Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kedua-dua kami saling berpandangan. Kemudian serentak juga kami memandang wajah Roy. Dia juga saling bertukar pandang antara kami berdua.

"Both of korang nama sama?"

Si klon itu tidak menjawab jadi aku yang menjawab. "Well, saya memang Razif Haydar."

"Roy, kau kenal aku, kan?" Baru dia nak bersuara si klon itu.

Memang aku tak pernah jumpa orang yang sama nama dengan aku. Oh wait, mungkin nama dia Razeef Haidar or something about that? Mustahillah kalau ejaan pun sama.

"Korang ada letak nama ayah korang tak kat borang tu tadi?"

Aku menggeleng manakala si klon itu lagi angkuh. "Why aku kena letak? Korang kenal kan aku siapa?"

Roy mngangguk perlahan. Dia ambil semula borang yang kami isi tadi dan nampak pada wajahnya sedikit kelegaan.

"Okay, nama dia dieja macam ni. R-A-Z-I-F H-A-Y-D-A-R. Siapa antara korang yang tu?"

Kedua-dua kami mengangkat tangan. Seriuslah!? Dia sudah memandangku jelek. Boy, kau ingat aku nak nama sama dengan manusia angkuh macam kau!?

"Roy, what the fuck?" Dia ni bodoh ke apa?

"Okey, macam ni, truth to be told, kitorang pun tak ingat which is which or who and who, so untuk korang berdua, we need to reaudition."

"Reaudition?! Abang aku KD kut!"

"Ya, Haydar. Aku tahu tu but a rule is a rule." Nampaklah Roy pun dah penat.

Si klon memandang aku atas bawah. Kau ingat kau bagus sangat ke haa, klon!?

"When it is, Roy?"

"After this assembly. Korang kena stayback kejap."

Aku memandang si klon dan dia juga memandang aku. Haa shit! Aku benci keadaan macamni. Nama sama dah satu hal, ni nak pulak kena bersaing.

Aku nampak Finn naik ke pentas selepas Roy nampaknya blur nauzubillah. Aku nampak dia pun for most of the time memang nampak blur pun.

"Tak payah nak buang masa. Dorang ni tadi audition apa?"

"Vokalis." Roy jawab takut-takut.

"Buat sing-off jelah. Sekarang. Buang masa akulah."

Kami kemudiannya ditarik naik ke atas pentas. Aku pandang semua yang berada di situ. Memang nervous weyh. Tak pasal jadi macam ni.

"Along..." Aku nampak budak poyo mendekat dengan Finn. Along? Adik dia ke? Mungkinlah kut sebab Finn tu pun nampak dia Razif Sufian. "Takkanlah..."

"Kau bodoh ke? Kan aku dah kata sini aku bukan Along kau? Kat sini aku Koordinator Divisyen kau." Okey, the poyoness runs in the family apparently. "Sekarang kau pergi sebelah budak tu?"

Budak poyo itu berdiri di sebelah aku. Masih dengan muka poyo dia itu ya. Hempuk kang!

"Kau bukan budak Divisyen aku kan?" Dia menunjuk ke arah aku. Aku menggeleng. "Lagu apa kau nyanyi tadi?"

"Say So - Doja Cat."

Dia mengangguk-angguk. "Including rap part?"

Aku angguk. Dia mencebik sedikit. Kemudian dia pandang adik dia. "Kau?"

"Every Breath You Take - The Police."

Dia chuckle. Bapak tak supportive Along dia ni.

"Okey sekarang aku bagi korang berdua tempoh dua minit je untuk pilih satu lagu lain dan aku nak korang nyanyikan depan dorang ni semua sekarang. Faham?"

Makanya bagaikan orang bodohlah kami berdua terpaksa berdiri di situ memikirkan lagu apa yang hendak dinyanyikan. Buntu ya kepala aku masa tu. Jammed dia kalah Federal Highway pagi Isnin pukul lapan.

"So? Both Razif Haydars, dah ada lagu?" Finn bertanya.

"Imagination - Shawn Mendes." Budak poyo itu menjawab. Basic white boy sangat lagu yang dipilih itu.

"Kau?" Finn menunjuk ke arah aku lagi.

"Jampi - Hael Husaini."

"Good."

Kami berdua pun menyanyi mengikut giliran. Dia nyanyi dulu kemudian diikuti oleh aku. Ketika itu, aku nampak budak yang terpilih sebagai drummer tadi berbincang sesuatu dengan Roy dan Finn. Muka Finn memang dah nampak bengang gila masa tu. Aku pun memang tak dapat baca reaksi muka dia sangat sebab well, aku pun tengah menyanyi mana mahunya nak pandang muka orang lain.

Habis menyanyi, kami diberi tepukan gemuruh oleh semua yang ada. Romeo dengan Manuk siap sempat buat banner LED kat phone tu lagi ya. Mana tak sayang dorang berdua ni?!

"Okey, siallah! Aku dah buat pilihan. Kau..." Finn menepuk bahu aku dari belakang. "Aku ambik jadi vokalis."

Yang lain semua bersorak gembira. Romeo siap menjerit 'KAWAN TEMAN TU!' Bodohlah dia tu.

Tapi aku nampak si klon poyo ni macam bersedih sikit. Mana taknya? Dahlah abang sendiri KD tapi dia tak pilih.

"Takyah sedih sangat. Kau jadi drummer. Budak drummer tu tadi tarik diri."

Aku nampak dia mengangguk dan tersenyum sedikit.

Selepas itu, yang lain dibenarkan pulang tapi yang terpilih ni kena stay kat studio tersebut. Katanya ada short briefing dan sejujurnya, aku cuak dengan Finn. Dia sangat intimidating ya to be honest.

Kami duduk dalam bulatan dan aku berani jamin di situ, semuanya cuak dengan Finn. Mujurlah ada Roy yang nampaknya sedikit relaks berbanding yang lain. Aku ada kelas dengan Abang Roy jadi basically aku memang dah kenal dia.

"Aku nak kenalkan diri aku..." This guy is really self-centered. "Razif Sufian bin Nazif Aduka. Finn. KD Muzik dah dua tiga tahun. Bassist untuk band Bandwagon untuk tujuh tahun."

"Masrun bin Kasilan. Panggil Roy Jawa. TKD Muzik untuk setahun. Gitaris Bandwagon sama jugak macam Finn untuk tujuh tahun."

"Okay, good. Untuk hari ni, aku nak korang tulis nama dengan nombor telefon yang aku akan add dalam group Telegram kejap lagi. And starting from tomorrow, Studio Jamal Abdillah, 2:30 petang. No absence except for emergency and preferably korang inform that emergency around 12 tapi let me decide if it's an emergency or not. Faham tak?" Finn ni memang tak lek langsung ke?

"Faham." Kami semua serentak menyahut.

"Oh ya, kita akan sediakan air untuk korang everyday." Aku suka tengok Roy ni bercakap. Nampak tenang. Tak macam si Razif Sufian tu.

Semasa bersurai, aku didatangi oleh si klon poyo ni tadi. Ya, muka angkuh dia ni keturunan. Aku tak nafikan perkara itu.

"Wey, still and again, aku minta maaf pasal tadi."

"Which one?"

"Semua. Kita kena kerja sama as a team kut. Kenalah berbaik."

"So kau nak kita berbaik sebab kita kena work as a team je? Kalau tak?"

"Siallah kau ni. Dah-dahlah tu." Anjir! Kau sialkan aku balik?!

"Fine!"

"Kau duduk blok mana?" Nak berbaik pulak...

"Simfoni." Band bapak aku pun Sym4ny. Elok sangatlah tu.

"Oh, aku Estetika." Err, nobody asked? "Nak panggil kau apa?"

"Razif je."

"Panggil je aku Haydar." Seriously Haydar, aku tak tanya pun. "Jumpa esok. Ciao!"

Tak berminat but yeah still ciao! "Ciao!"

Apa yang pasti, aku dah pasti jadi vokalis untuk band rasmi Divisyen Muzik. Damn, Razif! Just damn!
--------------
So sebenarnya korang rasa siapa yang poyo? Also, 20 votes for next chapter!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro