Bab 5🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tangannya dilambai-lambaikan pada kereta Perodua Bezza yang sudah bergerak pergi meninggalkannya. Satu keluhan kecil dilepaskan setelah kereta syarikat itu sudah hilang dari pandangannya. Rasa penat tidak dapat lagi diselindung.

Perutnya sudah berkeroncong menahan lapar. Dia hanya sempat makan beberapa suap nasi sahaja pada waktu tengahari tadi. Dia langsung tiada selera ketika itu. Kenapa moody sangat? Otaknya menyoal si tuan badan.

Mahu kata datang bulan, dia baru sahaja habis haidnya sebelum dia tiba di negeri ini dan sudah tentu sekarang waktu suburnya.

"Ah... Aku tak kisah. Sekarang ni, aku kena cari makan."

Batang tubuhnya bergerak sendiri ke arah kedai makan yang kelihatan agak ramai orang kunjungi itu. Terpampang nama kedai yang serba meriah itu.

Pak Abu Nasi Kerabu.

Apa lagi. Nampak ramai orang berselera menjamu juadah mereka, dia segera memasuki kedai makan itu. Lampu kelip-kelip yang berwarna-warni menghiasi dinding dan pagar kawasan itu.

Single table dipilih untuk menjadi tempatnya menjamu selera. Seorang pekerja perempuan mendekati mejanya. Tag nama Alya dipandang sekilas.

"Akak nak makan apa?" Kecil sahaja suara gadis itu. Pasti berumur belasan tahun.

"Nasi kerabu satu dengan ikan goreng satu. "

"Air?"

"Orange juice." Pesannya dengan senyuman ramah.

"Tolong cepat sikit ya, dik. Lapar..." Perutnya dipegang.

Pekerja itu tersenyum serayu menggaguk kepalanya. Dia akan cuba yang terbaik. Ini pelanggan keduanya yang telah dia ditugaskan untuk mengambil pesanan.

"Abang Pian, meja nombor 13 order nasi kerabu dengan orange juice."

Alya mencubit bahu seorang lelaki yang sedang leka dengan telefon pintarnya.

"Oh, sekejap ya."

Retina matanya membawa pemergian lelaki itu yang sedang bertungkus-lumus menyediakan makanan tersebut. Sufian sudah lima tahun bekerja di sini. Jadi, pergerakan kerjanya agak pantas dan ia amat dikagumi oleh pekerja-pekerja lain.

Sejenak kemudian, dia dapat menangkap tubuh seseorang yang sedang menyediakan jus oren. Dia tidaklah mengenali semua pekerja di sini kerana malam ini ialah hari pertama dia bertugas. Mungkin lelaki itu bertugas membuat air.

"Air oren dah siap."

Gelas yang berisi air oren yang segar itu sudah selamat mendarat di dalam dulang. Wajah lelaki itu tidak kelihatan kerana terselindung dengan topi yang terlalu menutupi matanya. Hanya bahagian mulut sahaja dapat dilihat. Lelaki itu berkumis nipis.

"Oh okey. Terima kasih." Alya cuba untuk beramah mesra tetapi lelaki itu segera berlalu pergi.

Sufian mula menghampiri Alya. Pinggan yang sudah lengkap dengan dengan hidangan nasi kerabu diletakkan di dalam dulang.

"Eh, dah siap air oren?"

Alya mengangguk kepalanya.

"Tadi ada orang terdengar kot apa yang Alya cakap dekat Abang Pian. Itu dia buat terus." Terangnya.

"Oh... Badrul kot." Sufian meneka. 

Pemergian Alya bersama dulang makanan yang telah dipesan dipandangnya sejenak. Seingatnya Badrul baru sahaja berkata kepadanya bahawa dia ingin ke tandas sekejap. Cepatnya. Lagi satu, selalu si Badrul ini suka sangat terlupa hendak meletakkan straw ke dalam gelas. Dialah yang akan tolong mengingatkan rakan sekerjanya.

Bahunya dijongket. Tiada yang pelik baginya. Dia menyambung semula kerjanya.

Berhati-hati pekerja yang bernama Alya itu meletakkan pinggan dan gelas kaca di atas meja kayu bernombor 13 itu.

"Terima kasih."

Dafinah sudah terliur melihat nasi yang berwarna biru dan dihidangkan bersama sayur taugeh dan kubis mentah. Ada juga telur masin, solok lada, keropok, budu dan sambal cili di keliling nasi itu. Bukan selalu dapat makan sebegini. Hatinya bersorak riang.

Setelah membaca doa makan, terus sahaja dia menjamah makanan itu. Sedap! Tidak salah kakinya bergerak datang ke sini. Sesekali dia menyedut air oren segar itu.

Langsung tidak dipedulinya tentang orang-orang di sekelilingnya kerana dia tahu mereka juga sudah leka dengan keenakan masakan di sini. Apa lagi. Dia melahap makanannya seperti dia seorang sahaja yang berada di situ.

Bunyi sendawa kedengaran setelah pinggannya sudah meninggalkan sisa-sisa tulang ikan. Kenyang sangat ini. Mampukah dia bergerak?

Cepat-cepat dia membayar harga makanan yang dipesannya tadi.

"Terima kasih, kak. Sila datang lagi."

Itu kata-kata terakhir sebelum kakinya melangkah keluar dari kedai makan itu. Destinasinya pada saat itu ialah hotel 2 bintang. Dia perlukan tidur yang secukupnya untuk bekerja di kemudian hari.

Pandangannya agak kabur ketika itu tetapi dia harus segera tiba ke tempat tidurnya. Entah kenapa badannya menggigil kepanasan. Kepalanya sudah berpusing tidak betul.

Seseorang melanggar lengan kirinya.

"Argh!" Tangan kanannya pantas memegang lengan kirinya. Pedih! Sakit akibat ditoreh dengan benda tajam sebelum ini.

"Ikut aku." Suara lelaki yang tidak pasti datang dari arah mana menyapa kokleanya. Ke mana lelaki itu hendak membawanya?

Fikirannya tidak waras. Lelaki tadi memegang lengan kanannya sambil menarik tubuhnya mengekori langkah lelaki yang tidak dikenalinya itu. Wajahnya tidak kelihatan kerana keadaan jalan itu agak gelap yang hanya diterangi dengan cahaya lampu yang malap.

"Jangan tarik aku! Kau siapa?" Dia cuba melawan. Takut-takut dia bakal diapa-apakan.

"Aku kata ikut aku. Jangan degil."

Baru Dafinah menyedari bahawa lelaki yang menariknya itu memakai cermin mata hitam dan topi yang dapat menutupi separuh wajahnya.

Kepalanya laju menggeleng. Dia sedaya upaya menarik semula tangannya. Dia tahu dia dalam keadaan bahaya dan dia tahu niat jahat lelaki itu.

"Kau jangan buat masalah sekarang ni, perempuan! Aku tak ada masa nak layan drama kau." Keras suara lelaki itu mengugutnya.

Tubuh Dafinah yang kecil itu diangkatnya. Terperanjat gadis itu. Dia menggigil kepanasan tetapi pada masa yang sama juga dia berada dalam fasa ketakutan yang teramat. Dia tidak pernah diperlakukan begini.

"Tak nak!" Perempuan itu meronta di dalam pelukan lelaki itu.

Lemah.

Itu sahaja perkataan yang terlintas di fikiran lelaki itu. Laluan sempit yang gelap menjadi hala tuju lelaki itu. Dia perlu menyegerakan tugasnya ini supaya mendapat habuan yang lumayan.

"Aku tak nak! Lepaslah!"

"Kau diam!"

Lengan kiri perempuan itu ditekan kuat.

"Argh!"

Dafinah sudah bergenang air mata. Sakit! Panas! Takut! Semuanya sudah berbaur menjadi dirinya di saat ini.

"Tolonglah... Aku tak nak semua ni. Aku tak nak..." Dia sudah teresak-esak menangis meminta untuk dirinya dilepaskan walhal badannya sudah terasa bahang.

Kewarasan yang tersisa itu digunakan untuk mempertahankan benteng pertahanannya walaupun dia tahu betapa nipisnya keberaniannya di saat itu.

"A... Aku bagi kau duit. Aku akan bagi berapa pun kau nak."

Mukanya ditekup. Jujur duitnya itu harus digunakan untuk membayar tambang bas.

"Duit kau tu tak cukuplah, perempuan."

Dafinah menangis. Mukanya sudah dibasahi air mata.

"Aku akan buat apa yang kau nak. Tapi bukan ni..." Dia cuba merayu lagi.

"Jangan buang masa akulah. Buka baju kau cepat!"

Buk!

Satu tumbukan hinggap wajah lelaki itu. Tidak terkata betapa sakitnya kesakitan yang dirasainya pada saat ini. Tumbukan itu membuatkan gusi dan giginya terasa berdesing kuat.

Ibu jarinya mengelap titisan yang dirasai sudah keluar di hujung bibirnya. Darah. Tak guna! Kepalanya menoleh ke kiri melihat orang itu.

"Kau!"

Siapa pula orang yang cuba mengganggu misinya?

Tubuh seorang lelaki berbadan tegap kini berada di hadapannya. Sekilas bebola matanya mencari perempuan tadi. Perempuan itu sudah duduk memeluk kaki menjauhinya.

"Kau nak apa ha?" Soalan itu diajukan kepada lelaki yang entah datang dari celah mana itu.

"Apa kau nak buat dengan perempuan ni?"

Soalan dibalas dengan persoalan.

"Dia..."

"Dia girlfriend aku! Biarlah apa aku nak buat dengan dia. Kau yang tiba-tiba masuk hal hubungan orang kenapa?"

Dafinah mengangkat muka.

"Saya tak kenal dia..."

Jujur dia tidak boleh mengawal dirinya sekarang ini. Tangannya menggenggam erat bajunya menahan bahang tubuhnya. Dia masih tidak faham dengan dirinya di kala ini.

Lelaki berbadan sasa itu menghampiri lelaki bertopi hitam. Senyuman sinis diberikan.

"Dia kata dia tak kenal kau."

Kepalanya sedikit menunduk memandang wajah lelaki yang mengenakan cermin hitam itu disebabkan tubuhnya yang lebih tinggi. Matanya merenung dalam mata lelaki yang berada di sebalik cermin gelap itu.

Kelihatan peluh sudah keluar dari lapisan epidermis lelaki bertopi hitam itu. Sial! Apa patut dilakukannya sekarang? Dapatkah dia menumbangkan lelaki yang agak berotot itu? Kepalanya memikirkan cara penyelesaian.

"Hei... Rilekslah, weh. Benda boleh share, kan? Kalau kau nak mula dulu pun boleh."

Dafinah tersentak. Kepalanya menggeleng laju.

"Aku tak tamak..."

Buk!

Tumbukan kedua diberikan dari bawah dagu. Cermin mata gelap itu sudah terjatuh ke lantai.

"Argh!"

Terasa tulang mukanya sudah tidak dalam keadaan normal. Itu tangankah atau batu bata? Matanya memandang kilas tangan lelaki yang masih dikepal.

Parah! Jelas sekali urat yang sedang timbul di tangan itu seperti hendak terkeluar dari kulit tebal itu. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket. Ini sahaja benda yang akan menyelamatkan nyawanya. Tidak pernah disangkakan dia akan menggunakan benda tajam ini.

Pisau tajam itu dihalakan kepada lelaki yang tidak dikenalinya itu. Kerjanya pasti sudah selesai sekarang jika tiada orang yang mengganggu! Jiwanya memberontak. Kalau dia tidak berjaya menyelesaikan misinya, bagaimana dia akan mendapat habuan yang telah digandakan?

"Blah kau dari sini! Sebelum nyawa kau melayang dekat sini." Dia mengugut.

Pelik. Lelaki di hadapannya langsung tidak gerun dengan ugutannya walhal jika dia berada di tempat lelaki itu, sudah pasti dia berlari tidak menghiraukan sesiapa. Pisau lipat yang dipegangnya baru sahaja diasah dan dia tahu, pasti akan mengoyakkan tujuh lapisan kulit manusia kalau terkena sikit.

Apa yang lagi mengejutkannya, lelaki berbaju kelabu itu perlahan-lahan menghampirinya? Eh. Dia tidak takut matikah? Hanya untuk menyelamatkan perempuan itu? Atau mereka mempunyai kaitan apa-apa? Abang dan adikkah?

Tapi dia yakin dia sudah menyelidik latar belakang perempuan itu. Perempuan itu hanya mempunyai lima adik-beradik perempuan. Argh, lelaki berlagak ini ingat dia mampu menjadi penyelamat?

Tangannya sudah mengangkat ke atas dan sasarannya untuk menikam bahu lelaki itu terlebih dahulu.

Belum sempat hujung pisau tajamnya menyentuh bahu lelaki itu, pergelangan tangannya dipegang kuat.

"Erk!"

Langsung tidak disedarinya bahawa lutut lelaki misteri itu akan menyerang perutnya. Terbatuk-batuk dibuatnya hingga terjelopok jatuh menyembam tanah. Tangannya masih erat menggenggam pisau. Belum sempat dia ingin mengangkat tangannya, kasut lelaki tadi memijak kuat tangannya.

"Argh!"

Dapat dia merasai bahawa pisau tajam itu sudah menusuk telapak tangannya. Mata dan hidungnya berair. Sakit! Seumur hidupnya, dia tidak pernah merasai kesakitan ini.

Lelaki berbaju kelabu itu menujah lagi kaki kanannya sebelum dia menunduk menyamai mukanya dengan muka lelaki bertopi itu. Segera topi itu ditanggalkan. Kini, dia dapat melihat rupa si pelaku tersebut yang mengerang kesakitan.

"Tolong. Lepaskan tangan aku..."

Rayuan tidak diendahkan. Rambut kepalanya ditarik supaya dapat dilihat wajahnya. Huh. Identitinya bakal dibongkarkan!

"Kau dengar sini baik-baik..."

"Jangan kau ganggu perempuan ni lagi! Kalau tak, nasib kau lagi teruk dari ni."

Gerun. Dia tidak sanggup lagi menatap renungan tajam lelaki misteri itu.

"Okey! Okey... Aku tak akan kacau dia..." Bibirnya diketap kuat.

"Kau blah dari sini cepat sebelum muka kau pecah dengan aku."

"B... Baik."

Kasut yang tadi kekal di atas tangan itu sudah diangkat. Tergopoh-gapah dia berlari menyelamatkan diri. Darahnya menitik mengikut arah lariannya langsung tidak diendahkan. Apa yang penting, dia harus menyelamatkan mukanya daripada dipecah oleh lelaki bata itu.

Dafinah yang dari tadi menggigil itu segera menggagahkan badannya untuk berdiri untuk mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

"Te... Terima kasih." Dafinah memeluk tubuhnya. Dia mengeluarkan not lima puluh ringgit dari beg tangannya. Segera dia menghulurkan kepada lelaki yang menyelamatkannya.

"Jaga diri kau baik-baik. Kalau lelaki tu ganggu kau lagi, cepat-cepat call polis."

Duit berwarna biru kehijauan itu tidak dipandang langsung. Badannya berpusing untuk pergi dari situ. Apa yang penting, perempuan itu selamat.

Dia tidak sepatutnya berada di tempat kejadian ini, dia ada perkara yang perlu dilaksanakan sebelum pulang ke kampungnya. Tetapi rayuan perempuan yang meminta untuk dilepaskan dari cengkaman lelaki jahat tadi mengganggu koklea telinganya.

Buk.

Kedengaran seakan-akan buah kelapa jatuh ke tanah menyentakkannya. Segera dia menoleh ke belakang. Perempuan itu sudah jatuh terbaring 2 meter jauh darinya. Tudung birunya menutupi wajah perempuan itu dan kelihatan duit yang bernilai 50 itu masih kekal di genggamannya.

Huzaiman menarik nafas dalam. Patutkah dia menolong perempuan itu lagi?

Dia masih berdiri statik. Seminit berlalu, masih tiada pergerakan berlaku pada perempuan itu. Batang tubuhnya cuba mendekati perempuan itu. Tudung itu diselak menggunakan tangan kanannya.

Dafinah?

"Ni macam Dafinah."

Ya, perempuan itu memang Dafinah, Huzaiman. Bahu Dafinah disentuh dengan hujung jarinya.

"Woi, bangun."

Masih tiada respon. Dia memandang segenap lorong sempit itu. Tiada orang. Bagaimana dia hendak meminta tolong? Takkan mahu dibiarkan sahaja perempuan itu terbaring sendiri. Bagaimana kalau lelaki tadi datang semula?

Dia terdiam. Takkan dia pula yang perlu mengangkat perempuan ini?

Walaupun dia berlabelkan bekas banduan, tetapi seumur hidupnya, dia tidak pernah menyentuh perempuan selain nenek dan ibunya. 

Tangannya memegang bahu Dafinah. Menggigil? Apa lelaki tadi sudah lakukan pada perempuan ini? Nafasnya tidak teratur menahan amarah. Masih buntu dengan situasi sekarang.

Belum sempat dia mahu berdiri semula, tubuh Dafinah terus mendakapnya. Wajah perempuan itu disembam pada dadanya. Belakang badannya sudah tersandar pada dinding konkrit. Jantungnya kini mengepam darah laju. Sesekali lehernya menoleh kiri dan kanan bagi memastikan tiada siapa yang melihat keadaan mereka sekarang.

"Da... Dafinah?"

Dapat dirasainya pinggangnya dipeluk kuat.

"Ermm..." Bunyi rengekan kecil menyapa gegendang telinganya.

Weh... Pondan pun ada nafsu pada perempuan. Inikan pula dia.

Kedua-dua sisi muka Dafinah dipegang. Wajah itu direnung. Merah padam wajah itu menahan kegigilan. Peluh pula merecik. Ah... Memang sah! Dafinah sudah terkena sesuatu dari lelaki tadi.

Segera dia mengendong batang tubuh perempuan itu. Dia tahu apa yang perempuan itu patut buat sekarang ini. Langkahnya pantas membawa nyawa ini keluar dari kawasan gelap itu dan menuju ke lorinya.

Perlahan-lahan dia meletakkan Dafinah di tempat duduk sebelah pemandu. Tali pinggang dipakaikan. Tanpa disedarinya, sikunya terlanggar lengan kiri gadis itu.

"Argh!"

Dafinah mengerang kesakitan. Matanya terbuka kecil. Pandangannya kabur. Pening! Badannya terasa panas. Matanya bertembung dengan mata seorang lelaki. Dia terkesima. Nafsunya membuak-buak tatkala itu. Lengan lelaki itu dipegang jari-jemarinya.

"Ha... Hazim?"

Huzaiman tercengang. Dia tahu apa kesan sampingan yang dihadapi Dafinah sekarang ini. Lengannya ditarik daripada rantaian jari-jemari lembut itu. Segera dia menekan pedal minyak lorinya. Kenderaan itu meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Bebola matanya tercari-cari surau yang pernah dijejakkan kakinya tengahari tadi. Lampu isyarat di hadapannya bertukar merah. Brek ditekan. Haih... Ingatkan sempat tadi. Keluhnya.

"Huh?"

Paha kirinya disentuh seseorang. Tidak terkata dirinya apabila dia mendapati tapak tangan perempuan itu sudah mendarat atas pahanya. Ini bukan Dafinah yang dia kenal sebelum ini. Tak guna punya jantan! Macam ini kerja kotor kau buat untuk dapatkan dia? Hatinya sudah menyumpah seranah kepada lelaki yang cuba membuat perkara yang tidak baik kepada perempuan disebelahnya.

"Kau sabar jap, Finah. Depan tu ada surau."

Dafinah menggeleng. Otaknya sudah tidak waras. Dia mahu lelaki di sebelahnya memeluknya seperti tadi.

Huzaiman tidak peduli. Dia menolak badan kecil itu supaya menjauhi dirinya. Dia meneruskan perjalanannya setelah lampu isyarat merah sudah bertukar hijau.

Lori itu akhirnya selamat memasuki kawasan surau. Beberapa jemaah perempuan yang bertelekung dipanggil untuk meminta bantuan.

"Hazim..."

Itu perkataan yang terakhir yang terpacul dari bibir mungil perempuan itu setelah perempuan itu sudah pergi jauh darinya. Berat nafasnya dihela. Masih ada satu kerja yang perlu dilaksanakannya.
















Do vote. ⭐

Thank you!

2398 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro