Bab 33 (Haydar's Full POV)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di sini, biasanya aku akan bangun terlebih dahulu daripada Razif. Time difference kat sini beza satu jam lambat daripada kat Malaysia so tak adalah beza sangat pun sebenarnya. Tapi itulah masalahnya si Razif ni time bangun tidur dia time London so memang lambat.

Jadi, ada masanya, bila bangun pagi, dia masih membongkang dan aku akan menolong Yay dan kadang-kadang, Mae Tiana untuk memasak. Sahiran tu ada je nak menolong kami tapi itulah dia cakap English pun bunyi Siam, memang macam itik dengan hamster bersembang.

"Where's Lasif, Haydar?" Mae Tiana bertanya ketika aku sedang menyagat carrot untuk dimasak. Slang Siam dia masih ada tapi tak seteruk Sahiran.

"Sleeping still, I guess."

"Ah, I see. Sleep late last night?"

"Maybe. Sahiran was with him last night so I'm not sure."

Mae Tiana angguk sahaja. Tidak lama selepas itu, aku nampak Razif dengan muka sememehnya, berseluar pendek dan hanya menyarungkan tuala di leher melalui dapur hendak ke bilik air. There is something with shirtless Razif. The temptation to keep looking at it, is something undescribable (ke indescribable?) by words.

Mukanya yang mengantuk itu memandang ke arah aku. Mata aku tertancap pada struktur tubuh badannya itu. Dengan dia yang sedang bersandar di dinding sambil menyuap cekodok pisang ke dalam mulut, ugh perfection.

Kemudiannya dia dan Mae berbual sesuatu dalam bahasa Thai yang taubat aku tak faham sepatah haram pun sebelum Mae Tiana naik ke atas rumah. Tinggallah aku berdua sahaja bersama Razif di dapur itu.

"You like to see me like this?" Dia bertanya seraya melangkah setapak ke arah aku. Dengan ketinggian optimumnya itu, dia tak tinggi dan tak juga rendah sangat, just nice.

"Suka."

Dia memandang atas rumah dan selepas pasti tiada siapa melihat, dia menekapkan mukanya di leher aku. Dengan bau masam dia tak mandi lagi tu, aku admit aku turn on sedikit.

"Kat rumah atuk kau ni. Kalau kat bilik kau dah lama kau jadi lauk tau."

"Really?" Dia mencium pipi aku lembut. Lately dia suka cium pipi aku. "Sahiran mana?"

"Oh, tadi aku pergi bilik dia. Baru bangun jugak rasanya."

"What the fuck aku seorang je ke yang bangun awal?!"

"Kho tot na. Aku dengan Sahiran borak sampai dekat pukul tiga kut. Lama kut kitorang tak jumpa. Sabay di mai?"

"Mai sabay!"

"Eleh, merajuklah tu." Dia mengulum senyum.

Aku masih tak dapat mengelak daripada memandang dadanya yang putih melepak itu. I mean, it's so hot. C'mon! Of course dia hot. Perfect combination of Krul Sym4ny dengan Diana Affendi kut. Picture Cristiano Ronaldo dengan Irina Shayk je sudahlah.

"Nak pegang ke?" Dia bertanya dengan muka tak malu. This is a version of Razif I would never understand. A slightly provocative and sultry Razif. Macam Richard Gere dalam movie American Gigolo.

Dia kemudiannya ambil tangan aku memegang dadanya yang tak berlapik apa-apa itu. Sejuk saja tangan aku ketika itu.

"Damn, your hand is cold."

"Of course because it just touched one of the hottest thing ever."

Aku melurutkan tangan aku dari dada ke bahunya. Semasa aku melakukan itu, mata kami saling bertentangan. Aku perasan dia ada menjilat bibir ketika aku berbuat demikian.

"P'Razif... shiaaaa!!!" Sahiran masuk ke dapur entah dari mana. Terkebil-kebil dia melihat kami berdua dengan aksi sebegitu. "Mai pen rai, krab. Proceed. *something in Thai*"

"Euhhh. Kho tot na, Nong."

Sahiran masuk ke bilik air dan kami berdua sambung memandang satu sama lain. Tawa terletus antara kami berdua.

"Tak pasal dia dapat tengok porn free." Aku mengucapkan.

"Tu baru intro. Belum kita masuk next stage lagi."

"Razif, what the fuck?"

Dia tersengih.

Tak lama selepas itu, Sahiran keluar dari tandas dan dengan awkward berjalan ke arah kami.

"I'm sorry but what was that?"

"Nong..." Razif menjegilkan bola matanya. Kemudian mereka berbual bahasa Thai sebelum Razif memandang aku. "Aku mandi dulu eh? Masak dengan Sahiran."

Kemudian, aku dengan Sahiran. Setelah dia melihat apa yang terjadi, lagilah awkward antara kami berdua. Apa nak jadi pun tak tahulah dengan kami ni.

"P, that was sensual."

"Sensual or sexual you meant?"

"Sensual. To touch someone with your feelings, is magical feeling weh. Before him, you ever like anyone?"

Aku tersenyum. Not that he's the first love but he's the love I wish is the first and the last.

"I had. But no one can beat him..." Kemudian aku memandang sepupu kepada kesayangan aku itu. "You straight?"

"Chai! I have a phen. She will go study at Bangkok soon."

"And you will go to Singapore?"

"Chai."

Sedang kami berbual, pintu dapur yang menghala ke luar itu diketuk dan seorang gadis memberi salam or in this case, sawat di kha. Gadis yang aku rasa seusia dengan aku dan Razif.

"P'Wen!!!" Sahiran meninggalkan aku dan pergi ke gadis tersebut.

Razif keluar dari bilik air kemudiannya dan Sahiran memanggilnya ke arah mereka. Razif melihat sahaja gadis tersebut, terus berlari ke arah mereka berdua. Bear in mind, he's still wearing shorts and tuala yang disarung di bahunya sahaja.

Sahiran kembali pada aku. Senyuman masih maintain di wajahnya.

"Who's that?"

"P'Wen. P'Razif's ex five years ago, I guess. She's cute, right?"

"Yes they are."

"They went to the same elementary school and even Yay likes her. Back then, she always eat lunch here because her mother is always busy. They are very close."

Mendengarkan yang itu adalah ex Razif, aku tercyduk sekejap. Aku memang well aware dengan ex-ex yang Razif ada dan aku tak nafikan yang mereka semua cantik. C'mon, Razif kut! Natalya dulu pun senang-senang je dia dapat.

Tapi, melihat dia dengan Wen ini, hatiku bagai dirobek sedikit. Mereka nampak begitu mesra. Siap bertepuk tampar bagai. Malahan, dada yang tadinya aku pegang kini dicucuk manja oleh Wen itu. Bahu yang selama ini aku bersandar dipeluk manja. Siap berkejar-kejar lagi dan Razif siap peluk dia lagi. Bare-chest tau.

"Nong, I have a headache..."

"Auw... you want medicine na?"

"Mai pen rai. I want to rest for awhile in the room."

"Okay. Take care na weh."

Aku masuk ke bilik dan aku pasang earphone sekuatnya dan berbaring. Tanpa aku sedar, air mata kecemburuan mengalir perlahan di pipi. Masuk pula tu dengan lagu Antara Cinta dan Kasih daripada Aisyah.

https://www.youtube.com/watch?v=1HqU_oWxQiI

Segala yang aku lihat tadi terlintas kembali di bayang mata. Aku tahu siapalah aku untuk berasa cemburu. After all, dia bukanlah kekasih aku pun. Jauh lagi teman sehidup semati.

Haydar, dia ada hak untuk bergembira dengan sesiapa pun. Kau tak ada hak untuk masuk campur dalam hidupnya. Dia sendiri tak mengaku kau kekasih dia. Kenapa kau nak affected sangat ni?

Pintu bilik diketuk dan aku nampak Razif berdiri tercegat di situ. Aku mengesat mataku seraya dia masuk ke dalam bilik tersebut dan tersenyum kepadaku. Senyuman yang nipis tapi bermakna. Kau tahu ianya bermakna apabila kau sendiri rasa mahu tersenyum melihat senyuman itu.

"Aku tahu kau cemburu."

"Siapa aku untuk cemburu?"

"Kau ada hak untuk cemburu, Haydar."

"Kenapa pulak? Dia kan kau dah kenal lama. Aku ni baru berapa bulan je. Hati dia kau lagi kena jaga daripada hati aku. After all, we are not dating yet, right?"

"Jadi kau nak kata, just sebab aku kata yang aku tak terima kau jadi boyfriend kau, aku bebas buat apa saja walaupun itu akan sakitkan hati kau?"

"Of courselah. It's your life. Aku ni siapa je. Kau kena jaga hati dia. Aku ni, kalau apapun, aku still kena tebalkan hati aku sebab c'mon lepas ni kita nak stay kat Hat Yai for four days lagi, haruslah aku kena kuatkan hati aku. After all, I wanted you to like me."

Dia diam sahaja.

"Macam mana aku kata aku takkan paksa kau untuk suka aku balik, macam tu jugaklah aku cuba untuk tak paksa diri aku cemburu dengan kau, Razif."

Dia pergi ke pintu dan mengunci pintu tersebut. Kemudian dia bersandar pada pintu tersebut bersilang tangan di dada. God, even at a moment like this, he's hot.

"Razif, I'm sorry for whining. Aku cuma..."

"Nevermind. Aku faham. Cemburu tanda sayang kan?"

Aku ketawa sarkastik. Tawa itu untuk diri aku sendiri. "Siapa aku untuk cemburu? Aku cuma seseorang, maybe not even friend, yang sukakan kau. Aku tak ada hak untuk rasa cemburu."

"No, kau ada hak untuk cemburu, Haydar."

"Jangan sugarcoat, Razif."

"Bila aku kata kau ada tu, kau adalah. Apa ke degil sangat kau ni?"

Kejap aku blur. Is he high? Am I high?

"Kau ada hak sebab kau boyfriend aku."

Air mata yang mengalir semua tadi bagaikan tertarik semula sendiri ke dalam mata. Dunia menjadi terang semula. Walaupun aku tak pasti apa yang aku dengar tadi, aku yakin ini bukannya mimpi. Ini bukan mimpi!

Dia menyarung t-shirt 'I love Thailand' sebelum berdiri di hadapan aku.

"Aku dah buat kat sakit tunggu aku, aku tak nak kau sakit cemburu pulak."

Bibir kami bertemu. Apabila dia menariknya semula, dia mengenyit mata kepadaku dan keluar dari bilik itu.

Aku tersandar di kepala katil. Kepalaku bingung dan juga ceria.

I'm dating Razif Haydar. My boyfriend is Razif Haydar. The boy who has the same name dengan aku dan juga the love of my life. What BL series is this?!
--------------

So yeah, sometimes tak semua benda yang besar tu perlukan moment yang significant. Kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi trigger point.

Also ni nak marah ni votes slow semacam ni. Dah lepas ni kalau dah 45 votes baru nak tulis chapter baru kalau tak biar lambat haaa gasak kau!

Sneak peek for next chapter which will be Danny's POV will be...

"Kenapa kau stay lagi dengan Along aku?"

"Cakap apa kau nak, dia tu abang aku!"

"Along, aku ni adik kau tau! Acik pun adik kau!"

'Payah bila dalam hidup kita ni ada ular. Ular berkaki dua.'

And for the readers of Racun Sekuntum Lily, yalls seen Seth before right, now be prepared to see someone like him hehehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro