Bab 34 (Danny)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku bangun pagi itu dan aku rasakan rumah itu berbau sial. It's not that sial tu ada bau tersendiri tapi aku dapat rasakan rumah itu macam akan menerima satu vibe tak menyeronokkan pagi itu. Besar kemungkinan sebab Finn ada dan rumah ini tak pernah aman kalau Along ada dalam rumah.

Aku masuk ke dalam bilik mandi, isikan penuh air dalam tab dan masukkan bath bomb ke dalamnya. Laju saja air itu bertukar kebiruan. Aku masuk ke dalamnya dan mula mendail nombor Jonathan. Biasanya time macamni, dia sedang nak bersiap nak pergi kerja. Di Sarawak tak salah dia berkerja di Sugarbun.

Panggilan video call ku itu berjawab dan aku meletakkannya di tepi tab mandi.

"Hello, Baby..."

"Hi, Sayang! Mandi ke?"

"Yup, feeling like soaking myself."

"Damn, you must be looking so hot right now."

"You wanna see it?"

"No need. Sikmauk aroused mau pigi kerja ni."

"Malam nanti kita video call eh?"

"Okay, Sayang."

Dia mematikan panggilan dan aku sambung berendam di dalam tab mandi tersebut. Nyaman saja rasanya. Sambil itu, aku menggosok badan yang memang selama ini aku banggakan. Badan yang memang aku gunakan untuk mencari duit. Aku siap insuranskan abs aku RM50000 kut. Malah kedua-dua tangan aku pun aku insuranskan RM10k sebelah. Muka, tengah filing.

Habis mandi, aku menghadap cermin. Sekurang-kurangnya aku akan luangkan masa hampir setengah jam selepas mandi untuk muka sahaja. And not to brag that aku spend RM2000 untuk produk muka dan RM1500 untuk facial sebulan. Beauty needs price and surely discipline.

Keluar dari bilik tidur aku, ya, aku tahu kenapa rumah ini berbau sial hari ni.

"Mana abang kau ni, Qiqi? Penat dah tunggu."

"Abang yang mana kau maksudkan ni, Roy? Aku ada tiga."

"Yang mana lagi? Takkan si muka ketat tu pulak?"

"Aik? Okay then out of three, dua muka ketat. So which one?"

"Along kaulah siapa lagi!" Nadanya ceria. Tapi aku tak pernah percayakan setiap nada yang dia keluarkan dari mulut longkang dia tu. "Oh, Acik kau pergi mana?"

"Oh, Acik pergi..."

"Adik!" Aku pantas memintas percakapannya. Bahaya kalau benda macam tu terlepas ke mulut Roy. Aku terus menyertai mereka walaupun aku sejujurnya tak berminat.

"Oh, ada kau..." Roy menyapa mesra. Hypocrite ass bitch!

"Ada je. Dah rumah aku. Kau tu buat apa kat sini pagi-pagi buta?"

"Jumpa abang kaulah, apa lagi? Bandwagon ada nak buat gathering kejap lagi. Nak gerak sekali dengan dialah ni."

Aku memandang Adik dan memberi isyarat untuknya naik ke atas. Tapi adik aku ni punya benak ubi bukan kaleng-kaleng jugalah.

"Adik, pergi naik. Lama menyembang ni nanti kau pun jadi Mami Jarum jugak." At this point aku dah malas nak berkias dengan Roy ni. Dia tahu apa yang dia buat dan aku salute dia untuk still berani tunjukkan muka dia depan kami semua lagi.

Qiqi akur sahaja dengan arahan aku itu dan membiarkan aku berdua dengan Roy ni. Mukanya tu memang mintak ditumbuk. Dengan kejawaan muka dia yang tak sorok langsung tu, aku wonder kenapa dia still boleh hidup dalam Bandwagon tu. Mungkinlah skills muzik dia tu perform kan.

"Kenapa takut sangat dengan aku, Danny? Apa yang aku buat kat kau?"

Aku menyilang panggung dan memandang dia yang berada di depan aku masa tu. Geleng kepala aku melihat betapa numb kepala dia ni.

"Kau betul-betul careless dengan apa kau buat kan?"

"Really? Apa aku buat?"

"Tak cukup lagi ke kau dah buat aku bermusuh dengan abang aku, kau nak datang lagi rumah ni tunjuk muka kau depan kitorang berdua?"

"Salah aku ke? Aku just bagitau apa yang aku nampak dan aku rasa Finn patut tahu semua tu..."

"Siapa kau untuk masuk campur urusan adik-beradik orang?"

Dia yang baru hendak minum terhenti niatnya itu. Mata aku kemudiannya dia pandang lama.

"Sudah-sudahlah tu, Roy. Aku tahu kau ada niat lain kan tanya pasal Haydar kat Qiqi tadi kan? Tak cukup lagi ke kau jahanamkan aku dengan Aiman? Niko dengan Ari? Siapa lagi yang kau jahanamkan?"

"First of all, aku cuma inform Finn je pasal tu. Also, Ari betul-betul terseksa ke? Ada je ambik Divisyen Pilihan Muzik tu. Elok je. Dia pun sedang elok je lepas Niko tu mati. Tak ada pun grieving mana."

"Dah tu? Kau rasa kau ada hak untuk masuk campur hidup orang? Dan bila kau bawak mulut kau sana sini, apa yang kau dapat?"

"Eh, aku cuma sampaikan benda betul je."

"Ha'ah, betullah tu! 10 kau cakap 15 tak betul!"

"Apa yang tak betulnya?" Kemudian dia memandang ke tingkat atas. "Aku datang sini nak jumpa abang kau. Mana dia?"

"Kau memang tak ada sense of shame and guilt langsung kan, Roy?"

"Whatever kau cakaplah, Danny. Yang penting, aku tahu aku tak salah. Kau pun, daripada asyik salahkan aku untuk kau punya dysfunctional brothership sesama korang, baik korang muhasabah diri sendiri. Cari mana salah korang?"

Masa mulut dia tu lembut bermadah macam tu, percayalah aku rasa nak pijak-pijak saja dia masa tu. Mulut macam longkang.

"Pasal kau dengan Aiman? Again, aku just beritahu Finn macam biasa. I mean, kalau dia tahu pun nanti, kau akan tetap break dengan Aiman tu jugak kan?"

"Sekurangnya it wouldn't happened with any restraining order been filed."

"Well, salah aku ke?"

Malas hendak melayan dia ni lagi, aku terus meninggalkannya dan naik ke tingkat atas. Aku terserempak dengan Finn yang hendak turun ke ruang tamu berjumpa dengan BFFnya itu.

"Along..."

"Apa dia? Aku dah lambat dah ni. Roy ada kat bawah tak?"

"Along, dengar sini. Kau still anggap dia tu kawan kau ke?"

"Apa benda kau ni pagi-pagi dah buat aku naik darah ni?"

"Along, dah tengahari dah pun. Second, aku ni adik kau. Kenapa kau senang percayakan dia berbanding adik kau sendiri? Kau nak kata aku jealous dengan kau? Itulah yang dia asyik cakap kan."

"Because it's true!"

Kadang-kadang aku wonder dengan how narcissist anyone can be and in this case, Finn. Kenapa aku nak kena jealous dengan dia kalau aku ada career modelling aku yang kalaulah aku membuat keputusan untuk bersara dalam masa lima tahun ni, duit aku takkan habis sampai umur aku 70 nanti. Unlike Malaysian artist yang mintak bantuan mampu beli Vellfire hitam, beli motor besar modified bagai and beli periuk nasi untuk bini sampai harga RM8000.

"Dah, aku dah lambat ni!" Dia menolak aku ke tepi.

Memandangkan pertengakaran itu berlaku di luar bilik Qiqi, haruslah dia menjengukkan kepalanya selepas Along berlalu pergi. Kemudiannya dia mengajak aku masuk ke dalam biliknya, nak membawanglah tu.

"Angah gaduh apa lagi dengan Along tu? Biar jelah dia dengan Abang Roy tu."

"Kau pun satu! Kau nak cakap yang Acik pergi mana kat si Roy tu tadi?"

"Manalah Adik tau. Dah dia tanya, Adik jawab jelah."

"Kau jangan. Dia tulah Mami Jarum sebenarnya. Sekarang ni Along kita pun tak tahu Acik pergi mana. Or maybe he knows but Along is Along kan?"

"Tapi kalau betul pun dia tu Mami Jarum, maksud Adik, Abang Roy, apa yang dia dapat?" Dia mengunyah jeruk yang aku syak dia ambil dari dapur sebelum naik tadi.

Aku berguling meniarap di atas katilnya menghadapnya yang sedang duduk di meja belajarnya yang aku tak pernah nampak pun meja tu function.

"Entahlah. Tapi Angah boleh cakap dia tu snake, Adik. Ingat tak Angah dengan Aiman dulu?"

"Ex Angah last two years tu ke?"

"Ha'ah. Yang kitorang break sampai kena masuk court bagai tu."

"Oh, ingat-ingat."

"Kan masa tu aku kena belasah dengan ada seorang model Malaysia ni sebab dia dengki aku dapat sign dengan Dior, lepas tu aku pergilah rumah Aiman. Masa aku on the way tu, aku calllah si Roy bagitau yang aku kena belasah and nak suruh dia inform Along. Dia call polis hantar pergi rumah Aiman tu."

"Laa maksudnya bukan dia yang belasah Angah masa tu?"

"Of courselah tak. Tapi kau sendirilah tahu mulut Roy tu macam mana? Kalau tak mengata, memfitnah. Dah masa tu si Along lagi benci semua gay ni semua."

"Tapi kan, kenapa Along beriya sangat eh benci? Ingat tak masa Angah mula-mula came out masa form two dulu, dia okey je. Tapi lepas SPM macam tu, shortly sebelum masuk INSEMAS, Adik perasan dia macam anti sikit golongan macam ni."

"Kau nak pelik apa lagi? Mestilah sebab mulut longkang Mami JaRoy tu."

Adik ketawa besar bukan main apabila aku memanggil Roy dengan panggilan Mami JaRoy itu. Kenalah sangat dengan mulut Mami Jarum dia tu.

"Tapi kan, Angah, kalaulah Roy tahu benda ni dari mulut Razif or Acik, macam mana eh?"

"Tulah yang aku risau sekarang ni. Kau tahu tak yang Manuk pun tak percaya Angah sekarang ni. Sebab apparently, dia dengan Razif pernah lepak sekali dengan Roy and dia kata tak ada pun Mami Jarum tu bawak mulut apa-apa."

Dia nampak blur dengan apa yang aku baru ceritakan. Tapi kalau dah namanya Razif Iqwani, bila saja dia ni tak blur.

"Dah, Angah nak pergi facial ni. Nak ikut tak?"

"Pergi makan tak?"

"Kalau kau ikut, boleh je."

"Angah belanja?"

"Bila je kau ada duit?"

Dia tersengih.

"Dah jom!"
---------------

So yeah, that's it so far and more to come. Also, kalau korang vote lelaju, dapatlah sehari dua updates macam dulu ya ehek. Macam cakap dulu, tu semualah my central support system hahahahah. And post ni pun tengah malam, maybe time korang baca tengah sahur kan. Salam Ramadhan!

And say hi to Mami JaRoy!

Sneak peek

"Kenapa kau nekad nak tunggu aku, Haydar?"

"Kalaulah dulu aku tak benci tengok kau kan..."

"Meh sini aku suapkan. Comot gila..."

"Well, we are officially boyfriends now so can we....."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro