Bab 22🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dia dan Spoon ditugaskan untuk mengawal di luar sejak pagi tadi sehingga malam menjelma untuk mencari dua orang mangsa lagi. Walaupun Bos Chong sudah mengarah untuk mencari lima orang sahaja, tetapi Gate berkeras juga mahu mencari dua lagi gadis untuk mendapat wang yang lumayan. Dasar tamak!

Kebosanan melanda lantas Huzaiman meminta diri untuk masuk semula ke dalam meninggalkan Spoon sendirian bersama sepucuk pistol. Entah mengapa hatinya terdetik untuk menjenguk keadaan Dafinah. Adakah dia baik-baik sahaja? Pertanyaan itu tiba-tiba muncul.

Huzaiman mempercepatkan langkah kaki sepantas yang mungkin untuk naik ke atas bangunan. Tatkala dia sudah berada di situ, tangisan hiba ketakutan gadis-gadis yang diculik kedengaran sehingga ke luar bilik. Segera dia memasuki ruang tersebut.

Bagai ada bom meledak kuat di dalam dirinya apabila melihat sendiri seorang perempuan diarah berdiri dengan terikat tangan dan mulut ditekup pita pelekat. Ikatan tali pada kakinya telah dileraikan. Masih tidak pasti bagaimana ikatan kaki tersebut boleh terbuka walhal mangsa yang lain masih terikat dan sedang berada dalam keadaan terduduk simpuh. Penculik-penculik yang ditugaskan untuk memerhati pergerakan mangsa-mangsa ini sedang meletuskan tawa mereka.

"Apa yang kau orang buat ini?" Suara Huzaiman menghentikan gelak tawa yang asyik itu. Semua anak mata beralih kepadanya.

Kini matanya memandang tepat ke arah perempuan yang berdiri itu sambil tubir matanya tidak henti-henti mengalir air mata. Pandangan mereka bertaut buat seketika dan jelas bahawa dia sedang meminta pertolongan.

"Hei, Bill. Perempuan ini dah buka ikatan tali kaki dia dan dia ingat dia boleh berjaya untuk larikan diri." Gelakan sinis terdengar di hujung ayat.

Jadi, perempuan itu memang mempunyai rancangan untuk menyelinap keluar dari sini! Mesti dia melakukan rancangannya pada waktu yang salah. Fikirnya.

"Dia ingat kita orang terlelap sekejap, dia akan selamat keluar? Huh. Ini Joe lah... Tak ada siapa boleh larikan diri dari aku."

Gadis yang tidak dikenali namanya itu menggigil teruk mendengar kata-kata yang mendatar dan pandangan yang tajam ke arahnya.

"Apa yang kau orang nak buat dengan dia?" Huzaiman menyoal.

"Kita orang nak ajar dia... Cara nak duduk diam dan tak menyusahkan kerja kita!" Lantang Hank bersuara.

Terkaku sejenak Huzaiman seolah-olah dapat menangkap erti tersirat yang terluah dari kata-kata Hank.

"Want to join us?" Young mula mendekati gadis tersebut. Setapak demi setapak perempuan itu mahu menjarakkan kedudukan di antara mereka kerana bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku.

"Disebabkan dia... Kita kena buat benda yang sama dengan betina-betina yang lain. Mana tahu kalau dia orang cemburu kalau tidak dilayan macam betina itu..." Ucap Hank lantas Joe dan Young menyahut dengan gelak yang berdekah-dekah yang terlampau kuat.

"Tapi dia orang kan nak dijual tak lama lagi. Kenapa nak buat macam ini?" Huzaiman cuba untuk menghalang lagi.

"Huh. Dia orang akan dijual juga. Kita cakap sajalah yang dia orang masih perawan. Apa susah!" Hank melawan Huzaiman. Nampaknya lelaki itu mahu menghalang aktiviti mereka.

"Macam mana kalau Gate tahu pasal ini?"

"Kalau tak ada sesiapa di antara kita yang buka mulut, dia tak akan tahu!" Bentak Hank sehingga dapat terasa gegaran di bangunan tersebut.

"Hei, Bill... Relax lah... Jangan buat kecoh pasal benda kecil macam ini. Kalau kau nak juga, silakan. Tak ada siapa pun yang akan halang." Young mencelah untuk menghentikan ketegangan antara kumpulan mereka.

Boleh pula remaja itu mengajaknya untuk melakukan benda tidak baik pada mangsa-mangsa ini. Raut wajah Dafinah yang masih terdiam kaku di hujung dinding dipandang sekilas. Nampaknya perempuan itu sedari tadi tidak lepas memandangnya. Mulutnya masih terkunci dan tidak membalas kata-kata Young sebentar tadi.

"Okey sekarang ini jangan timbulkan pergaduhan dekat sini. Kau pilih saja perempuan mana yang kau nak, Bill. Bukan aku tak tahu nafsu lelaki macam mana. Dan itu dikira deal antara kita berempat. Jangan bocorkan benda ini pada Gate." Joe mula melontarkan cadangannya sebaik sahaja suasana di situ kelihatan sedikit tegang dan sunyi sepi.

Huzaiman sudah mengepal tangannya dan kelihatan urat-urat tebal sudah timbul pada kulitnya. Sekali lagi muka Dafinah yang berpeluh ketakutan menjadi pandangan utamanya. Mungkin waktu ini ialah waktu yang sesuai untuk dia bercakap serba sedikit dengan perempuan yang dikenalinya itu. Dia harus memberitahu bahawa mereka perlu berlakon untuk tidak mengenali antara satu sama lain untuk lebih selamat. Dengusan kasar terlepas seraya retina matanya tepat memandang Joe yang lebih rendah berbandingnya.

"Aku... Aku nak dia..." Jarinya tepat menunjuk ke arah Dafinah.

Rasanya Dafinah bergetaran sekarang. Huzaiman bukannya mahu melakukan perkara yang tidak baik padanya, tetapi lebih kepada mahu menyelamatkan dirinya dari diperlakukan seperti perempuan murahan. Joe tersenyum kambing.

"Dia aku punya!" Hank yang tadi menjadi pendengar tiba-tiba meninggikan ton suaranya.

Oh, tidak! Dalam banyak-banyak perempuan cantik di sini, kenapa perlu Dafinah juga? Fikiran Huzaiman mula bercelaru memikirkan cara untuk mendapatkan Dafinah. Pasti Dafinah lebih takut jika dirinya tidak memilih gadis itu.

"Aku yang cakap dulu, aku nak dia!" Tegasnya kali ini.

"Aku tak pernah sentuh perempuan bertudung. So, aku nak pilih dia. Dia nampak istimewa dari yang lain." Hank membalas.

"Kalau macam itu, jangan salahkan aku kalau aku bagitahu Gate pasal benda ini."

"Hei... Hei... Bill, sabarlah..." Joe menahan dada bidang yang luas milik Huzaiman.

"Hank, bagi saja perempuan bertudung itu pada Bill."

Kedengaran dengusan Hank yang kuat itu menjengah pada deria pendengarannya tatkala Joe melontarkan arahannya.

Dafinah yang masih terduduk bersimpuh ditarik kasar oleh Huzaiman sehingga dia terbangun lalu dirangkul pinggang milik gadis itu erat kerana kakinya yang masih lagi terikat. Ketat wajahnya ditayangkan kepada Dafinah dan ahli-ahli kumpulan jahatnya. Dia terpaksa menunjukkan ekspresi itu supaya dia kelihatan seperti seorang yang ganas dan kejam.

"Maaf pasal tadi. Bila aku fikir semula, betul apa Gate cakap sebelum ini. Tak payah nak layan baik-baik dia orang ini macam puteri." Dia mengujar bait-bait itu dengan mendatar.

Berdentam-dentum jantung Dafinah ketika ini. Masih tidak mempercayai apa yang disebut oleh Huzaiman. Dia panik. Tak akanlah Huzaiman sudah berubah menjadi orang jahat seperti yang lain? Lelaki yang dikenali sebagai Joe dan Young meletuskan tawa mereka.

"That's my man..." Joe menyambung gelakannya.

Kelihatan tangan Joe dan Young sudah menarik lengan perempuan yang mereka berkenan hingga pergi ke luar bilik. Huzaiman merenung mata bundar Dafinah yang berair. Belum sempat dia mahu menarik tubuh perempuan itu keluar dari bilik tersebut, belakang bahunya ditepuk kasar.

"Tak nak check budak inikah?" Nampaknya Hank masih tidak dapat mencari gadis yang dia mahu selain Dafinah.

"Nanti aku bagitahu. Jangan ganggu urusan aku." Ditepisnya tangan Hank yang sibuk menyinggah di bahunya.

Badan Dafinah menggigil beserta tangisan di sebalik pita pelekat. Waktu ini juga Hank berjalan laju ke arah Dafinah dan lantas menarik kepalanya hingga terdongak ke atas.

"Erm!" Jerit si gadis ketakutan.

"Hank, biar aku yang buat!" Huzaiman menerpa Hank. Tangan Hank yang mencengkam tudung sarung Dafinah dileraikan oleh Huzaiman.

Buk!

Dafinah ditolak kasar pada dinding lalu Hank berpeluk tubuh menanti Huzaiman melalukan apa yang patut dilakukannya. Lutut Huzaiman seakan-akan sudah tidak boleh berdiri tegak. Keringat mengalir deras dari atas kepala turun ke muka begitu juga badannya. Dapat dirasainya betapa panasnya suhu badannya ketika ini. Tangisan Dafinah tidak bersuara tatkala dirinya mula dirapati.

Tiba-tiba, bunyi tapak kaki yang sedang berlari mengalihkan perhatian mereka bertiga yang masih terkaku. Lekas setiap leher mereka menoleh melihat perkara yang berlaku. Nampaknya, terdapat perempuan lain yang cuba melarikan diri! Hank seperti sudah melupakan situasi yang berlaku di antara Huzaiman dan Dafinah lalu kakinya mula mengorak langkah mahu mengejar perempuan tadi. Perempuan itu perlu diajar!

Huzaiman menghela nafas berat pada saat itu. Suara gadis yang berlari menyelamatkan diri bergema di bangunan usang tersebut. Celaka Hank! Pasti dia akan membuat sesuatu yang lebih teruk kepada mangsa itu.

"Eh?"

Dia terkejut apabila Dafinah menyandarkan kepalanya pada dadanya. Pelupuk matanya terbuka luas. Percikan peluh sudah merembes keluar dari epidermisnya. Dafinah seolah-olah mahu bercakap sesuatu. Huzaiman menyentuh pita pelekat yang melekat pada mulutnya sambil berbicara perlahan supaya tiada sesiapa dapat didengari.

"Jangan cakap kuat-kuat." Mereka tidak dibenarkan untuk membuka pita pelekat ini, jadi dia harus memastikan semua orang-orang jahat itu mengetahui yang Dafinah bersuara.

Dafinah mengangguk kepalanya tanda faham dan sebelah tangan Huzaiman menarik pita tersebut. Dia yang masih berada dalam dakapan lelaki itu terus mendongakkan kepalanya melihat muka Huzaiman selepas pita pelekat sudah terbuka. Mereka berbalas pandangan seperti tadi. Kemudian, bibirnya berbisik kecil dengan suara tergugup-gugup.

"Sa... saya... datang bulan."

Hampir sekali tangannya tertolak tubuh Dafinah akibat terkejut dengan kata-kata yang terpacul keluar dari mulut perempuan itu. Mengapa dia perlu memberitahunya hal ini?

"Kau... kau tak tipu, kan?"

Dafinah menggeleng kepala tanda dia tidak berbohong. Sejujurnya dari tadi dia terasa sakit-sakit badan yang teramat sangat. Perutnya seperti dicucuk-cucuk dengan benda tajam dan tulang belakangnya asyik membongkok dan sakit. Baru dia tersedar bahawa tanda-tanda begini membawa maksud dia sedang berada dalam haid.

Agak lama Huzaiman membatukan diri buat beberapa saat. Lelaki itu memandang Dafinah semula dengan raut muka yang tidak keruan. Mungkin sebab segan. Dafinah pula asyik melihat ke tepi kerana dia juga malu untuk mengkhabarkan masalah perempuannya kepada lelaki itu. Tiba-tiba kakinya yang diikat ketat itu terlerai dari ikatan. Huzaiman mencapai tangannya yang masih terikat dan membawanya keluar dari bilik itu. Dia sedikit tersentak tetapi dia tidak melawan kerana kalau boleh dia mahu berada dekat bersama Huzaiman. Hanya lelaki itu sahaja harapannya walaupun tipis.

Huzaiman berhenti dari berjalan lalu dia menoleh ke belakang melihat raut wajah Dafinah.

"Apa yang patut aku buat?" Nampaknya dia tidak tahu apa-apa pasal perempuan.

"Saya tak selesa... Tolonglah bebaskan daya dari sini." Rayu Dafinah meminta sedikit belas kasihan, itu sahaja jalan yang dia ada.

Agak lama lelaki itu menepiskan pandangan ke tepi beserta dengusan. Bahagian mulutnya sudah ditumbuhi kumis dan janggut halus menampakkan kematangan pada wajah itu. Dia bercekak pinggang dan bermuka serius.

"Aku tak boleh bebaskan kau. Sampai ke lubang cacing dia orang semua akan cari aku dan keluarga aku kalau aku bebaskan kau." Bergetar suaranya menutur setiap kata-kata itu.

Kedengaran nafasnya berat dihela sambil mengelak mata mereka bertembung.

"Anggap saja ini semua nasib kau dan perempuan-perempuan itu."

Betapa sakitnya hati Dafinah sekarang. Nafasnya tersekat-sekat. Hatinya berkecai seperti kaca yang pecah jatuh dari tempat yang tinggi. Dia ingat Huzaiman akan membantunya, tetapi nampaknya dia silap!

"Jahat! Awak jahat, Hazim!" Dia terus menghamunnya akibat terlalu panas hati.

"Makilah sepuas hati kau. Aku... akan tetap akan jalankan tugas ini. Pasal period kau itu... Aku akan tolong. Buat masa sekarang, kita tunggu sini sampai yang lain selesai." Mendatar suara garau milik Huzaiman menuturkan ayatnya.

Huzaiman langsung tidak kisah dengan ayat kesatnya sebentar tadi. Dia menggelengkan kepalanya dan cuba melarikan diri tetapi lengannya dipegang kejap oleh lelaki itu.

"Dafinah!"

Dafinah meronta-ronta minta dileraikan pegangan lelaki itu.

"Lepaskan saya!"

"Diam! Kalau kau bising, dia orang yang akan kerjakan kau. Faham tak?" Bentak Huzaiman.

Dafinah menangis lagi setelah Huzaiman berkata sedemikian. Lemahnya tubuhnya sekarang ini sehingga diam tak membalas.

"Sorry, Finah... Aku tahu kau takut..."

Lelaki itu berbisik lembut di telinganya yang masih berlapikkan tudung sarung. Kalau rasa kasihan itu timbul di dalam hati, mengapa tidak lepaskannya sahaja?

"Siapa yang tak takut? Takkanlah saya nak senyum gembira pula? Saya lebih rela mati daripada dijadikan bahan pemuas nafsu orang! Bunuh saya sekarang." Kali ini dia menjawab.

Badannya terus dipusing kasar oleh Huzaiman supaya berdepan dengannya.

"Kau jangan cakap pasal bunuh, Dafinah!"

Dapat dirasakan tangan lelaki itu menggigil tatkala menyentuh kedua-dua bahunya. Lupa pula bahawa lelaki itu pernah dihumban ke dalam penjara pada waktu mereka remaja satu ketika dahulu akibat hampir membunuh seorang pelajar lelaki. Malang sekali lelaki yang dibelasah teruk itu mempunyai keluarga yang berharta. Lagilah teruk dia harus menghadap semua kesalahannya di mahkamah.

"Kalau macam itu, suruhlah sesiapa yang bunuh saya kalau awak tak nak." Dafinah membalas lagi. Panahan tajam anak mata kelabu milik Huzaiman tidak dilawannya.

"Dafinah! Jangan cabar aku!"

Kali ini mereka membalas renungan masing-masing.

"Awak dilahirkan oleh siapa? Perempuan, kan? Pernah tak awak terfikir kalau salah seorang daripada keluarga awak diperlakukan macam ini? Tak akanlah awak nak diam tak buat apa-apa? Biarkan saja, lepas itu ketawa?" Dia yang masih berada dalam keadaan yang emosi tidak stabil itu melepaskan perasaannya. Langsung tidak mempedulikan perasaan lelaki ini.

"Jangan cakap pasal keluarga!" Huzaiman kelihatan marah pada saat ini.

Sakit hati? Padan muka!

"Saya dah kehilangan mak bapa saya. Saya dah kecewakan mak saya sebab tak dapat balik jenguk dia sebelum dia meninggal tutup mata buat kali terakhir... Saya rasa saya tak nak hidup lagi kalau macam inilah penghujung kisah hidup saya. Tolonglah, Hazim... Bunuh saya sekarang juga!" Fikirannya sudah tidak normal. Kewarasan diri hilang begitu sahaja. Dia memang tidak kisah kalau mereka tamatkan hidupnya sekarang juga. Ia lebih baik daripada sengsara seperti ini.

Huzaiman diam tak bersuara. Pipinya agak kemerahan sambil merenung muka Dafinah yang kotor itu. Dia sudah melarang perempuan itu untuk bercakap soal bunuh, tetapi masih disebut juga. Kemudian dia mengeluarkan kotak rokok dari poket seluar dan mengambil sebatang rokok. Ia lantas disedut setelah dibakar sambil batang tubuhnya tersandar pada dinding. Itu caranya untuk menenangkan fikirannya buat sementara waktu. Ketagihan nikotin pada cerut pahit itu sudah serasi benar dengan darah dagingnya.

Akibat kata-katanya tidak dipedulikan, Dafinah terus melutut di depannya. Huzaiman lantas berdiri tegak semula.

"Apa kau buat ini?" Dia menyoal.

"Tolong... bunuh saya..." Emosinya sudah tidak terkawal. Dia menyerahkan nyawanya kepada Huzaiman. Mata ditutup dan kepala ditunduk. Terpulanglah bagaimana cara lelaki itu mahu tamatkan riwayatnya ini. Yang penting, dia mati hari ini juga!

"Gila. Aku dah kata tadi jangan cakap pasal bunuh! Kenapa nak mati sia-sia?"

Soalan bodoh apa pula yang diajukan padanya kali ini?

"Mati sia-sia lebih baik daripada jadi anjing peliharaan." Sindir Dafinah tanpa memandang Huzaiman.

Lama Huzaiman berdiam diri. Dia asyik berdengus dari tadi. Rokok yang disedut itu dibuang di lantai lalu baranya dipijak.

"Finah..." Ton suara lelaki itu berubah kecil.

Dafinah mendongak perlahan-lahan seraya raut wajah Huzaiman dipandang. Dia duduk bercangkung lalu berbisik.

"Kau kenal aku, Finah. Aku banduan sebelum ini... Semua orang tahu apa yang aku dah buat. Aku bertaubatlah macam mana sekali pun, aku tetap pendosa. Silap hari nanti aku dihumban balik dalam bilik besi... Macam inilah hidup aku." Bibirnya diketap kuat menahan hati. Nafasnya sudah tidak teratur.

"Tapi Tuhan tak pernah tutup pintu taubat untuk hamba-Nya." Dafinah mencelah. Dia tahu jiwa Huzaiman sedang lemah.

Perutnya masih terasa sakit. Dinding tebal endometrium miliknya sedang terhakis. Darah yang terasa di bahagian punggungnya sudah menyinggah deria baunya. Malunya sekiranya lelaki itu dapat menghidu darah kotornya. Mukanya pasti merah menyala.

Huzaiman tahu Dafinah tidak akan berhenti memujuknya untuk melarikan diri. Dia sudah menganggap gadis itu seperti adiknya sendiri. Dia sendiri pun tak sanggup melihat adik sendiri berada dalam situasi yang buruk sebegini. Mata bundar milik Dafinah yang asyik mengelak dari renungan matanya dipandang dalam.

"Aku akan selamatkan kau."














Do vote ⭐

Thank you.

2428 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro