Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Day to night to morning, keep with me in the moment... I'd let you had I known it, why don't you say so?"

Daripada petang semalam, aku rasa telinga Joni dah nak putus dengar aku dok ulang lagu Say So tu. Tapi apapun, lagu itulah yang akan aku nyanyikan semasa audition nanti. Lagu baru and aku tahu it's a risky thing to do but tak salah rasanya nak cuba kan?

Pagi itu, untuk mengambil restu Papa, aku memutuskan untuk menelefon drummer kumpulan Sym4ny itu.

"Assalamualaikum anak Papa. Kenapa ni, Zif?"

"Waalaikum salam, Pa. Oh, Zif just nak bagitau je yang Zif ada audition tengahari ni?"

"What audition?"

"Oh Divisyen Muzik ada nak cari band baru untuk INSEMAS so hari ni dorang nak cari apprentices from every Divisyen."

"Okay, keep going. Razif nak jadi apa?"

"Vokalis. Mana Razif tahu nak main instruments apa-apa."

"Haa tulah dulu Papa nak ajar tak nak. Eh, but why tak nak play guitar sekali?"

"Pa, almost everyone can play guitar."

"And?"

"It's a common talent. Divisyen Muzik punya audition kut."

"Kiddo, macam Papa ni bukan budak Divisyen tu je kan? I was KD kut dulu."

"Yes, 18 years ago."

Dia ketawa di hujung talian. "Whateverlah. I wish only the best for you. Do it for yourself, okay. Papa nak gerak pergi site ni."

Selepas Papa habis pengajian di sini pada tahun 1998, Papa sambung degree architecture dengan sijil diploma yang dia buat lepas grad INSEMAS. Semuanya sebab arwah atuk yang nak sangat tengok anaknya yang seorang ni jadi arkitek. Papa pun layankan saja memandangkan masih ada minat dalam diri dia. Imagine, being a student and also a KD himself. Power kan, Papa? Walaupun dia grad completely masa umur dia dah lewat 20s time tu.

Tengahari itu, aku pergi ke audition itu ditemani oleh Manuk dan Syed. Romeo dengan Joni masing-masing ada latihan masing-masing. Lagipun Manuk kata dia nak showcase dia punya bakat main seruling sekali. Seruling ya bukan rekorder yang beli time sekolah rendah tapi chord pun tak tahu.

Sehingga sesuatu berlaku ketika sesi pendaftaran. Aku terlanggar bahu seseorang di belakang barisan aku.

"Woi, what the fuck?! Buta ke?!" Dia menolak aku dengan agak kasar.

"Wey, sorry doh. Aku tak perasan."

Dia memandang tepat ke mata aku tanpa berkata apa-apa. Kawan dia pulak yang galak kat belakang dia.

"Lain kali nak jalan tu tengoklah keliling, bang."

"Wey, dia dah mintak maaf, kan?" Manuk mula mencelah.

"Maaf tak maaflah. Jaga sikit mata."

"Ate mike nak deme buat apa lagi? Udohler tu abih sini." Haa kau keluar loghat Perak si Romeo. "Tampo satgi sekor-sekor..."

"Dah korang jom blah!" Aku menarik dua ketul malaun itu pergi jauh sikit. Aku sempat pandang sekilas budak lelaki yang aku terlanggar tadi. Dia hanya beriak masam tapi tidak pula berkata apa-apa.

Sesi audition pun berjalan. Untuk yang nak nyanyian sahaja seperti aku, kami disuruh ke Studio Jasni di hadapan Studio Nona Asiah itu. Yang lain aku tak sure. Apa yang pasti, boleh je kalau nak showcase lebih dari satu position.

Semasa aku sedang chill menunggu giliran, aku nampak budak angkuh tadi masuk ke dalam studio yang sama. Ah, siallah! Kenapa dia ni kena ada sama?

Fuck! Dia datang dekat ke arah aku. Janganlah kacau yal aku nak menyanyi ni kejap lagi.

"On the behalf of my friends, I would like to say sorry. Salah aku jugak tak pandang kiri kanan."

Aku hanya menjongket kening tanda aku memaafkan dia.

"Tak payah sombong sangat boleh, kut?" Dia sound direct. Eh???

"Kau tak nampak ke aku tengah nak ambik mood ni?"

"Nak audition nyanyi je kan takyahlah serius sangat."

Okay this boy is testing my patience.

"I don't know kalau kau lahir with talent whatsoever tapi please respect whoever who doesn't have that much confidence as you. So, if it please you, bagi aku space."

"To sing, you do need confidence. If not, how?" This guy can't be serious?! Aku tengah nervouslah, bodoh! "Or, your voice is not that..."

"Sementara aku masih in a good mood, best believe kau better blah sekejap. Faham?"

"Chill!" Kemudian dia mengundur dua langkah. "Sombong kau tu nanti tak bawak ke manalah!"

Fuck! Annoying gila dia ni. Kenapalah aku mesti terlanggar dia jugak dan bukannya orang lain? Mamat acah bagus tu!

"Next?" Oh, giliran aku.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik lagi satu di dalam studio itu. Aku memberikan senyuman kepada semua di dalamnya. Ada tiga juri kesemuanya.

"Nama aku Razif Sufian, panggil aku Finn. Kenal kan aku siapa?" Yang paling tengah memperkenalkan diri.

Aku mengangguk. Itu adalah Koordinator Divisyen atau turut dipanggil pelajar Divisyen ini sebagai Mr. Freeze sebab dia selalu buat muka ais batu dia tu. Sama macam mamat kat luar tu tadi.

Baru dua lagi hendak memperkenalkan diri, Finn menerima panggilan dan menyuruh yang lagi dua itu untuk menghandlekan aku.

"Nama?"

"Razif Haydar."

Mereka dua berpandangan tapi diamkan saja. Kemudian mereka memandang aku kembali.

"Nak nyanyi lagu apa?"

"Say So by Doja Cat."

https://www.youtube.com/watch?v=pok8H_KF1FA

Habis sahaja aku menyanyikannya, mereka menyuruh aku menunggu di Studio Nona Asiah semula.

Di situ, aku bertemu semula dengan Manuk dan Romeo. Mereka masing-masing bercerita tentang audition Manuk tadi dan sekarang bertanyakan tentang aku.

"Dia ada kat aku tadi..." Aku membuka cerita. Manuk dah menarik bahu aku meminta aku bercerita penuh. "It's not much nak cerita pun. Dia just say sorry for doing it. Not much pun."

"Oh, reti nak mintak maaf. Ingat tak tahu." Manuk ni tak reti chill betullah.

"Ate biorle kalo dia tau mintak maap. Kalo dia diam je, ate itu memang kita marahlah."

Aku tak cerita part dia menaikkan darah aku. Bukan apa, nak pendekkan cerita. Bukan boleh percaya dua malaun ni.

"Ate habih situ je ke ceritanya, yop?"

Aku mengangguk. Macam aku cakap, malas nak panjang cerita.

Aku nampak TKD Muzik, Abang Roy sudah keluar di atas pentas dengan sehelai kertas. Wajah kami semua dipandang olehnya.

"Okey, sekarang korang semua mesti dah excited gila kan? Okey, aku akan sebut nama position and then aku akan sebut nama orang yang dapat that position, okay?" Bapak pantas dorang ni buat pilihan.

Nama satu demi satu position disebut. Cuma vocalist saja lagi yang belum dipilih. Tekak aku semakin kering. Phone memang dari tadi aku sudah serahkan kepada Romeo. Aku tak nak ada yang mengganggu saat genting seperti ini. Kalau aku lepas, bermakna betullah bakat aku selama ini bukanlah aku seorang saja yang melihatnya.

"Untuk vocalist; Razif Haydar!"

Dunia cerah semula aku rasakan! Dengan penuh bangga aku berdiri dan memandang ke arah pentas. Tapi apabila aku toleh ke kiri studio, oh shit!

Shit!

This can't be real.

Budak poyo tadi tu pun berdiri jugak. Dia juga memandang aku serentak. Orang ramai juga sudah mula membuat pelbagai bunyi.

Ada dua Razif Haydar?
-----------
Okay untuk next update, kita bagi murah je. 16 votes!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro