BAB 19 | NGERI

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEKITAR jam 9.00 malam, keadaan bandar Kuala Lumpur masih lagi sesak dengan pelbagai jenis kenderaan di atas jalan raya. Semua manusia hanya sibuk memikirkan hal kepentingan masing-masing, bergantung sama ada niat itu lebih menjurus ke arah duniawi mahupun ukhrawi.

Andai langit menjadi raja, sudah lama dihempap manusia yang bermaharajalela. Andai bumi mampu meluahkan rasa amarah, sudah lama ditelan makhluk yang kononnya berjanji menjadi khalifah. Segala janji hanyalah dusta. Walaupun peringatan demi peringatan diberi, mereka tetap berbangga berada di atas pentas dosa.

Tidak semena-mena, mulutnya melepaskan keluhan yang berat. Potret malam yang terpampang pada jendela biliknya itu dipandang lama. Hari ini, bulan seolah-olah bersembunyi disebalik tirai langit. Kosong dan langsung tiada seri, seperti kisah kehidupannya ketika ini.

Pemergian isteri dan anak perempuan tercinta membuatkan hidupnya yang dipenuhi pelbagai warna bertukar pudar. Selama ini, beban di pundaknya tidak pernah sedikitpun berkurangan. Dirinya masih dibayangi kisah silam dan perasaan yang penuh dengan penyesalan.

"Maafkan abang, Fakhira... Abang tak pernah berterus-terang dengan sayang. Abang selalu abaikan sayang dan keluarga kita... Abang terlalu pentingkan kerja. Disebabkan abang, Fakhira dan Farah terbunuh... Ini semua salah abang. Salah abang..." ujar Encik Afnan, sayu.

"Ya Allah... Tolonglah ampunkan dosa aku Ya Allah. Akulah punca mereka berdua terbunuh. Akulah punca segala-segalanya. Maafkan dosa aku. Maafkan aku..."

Air mata yang selama ini disembunyikan semakin deras mengalir membasahi pipi. Selama ini, ditahan gejolak hatinya tatkala melihat Danial keseorangan. Walaupun anak lelakinya itu selalu mempamerkan raut wajah yang tenang, dia tahu hati Danial pasti berasa sunyi dan sepi tanpa kasih sayang seorang wanita yang bergelar ibu.

Seawal usia 11 tahun, Danial terpaksa berhadapan dengan pelbagai kejadian yang mengerikan. Keadaan rumah yang dipenuhi mayat dan tompokan-tompokan darah, amat sukar untuk kanak-kanak seusianya bertahan dari segi mental dan fizikal. Ngeri.











•¤•










ENCIK Afnan melepaskan pelukan. Mata Danial yang dipenuhi air mata itu ditatap lama. Diusap pipi yang masih basah itu dengan kasih sayang dan senyuman agar anak lelaki itu kembali tenang dan kuat. Danial sekadar mendiamkan diri sekali gus menanti bait bicara yang ingin disampaikan oleh ayahnya.

"Danial jangan nangis dah okey? Kita doakan supaya supaya ibu dan kak Farah selamat tau. Danial tunggu sini. Biar ayah yang masuk," kata Encik Afnan dengan lembut. Danial pantas menggelengkan kepala. Matanya kembali berair.

"Tak nak! Danial pun nak ikut juga."

"Tak boleh. Mental Danial masih belum stabil. Ayah tak nak Danial jadi takut dan trauma," ujar Encik Afnan, risau apabila fikirkan tindakan berani yang ingin dilakukan oleh Danial. Baginya, Danial masih belum kuat untuk melihat dan menghadapi kejadian mengerikan ini.

"Kalau macam tu, sampai bila-bila pun Danial tak kan jadi orang yang kuat kalau Danial asyik melarikan diri. Danial tak nak jadi lemah macam sekarang. Danial tak mampu nak selamatkan ibu dan kak Farah. Kalau Danial asyik larikan diri, Danial pasti akan kehilangan orang-orang yang Danial sayang buat kali kedua."

Kata-kata Danial membuatkan Encik Afnan sebak, namun ditahan matanya agar tidak mengalirkan air mata. Dia bangun berdiri lalu kepala dianggukkan.

"Okey. Tapi kalau Danial dah tak sanggup nak tengok, Danial cepat-cepat keluar tau," ujar Encik Afnan. Danial hanya mengukirkan senyuman nipis.

Mereka berdua terus membawa langkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Hatinya gelisah dan gundah ingin menerima khabar berita keadaan Fakhira dan Farah. Adakah Farah dan isterinya masih hidup? Jika tidak, kuatkah dia menghadapi ketentuan takdir yang telah Tuhan tetapkan ini? Adakah mampu Danial menerima segala kejadian yang mengejutkan dalam hidupnya?

"Tuan," sapa salah seorang ahli anggotanya, Razuddin dengan penuh hormat di hadapan pintu rumah.

"Kamu dah periksa ke?" tanya Encik Afnan. Razuddin kelihatan serba-salah ingin menganggukkan kepala.

"Sudah, tuan," katanya perlahan. Pandangan mata dilarikan.

Rakannya, Ikram juga kelihatan menundukkan pandangan, tidak mahu bertentang mata dengan Encik Afnan. Begitu juga dengan beberapa ahli pasukan yang lain. Mereka sebaik mungkin ingin mengelakkan diri daripada memberi tahu khabar penuh duka itu kepada ketua mereka.

"Macam mana keadaan mereka?" tanya Encik Afnan, cuba untuk bertenang.

"Err... Kami dapat mengesan dua mayat wanita di dalam rumah tuan. Dua-dua orang berada di tingkat atas," kata Razuddin, berterus-terang. Dia sedar menipu bukan jalan terbaik untuk menenangkan hati yang sedang bersedih.

Bagaikan kilat yang memetir, hatinya terus dijentik dengan perasaan yang bercampur-baur. Terkejut, tidak sangka, sedih, menyesal dan sebak. Kepalanya kosong dan terasa berada di awang-awangan. Badannya seakan-akan melayang.

"Tuan!" Razuddin dan Ikram pantas menyambut tubuh ketua mereka daripada jatuh. Lelaki itu terus didudukkan di atas lantai.

"Semua ini salah saya... Salah saya... Sayalah punca kematian isteri dan anak saya sendiri. Sayalah punca segala-segalanya..." lirihnya sayu dalam keadaan kepala ditundukkan. Air matanya tidak dapat ditahan lagi lantas terus mengalir jatuh ke bumi.

Ikram dan Razuddin memandang simpati. Pundak mereka turut terasa berat apabila melihat keadaan ketua mereka yang terpaksa menghadapi dugaan yang besar ini. Kesedihan dan kekesalan yang dirasai lelaki itu turut dirasai oleh mereka semua.

"A... Ada jumpa kakak saya tak?" tanya Danial dalam keadaan ingin turut mengalirkan air mata.

Ikram dan Razuddin saling berpandangan. Mereka terus menggelengkan kepala.

"Tak ada. Kakak awak di mana? Biar kami cari, " jawab seorang lelaki yang berpakaian hitam seperti seorang polis.

Danial menghiraukan bantuan yang ditawarkan oleh polis tersebut lalu dia terus masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah yang berselerak dan bersepah serta dipenuhi dengan bau-bauan darah diabaikan. Dia terus naik ke tingkat atas. Semua yang berada di situ terkejut melihat aksi berani Danial yang tidak disangka-sangka itu.

"Ikram, ikut dia," arah Razuddin. Ikram menganggukkan kepala lalu dia terus masuk ke dalam dan mengikut jejak langkah Danial yang sudah berada di tingkat atas.

Mayat pembantu rumahnya, Kak Wawa yang terlantar di atas lantai tingkat dua dipandang hiba. Keadaan wanita yang baru berumur 30 tahun itu amat mengerikan. Lantai itu penuh dengan lautan darah, mewarnai kulit kedua-dua tapak kakinya. Bibir diketap bagi menahan sebak.

"Terima kasih untuk segalanya, Kak Wawa. Danial harap Kak Wawa akan bahagia di sana..." bisiknya perlahan. Kaki dikuatkan untuk membawa langkah pergi.

Sampai sahaja di hadapan sebuah bilik, Danial terus bergerak ke arah almari yang menjadi pintu rahsia untuk menuju ke bilik bawah tanah. Pedih hatinya apabila melihat almari itu sudahpun rosak, menjadi tanda pihak musuh sudah berjaya mengesan dan menghidu kewujudan bilik rahsia itu.

Perlahan-lahan dia membawa langkah memasuki lif. Ikram yang mengikut dari belakang turut masuk. Raut wajah budak lelaki itu diteliti, jelas kelihatan terpancar perasaan takut, risau dan terkejut pada wajah itu. Satu kejutan yang tidak disangka-sangka.

Sampai sahaja di bilik bawah tanah, Danial perlahan-lahan keluar daripada lif. Keadaan persekitaran yang gelap menyukarkannya untuk mengesan Farah. Begitu juga dengan Ikram. Langkahnya kelihatan berhati-hati seiring dengan tangannya yang sudah bersiap-sedia memegang pistol. Anak mata hitamnya ligat memerhati sekeliling. Mana tahu ada musuh yang memasang perangkap atau memerhati dalam diam.

Langkah Danial terus terhenti. Kakinya yang terasa basah membuatkan air matanya kembali mengalir dengan deras. Dia terus jatuh terduduk dan mengundurkan diri ke belakang. Badannya menggigil ketakutan. Kukunya digigit kuat.

Keadaan Danial yang berubah secara drastik mendatangkan tanda-tanya kepada Ikram. Budak lelaki itu terus didekati perlahan.

"Kenapa ni, Danial?" tanya Ikram. Danial tersedu-sedan. Perlahan-lahan jarinya ditunjukkan ke satu arah. Ikram terus menoleh memandang hadapan.

"Ka... Kakak..." ujarnya dalam nada yang menggeletar.

"Ikram? Kau jumpa apa-apa ke?" ujar seorang lagi ahli anggota mereka yang baru sahaja tiba.

"Kau buka lampu suluh. Tengok apa yang ada di depan. Atas lantai..." kata Ikram tegas. Lelaki itu menganggukkan kepala. Lampu suluh yang berada di sisi pinggang terus diambil lalu dibuka dan disuluhkan ke arah yang dimaksudkan.

Sekujur tubuh seorang gadis kelihatan kaku tidak bergerak. Darah membasahi lantai. Danial menjerit takut. Ikram terus mendekati gadis itu. Nadi yang berada di pergelangan tangan dicari.

"Macam mana? Hidup lagi ke?" tanya lelaki yang memegang lampu suluh itu. Ikram menggeleng perlahan.

"Tak. Dia dah meninggal."

"Allah..."












•¤•











ENCIK Afnan terus memejamkan matanya.
Hatinya pilu setiap kali dia teringatkan kembali kejadian itu. Perasaan menyesal menyelubungi dirinya hari demi hari. Biarpun perkara tersebut sudah menjadi ketetapan Tuhan Yang Maha Menentukan di Luh Mahfuz, dia tetap menyalahkan diri sendiri.

Sikapnya yang alpa dan tidak menghiraukan keluarga membuatkan dirinya berasa tidak berguna. Fakhira dan Farah dibiarkan mati dalam keadaan terseksa manakala Danial terpaksa menghadapi situasi mengerikan ini pada usia yang muda. Dia telahpun gagal. Gagal untuk melindungi orang-orang yang dia sayang...

Fail yang mengandungi beberapa dokumen penting itu dipandang bersama 1001 perasaan yang bercampur-baur. Setelah begitu lama dia meninggalkan pasukannya disebabkan peristiwa tujuh tahun lalu, mereka kembali untuk memujuk. Katanya, kes kali ini sangat besar dan berat. Selagi Tuan Razen belum diberkas, selagi itulah dia tidak boleh diberhentikan begitu sahaja.

Dia masih tidak yakin. Keputusan ini sangat sukar untuk dibuat memandangkan tangan dan kakinya masih dibelenggu dengan kisah silam yang memeritkan itu. Dia masih takut. Hatinya masih risau.
















VOTE FOR MORE UPDATE! ≧ω≦

Rahsia bakal terbongkar! ✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro