Bab 23🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kes kebakaran yang berlaku sebulan yang lalu masih dibawah tanggungjawabnya. Sudah sebulan lebih berlalu tetapi masih tiada jawapan bagi menyelesaikan masalah ini. Bagaimana lelaki jahat itu boleh memadam semua bukti? Lelaki itu seakan-akan mengetahui selok-belok kerja anggota polis yang bakal membuat siasatan di tempat kejadian. Dia seperti sudah selalu melakukan kes jenayah sebelum ini.

"Macam mana dengan cap jari?" Suara Inspektor Ahmad menyapa gegendang telinganya. Dia sedang bercakap dengan seorang polis.

"Tak dapat dikesan, inspektor." Jawab seorang anggota polis yang ditugaskan untuk mencari bahan bukti di situ.

Inspektor Ahmad sudah mengeluh. Terik matahari sudah lama menyinggah pada kulit gelapnya. Sah sama sekali bahawa penjenayah itu bukanlah orang yang baru dalam masalah jenayah selama ini. Dia yang sedikit berumur ini sudah letih apabila asyik berulang-alik untuk datang ke kampung tersebut bagi mencari bukti yang kukuh.

Nashif yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati terus menghampiri Inspektor itu.

"Inspektor dah cuba tanya jiran dekat sini?" Dia memulakan perbualan.

"Hampir semua orang kampung aku dah tanya. Semua tak tahu pasal kejadian yang berlaku secara tiba-tiba ini."

Dia menjeling kepada Nashif sekilas.

"Kau... ada dekat sini kan pada waktu kejadian?"

Nashif hanya membalas dengan anggukan. Memang betul dia yang menjadi penyelamat kepada mangsa-mangsa kebakaran. Perkara tersebut juga telah diketahui ramai orang.

"Kau ada petunjuk apa-apa yang membantu?" Inspektor Ahmad berpeluk tubuh. Tugasnya kali ini amatlah berat kerana terdapat kes kematian yang berlaku.

"Saya tak pastilah, inspektor. Kenderaan suspek pun tak kelihatan masa itu. Dia lari lesap macam itu saja..." Berat nafasnya dihela. Tipulah kalau dia tidak cuba untuk mencari dan menjejaki orang jahat itu. Selepas sahaja dia menyelamatkan mangsa-mangsa kebakaran, segera dia mencari gerangan orang tersebut. Malang sekali dia mungkin terlambat untuk mengekori jejak lelaki misteri itu.

"Mangsa kebakaran yang sarat mengandung itu dah sedar ka belum?" Inspektor Ahmad kini menghenyakkan punggungnya pada kerusi kayu yang terbina kukuh di bawah pokok mangga.

"Dia baru saja sedar kelmarin. Sekarang dia sedang dirawat dengan lebih lanjut sebab anak dalam kandungan dia mungkin akan dilahirkan sebulan awal daripada bayi lain." Jelas Nashif. Pandangannya tidak beralih dari wajah Inspektor Ahmad.

"Esok pagi aku akan soal siasat dengan pesakit itu. Dia mesti dapat tahu serba sedikit pasal gerak-geri suspek ini."

"Saya nak ikut serta, inspektor."

Lama mereka berdua membalas pandangan masing-masing.

"Baiklah. Tapi kau kena pastikan kau membantu dalam siasatan ini."

Kepalanya laju mengangguk tanda dia bersetuju dengan syarat lelaki yang sudah separuh abad itu. Retina matanya hanya membawa pergi figura tubuh lelaki itu pergi meninggalkan kawasan yang telah berlaku segala-galanya yang terjadi kepada dirinya dan keluarga Dafinah.

Hatinya telah banyak kali terdetik untuk menjalinkan hubungan bersama Dafinah tetapi malang sekali apabila Dara iaitu adik bongsu perempuan itu sudah memberi amaran keras dan menggerunkan kepadanya beberapa hari yang lalu. Masih teringat semula perkara yang belaku pada waktu itu.

Bas yang sepatutnya membawa Dara bersama sudah 10 minit yang lalu meninggalkannya. Menjerit remaja perempuan itu di stesen bas itu juga. Apatah lagi dengan suaranya yang semula jadi berfrekuensi tinggi. Terpaksalah juga dia menumpang sekali lagi kenderaan jenama Porsche miliknya itu. Sepanjang perjalanan, hanya wajah cemberut sahaja ditayangkan. Dalam masa kedinginan itu, entah bagaimana mulutnya terletus persoalan yang sedang berlegar-legar di kepalanya untuk bertanya soal tempat tinggal Dafinah.

"Kau kalau teringin nak makan penumbuk lesung batu, kau cakaplah lagi pasal kakak aku. Hish... Tak kuasa aku nak bagi kakak aku dekat keluarga yang kaya-raya macam kau ini. Huh. Lagi-lagi mak kau itu. Entah-entah dilayannya kakak aku macam orang gaji yang tak dibayar gaji."

Terngiang-ngiang suara kecil itu melepaskan perasaan yang terbuku di dalam hati. Nampaknya bukan masalah yang kecil yang telah berlaku antara emaknya dan Dara.


Kulit wajah Dafinah yang comot menggamit perasaan sedih dalam jiwa lelakinya. Bohonglah sekiranya tiada sedetik pun rasa mahu menolong Dafinah untuk keluar daripada sini. Tetapi apa lagi yang dia boleh buat, dia bukanlah ketua mahupun bos untuk membebaskan perempuan itu dengan suka hati. Dia hanyalah pekerja berdarjat rendah yang harus melakukan jenayah walaupun sudah tahu dosa yang sudah tertulis.

"Aku akan selamatkan kau."

Dafinah kelihatan gembira sehingga tidak mampu berkata apa-apa. Dia malah mengukir senyuman ceria untuknya. Adakah itu bermaksud terima kasih? Apa-apa sajalah...

Huzaiman terus membuka tali yang terikat pada tangan mulus Dafinah. Jelas warna merah bercampur ungu yang terkesan selepas sahaja dia meleraikan ikatan itu. Dia tidak kisah pasal itu kerana perempuan itu harus menerima kesakitan yang perit sedikit untuk berjaya mengeluarkan diri dari bangunan usang ini.

Tangan Dafinah dicapai dan dibawa lari mengikuti setiap langkahnya. Yang penting sekarang, mereka perlu pergi dari tempat ini secepat mungkin. Tetapi bukan mudah nak pergi begitu saja. Spoon sekarang sedang mengawal di depan pintu masuk bersama Kalashnikov Ak-47 iaitu senjata api yang dipegangnya. Sekiranya terkena tembakan itu pada kepala, sudah tentu otak akan terburai!

"Sebelum mereka keluar, kita kena pergi dari sini dulu." Dia berbisik pada cuping telinga Dafinah semasa mereka menuruni anak tangga ke bawah.

Dafinah langsung tidak bersuara sejak tadi. Takutkah? Huh. Rasanya dia yang pembelot ini lagi takut. Setibanya mereka di tingkat bawah bangunan, dia menghentikan kaki di sebalik dinding dan gadis yang dipegangnya erat turut mengikuti persembunyiannya. Nafas gelisah dihembuskan perlahan oleh Huzaiman lalu dia memandang Dafinah yang berada di belakang. Pada waktu ini, Spoon cuma memerhatikan keadaan luar yang semakin gelap. Aktiviti penculikan oleh Gate dan lain-lain masih sedang dijalankan lagi.

Sebenarnya Huzaiman sendiri tidak tahu untuk bertindak bagi melarikan diri. Rancangan pendek terlintas dalam fikirannya iaitu memancing Spoon agar dia beredar dari pembukaan pintu. Jika berjaya, dia akan membawa Dafinah pergi dari sini!

"Kau tunggu sini sekejap. Jangan pergi mana-mana dan jangan bising." Sempat dia memberi arahan kepada perempuan yang masih membisukan diri di belakang tubuhnya tanpa memberitahu rancangan yang sedang bermain dalam kepalanya.

Dafinah masih tidak menyahut. Tetapi sangat ketara riak wajahnya yang dalam kebimbangan itu. Huzaiman lantas meninggalkan perempuan itu di sebalik dinding seorang diri dan berharap Hank, Joe dan Young tidak turun.

"Spoon." Sengaja dia menyapa si kawan yang dari tadi sedang mengawal.

"Ada apa, Bill? Apa dah jadi dengan perempuan yang menjerit itu? Macam mana mulut dia boleh terbuka pula?" Bertubi-tubi persoalan diajukan oleh Spoon.

"Ada perempuan yang cuba untuk melarikan diri... Tak pastilah kalau dia dapat tangkap balik atau tak. Mesti dia tengah cuba lari juga." Huzaiman membalas tanpa menunjukkan ekspresi yang gementar. Rahsia antara mereka berempat harus disorok tanpa pengetahuan Spoon.

"Degil betul. Kita dah bagi makan, nak lari pula. Bukan kita nak rogol pun dia orang." Spoon membetulkan senapang yang dipegangnya.

"Apa kata kau pergi kejar perempuan itu juga." Huzaiman memberi cadangan.

"Tak berminat aku. Tak pasal-pasal kepala perempuan itu kena tembak dengan aku. Biarlah dia orang bertiga yang cari." Selamba sahaja Spoon menjawab.

Bertambah gerun Huzaiman tengok lelaki bersenjata itu. Apabila teringat kembali cara dia menembak dari jarak jauh, tulang belulangnya juga boleh terasa getaran.

"Tak penat ka asyik berdiri dari tadi?" Dia masih meneruskan lakonannya.

"Siapa cakap aku tak penat? Nah. Pegang kesayangan aku ini baik-baik. Aku tak tahan nak membuang. Jangan tertembak kepala sendiri pula..." Senjata api Kalashnikov Ak-47 dihulurkan kepada rakannya sambil ketawa senang.

Inilah peluang terbaik dia dan Dafinah untuk melarikan diri. Senjata yang diserahkan kepadanya dicapai dengan penuh berhati-hati lalu Spoon keluar menuju ke arah semak belukar untuk melepaskan niatnya. Tempat persembunyian Dafinah dipandang kejap, kelihatan kepalanya sedang menjenguk memerhatikan tingkah lakunya.

Oleh kerana Spoon berjalan perlahan-lahan, dia terpaksa menunggu seketika sampailah lelaki 40-an itu hilang dari pandangan. Tetapi alangkah terkejutnya tatkala koklea telinganya dapat menangkap suara maki hamun yang bergema di ruang bangunan dari tingkat atas. Nampaknya Hank dan lain-lain sudah menyedari ketiadaan dia dan Dafinah di situ. Matilah!

Akalnya menjadi pendek. Dia terpaksa mengekori Spoon dari belakang dan merencanakan sesuatu. Dalam fikirannya sekarang... Bunuh dia atau pukul sahaja? Gilakah mahu membunuh? Dia pun sudah trauma dengan masa silam dan lagi pun Spoon orang yang baik. Tak sanggup hendak menarik nyawanya. Senjata yang masih elok berada dalam genggamannya diterbalikkan dan pemegangnya lantas dipukul pada kepala rakan seperjuangannya itu.

"Ah!"

Spoon terduduk di atas tanah sambil mengerang kesakitan. Lihat seperti mahu membangunkan badannya semula. Disebabkan pukulan tadi tidak berkesan, sekali lagi tangannya memukul tengkuknya dengan kuat yang teramat.

Pok!

Kali ini dia terkujur sambil menekup lehernya.

"Maaf, Spoon."

Sempat dia mengucapkan ayat itu dan terus berlari meninggalkan Spoon yang masih terbaring kaku di sana. Dengan langkah kaki yang besar, dia segera mendapatkan Dafinah sebelum lelaki-lelaki yang lain tiba di aras bawah. Kalau Spoon berjaya bangun semula, gagallah rancangannya!

Tangan Dafinah yang masih berlapik dengan baju berlengan panjang ditarik lalu mereka pun keluar meloloskan diri daripada bangunan usang tersebut. Senjata api berbahaya itu pula dilemparkan di kawasan semak belukar. Bodoh, kan? Dia sebenarnya tidak berani menggunakan benda itu... kerana dia bukan pembunuh! Dapat didengari suara esakan Dafinah berbaur nafas kencang secara jelas.

Mereka berdua berlari meredahi semak belukar tanpa menoleh ke belakang lagi. Larian demi larian dikerah oleh tubuh masing-masing sehingga kaki Dafinah mulai sakit. Bekas pergelangan kaki yang berjam-jam terikat masih belum terpadam dari kulit mulusnya dan dapat dirasakan ia berdenyut-denyut seiring hentakan tapak kaki pada tanah. Ia memperlahankan larian mereka berdua. Badannya pun asyik terbongkok-bongkok akibat ditarik kasar oleh lelaki bertubuh sasa ini.

Dia yang sedang berada dalam fasa senggugut sedaya upaya menguatkan diri bagi melarikan diri tanpa menghiraukan keperitan tubuh yang sedang sarat menanggung. Apa sahaja halangan di depan, mereka redah saja! Kesan tercalar akibat rimbun berduri tidak dirasai lagi walaupun kadangkala ianya memedihkan kerana ketakutan sedang melanda jiwanya.

"Bill!"

Bam!

Bam!

Bam!

Suara jeritan Hank bergema di ruang udara beserta beberapa das tembakan rambang diajukan kepada mereka berdua.

"Ah!" Dafinah terjerit kerana dia tidak pernah mengalami situasi genting sebegini rupa.

"Lari, Finah! Lari!"

Huzaiman melantangkan suaranya kerana lariannya yang semakin lama semakin perlahan. Sekiranya mereka berdua gagal melarikan diri, maka nyawa mereka akan melayang. Dafinah mencengkam tangan lelaki yang dipercayainya itu sekuat hati agar tidak terlepas. Dia pun begitu juga. Dafinah tidak tahu lelaki itu hendak membawanya ke mana sekarang ini.

Cuaca nampaknya tidak berapa baik apabila angin sepoi-sepoi bahasa bertukar kencang seiring dengan rintikan hujan yang turut serta. Akhirnya, tubuh badan mereka telah memasuki hutan belukar yang berhampiran dengan kawasan bangunan usang tadi. Huzaiman tetap dengan langkah kaki lajunya sepantas atlet pelarian negara. Dia yang sememangnya hanya menjadi penyorak di zaman sekolah terpaksa mengikut setiap rentak lelaki itu.

Dalam kebutaan malam, tiba-tiba hujan turun dari awan gelap yang sudah sarat menanggung beban air yang terkondensasi diikuti angin kencang. Ranting-ranting patah diredah. Dia dapat merasakan bahawa cuaca buruk yang berlaku ini mungkin dapat menyelamatkan mereka berdua dari dibunuh. Angin semakin kencang berlawan dengan rintikan hujan yang lebat. Dia dan Dafinah kini masih berpaut jari antara satu sama lain dan suara penyangak itu semua semakin menjauh.

Harap-harap mereka sesat! Tidak lama kemudian, mereka berdua bertemu pula dengan sebatang sungai besar. Airnya amat deras sekali akibat daripada fenomena alam yang sering terjadi apabila hujan turun. Langkah kaki terhenti di tebing lalu mata masing-masing sudah memandang antara satu sama lain. Dafinah kebasahan, begitu juga dengan dirinya.

"Awak..." Dafinah menyeru lelaki yang erat menggenggam jari-jemarinya yang menggigil.

"Finah, kita lompat."

Perempuan itu tergamam sejenak. Adakah itu jalan yang terakhir? Air itu deras sekali. Bagaimana hendak menyelamatkan diri? Kalau mati lemas macam mana? Sebenarnya dia sendiri pun takut mati walaupun sebelum ini dia yang beria-ia meminta untuk dibunuh. Bibirnya diketap kuat. Lagi pun dia tak pandai berenang!

Laju kepalanya yang sedang berfikir panjang itu menggeleng. Dia takut betul untuk terjun masuk ke dalam air kabut itu. Tak semena-mena lelaki itu menengkingnya.

"Kita kena lompat juga atau kita mati di tangan dia orang!"

Lidahnya terkelu dan bibirnya terketar-ketar. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Beberapa saat kemudian, lelaki itu menariknya dalam pelukan hangatnya dan terus terjun ke sungai yang dalam dan deras itu.

Prash!

Air kabut dan deras sehingga menyesakkan pernafasannya. Tangan kasarnya hampir terlepas daripada memaut tubuh kecil perempuan itu. Mereka hanyut dibawa arus air sungai. Hujan lebat masih berlangsung begitu juga angin. Suara Dafinah tidak kedengaran lagi. Dalam kegelapan dia dapat merasakan bahawa perempuan itu seakan-akan lemas! Nasib menyebelahi nyawa mereka berdua tatkala dia melihat tebing sungai itu telah dipenuhi rimbunan semak belukar. Dengan tangan yang panjang, dia terus mencapai rumput-rumput tebal dan berpaut padanya sambil memeluk Dafinah.

Kini mereka bersembunyi di pelosok ruang gelap tebing sungai dalam kesejukkan yang menyelubungi kedua-dua tubuh mereka.

"Huh... Huh..." Dafinah tercungap-cungap mencari nafas. Bahu luas milik Huzaiman dipaut erat agar dia tidak terlepas dari susuk lelaki itu. Bibirnya pucat bergetaran tanda kedinginan yang melampau.

Raut wajah Dafinah ditenung dalam oleh anak mata kelabunya. Jelas tanpa disorok lagi ketakutan yang menjala di riak mukanya. Apatah lagi tiba-tiba suara seseorang yang dikenalinya menyapa deria pendengarannya.

"Sial! Bill nak matikah? Berani betul dia lari dengan perempuan bertudung itu!"

Saat cuping telinga mereka menangkap bait-bait ayat yang diungkap oleh Hank, Huzaiman tersentak. Mereka sudah berjaya menjumpai sungai ini. Dafinah menggigil ketakutan. Sungai yang deras ini menyukarkannya untuk bertahan dengan lebih lama di dalam air tetapi demi menyelamatkan perempuan ini, dia cuba bertahan sebaik mungkin.

Bam!

Bam!

Bam!

Sekali lagi dia terkejut apabila tembakan yang dilakukan secara rawak ke dasar air sungai. Ia tembakan bertalu-talu tanpa henti. Air liur pekat ditelan kelat di kerongkongnya. Beberapa butir peluru hampir tersasar ke tempat persembunyian mereka berdua. Adakah Hank dan lain-lain dapat menghidu keberadaan mereka berdua?












Do vote⭐

Thank you!

2232 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro