BAB 17 | TUAN RAZEN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PINTU perpustakaan itu ditolak masuk ke dalam. Tangannya penuh dengan buku-buku yang ingin dijadikan sebagai rujukan. Meja kosong yang terletak berhampiran satu sudut menjadi pilihan.

Begnya diletakkan di atas kerusi lalu laptop dikeluarkan, bersiap sedia untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya pada dua hari yang lalu.

Lizzy yang perasan akan kehadiran Ivy terus tersenyum sinis. Bahu Cassandra dicuit sedikit. Gadis itu terus menoleh. Kening dingkat. Hairan. Bukannya dia tidak memberi amaran supaya gadis itu tidak mengacaunya.

"Why?" tanya Cassandra perlahan. Lizzy terus menjauhkan bibir ke arah Ivy.

"look at her. Don't you want to take a revenge on her?"

Kening Cassandra terus bertaut. Dia menoleh ke sisi, cuba untuk mencari maksud yang ingin disampaikan oleh Lizzy. Nampak sahaja gadis bertudung yang membelakanginya itu, dia terus tersenyum senget.

"Wow! Your eyes are so sharp! Wait here. I'll do it by myself," ujar Cassandra lalu bangun dari duduk. Lizzy sekadar mengangkat bahu.

"Okay! Its up to you. I'll watch from here. Good luck."

Cassandra terus melangkah ke arah Ivy. Kerusi bersebelahan dengan gadis itu ditarik lalu dia melabuhkan duduk. Kaki disilangkan lalu senyuman manis terukir di bibir. Namun Ivy sedikitpun tidak menoleh. Matanya tetap setia melihat skrin laptop. Tugasannya lebih penting daripada makhluk ganjil yang berada di sebelahnya.

"Wow! Sombong betul you ni," ujar Cassandra yang masih cuba untuk menarik perhatian Ivy.

Ivy terus memakai fon telinga. Dia malas mahu mendengar suara sumbang Cassandra. Gadis yang berpakaian seksi itu terus mencebik. Fon telinganya dirampas.

"You dah berani lawan I sekarang? Kenapa? Sebab kawan tomboy you tu sentiasa ada dengan you? Oh, tak dilupakan juga lelaki yang kacak tu."

Sekali lagi dia hanya membisukan diri, menambahkan lagi rasa geram dalam hati Cassandra.

"Apa nama lelaki tu? Tak nak perkenalkan dekat I ke? Dia boleh tahan kacak. Sado. Nampak macam ala-ala badboy gitu. I like! Mesti dia bagus di atas katil kan?"

Rahangnya diketap. Marah kerana gadis itu semakin melampau dan selamba saja menggunakan perkataan tidak senonoh. Kemanakah perginya akhlak dan sifat malu dalam diri gadis itu?

Fikirannya terus teringatkan perjuangan yang telah Rasulullah lakukan demi mengangkat martabat wanita. Bukannya mudah untuk baginda melaluinya seorang diri. Dihina, diseksa, dibaling batu dan najis malah pernah dihalau oleh penduduk Kota Taif ketika ingin menyebarkan risalah Allah.

Kepulangan baginda ke rumah sentiasa dipenuhi darah dan kotoran. Saidatina Khadijah yang sentiasa merawat Rasulullah turut menangis melihat keadaan suaminya. Jika dahulu Saidatina Khadijah seorang yang kaya, kini dia seorang yang sangat miskin akibat tindakan penduduk Mekah yang memboikot perniagaannya.

Berminggu-minggu lamanya mereka tidak dapat menjamah apa-apa makanan. Walau hanya ada secebis roti, mereka tetap bersyukur dengan rezeki yang telah Allah kurniakan. Cebisan roti itu dibahagikan sedikit demi sedikit kepada isteri dan anak-anak baginda. Begitu hebatnya sifat Rasulullah S.A.W., manusia yang paling mulia sepanjang zaman.

"I tengok you ni cantik. Apa kata you ikut jejak langkah I. Tinggalkan semua baju-baju besar ni dan jual saja tubuh you. Halah, kalau you tak nak jual tubuh you, you jadilah sugar baby or daddy. Trend remaja zaman sekarang kut."

Pipinya disentuh lembut bersama senyuman. Dia terus menepis dengan kasar. Cassandra dipandang tajam.

"Walaupun aku dihina, dipulau atau diseksa sekalipun... Aku tetap akan pertahankan aurat aku." Cassandra berpeluk tubuh, keningnya diangkat.

"Really? Apa yang akan you dapat bila buat semua benda tu? You tak kan dapat apa-apa pun. Sebab apa I kata macam tu? Sebab I dulu pun macam you. Bertudung." Cassandra mberitahu selamba seolah-olah tiada secebis pun perasaan berdosa dalam hatinya.

"Jadi, kau bangga ke buat semua ni? Tak kan tak terdetik sedikit pun perasaan menyesal dalam hati kau?"

"Yup. I langsung tak rasa menyesal. Seronok ada la. Dalam usia yang muda, I dah dapat banyak duit." Ivy menganggukkan kepala. Dia terus mengemas barang-barangnya.

"Okey. Kau tanya tadi apa yang aku akan dapat bila menutup aurat kan?"

"Ya."

"Aku mungkin bukan wanita yang cukup baik dan solehah. Tapi sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk mendapatkan reda Allah dan Syurga. Kalau kau nak semua tu, berubahlah sebelum terlambat. Kematian tidak mengira usia, Cassandra," nasihat Ivy sebelum berlalu pergi, meninggalkan Cassandra termangu-mangu seorang diri.










•¤•









PEMANDANGAN di luar tingkap dipandang bersama senyuman yang membawa 1001 makna dan erti. Cincin yang berada di jari dimainkan perlahan lalu jari-jemarinya dicantumkan antara satu sama lain. Dia terus memusingkan kerusi, menghadap pembantunya yang masih setia berdiri.

"Jadi... Dia cuba nak kacau rancangan kita lagi?" tanya lelaki itu bersama kening yang diangkat. Senyumannya kelihatan menggerunkan.

"Tapi bukan Encik Afnan, tuan. Tetapi anaknya..." kata pembantunya. Air liur ditelan payah.

"Apa nama dia?"

"Danial Faiz."

"Umur?" tanyanya lagi.

"18 tahun Tuan Razen." Pembantunya menjawab lagi.

Jari-jemari Tuan Razen bermain dengan hujung mata pen. Lama matanya menatap sekeping gambar yang memaparkan wajah seorang remaja lelaki. Senyuman sinis terukir di hujung bibirnya. Psiko! Gila!

Pembantu lelaki itu hanya mampu melihat. Air liur yang terasa kelat sekali lagi ditelan payah. Tidak pernah lagi dia bertemu dengan manusia yang kejam dan gila seperti Tuan Razen.

Kehidupannya bersama lelaki itu umpama duduk di dalam sangkar harimau. Sangat bahaya. Entah apa yang ada dalam fikiran lelaki itu dia sendiri pun tidak dapat mengagak dengan jelas.

"Budak seumur dengannya masih mentah. Lemah. Boleh ke dia kalahkan kita? Afnan... Afnan. Kenapa kau selalu cuba nak rosakkan rancangan aku? Sekarang, giliran anak kau pula? Apa je yang anak kau boleh buat?" Tuan Razen memperlekehkan Danial. Baginya, remaja lelaki itu masih baru dalam bidang ini. Masih mentah!

"Kita tak boleh pandang sebelah mata, tuan. Dia mungkin sangat jaguh walaupun umurnya masih 18 tahun. Kita masih tak tahu kebolehannya setakat mana."

Pergerakan tangan Tuan Razen terus terhenti. Senyumannya turut mati. Matanya terus menikam tajam figura pembantunya itu, umpama busur yang tepat mengena pada sasaran. Lelaki itu menundukkan kepala, takut dan gelisah.

"Kau sekarang berada di pihak sebelah mana? Kau nak cakap yang aku tak hebat ke? Boleh kalah dengan budak mentah macam ni?" tanya Tuan Razen secara berterus-terang.

"Ta... Tak tuan. Sa... Saya minta maaf. Saya tak nafikan kebolehan tuan jauh lebih hebat. Budak tu pasti akan kalah." Terketar-ketar dia menjawab.

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..." ujar Tuan Razen dengan maksudnya yang tersendiri. Pistol yang berada di sisi pinggang dicapai lalu picu terus ditarik.

Bang!

Tuan Razen melepaskan tembakan, tepat pada bahagian dada sebelah kiri. Pembantu lelaki itu terus rebah ke lantai. Darah merah mula mengalir membasahi bilik kediaman Tuan Razen. Terbit senyuman sinis di bibir lelaki yang sudah hampir mencapai usia 47 tahun itu.

"Lian! Kerol!" panggil Tuan Razen dengan nada yang lantang.

Lian dan Khairul yang sedang berjaga di hadapan pintu bilik itu terus masuk. Sekujur mayat yang terlantar di hadapan mereka dipandang biasa. Itulah padah dan akibat jika tidak menjaga tutur kata dengan lelaki tua itu. Bukannya mereka tidak tahu sifat Tuan Razen yang satu itu. Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

"Macam biasa. Kau orang campak je dalam hutan. Lama-lama mayat ni akan dimakan binatang buas juga. Seronok bukan?" kata Tuan Razen penuh sinis. Lian dan Khairul pantas menganggukkan kepala.

"Baik tuan!" Mereka berdua terus mengangkat mayat itu keluar daripada bilik. Perintah Tuan Razen perlu dilaksanakan. Mereka tiada pilihan!

"Danial Faiz ya... Apa yang aku nak buat dengan kau ni? Kau patut bersyukur sebab aku masih biarkan kau hidup. Kau memang tak reti bersyukur..." Tuan Razen berbisik perlahan.

Jari jemarinya bermain dengan sebilah pisau lalu dia terus menikam gambar Danial yang berada di atas meja. Bekas darah merah pekat mayat pembantunya tadi dipandang lama.

"Patut ke aku bunuh kau macam tu juga? Ataupun... Kita mulakan pertarungan ni dengan beberapa permainan? Pilihan ada di tangan aku. Berdoalah untuk kehidupan kau yang seterusnya... Sama ada kau akan mati... Atau aku biarkan kau terus hidup."























Okeyy. Watak jahat yang paling utama dah muncul. Psiko teruk enn 😓

Btw insya Allah bila buku ni dah sampai bab 30, saya akan publish buku baru yang bertajuk AKU BUKAN RAPUNZEL.

Nantikan! 😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro