BAB 18 | SEDAR

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PADA waktu-waktu malam sebegini, keadaan hutan seakan-akan sunyi dan sepi. Hanya bunyi cengkerik saja mengiringi kabus dan awan yang berarak pergi. Namun hakikatnya, itulah perangkap yang akan membinasakan diri. Pasti akan ada mata-mata yang memerhati dalam diam, mencari mangsa untuk diterkam.

Sebuah kereta Toyota Hilux kelihatan bergerak laju menyelusuri denai. Semakin lama, semakin jauh kereta itu dipandu pergi. Lian yang sedang memandu itu bersiul perlahan, menikmati angin malam yang menyapa mukanya melalui tingkap. Hatinya senang.

Khairul yang berada di sebelah hanya buat tidak peduli dengan sikap rakannya itu. Senapang yang berada dalam pegangan dipegang erat. Mana tahu ada bahaya yang menyusuli mereka dari tadi lagi. Sekurang-kurangnya mereka sudah membuat persiapan untuk mempertahankan diri.

Lian menoleh memandang bahagian tempat duduk penumpang belakang, melihat sekujur mayat yang dibungkus dengan plastik hitam itu agar kelihatan baik-baik saja. Setelah itu, dia menoleh ke arah Khairul.

"Macam mana dengan perempuan tu?" Tiba-tiba saja Lian bertanya.

Khairul menoleh. Raut wajah hairan dan pelik dipamerkan. Tidak faham dengan soalan yang diujarkan oleh Lian.

"Perempuan mana ni?"

"Halah. Perempuan yang kau gagal bawa balik tu. Apa nama dia? Rita?" Lian bertanya lagi. Matanya tetap fokus ke hadapan.

"Oo yang tu. Haah. Kenapa dengan dia?"

"Macam mana dengan dia? Hidup or mati?" Khairul terus tersenyum sinis.

"Mestilah dah mati. Aku dah baling kayu besar dekat dia. Tepat kena kepala sewaktu dia cuba nak turun dari kawasan curam tu," ujar Khairul penuh keyakinan.

"Kau check ke tak? Betul ke dia dah mati tu?" tanya Lian sekadar ingin memastikan.

"Tak payah check pun aku dah tahu. Jatuh daripada kawasan tinggi kut. Kepala dia comfirm berdarah. Siapa je yang kat hutan tu nak tolong dia? Entah-entah dah kena makan dengan harimau atau serigala."

"Nampaknya kita kena cari mangsa lain la pula."

"Halah! Senang je pun! Serahkan je kat aku." Khairul berkata bangga. Lian terus ketawa besar.

"Kau good looking bolehlah. Sekali kau senyum, beratus-ratus yang datang. Kalau kau tak senyum pun, akan ada orang yang jatuh hati kat kau juga." Lian menambah lagi.

"Hahaha of course! Aku tak buat apa-apa pun selalunya. Percuma je aku dapat. Kalau pelacur, kena bayar."

"Yelah. Siapalah aku ni kan..." ujar Lian perlahan. Raut wajah sedih ditayangkan. Khairul terus menumbuk lengan jejaka itu.

"Hek eleh. Acahlah kau. Kau pun handsome. Macam oppa korea." Lian hanya ketawa, seronok apabila dirinya dipuji.

"Oh ya. Aku nak tahu juga kenapa si pembantu dia yang baru ni kena tembak? Baru seminggu bekerja dengan Tuan Razen, tak kan dah tempah maut kut?" tanya Khairul, hairan.

"Apa yang aku tahu, dia puji anak si Encik Afnan tu. Kemungkinan prestasi Danial lebih baik daripada apa yang Tuan Razen sangkakan," jawab Lian dengan tenang. Matanya masih tetap fokus memandang hadapan.

"Danial? Anak Afnan? Rumah yang kita ceroboh masuk tujuh tahun lepas tu?"

"Ya. Danial anak lelaki dia."

"Aku ingatkan dia ada anak perempuan je. Berapa umur si Danial tu?"

"18 tahun," jawab Lian, pendek.

"Baru 18 tahun rupanya. Kalau nak dibandingkan dengan kita yang dah lama dalam bidang ni, apa je yang dia boleh buat? Memang padanlah si pembantu tak guna ni kena bunuh. Cakap tak ikut logik," ujar Khairul, sinis.

"Ya. Aku pun tak faham. Tapi kita tak boleh ambil mudah."

"Maksud kau?"

"Berdasarkan firasat aku selama ni, selepas dia orang berpindah ke tempat lain, Encik Afnan pasti akan latih anak dia secara sembunyi. Sebab dia tahu kedudukan dia macam mana. Walaupun dia dah bersara, ancaman daripada Tuan Razen pasti akan muncul pada bila-bila masa."

"Betul juga cakap kau. Aku setuju. Tapi kalau nak dibandingkan dengan aku, aku jauh lebih hebat. Bagi aku, dia masih mentah," ujar Khairul tidak mahu kalah. Lian hanya tersenyum sinis.

"Okey. Kita dah sampai. Bagi aku senapang tu. Biar aku yang jaga dan perhati kalau ada bahaya. Kau usung mayat tu keluar lepas tu lempar dalam semak," arah Lian.

Khairul hanya mengikut. Diserahkan senapangnya kepada Lian lalu dia terus keluar daripada kereta. Pintu belakang dibuka. Sekujur mayat itu terus diusung lalu dilemparkan ke dalam semak.

"Okey. Settle! Jom, balik!" ujar Khairul. Lian menganggukkan kepala.

Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta. Baru sahaja Lian ingin mengundurkan kereta, mata helangnya dapat menangkap sepasang mata yang bercahaya dalam gelap di sebalik semak-samun. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Interesting..." bisiknya, perlahan.






•¤•









"ISH! Boleh tak diam?" marah seorang gadis.

"Ya. Aku cuma nak beritahu yang pokok belakang rumah tu aku nak tebang," ujar satu suara lelaki.

"Buat jelah! Yang tu pun nak kena beritahu aku ke?" ujar gadis itu, mungkin sedikit menyampah dengan perangai jejaka itu.

"Yelah. Nanti kalau kau nak cari aku, pergi jelah belakang," jawab lelaki itu, kekal tenang. Gadis itu mendengus.

"Yelah! Yelah! Dah, pergi la blah! Aku nak masuk dalam bilik ni."

"Nak pergilah ni."

"Yang kamu berdua ni tak habis-habis asyik bergaduh ni kenapa? Kalau pesakit dalam tu terjaga macam mana? Dia perlukan rehat tau," ujar seorang wanita yang agak berusia.

Suasana yang bising itu membuatkan dia sedikit terganggu. Mata dibuka perlahan. Dikerdipkan berulang kali agar matanya terbiasa dengan kehadiran cahaya lampu secara tiba-tiba.

Ruang bilik yang tidak mempunyai banyak perabot itu diperhati dalam keadaan dirinya yang masih bingung. Dia terus bangun daripada pembaringan. Kepalanya yang berasa pening dan sakit itu disentuh perlahan.

"Aduh..." Bibirnya mendesis sakit.

"Ehh? Awak dah bangun?" tanya seorang gadis yang baru masuk ke dalam bilik. Di tangannya terdapat sebuah bekas yang menjadi tempat simpanan pelbagai jenis barang perubatan.

"Saya ada di mana ni?" tanya Rita, bingung. Dia langsung tidak boleh mengingati apa-apa.

"Di rumah keluarga saya. Abang saya yang terjumpa awak dalam semak. Kepala awak berdarah teruk dan badan awak ada yang luka. Disebabkan awak tak sedarkan diri, dia bawa pulang ke rumah. Mujur masih belum terlambat untuk selematkan awak," ujar gadis itu.

"Terima kasih. Tanpa abang awak, saya mungkin tak kan bernafas lagi sekarang. Saya masih diberi peluang kedua untuk bertaubat setelah melakukan dosa," ujar Rita dengan nada yang sebak.

Air mata sengaja dibiarkan mengalir, berharap semoga air mata itu menjadi saksi dan bukti perubahannya agar menjadi muslimah yang lebih baik serta menyesal dengan semua dosa yang telah dia lakukan. Dia bersyukur kerana masih diberikan peluang kedua.

"Saya tak tahu apa yang terjadi kat awak, but saya doakan awak terus kuat ya. Izinkan saya tukar balutan di kepala awak boleh?" tanya gadis itu lembut. Rita menganggukkan kepala.

"Boleh. Terima kasih sebab jaga saya. Dah berapa lama saya tak sedarkan diri?"

"Hmm... Dalam dua atau tiga hari macam tu. By the way saya ni bekerja sebagai jururawat. Jadi, tak banyak masa saya habiskan untuk rawat awak. Mak saya yang selalunya jaga awak," kata gadis itu lagi.

Jari-jemari gadis itu perlahan-lahan membuka balutan di kepala Rita. Kesan luka yang agak besar itu dipandang lama.

"Luka awak ni dah surut sikit. Dah tak banyak darah yang keluar. Saya tukar dengan balutan yang baru ya." Gadis itu menambah lagi. Rita mengukirkan senyuman.

"Ya. Baiklah. Terima kasih banyak-banyak. Saya tak tahu nak balas jasa awak dengan apa," ucap Rita perlahan. Malu dan segan dengan layanan baik yang diberikan oleh gadis itu.

"Tak perlu. Saya ikhlas bantu awak. Oh ya, saya lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Diana. Awak boleh panggil saya Nana."

"Saya panggil kak Nanalah ya. Awak macam lagi tua daripada saya. Nama saya pula Rita," ujar Rita bersama senyuman.

"Okey, Rita. Lepas ni kita keluar makan di dapur ya. Rita mesti lapar. Mak akak mesti happy bila dapat tahu Rita dah sedar. Boleh berjalan tak? Ada rasa pening? Sakit ke?" tanya Nana, prihatin.

"Tak sangat pun. But tak apa. Sayakan kuat. Saya nak ucap terima kasih kat mak Kak Nana sebab dah jaga saya."

"Okey. Jom," ajak Nana. Dia membantu gadis itu berdiri dan berjalan.

"Nah. Pakai tudung sarung akak ni," sambung Nana lagi. Tudung hitamnya yang agak labuh itu disuakan kepada Rita.

"Terima kasih."

"You're welcome."



















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro