Bab 47 (Mandar)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ini, Razif berjanji akan membawa Papanya berjumpa dengan aku dan Mama. Katanya, budak Haydar tu pun ada sekali. We shall see how it's going to be.

Studio aku setakat ini memang ada dua. Satu of course yang kat aku punya studio besarlah dan satu lagi kat belakang rumah Mama ni. Label aku taklah besar mana tapi artis bawah aku boleh tahanlah juga ada nama. So far, aku ada enam artis bawah aku, termasuk Razif.

Vocally speaking, suara Razif memang boleh pergi jauh. Dan dengan muka dia, aku jamin dia boleh jadi besar nanti dalam industri. Macam bapak dia jugak.

"Mandar..." Mama memanggil aku yang sedang membelek fail-fail di ruang tamu. "Bila dorang nak sampai?"

"Tadi dia kata dah on the way."

"Mama ada masak mihun goreng tu. Mama tak tahu dorang dah makan ke belum jadi Mama masak yang simple jelah." Mama memang begitu. Biarpun sibuk dengan bisnes tudungnya, dia tetap rajin memasak hatta untuk sesiapapun.

Introducing, Dato' Siti Sarimah Ahmad Shah, founder for TheSari fashion line. Basically, Mama focusing on her tudung and also Muslimah attire. Semua ni sejak dia berhijrah dan tinggalkan dunia modelling pada tahun 2002. Dan jangan risau, even as a T20 fashion mogul, Mama tak pernah downgrade golongan B40 kat Instagram, masih boleh cakap Melayu, tak pernah buat video condemn orang yang pakai telekung fake dan tak pernah copy design orang.

"Mama ni buat susah je. Mama tak kenal pun lagi siapa yang Mandar ajak tu."

"Dah tu Mandar yang tak nak bilang Mama siapa orangnya. Mama tertunggu jugak sebenarnya siapa orang-orang tu."

Bukannya aku hendak berahsia dengan Mama tapi aku ingat lagi kali terakhir nama Papa si Razif itu disebut oleh mulut Mama, ianya tidak berakhir dengan baik. Malah, ketika aku berumur lima tahun, aku pernah menyaksikan pertengkaran maha dahsyat oleh Mama dan arwah Papa.

1998

"Razif, enough is enough! You left me two years ago for him, I relakan. Tapi takkanlah after dia dah pilih Diana tu pun, you still nak dia lagi? Apa masalah you?!"

"I love him, Sarimah. And you, I asked for you if you wanted a divorce and you resisted. Salah I lagi ke, Sarimah?"

"Razif, dia tu lelaki, you tu lelaki. How can you guys want to be together."

"I sayang dia, Sarimah. Whatever you want to say."

"Fine, you sayang dia. I sedar I siapa. Tapi dia sayang ke you macam mana you sayang dia? Sayang ke dia kat you macam mana I sayangkan you? If yes, takkan dia pilih Diana daripada you. Can you make things about you sometimes when it comes to him? You seksa diri you tau tak sekarang? You sacrifice yourself!"

"Sarimah, you tak faham dan I tahu you takkan faham. Kita kahwin pun sebab parents kita suruh. And I respect you by not making you a janda at a young age..."

"So, you just respect me? Not love me?"

"I did..." Kemudian Papa membelakangi Mama. "But then it's gone. And you can put the blame on me, Sarimah. I accept it wholly. I still love you but not the way it is supposed to be."

Itulah kali pertama aku melihat Mama menangis sepenuh hati. Tapi ketika itu aku hanya berusia lima tahun, apa sajalah yang boleh aku lakukan.

Aku lakukan research aku sendiri untuk mencari Razif Haydar ini. Aku tahu Krul dan aku memang peminat kumpulan Sym4ny. Mungkin aku dapat minat aku kepada kumpulan itu sebab kat rumah memang bersepah CD kumpulan tu yang aku rasa Papa collect dulu.

Selepas aku dapat tahu yang Razif Haydar itu kini belajar di INSEMAS, aku nekad mencarinya di situ. Sehinggalah aku tahu yang ada dua Razif Haydar di situ dan one of it happened to be adik kepada KD Muzik, Razif Sufian. Aku try rapat balik dengan Finn yang dulunya merupakan junior aku sebab aku dulu Divisyen Pilihan Muzik. Aku kemudiannya dapat tahu yang Finn kini sedang organize satu band official untuk INSEMAS dan that Razif Haydar yang aku cari merupakan ahlinya.

Aku pun pergi ke INSEMAS Open Day untuk menyaksikan persembahan julung kalinya dari band itu. Aku nampak saja muka Razif Haydar itu naik ke atas pentas, darah aku menggelegak kepanasan. Bapa dialah yang merenggut kebahagian Mama. Yang memusnahkan Razif dan Sarimah. Dan bapa dia masih ada rasa untuk menamakan nama aku dan nama Papa dalam nama anaknya. Memang tak berperikemanusiaan.

Tapi sebaik aku dengar mulutnya dibuka, kebencian aku kepadanya seolah-olah hilang satu persatu. Wajahnya polos kosong tanpa sebarang cacat cela. Macam Papanya back to the late 90s. Dan senyuman dia I have to admit, sangat genuine.

Masa jumpa dia depan-depan hari tu pun kat studio, dia nampak sangat naif. Ketika itu aku terfikir, kenapa aku nak bencikan dia sedangkan kami berdua meranakan perkara yang sama. Rawan di hati kami kerana perkara yang sama. That being said, Papa aku dan Mama dia meninggal pada hari yang sama. Aku tak mampu membenci dia.

Kalau betul aku ada hak untuk membenci, ianya adalah ayahnya, bukan dia. Dia tak salah.

Baru aku hendak memberi jawapan kepada Mama, aku terdengar bunyi hon kereta di luar. Tapi Mama lebih, bersemangat dia bangun dan pergi menyambut tetamu tersebut.

Dan, detik yang paling aku tunggu sekian lama akhirnya tiba. Mama terpaku kakinya di lantai dan begitu juga Krul. Mereka dua saling bertentang mata. Bukan pertemuan semula sepasang kekasih, sebaliknya pertemuan semula dua manusia yang pernah mencintai lelaki yang sama.

Razif dan Haydar yang ada di situ aku ajak masuk membiarkan kedua-dua Mama dan Krul di muka pintu.

"Fakhrul..."

"Kak Sari, Krul minta maaf..."

Aku nampak Mama kegelisahan. Dia memandang aku dan Krul berulangkali. Aku berani jamin fia sedang marah pada aku ketika itu.

"Mandar, apa ni?" Mama memandang ke arah aku.

"Kak Sari, Mandar ni anak akak? Dengan Abang Razif?"

"Yalah, anak siapa lagi? Akak tak kahwin lagi pun lepas dia meninggal."

Aku mengajak mereka berdua masuk dan duduk di atas sofa. Teh aku hidangkan kepada mereka semua termasuk Mama.

"Mandar, explain! Now!"

"Actually, Mama, Razif anak Krul ni protege baru Mandar. Memang Mandar cari dia. Mandar yang suruh dia bawak Papa dia untuk jumpa dengan Mama. To clear the atmosphere antara Mama dengan dia."

"Mandar, you know what happened kan?"

"I know and it's a past..."

"Mandar!"

"Kak Sari..." Krul memotong Mama. "Depan anak Krul dengan kawan dia ni, bersaksikan anak akak sekali, maafkanlah Krul. Krul mengaku Krul memang muda masa tu. Krul bodoh. Krul tak fikir pasal orang. Dan Krul dah dapat pun balasan untuk Krul. Isteri Krul, Diana meninggal masa lahirkan anak Krul. Dalam masa satu hari, Kak Sari, Krul hilang dua orang yang paling Krul sayang. This isn't a competition but if it's gonna make you feel any better, I would be pleased."

Mama memandang dia dan kemudian Razif. Air mata Mama mengalir laju ketika itu. Begitu juga dengan Krul.

"Ini anak kau?" Mama menunjuk ke arah Razif. Razif mengangguk. "Macam muka Diana."

Krul dan anaknya tersenyum. Kawan anaknya itu juga turut tersenyum nipis.

"Aku memang bencikan kau, Fakhrul. Tuhan saja tahu. Tapi aku tak dapat nafikan anak kau ada aura Razif. Nama dia pun Razif kan? Krul..." Mama mengambil nafas berat. "Terima kasih sebab datang jumpa Akak."

"Aunty..." Anak Krul bersuara. "Anggap jelah saya ni macam anak Aunty jugak. Saya pun tak ada mak. Mesti arwah Uncle suka tengok Aunty rapat dengan saya. Abang Mandar pun mesti suka dapat adik."

Mama terus memeluk budak lelaki tersebut dan sambung menangis. Aku juga turut mengalirkan air mata terharu melihat semua ini berlaku di hadapan mata aku sendiri selepas 27 tahun aku hidup.

Dan petang itu, aku rasa aku berjaya menyatukan dua keluarga semula. Aku pandang potret besar Papa di tengah ruang tamu itu. Kalau dia ada, pastinya dia turut bergembira juga.

Misi aku berjaya!
------------

Rasa macam kena game tak chapter lepas sneak peek lain sekali chapter dapat lain. Entahlah I rasa macam I need to tell story from Mandar's side jugak. Saja, for dramatic purposes. Also, brace yourself sebab chapter depan onwards, memang ribut je takde tenang dah.

Also, 55 votes ya! Saja cakap sebab kalau tak cakap, korang lambat vote ya hahahahahaha...

P.s. Daniel nangis sikit tulis chapter ni sebenarnya...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro