Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"So, lepas ni kau ada first meetinglah kiranya?" Syed bertanya ketika kami makan tengahari di Kafe Divisyen Muzik tengahari itu. Alang-alang aku habis kelas kat sini tadi, terus ajak dorang semua datang sini.

"Ha'ah. Tak excited pun sebenarnya."

"Eh pantek! Bersyukur boleh tak? Kira okeylah tu dapat jadi vokalis. Sesuailah suara kau pun sedap. Bukan macam Romeo." Joni cuba memujuk aku.

"Ate yang mike petik nama awok kenapa? Nama sendiri tak boleh sebut?"

"Bukan aku tak bersyukur. Tapi kau tanyalah Romeo dengan Manuk. Budak poyo semalam tu."

"Ada Manuk cerita kat aku malam tadi. Nama dia sama dengan kau eh?"

"Ha'ah."

"Sementara korang bual tu, aku tengah research pasal another Razif Haydar ni..." Manuk dengan gaya FBInya menunjukkan handphonenya kepada kitorang. "Kenalkan, Razif Haydar Nazif Aduka."

Aku ambil handphone tersebut dan mula scroll atas ke bawah. Oh, dia ni merupakan anak kepada penyanyi Rani Sharmila yang turut dinamakan sebagai Burung Kenari dan juga Dalida Malaysia.

"Dude, he's rich! Tengok rumah dia." Syed menunjukkan gambar si poyo itu bergambar bersama keluarganya di hadapan sebuah banglo. "Oh, adik KD Muzik."

Inilah rupanya adik-beradik The Razifs. Aku rasa aku pernah kenal tapi aku kenal dua atas je.

Razif Sufian, 25 tahun. Bassist untuk band Bandwagon. Agak famous especially untuk kisah cinta dia dengan instafemes LailiAshtar. Belajar kat sini dan sekarang jadi KD kat sini. Damn, he has his eyes from his father. Muka poyo nak mampos!

Razif Daniel, 22 tahun. Fashion model. Kau jangan letakkan dia sekali dengan local models yang dok post gambar kat Insta tu because he is far beyond that. Signed under Guess and Chanel, dia dah ada level sendiri. Dengar kata Hero Remaja sendiri yang nak ambik dia jadi peserta but then dia gelakkan je. Apa ke gila kau?!

Razif Haydar. Dia ni malaslah aku nak cerita lebih.

Yang kecik sekali, Razif Iqwani. Aku tak tahu sangat. Nama ni pun aku tahu sebab, duh, keluarga dia ni boleh tahan famous.

"Good luck, doh! Family ni dahlah acah nak mampos. Kau tengok abang dia tu je dahlah." Joni memberikan pendapatnya.

Mana-mana budak Divisyen lain yang nak ambil Muzik sebagai Pilihan, memang akan jelak dengan Razif Sufian aka Finn tu. Bagi dia, hanya Divisyen Muzik dan Divisyen Muzik sahaja yang bagus dalam INSEMAS ni. Okey, arwah Niko Iskandar dulu acah jugak tapi tak seacah dia ni. Eloklah pun sekarang ni Divisyen Lakonan dapat Abang Putera jadi KD. Dia tu okey sikit menurut apa yang aku dengar.

"Okeylah, geng. Aku gerak dulu. Jumpa kat bilik kejap lagi. Aku rasa aku nak buat murtabak Maggi makan malam kang."

"Naisu!" Mereka bersorak. Suka benar kalau aku masak tu.

Aku melangkah malas menuju ke Studio Jamal Abdillah yang terletak di tingkat dua Blok Treble. Ketika aku tiba, aku lihat Roy baru sampai dan hendak membuka kunci bilik tersebut.

"Wuih, awal!"

"Biasalah. First day kenalah bagi good impression."

"Good impression pun kalau si Finn tu nak maki, dia maki je kau."

Aku ketawa. Kami masuk ke dalam studio itu bersama-sama. Dia membuka lampu dan menghidupkan aircond manakala aku... duduk jelah nak buat apa lagi. Selepas selesai semua itu, dia duduk di sebelah aku.

"So, kau dah lama menyanyi dah?"

"Lama tak lama jugalah. Kenapa?"

"Takdelah, sebab aku rasa kau berbakat. Kau bukan budak Divisyen ni kan?"

"Pilihan, ya. Aku Major Tarian."

"Ah, I see. Rugi doh kitorang tak dapat kau."

"Uish biasa jelah."

"Gempak ah tu. Aku ni pun jadi TKD sebab Finn suruh. Kalau tak, tak kemana jugak rasanya."

Aku senyum sahaja. Tak lama selepas itu, barulah nampak batang hidung yang lain sampai termasuklah Finn dengan adiknya, si poyo. Nama kitorang sama dan aku tak nak cemarkan nama aku ni dengan perwatakan acah dia tu.

Tapi, dorang tak nampak like in a good mood.

"Along, kau cakap jelah yang kau ambik aku sebab terpaksa kan?!"

"Terpaksa kepala hotak kau?! Aku ada reputasilah bodoh nak kena jaga daripada ambik kisah pasal kau ni semua!"

"Dah mula dah perang dunia..." Roy berbisik separa kuat kepada aku.

"Kau kan rapat dengan Finn kan? Is this considered normal?"

Dia ketawa. "Aku kenal dorang semua ni dari sekolah rendah lagi. Kau tengok si Finn tu, kau rasa siapa je yang tahan dengan perangai dia? Aku ni jelah yang kena dok hadap perangai dia semua tu."

"Oh, I see..."

"Yang boleh lawan si Finn tu Daniel je tapi itulah, Daniel tu pun dah pindah oversea dah. Kalau tak, dia tu je yang berani sikit. Iqwani, kecik sangat kut or dia just don't give a fuck."

Aku anggukkan sahaja. Aku kenal nama dan rupa je, taklah personally macam Roy ni.

"Hoi, Roy! Takkan tengok je? Warm uplah apa lagi si budak baru tu!" Member sendiri pun dijerkahnya. Aku tengok Roy ni chill jelah tengokkan member dia tu.

Aku vocal warmup dengan Roy sebelum kami duduk dalam bulatan. Hari itu, basically kami hanya buat ice-breaking dan mengenali satu sama lain. Percayalah, tak ada siapa yang berminat nak kenal dengan Finn tu.

"Since kan kita ada dua Razif Haydar kat sini, boleh tak kalau seorang kita panggil Razif, sorang kita panggil Haydar?" Roy memberikan idea yang tak berapa nak genius tapi still a good idea.

Aku mengangguk dan memvolunteerkan diri aku untuk dipanggil Razif dan kebetulannya, memang si poyo itu digelarkan Haydar pun selama ini.

"Good and cool! Win-win situation..." Aku kesian tengok Roy ni. Dia nampak try hard nak bagi situation nampak less tense tapi si Finn acah ni asyik dengan muka masamnya. "Finn, nak bagitau sekarang ke?"

"Bagitau jelah. Takkan tu pun nak aku cakap kut?!"

Roy rolled eyes. "Okey, camni korang. Hence korang sekarang dah ada dalam Divisyen kitorang, korang kena join tau any event under Divisyen ni. Paling terdekat is Music Camp lagi dua minggu so aku akan bagi Google Forms so nanti korang isilah eh?"

Music Canp. Acara tahunan Divisyen Muzik. Major Muzik sahaja yang boleh pergi sebab tu tahun lepas aku tak pergi. Tahu pasal tu daripada Papa dulu.

Ketika hendak pulang, si poyo okeylah fine nama dia Haydar, menegur aku. Ramah sedikit.

"Kau tak payahlah nak dok tarik je muka tu dengan aku. Semak ah. Dahlah aku kena hadap abang tu dalam ni lepas tu ada muka kau lagi."

"Habis kenapa kau nak tengok muka aku? Ada aku suruh?" Sebenarnya, aku pun poyo jugak rasanya.

"Siallah... nama aku Haydar." Dia menghulurkan salam. Aku pandang saja. "Sambutlah."

Aku menyambutnya malas. "Razif.

"Okeylah, jumpa kau esoklah kan kita ada training."

Aku mengangguk malas. Aku nampak dia macam nak cakap lagi lepas tu tapi tak jadi. Aku pun, malas nak proceed apa-apa, diamkan saja.

Aku rasa, kalau aku pun dapat abang macam tu, aku pun poyo sepanjang masa. Tapi Papa pun dulu KD jugak, tak poyo pun. Lain padang lain belalang, lupa pulak...
--------

Okey memandangkan cerita ni basically I inspired from 2gether dengan Tharntype, so why not kita tunjuk sikit characters imagination guna pelakon from both series. Tapi ni for 5 main important saja ya which is both Razif Haydar, Finn, Roy dengan Romeo. List akan disambung lagi.

RAZIF Haydar


Razif HAYDAR


Razif Sufian


Mior Rosman


Masrun Kasilan


Any suggestions or comments hahahahaha? Also kenapalah si Finn tu kekwat sangat ye dak?

Takpelah, 24 votes for next updates!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro