Bab 3🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mak mana?"

"Tengah solat. Yang kau call waktu maghrib ni dah kenapa?"

"Aku nak cakap yang aku akan balik rumah nanti lepas aku settle kerja aku dekat Kelantan."

"Oh. Nanti aku bagitahu."

Dafinah mengangguk.

"Okeylah. Itu ja aku nak cakap..."

"Eh. Pasal Nashif tu? Macam mana? Kau terima ka tidak?" Laju kakak sulungnya bertanya.

Dafinah membolakan biji matanya. Sibuk saja nak tahu pasal lelaki orang. Lelaki sendiri tak nak jaga elok-elok. Itulah kakaknya yang kini sudah masuk 40 tahun, Daniza. Tak padan perangai dengan umur.

"Nanti balik aku bagitahulah. Aku ada kerja ni nak kena buat." Dafinah memberi alasan.

"Kerja apa malam-malam buta macam ni? Nak temberang pun tengoklah juga siapa yang kau nak menipu. Aku bukan budak 5 tahun lagi." Adalah itu adiknya mahu mengelak dari pertanyaannya.

"Lah. Masalahnya memang betul. Aku kena buat discussion dengan kawan sekerja aku ni ha. Ada ni sebelah aku. Nak bukti ka?" Geram saja dengan perangai kakaknya. Orang cakap tengah kerja, kerjalah.

Telefon jenama Samsung disuakan kepada Ros.

"Eh. Apa hal kau ni?"

Sebaik sahaja mendengar suara lain di peti suara, Daniza mencebik. Haih. Betullah itu apa yang adiknya kata. Ada kerja.

"Ni ha. Kakak aku tak percaya yang aku kerja sekarang ni. 'Kerja apa malam-malam ni?' Kerja malam ni kira hard work tau, Long." Dafinah mengejek kakaknya.

"Iyalah kau. Apa-apa pun, kau kena fikir masak-masak eh, Acik. Lelaki yang datang melamar kau tu bukan calang-calang orang, weh. Aku cemburu betul dengan kau. Rupa dah ada, duit dah ada, baik pula tu. Macam manalah eh dia boleh terpikat dengan perempuan biasa macam kau?"

"Dah aku cantik, pandai, baik... Mestilah dia nak dekat aku. Itu pun nak ditanya lagi."

Ros yang berada di sebelah Dafinah memandangnya. Ini sudah tahap over confident. Tidak pernah pula dia melihat Dafinah begini. But it is okay. I like. Ros menyambung semula kerjanya menaip sesuatu di komputer ribanya.

"Pfft... Kau kena tenung muka kau lagi, Acik. Bagi sedar diri sikit. Eh, kau tahu apa kerja lelaki tu?" Daniza menukar topik. Malas mahu bergaduh tentang kecantikan kerana dia tahu dia paling cantik antara adik-beradiknya.

"Apa dia?"

Si sulung menjawab dengan senyuman yang melebar.

"Peguam, weh! Uih... Aku teringin sangat nak dapat lelaki kerja peguam."

"Aku bagitahu juga dekat lelaki kau, Long. Tak sedar diri perut tu tengah bawa anak lelaki sendiri. Dahlah... Borak dengan kau ni boleh bawa sampai bergaduh nanti. Tak siap juga hard work aku nanti. Aku letak dulu. Kirim salam dekat mak." Dafinah menghabiskan panggilan itu.

"Ingat, Acik. Nashif tu..."

Tut...

Dia tahu. Nanti kakak sulungnya akan mengulangi ayat yang sama.

"Nashif tu ada segala-galanya... Bla bla bla..."

"Oi, siapa Nashif pula?"

Suara Ros menjengah gegendang telinganya. Oh. Dia terlepas cakap ya tentang Nashif? Ingatkan cakap dalam hati tadi.

"Tak ada siapalah."

"Eleh. Boyfriend barulah tu." Ros meneka.

"Boyfriend baru apanya. Boyfriend lama pun tak ada, Cik Ros..."

Ros terkebil-kebil melihat wajah polos rakannya. Seriuslah Dafinah tidak ada teman lelaki? Habis tu...

"Apa hubungan kau dengan Encik Wafiy?"

Dia selalu saja memerhatikan Wafiy yang sering mendekati Dafinah.

"Encik Wafiy? Client kita tu ka?"

Ros mengangguk ingin penjelasan lebih.

"Kita orang sekadar rakan business jalah..." Dafinah menggeleng kepala. Dia sendiri menganggap lelaki itu sebagai adik setelah mengetahui umurnya lebih tua daripada lelaki itu.

"Oh... Aku bukan apa. Tengok layanan dia dekat kau tu lain daripada orang lain. Waktu majlis company bapa dia, kau orang berborak sakan sangat. Aku fikirkan kau orang ada apa-apa hubungan." Jelas Ros.

"Mestilah kena layan baik-baik. Company besar tu banyak sumbang dekat company kecil kita ni, tahu." Dafinah berbisik.

"Cis..."

Dafinah mula menyelak helaian demi helaian kertas projeknya yang perlu diselesaikan 2 hari nanti. Nampaknya bosnya mahu membuka cawangan yang lebih baik di Kelantan nanti. Banyak senarai pelabur yang tersenarai di kertas kerjanya.

Jarum jam laju berdetik. Dengan secara tidak sedar sudah 2 jam mereka cuba menyiapkan kerja mereka di pejabat. Ramai pekerja dan kerani berlalu pergi keluar dari pintu utama.

"Alamak, Dafinah..." Ros sudah mula penyakit gelabahnya. Terkejut sikit sahaja sudah menggelabah.

"Apa pula kau ni?"

"Aku baru teringat yang mak aku ada buat operation waktu kita gerak ke Kelantan nanti." Kepalanya digaru.

"Seriuslah kau? Takkan nak suruh aku buat sendiri semua ni? Kita dah bincang sama-sama dah semua ni." Dafinah merungut.

"Alah. Kau jangan risau. Aku ikut kau sekali... Cuma, aku kena balik awal nanti." Ros mula berasa serba salah.

Dafinah mengangguk faham. Tidak mengapa. Asalkan Ros menemaninya untuk sehari projek permulaan kerja mereka. Biar yang lain dia cuba selesaikan.

"Okey. Kau rileks ja. Nanti kereta company kau bawa balik KL terus. Aku naik bas sebab aku memang akan terus ke kampung aku." Dafinah cuba menenangkan rakannya.

Ros mengangguk. Nasib baik dia mendapat rakan sekerja yang mudah memahami dirinya. Jam dinding pejabat dikerling.

"Jomlah kita balik, Dafinah. Macam dah lambat sangat ja kita ni. Pukul 9.30 dah pun."

"Kau baliklah dulu. Aku nak print kerja aku yang lain." Mata Dafinah fokus ke arah skrin komputernya.

"Hati-hati, Dafinah. Jumpa besok." Laju kaki Ros melangkah pergi menjauhi rakannya yang tekun menyiapkan kerja.

Senyap sunyi kawasan tempat pejabatnya apabila ramai sudah pulang ke rumah masing-masing. Selesai sahaja menyiapkan kerjanya, lantas dia menuju ke printer yang berada berdekatan dengan mejanya. Kertas-kertas yang telah dicetak diambil lalu disimpannya di dalam beg galasnya.

Jarak di antara tempat kerjanya dengan rumah sewanya tidaklah terlalu jauh. Kira-kira 15 minit boleh tiba hanya dengan berjalan kaki. Mahu beli kereta, masih tidak berkemampuan lagi. Hanya mengharapkan kakinya yang sihat untuk berjalan dan bas pengangkutan sahaja selama ini untuk bergerak ke mana-mana.

Sebaik sahaja dia keluar dari tempat kerjanya, kakinya bergerak laju meninggalkan kawasan itu. Tangannya memeluk tubuh kerana suasana malam memang selalunya sejuk. Angin malam menampar lembut kulit mukanya. Seketika kemudian, angin itu mulai semakin kuat. Tudungnya mula beralun-alun mengikut arus angin.

'Macam nak hujan. Kena laju lagi ni.'

Pergerakannya semakin laju. Badannya cuba melawan arus angin yang menolak dirinya. Setitis demi setitis air hujan mengenai kepalanya.

Bunyi geseran kaki pada batu kerikil di belakangnya menyentakkannya. Baru dia menyedari ada seseorang berjalan di belakangnya. Dia tidak menoleh kerana dia pasti ia tidak membahayakannya. Walaubagaimanapun, dia harus bergerak pantas. Bila-bila masa sahaja hujan lebat akan turun membasahi bumi.

"Auch!"

Lengan kirinya terasa pedih seperti ditoreh pisau yang amat tajam. Gerangan orang yang sebentar tadi berjalan di belakangnya berlari laju meninggalkan dirinya. Tergopoh-gapah dia berlari dengan memakai baju hujan berwarna hitam itu, seakan-akan tahu bahawa hujan bakal tiba. Pasti orang itu angkaranya!

"Woi, berhenti!"

Dafinah mengerang kesakitan. Lengan bajunya terkoyak. Tangan kanannya menekup luka di lengan kirinya.

Kepalanya diangkat untuk melihat sendiri siapa yang mencuba menyakitinya.

Hilang.

"Eh. Bukan..."

Badannya dipusing mencari orang lain yang mungkin berjalan, tetapi tiada. Hanya kereta dan motor sahaja yang bergerak di jalan raya. Siapakah orang itu dan di manakah dia pergi?Jalan hanya terus dan selekoh masih jauh lagi dari tempatnya sekarang. Boleh pula orang tadi lesap begitu sahaja. Pantas betul!

Air matanya sudah bertakung di tubir matanya akibat air hujan yang sudah berat mengenai tubuhnya sekaligus terkena luka lengannya. Cepat-cepat dia mengatur langkah pulang ke rumah sewanya untuk meminta bantuan rakannya.



Buk!

Tumbukan padu diberikan pada wajah Adrian buat kali terakhir. Tangannya sudah dipenuhi cecair merah yang keluar dari wajah lelaki itu.

"Uhuk! Uhuk! Ergh..."

Masih kedengaran Adrian yang sedang mengerang kesakitan. Susahnya tidak terkata untuk bernafas ketika itu seakan-akan sudah tiba masa ajal menjemput dirinya.

"Berhenti, Hazim! Astaghfirullah... Apa yang kamu dah buat ni?"

Cikgu Latif, guru disiplin di sekolah menengah itu pantas menghampiri dua orang pelajarnya. Tidak percaya apa yang dilihat pada saat ini. Anak muridnya yang terbaring seperti orang nazak yang bila-bila masa sahaja nyawa bakal melayang.

Seorang lagi pelajarnya sudah berlumuran darah pada kedua-dua penumbuk tangannya.

"Hazim! Kamu ni nak jadi apa ha?"

Guru lelaki itu menggeleng.

"Pembunuh?"

Matanya terbuka luas. Dia terjaga dari mimpi ngerinya. Jantungnya berdegup kencang seperti baru sahaja menghabiskan larian pecut. Badannya sudah dibasahi dengan peluh yang tidak henti-henti keluar dari rongga-rongga epidermis kulitnya.

Rambutnya yang basah diramas seraya menarik kuat rambut itu. Dia bermimpi lagi. Mimpi tentang dosanya. Mukanya ditekup dengan tangannya yang kasar. Sampai bila benda ini akan mengganggu hidupnya?

Telefon di sebelahnya diambil. Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Perlahan-lahan kakinya menjejak pada lantai kayu lalu keluar menuju ke tandas. Dia tidak mahu nenek dan tok wannya terjaga.

Air yang keluar dari pili air ditadah dengan kedua-dua belah telapak tangannya lalu menyapu mukanya untuk menenangkan kembali fikirannya. Nenek dan tok wannya tidak tahu tentang perkara ini. Biarlah dia sahaja yang menanggung keperitan dosanya.

Wajahnya direnung pada pantulan cermin yang tergantung di hadapannya.

"Mata kau memang ada pandangan seorang pembunuh."

Kepalanya ditolak mengenai cermin itu. Dadanya berombak kencang. Segera dia berniat untuk mengambil air suci untuk beribadat. Masih terngiang lagi kata-kata seorang ustaz yang pernah memberi tazkirah di surau lokapnya dahulu.

"Cara untuk kita tenangkan diri kita adalah dengan berwudhuk. Selepas saja berwudhuk, terus kerjakan solat. Kalau sudah solat fardhu, buatlah solat sunat. InshaAllah Allah akan memberikan ketenangan kepada hamba-hambaNya yang sentiasa bertaubat."

Sejadah dibentangkan menghadap kiblat. Kedua-dua lengannya diangkat hingga ke telinga.

"Allahu Akhbar."

Sudah hampir 5 tahun peristiwa itu berlaku dan tidak pernah disangka ia masih menghantui fikirannya.

Lima tahun dia meringkuk di dalam bilik yang berpagarkan besi dan satu tingkap kecil untuk cahaya menerangi kawasan gelap itu. Di sanalah dia cuba mendekatkan diri dengan Tuhan walau banyak cabaran yang perlu dihadapi. Tidak semua banduan di sana boleh dipercayai, bila-bila masa sahaja mereka akan menikam belakang kita sendiri.

Kalau niat nak berubah, memang orang yang jahat akan menjadi baik. Kalau diri sendiri yang tidak mahu berubah, sampai bila-bila akan menjadi jahat. Prinsip itulah yang membuatkan dia masih hidup sehingga kini. Tipulah jika tidak terniat untuk bunuh diri, siapa saja yang sanggup bertahan di sana kalau tiada azam untuk meneruskan kehidupan dalam diri sendiri?

Daun pintu kayu biliknya dibuka dari luar.

"Bangun, Fuad... Subuh dah nak ma..."

Mata tuanya dapat menangkap tubuh lelaki yang sedang bersujud di atas sejadah. Dia mengerti lalu ditutup semula pintu bilik cucunya dengan perlahan, membiarkan cucunya bersujud kepada Yang Maha Esa.

Benak fikirannya masih terngiang-ngiang kejadian yang pernah menimpa cucunya satu ketika dahulu.

"Tok Abu Wasim!"

Dia yang sedang menunggang motorsikal lamanya itu berhenti. Kaki kirinya menjejak tanah. Kelihatan lelaki yang muda daripadanya mendekati dirinya. Tercungap-cungap lelaki muda itu mencari nafas setelah mengejar Tok Abu Wasim.

"Kau dah kenapa berlari macam ni, Amir? Ada hantu kejar kau ka?" Dia menyoal.

Amir menggeleng. Apa pula cakap pasal hantu malam-malam begini? Tidak pasal-pasal dia datang betul-betul. Tak cukup tanah berlari nanti.

"Aku dengar..."

"Cucu tok yang sulung tu dah masuk lokap? Betul ka?"

Tok Abu Wasim menggeleng.

"Kau merepek apa? Cucu aku tu budak baik. Entah dari mana kau dapat khabar angin ni." Tok Abu Wasim menafikan perkara tersebut.

"Aku dengar orang cakap-cakap ja, tok. Tapi macam betul saja orang cakap."

"Aku luku juga kepala kau ni, Abdul. Percaya sangat orang kata. Ni... Kalau apa-apa yang terjadi dengan keluarga aku, aku tahu dulu daripada kau orang semua. Jaga kain kau sendiri tu dulu. Rumah sewa entah bayar ka tidak bulan ni."

Merah padam muka Abdul menahan malunya. Nasib baik tiada orang yang lalu-lalang di kawasan bendang ini.

Tangannya memulas pedal minyak motor, meninggalkan lelaki muda tadi. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, kelihatan isterinya sedang bercakap sesuatu di corong telefon. Siapa pula mahu menelefon rumahnya ini pada waktu malam? Penting sangatkah hingga tidak dapat menelefon pada besok hari?

"Astaghfirullah..."

Dia menanggalkan kopiah putihnya dari kepala lalu diletakkan di atas almari baju. Sesekali dia menjeling isterinya yang dari tadi menekup mulut menahan sesuatu.

"Baiklah... Jaga anak-anak kamu yang lain ya. Assalamualaikum..."

Telefon rumah itu diletakkan kembali ke tempat asalnya. Mata isterinya sudah bergenang air mata sambil melihat dirinya. Dia hanya berdiam diri menunggu kata-kata yang bakal terpacul dari mulut itu.

"Bang, tadi anak kita telefon..."

"Apa khabar dia tu?"

"Dia kata dia sihat ja, bang. Tapi saya kenal anak saya sendiri. Saya dengar suara dia tu nampak sangat dia dalam kesakitan, cuma dia tak nak kita risaukan dia." Sugul wajah tua perempuan itu.

"Awak tahu ka dia sakit apa?"

"Dia tak cakap pun dia sakit apa, bang. Dia kata dia sihat ja."

"Hish budak tu. Anak siapa lagi yang kita nak risaukan? Dia sajalah anak yang kita ada." Tangannya membuka surat khabar yang tersedia di sebelahnya.

"Tapi bukan itu yang dia nak sampaikan waktu telefon tadi..."

Tok Abu Wasim hanya membisu menanti ayat yang seterusnya.

"Dia kata Fuad dah buang sekolah."

"Astaghfirullah budak ni... Apa yang dia buat sampai kena buang sekolah?"

Berbagai-bagai jawapan yang bermain di benak fikirannya. Mencuri? Membuli? Meniru? Apa lagi ya kes di sekolah?

"Dia hampir membunuh anak orang, bang..."

Jantungnya seakan-akan berhenti mengepam darah. Betulkah cucunya yang membuat perkara tidak senonoh itu? Dia kenal sangat dengan cucu sulungnya. Kalau kes jenayah berat seperti itu, bermakna...

"Cucu kita dah masuk penjara semalam. Budak yang dia hampir bunuh masih dalam koma."

"Tok wan."

Dia tersentak dari fikirannya yang sudah jauh melayang mengimbau masa lalu apabila suara seseorang memanggilnya. Kepalanya menoleh ke kanan.

"Kenapa tok wan duduk luar?"

"Allahu Akhbar."

Dahinya ditepuk. Lupa pula dia untuk mengerjakan solat subuh. Tergopoh-gapah dia berlari masuk ke dalam rumah, berharap dia tidak lewat menunaikan solat fardhu. Soalan cucunya dibiarkan tidak dijawab.

Huzaiman hanya mampu melihat gelagat tok wannya sambil tersenyum. Apa yang tok wannya fikirkan itu? Matanya memandang langit oren yang sudah memunculkan cahaya terang matahari, mengharapkan sesuatu yang baik akan terjadi kepada dirinya. Kalau bukan hari ini, mungkin di kemudian hari.







Do vote ⭐

Thank you!

2269 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro