan murah' itu.

"Kenapa dari tadi Puan panggil saya perempuan murah? Kalau Puan tak merestui kita orang, fine! Saya tak kisah. Saya pun tak ada hati dengan dia. Dia sendiri yang datang melamar saya."

Puan Seri Maimun merapati jarak di antara mereka. Matanya tepat menikam anak mata Dafinah. Cakap macam bagus sangat!

"Kau tanya aku kenapa aku panggil kau 'perempuan murah'? Sebab... Aku ada banyak mata yang memerhati setiap gerak-geri kau selama ni. Kau pergi Melaka sebab apa eh?"

Dafinah memincingkan matanya ke arah wajah yang menggerunkan itu. Takkanlah wanita itu tahu semua kejadian ini?

"Oh... Mestilah kena pergi sana... Kan ada pengarang jantung yang tinggal dekat sana... Anak aku tu sekadar lombok harta kau saja, kan?"

Wanita itu sudah bertepuk-tepuk tangan teruja selepas mengejek gadis di hadapannya. Hujan sudah menitiskan air jatuh ke lantai bumi yang sekaligus terkena pada tubuh mereka berdua. Sempat Puan Seri Maimun berbisik.

"Jangan kau ingat kau layak dengan Nashif! Sedar diri sikit. Anak aku itu langit, kau itu bumi! Kejarlah bumi kau sendiri."

Tangannya menyeluk beg tangan Chanel miliknya untuk mencapai sesuatu. Ada beberapa keping yang terselit di jari-jemari wanita itu. Dafinah sudah tidak mampu berkata-kata. Baru sahaja dia mahu mengambil kepingan gambar-gambar itu, Puan Seri Maimun sudah melemparkan pada mukanya dan akhirnya jatuh ke tanah.

"Aku tak nak kau dekat dengan anak aku lagi!"

Segera dia berlalu pergi meninggalkan Dafinah keseorangan terpinga-pinga di situ. Gadis itu lantas sahaja mengutip gambar-gambar tadi. Setiap gambar itu ialah gambar dirinya dan Huzaiman. Ada gambar Huzaiman yang sedang mengendongnya. Ada gambar dirinya sendiri memeluk belakang Huzaiman di atas motor. Ada juga gambar Huzaiman memeluk bahunya di surau.

"Acik! Cepat! Sini berteduh!"

Kelopak matanya dipejam sejenak. Wajahnya dibiarkan sahaja dibasahi air hujan yang lebat. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang berlaku padanya.


"You, minggu depan I kena pergi Singapore tau. Ada shooting."

Suara isterinya menyapa koklea telinganya. Jari-jarinya yang tadi sibuk bermain di atas papan kekunci terhenti. Bukan dia tidak tahu apa tujuan perempuan itu hendak ke sana. Setiap pergerakannya diperhatikan oleh pengintip peribadinya dan maklumat tersebut akan terus dilaporkan kepadanya.

"Shooting?"

Bibirnya mengoyak senyuman sinis. Tidak habis-habis dengan alasan penggambaran! Bila perempuan itu mahu memberitahu hal yang sebenar? Sampai sekarang dia masih menunggu, tetapi perempuan itu tetap meneruskan pembohongannya.

"Yes. Lepas tu, I rasa I nak pergi bercuti sekejap dekat sana. Penat tau bekerja everyday."

Gincu berwarna merah jambu violet dicalit pada bibir lembapnya. Besar tulisan yang terletak di gincu tersebut. Kylie. Beratus juga dia mengeluarkan duit untuk membeli semua alat-alat solek dari brand Kylie Jenner. Nasib baiklah poket suaminya sentiasa tebal. Tak perlulah dia risau untuk membeli barangan mahal yang lain lagi. Otaknya baru teringat sesuatu.

"Eh baby... Dah 2 bulan you tak transfer duit dekat I. I tunggu tau, I tak nak remind you tapi kalau dah lama sangat... Kasihanlah I ni. Nak shopping susah..." Manja suaranya mengingatkan semula suaminya.

Tidak pasal-pasal perlu dia membelek harga satu-persatu pula nanti. Bibir munggilnya dijuih sambil dia merenung cermin. Pantulan imej suaminya yang asyik menghadap laptopnya dilihat. Huh!

"You..."

"Dah miskin sangat ka sampai nak minta lagi?"

Akhirnya, suara petir suaminya dapat didengarinya untuk sekian lama. Susah betul kalau nak bercakap dengannya. Sepuluh patah perkataan ditanya, satu sahaja dibalas.

"Tak cukuplah duit tu macam sebelum ni..."

Mata bundarnya ditayangkan kepada suaminya. Pipinya dicembungkan supaya kelihatan comel. Raut wajah itulah yang membuatkan diri lelaki itu tergila-gilakan dia satu masa dahulu dan dia akan menggunakan taktik itu semula.

"Kau seorang ja kan yang guna duit tu. Bukan kau sedekah dekat fakir miskin pun sampai nak banyak-banyak duit. Jimatlah sikit." Tegas bunyinya.

Kecut perut si isteri. Apa? Jimat? Tak pernah lelaki tua itu suruh dirinya berjimat-cermat. Sudah kenapa mahu menyuruhnya berjimat secara tiba-tiba? Otaknya menjana jawapan yang sesuai.

"Kan I dah bagitahu you minggu lepas... I pregnant. Memanglah I tak sedekah, but this is for our child, bie..." Perut kempisnya dipegang.

"Anak aku tak minta duit akulah!" Tinggi suaranya kali ini. Dia penat bersabar dengan perempuan itu.

Kaca matanya dibuka lalu diletakkan di atas meja kerjanya. Matanya tiada beza dengan helang, persis anak sulungnya. Tapak kakinya memijak lantai lalu bergerak menghampiri isterinya yang masih statik di atas kerusi meja solek.

"Kau jangan nak bagi alasan langsung pasal anak! Sebab kau nak duit untuk penuhkan nafsu tamak kau tu. Budak dalam perut kau tak tahu apa pun pasal dunia ni. Jangan nak temberang aku!"

Bahu isterinya dipegang kuat.

"Auch. Sakitlah! You dah kenapa? Lately ni, you asyik nak marah-marah I macam I ada buat salah dengan you. I penatlah!"

Adlina Isabella.

Nama itu seakan-akan merobek hatinya dengan menayangkan raut wajahnya yang tidak bersalah seperti wajah kanak-kanak yang mahu merajuk. Dia kini tidak akan termakan dengan lakonan pelakon popular itu. Sedikit sebanyak perempuan itu sudah membuatkan hatinya tawar kerana tidak berlaku jujur dengannya buat sekian lamanya.

"Ingat aku tak penat dengan lakonan kau?"

"Apa you cakap ni? Ada kamera ka dekat sini sampai I kena berlakon? I dah cakap dengan you yang I profesional dengan kerjaya I. Sikit-sikit nak cakap I berlakon." Rambutnya diselit di belakang cuping telinga. Tubuhnya dipeluk tidak berpuas hati.

"Kau ingat aku dah tua, kau boleh tipu aku? Macam sebelum ni?"

Adlina melawan renungan tajam milik suaminya. Tipulah kalau dia kata dia tidak gerun. Serupa orang mahu membunuhnya sekarang ini.

"Benda tu dah lama! Kenapa you nak ungkit sekarang? You kata you dah maafkan I. And now, I dah berubah. Tak akanlah I nak tipu you lagi. I tak sanggup nak tipu orang yang I sayang..."

Suaranya sedikit sebanyak berubah menjadi lembut. Satu butang baju suaminya disentuh dan ditanggalkan. Lirikan matanya yang menggoda dihadiahkan kepada suaminya. Cara ini sahaja dapat melembutkan hati yang panas milik orang kaya itu.

"Aku nak kau jujur... Anak siapa yang kau tengah bawa sekarang ini?" Bergetar suara lelaki itu.

Adlina terhenti melakukan kerjanya. Mukanya merah menyala.

"How dare you ask me that."

Bergenang air matanya di kolam matanya. Kepalanya menggeleng seraya pinggang suaminya dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan.

"It is ours."















Do vote ⭐

Mind to share? Thank you.

2208 words.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro