Bab 2🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tok

Tok

Tok

Pintu kayu biliknya diketuk dari luar. Bunyi ketukan itu menggangu tidurnya yang lena. Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Cahaya matahari menjengah wajahnya dari tingkap bilik.

"Fuad, hari ini kamu cuti kerja kan?" Tanya Nek Embun.

"Hmm..." Jawab pemuda itu malas.

"Tolong sekejap nenek ni. Hantarkan bakul nasi lemak ni dekat gerai Senah."

Huzaiman menggosok matanya. Mana pula tok wannya pergi? Kalau tok wannya tiada, mesti dia yang kena menghantar nasi lemak neneknya.

"Sekejap, nek. Fuad nak tukar baju."

Baju t-shirt disarungnya. Kelihatan baju itu sudah lama, seakan-akan bukan pada zaman kini. Sudah tentu baju tok wannya ketika masih muda.

Memang sudah menjadi kebiasaan baginya setiap kali hendak tidur dia akan menanggalkan bajunya. Baru terasa bebas dari sebarang kepenatan. Bukan selalu dapat tidur dalam keadaan begini.

Selesai menyarungkan baju, segera dia melangkah keluar dari biliknya untuk mendapatkan neneknya.

"Nek, tok wan mana?"

"Dia keluar pergi solat subuh dekat surau, sampai sekarang tak tahu jalan balik. Lepak kedai kopilah tu." Nek Embun menghulurkan bakul nasi lemak kepada cucunya.

"Selalu ke?"

"Dah kamu balik, dia nak kamu pula ganti kerja dia."

Huzaiman tidak terkata apa. Tok wannya itu memang suka menyakatnya dalam diam. Bakul nasi lemak yang sudah bertukar tangan dipegangnya.

"Fuad pergi dulu, nek."

"Ha. Pergi cepat. Kalau Senah tu buat hal, kamu cakap nanti nenek datang cili mulut tu."

Huzaiman mengerti kata-kata neneknya. Mak Senah memang ada kalanya suka mengungkit kisah masa silam dirinya. Telinganya sudah lali untuk mendengar, jadi dia tidak langsung mengambil kisah tentang hal remeh itu.

Bibirnya mengoyak senyuman kecil kepada neneknya. Tahu sangat neneknya itu tentang perangai orang dan selok-belok kampung ini. Jadi, Nek Embun sentiasa risau akan cucu sulungnya itu.

Motorsikal milik tok wannya ditunggang laju. Memang jadi kebiasaan dirinya dengan selok-belok jalan di sini. Kalau pagi, memang ramai yang akan keluar pergi bekerja. Sesekali ada orang yang lalu-lalang di situ memandangnya. Terkocoh-kocoh mereka berjalan menjauhi dirinya. Iyalah... Siapa tak berjaga-jaga apabila orang yang keluar dari penjara itu hidup sekali dalam kawasan perkampungan kita sendiri.

Motosikal tua itu dipakir di sebelah gerai Mak Senah. Bakul nasi lemak neneknya dibawa sehingga berjumpa gerangan tuan kedai.

"Assalamualaikum. Ni nasi lemak nenek." Dia cuba berbasa-basi.

"Waalaikumussalam."

Tangannya lantas menyambut huluran itu. Mata tuanya menjeling ke arah lelaki muda di hadapannya. Inilah cucu kesayangan Nek Bunga, orang yang buat hal masuk lokap kerana hampir membunuh rakan sekolahnya dulu. Nak menolak pemberian nasi lemak itu memang tak boleh. Kalau bukan nasi lemak Nek Bunga yang sedap itu, tiada orang yang mengunjungi gerainya. Lagi-lagi Nek Bunga memang orang yang dihormati dan disegani di kampung ini. Memang buat hallah kalau dia mencari pasal.

Duit yang sudah dikira oleh wanita itu diserahkan kepada Huzaiman.

"Terima kasih."

"Kau kerja apa? Tak nampak pun kau lalu selama ni. Ke kau duduk rumah tok nenek kau ja..."

Huzaiman menarik nafas dalam. Dah mula Mak Senah ni. Memang suka cari masalah orang.

"Ada ja kerja. Cuma bukan jalan ini yang saya guna."

"Habis? Dekat mana?"

"Jalan menuju kilang biskut." Mahu sahaja dia tidak menjawab pertanyaan itu, tetapi tidak mahulah dia untuk berkurang ajar dengan orang yang lebih tua daripadanya.

"Kau kerja dekat kampung sebelah?"

Kali ini dia tidak menjawab. Kalau boleh, dia tidak mahu orang kampung ini mengetahui pekerjaannya. Adalah nanti yang tidak puas hati dengan hidupnya.

"Saya balik dulu, Mak Senah."

Laju sahaja kakinya mengorak langkah untuk pulang ke rumah.

"Hish. Aku tanya, boleh pula dia pergi macam tu saja! Kurang ajar." Dia mengelap meja dengan penuh geram.

Belum sempat dia mahu memulas pedal motorsikal, seorang gadis mendekatinya.

"Eh, Man. Lama tak jumpa."

Tasnim. Boleh dikatakan rakan yang boleh diharap. Satu-satunya rakan yang mempercayainya.

"Kau buat apa keluar pagi-pagi ni, Tasnim?"

"Aku nak pergi kerja. Kau pula?"

"Oh. Baru ja ni hantar nasi lemak dekat Mak Senah. Kau kerja apa pula kali ni?"

Huzaiman tahu gadis itu selalu saja bertukar-tukar kerja. Alasannya sama saja, bosan buat perkara yang sama setiap hari. Nasiblah semua orang kampung baik-baik sahaja dengan gadis itu dan memberikannya peluang kerja. Kalau dia nak buat benda yang sama, belum tentu dapat kerja baru.

"Kau tahu butik yang baru buka dekat bandar?"

"Oh... Dah ada yang baru eh?" Tidak ambil tahu pula tentang bandar sana.

Tasnim mengangguk.

"Aku kerja situlah. Mak saudara aku yang buka. Aku rasa kali ni aku nak stay je kerja tu sebelum aku dapat tawaran mana-mana kerja besar."

"Kau apply kerja apa yang besar tu?"

"Sain Holding." Jawab Tasnim bersahaja.

Huzaiman terdiam. Segaris senyuman diberikan kepada rakannya.

"Aku balik dulu, Tasnim. All the best." Katanya perlahan seraya menekan butang starter pada motor baru tok wannya.

"Okeylah, Man. Ada masa nanti, kita lepak."

Lelaki itu tidak menjawab apa-apa. Terus sahaja motorsikal itu bergerak laju meninggalkan Tasnim terkebil-kebil dengan penuh tanda tanya. Kenapa rakan lelakinya seperti malas mahu bercakap banyak dengannya? Mungkin ada kerja kot...

Huzaiman menunggang motosikal laju sehingga memasuki kampung sebelah. Kedai Pak Salim menjadi hala tujunya. Lekas sahaja dia membeli aiskrim yang diminta oleh Kayra semalam. Aiskrim unicorn.

Bukan boleh dia melupakan janji dengan Kayra, boleh merajuk lama budak tu. Setelah aiskrim itu selamat berada di raga motor, terus dia memecut ke rumah Pak Kasim.

Kelihatan Kayra sedang bermain dengan anak patung barbie di perkarangan rumah itu.

"Eh Abang Man!" Kayra bersorak gembira.

"Kayra buat apa?"

"Tunggu Abang Man datanglah."

"Iyalah tu."

Aiskrim yang dibaluti dengan kertas biru ungu itu dihulurkan kepada gadis berusia 5 tahun itu. Mata yang kecil itu dibesarkan.

"Wah! Aiskrim!"

"Aip! Aiskrim tak boleh makan waktu pagi. Simpan dulu dalam peti sejuk. Petang nanti baru boleh makan." Pesan Huzaiman.

"Alah..." Bibirnya dimuncungkan.

"Ingat comellah tu?" Sakat Huzaiman.

Kayra menayangkan wajah yang comelnya. Senyumannya hingga terserlah gigi arnab yang sangat comel.

"Sekejap eh, Abang Man. Kayra nak bagi coklat telur."

Belum sempat apa-apa, budak kecil itu lari masuk ke dalam rumahnya. Huzaiman menggeleng kepala. Suka sangat Kayra memberinya coklat itu.

"Nah, Abang Man."

"Ayah mana?" Huzaiman mengambil coklat yang diberikan.

"Dia kata dia pergi kerja."

Lelaki itu tersenyum nipis. Itulah jawapan tipikal bapa-bapa. Kalau keluar sahaja, mesti kata mahu pergi kerja.

"Abang Man nak balik dulu, Kayra."

"Eh. Siapa nak teman Kayra main barbie doll ni?"

"Abang Man nak tidur. Penat ni. Dah berapa lama tak tidur." Badan tegapnya diregangkan.

"Eleh... Ayah pun cakap macam tu bila Kayra ajak main. Entah-entah tak ada siapa nak main dengan Kayra. Kasihan barbie..." Tangan kecilnya mengusap lembut rambut blonde anak patung barbie.

"Lain kalilah, Kayra. Lepas ni, Abang Man bawa Kayra jalan-jalan kampung abang pula."

Kayra menjeling. 'Lain kali' yang diucapkan lelaki di hadapannya itu entah bila boleh dapat.

"Iyalah... Lain kali tu juga Abang Man kena beli teddy bear, tahu."

Huzaiman tersenyum melihat celoteh budak perempuan itu. Tangannya menyeluk poket seluarnya. Telefon Realme 2 dicapai. Aplikasi kalendar dibuka. Nampaknya, 2 hari lagi dia perlu bergerak ke Kelantan untuk menghantar barang.

Tidak pastilah sama ada ini boleh dikatakan jodoh atau kebetulan. Sekarang adalah waktu rehatnya dan sudah pasti dia akan pergi menjamu selera. Macam tidak percaya sahaja dia boleh terserempak dengan lelaki yang...

Merisiknya di rumah emaknya!

Lelaki di hadapannya kini sedang berselera menyuap makanan masakan kampung ke dalam mulutnya. Dafinah masih tidak percaya. Baru sahaja mahu melangkah kaki ke kedai Mak Tam, seseorang memanggilnya dari belakang. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati gerangan suara itu ialah lelaki yang bernama Nashif Khairul.

Kalau jodoh, mesti selalu terserempak kan? Betul kah aku ni? Kenapa aku selalu berangan seakan-akan kisah aku sama seperti di dalam novel yang lain? Terjumpa lelaki kaya dan kacak... Dan...

"Awak tak makan?"

Tersedak dibuatnya apabila dia menyedari dirinya sedang menyedut air oren sambil berkata sendirian.

"Eh. Bila nasi goreng saya dah sampai?"

Baru dia tersedar bahawa nasi goreng kampung yang dipesannya sudah berada di atas meja. Teruk sangat berangan ni sampai tak sedar ketibaan pekerja yang menghantar makanan.

"Baru je. Sedap sangatlah kot air oren awak tu sampai tak termakan yang lain."

"Arr... Hehe." Jarinya menggaru kepala yang tidak gatal.

Malunya... Harap Nashif tak anggap dia sebagai orang yang kuat berangan. Bibirnya diketap kuat seraya menguis-nguis nasi goreng itu.

"Nampaknya... Awak macam dah tahu ja apa yang berlaku sekarang ni."

Dafinah mengunyah nasi perlahan. Seriuskah mamat ni nak cakap sekarang tentang hal ni? Aduh... Berborak pun tidak pernah sebelum ini. Hatinya merungut.

Melihat kebisuan Dafinah itu, dia segera menukar topik. Mungkin ini bukan waktu yang tepat untuk bercakap soal hal perkahwinan.

"Dafinah, saya dengar awak bekerja di..."

"Betulkah..."

Mata mereka bertembung buat seketika.

"Betulkah... awak datang rumah mak saya..."

Hish. Kenapa berat sangat mulutnya untuk menghabiskan ayat itu?

'Okey. First, aku tak pasti Nashif yang mak aku sampaikan itu yang ini atau orang lain. Tapi, mak aku bagitahu yang dia classmate aku waktu kolej. Second, kalau bukan dia... Mana aku nak letak muka aku ni...' Hatinya merengek. Tidak suka dengan benda mengejut yang berlaku pada dirinya.

"Merisik awak?" Nashif meneka.

Dafinah terpaku seketika. Ah... Itu yang apa dia nak tanya tadi. Jadi, memang inilah Nashif yang datang merisiknya? Oh my god. Ini kalau dihebohkan, ramai yang berdengki ni.

"Kenapa awak buat macam tu?" Soalnya ingin tahu asbab si bakal suami.

Garfu dan sudu yang terselit di jari-jemari lelaki itu diletakkan perlahan di dalam pinggan. Dia berdehem.

"Saya... Selama kita sekelas sekali, saya hanya pandang awak sahaja."

"Tapi kita langsung tak pernah bercakap apa-apa. Lagipun awak tahu kan dekat kolej tu ramai lagi perempuan yang baik dan elok dari saya?" Dafinah membalas. Ada juga berbaur dramatiknya. Ini pasti sudah terpengaruh dengan lakonan drama melayu.

"Saya..."

"Saya malu. Saya takut nak luahkan perasaan saya masa itu. Perempuan yang cuba nak dekat dengan saya selama ni tak sama dengan awak." Jawab Nashif jujur dari hatinya.

Dafinah terkesima. Wah, tak pernah ada sesiapa yang confess pada dirinya selama ini. Jadi, dia tidak tahu mahu memberikan reaksi apa ketika ini.

"Tapi, kita kan still muda. Kenapa nak kahwin terus? Kenapa tak nak kenal each other dulu?"

Eh? Dah kenapa dengar macam drama melayu yang ditontonnya semalam?

"Saya takut untuk bercinta dengan orang lain dan end up dengan orang yang lain."

Ada betul juga jawapan lelaki itu. Dafinah mengangguk faham. Sekali lagi retina matanya merenung wajah lelaki itu. Tidak dinafikan lagi... Kalau macam inilah jalan ceritanya, dia pasti... Dia akan menulis sebuah novel yang romantis di mana mereka langsung tidak bertegur sapa satu ketika dahulu tetapi, ada satu perasaan yang berbunga-bunga dalam diri mereka.

Lelaki Popular itu Suami Aku.

Dafinah tergelak kecil. Otaknya ini... Kalau berangan memang ke Laut Atlantik.

"Baiklah. Saya setuju. Tapi awak kena bagi masa untuk keluarga saya berbincang dan saya harap awak pun buat benda yang sama."

Nashif mengangguk.

"Keluarga saya terima apa yang saya rasa terbaik bagi diri saya." Intonasi kata-katanya sedikit mengendur.

Sejujurnya, memang dia pernah menaruh hati pada Dafinah. Cuma, dia langsung tiada keberanian untuk meluahkan apa yang terbuku itu. Nafasnya ditarik dalam. Dia pasti bahawa apa yang telah dilakukannya sekarang adalah perkara yang betul. Ibunya mahu memperkenalkan dirinya dengan entah mana-mana perempuanlah yang langsung tidak membuatkan hatinya berkenan. Jadi, tidak salah bukan untuk mencintai orang yang kita suka?

"Cumanya, Nashif..."

Dafinah tidak pasti mengapa bibirnya terpacul ayat itu. Hatinya gusar. Bukankah ini yang dia mahu? Jalan hidup yang cantik seperti cerita-cerita heroin yang lain?

Kening Nashif terjongket. Melihat keresahan Dafinah membuatkan dirinya juga tidak berasa senang duduk.

"Kalau awak ada masalah, awak boleh cerita dekat saya. Saya tahu mesti awak terkejut sebab benda ni tiba-tiba saja." Lelaki berkot kelabu itu cuba menenangkan gadis idamannya.

"Boleh awak bagi saya masa sikit?" Bibirnya dikemam rapat.

"Eh. Saya tak kisah bila pun kita nak mulakan hubungan ni. Saya akan sentiasa tunggu awak."

Gadis di hadapannya hanya mengoyakkan senyuman nipis. Tak. Sepatutnya dia kena gembira. Kenapa berat sangat hatinya tatkala ini? Kenapa susah sangat bibirnya untuk melebar hingga ke telinga? Ada apa-apa yang akan berlakukah pada dirinya nanti?

Apa yang tak bagusnya lelaki yang bernama Nashif Khairul ini? Diakan lelaki famous di kolejnya dulu. Berduit? Handsome? Top student? Lengkap semua pakej tu. Kiranya... Memang dialah yang layak menjadi hero dalam setiap cerita semua orang.

"So, are you free tomorrow?"

Tidak terkira sudah masuk kali ke berapa dia tersentak. Kuat berangan betul.

"Untuk apa ya?"

"Untuk kita keluar lagi. Mungkin dinner,"

"Oh... Ehem. Rasanya saya ada masa..."

Notifikasi telefonnya berdeting menandakan ada mesej masuk. Nama Ros, rakan sekerjanya terpapar.

Finah, bila kita nak discuss pasal projek dekat Kelantan?

Kepalanya diangkat memandang Nashif.

"Sorry, Nashif. Saya ada hal besok. InshaAllah kalau tak ada apa-apa nanti, kita keluar lagi."

Nashif mengangguk faham. Dia tidak mahulah mengganggu masa gadis itu. Bila-bila masa sahaja yang terluang untuk mereka, dia akan meluangkan masanya dengan Dafinah lagi.











Do your vote

Thank you!

2111 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro