Bab 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sekarang, aku sangatlah busy. Kalau tak busy assignment, aku busy dengan latihan tarian. Kalau tak busy latihan tarian, aku busy dengan latihan dengan Finn. Kalau tak busy dengan yang tu, aku busy dengan Abang Mandar. Aku dah dengar demo lagu dia tu and aku admit, Abang Mandar is a good composer. Of courselah, ayah dia Razif Kamal kut. Memang orang nama Razif ni musically artistic kut.

Apa? Ingat Razif Daniel tu je boleh narcissistic? Razif Haydar Muhammad Fakhrul pun bolehlah.

Lima Lahanat memahami kesibukan aku jadi memang waktu lunch akan aku jadualkan untuk mereka. Kalau aku ada biografi nanti dan kalaulah ada orang nak tuliskan, pastinya dorang akan ada kat seksyen Penghargaan dan Zaman Kegelapan. Tahu sajalah perangai masing-masing.

Haydar, dia memahami keadaan sekarang. Keadaan yang sememangnya memaksakan kami berdua untuk tidak kerap berjumpa. Tapi ada masanya, dia sendiri akan menemani aku ke studio Abang Mandar.

Tapi sekarang at the moment, ada masalah sikit.

"Razif..." Natalie menegur aku semasa aku on the way ke kelas. Kenapalah aku mesti terserempak dengan dia ni sekarang? "Laju je jalan."

"Dah nak pergi kelas. Mestilah kena laju. Kenapa, Nat?"

"Remember the other day I ada ajak you makan. So, bila you free?"

"Seriuslah, Natalie? I mean, I busylah sekarang ni."

"You single je kan? Kenapa macam tak nak je ni? Zif, just a friendly gesture jelah. Nothing personal pun."

Macam mana aku nak fahamkan dia sekarang ni?

"Or you have someone else?"

"Kalau I kata ada, you nak buat apa?"

I swear to God, besarnya mata dia ketika itu. Memang tak percaya benarlah kiranya.

"You tipu?"

"Nat, kita dah break kan?"

"Well I remember you said it was meant to be temporary."

"Fine! I'll go makan with you but a decent place okay, friendly gesture only."

Dan sepanjang kelas sampailah ke waktu lunch, aku hanya memikirkan tentang Natalie. Tak, bukan the way korang rasa it is. Aku memikirkan rasional keputusanku itu tadi. Dan juga aku fikir, patut ke Haydar tahu?

Disebabkan kestressan itu, aku lunch seorang diri. Nasi Ayam itu terasa sangat liat dan almost unedible ya untuk dimakan. Semuanya kerana aku terlalu berfikir.

Bahu aku kemudiannya ditepuk oleh seseorang membuatkan aku menoleh spontan. Roy memegang Mango Smoothie yang menepuk sebelum mengambil tempat di hadapan aku.

"Seorang je, mat?"

"As you can see."

"Haydar?"

"Dia lunch dengan geng dia. Aku tak naklah kacau."

Dia angguk sahaja. Aku sambung menjamah nasi tersebut.

"Macam tak sedap je nasi tu?"

"Sedap je. Aku je yang tak ada mood."

"Can tell. Muka kau nampak tension. Ceritalah kalau tak keberatan."

Memandangkan Roy ini adalah antara manusia yang aku rasa paling genuine dan paling trust-worthy, aku pun memulakan cerita. Semuanya pasal Natalie dan Haydar.

"Laa tu je ke? Senang jelah. Pergi jelah makan dengan Nat. Takyah bagitau Haydar pun tak apa. Dia sendiri yang bagitau kau kalau nak keluar, pergi je."

"Tak macam violate dia punya trust ke?"

"Haila, kata friendly gesture. Unlesslah kalau korang pergi friendly gesture kat OYO ke, Airbnb ke, then that make senselah. Setakat pergi makan, tak kudislah."

Betul juga tu. Lagipun aku bukannya buat sesuatu yang akan jeopardizekan hubungan kami berdua pun. Is it?

"Lagipun, kalau kau bagitau Haydar, mesti dia akan overthinking. Kau tak nak buat orang yang kau sayang macam tu kan? Jadi, pergi jelah. Macam kau cakap, sebagai kawan je."

Jadi malam itu, aku bersetuju untuk keluar makan dengan Natalie. Pada Qiqi pun aku tak beritahu dengan siapa aku keluar. Dan dengan Natalie, biasanya dia akan membenarkan aku drive kereta dia iaitu Volkswagen Polo pink itu.

Kami memilih sebuah restoran yang masa kami couple dulu pun, selalu kami pilih restoran ini. Memang kiranya ada sentimental valuelah.

Selepas memesan makanan, kami mula berbual tentang perkara-perkara random. Dari soal fesyennya sehinggalah soal muzik aku. Dan terkeluarlah satu soalan dari mulutnya.

"Why did we break up before eh?"

"You called it off, Natalie. Jangan buat-buat lupa."

Dia tersenyum. To be honest, aku masih sukakan perempuan dan Natalie memang aku punya ideal type of woman. Dia cantik, elegan dan ada aura sofistikated.

"Razif..." Dia memegang tangan aku. "I believe this is the best time for us to get back together."

"Nat..."

"I mean, you are single and me too. You tak rasa ke benda ni is like universe want us to be together forever. Like, we are meant to be together."

"Nat, you called it off tau. And I'm here just as a friendly act tau. Not more beyond that."

"But, everything deserves a second chance kan? And I'm here asking for it."

"Nat, I don't see you that way anymore."

Wajahnya bertukar kemerahan dan aku nampak air mata mula menitis di pipinya. Disekanya lembut dengan belakang tapak tangan. Wajah aku kemudiannya dipandang dalam-dalam.

"Why, Razif? Dah tak ada ke ruang dalam hati you tu untuk letakkan I ni? I just want a small space, tak kisahlah dalam mana pun, kecil mana pun. I just want it for me in your heart."

"Natalya, please understand my stance. I love you tho but doesn't mean I want..."

"Then? There you said it. Apa lagi you nak berdalih, Zif?"

Aku diam membatu. Sebarang perkataan yang keluar dari mulut aku sekarang takkan membantu apa-apa.

"Or you have someone else, Razif?"

Aku menggeleng. Aku tak mahu nama Haydar ditarik.

"Then?"

Aku baru hendak menjawab tapi Qiqi pula telefon aku. Disebabkan telefon itu facing upwards di atas meja, haruslah aku menjawabnya di hadapan Natalie.

"Hello, Qiqi."

"Hello, Abang. Abang kat mana?" Mentang-mentang aku couple dengan abang dia, dengan aku dipanggil abang.

"Abang kat..."

"Iqwani, hi!!!" Natalie menyampuk.

"Abang tengah makan, Qi."

"Kenapa ada suara perempuan? Kak Natalie eh?"

"Ha'ah. Err, Qiqi jangan bagitau Acik Qiqi tau." Aku bangun dan pergi menjauh sedikit dari Natalie.

"Oh... okey. Abang, Qiqi pergi dulu eh? Saja je call. Ingatkan... Abang dengan Acik."

"Oh, Acik takde eh?"

"Err dia... entahlah... Qiqi pun tak sure."

Panggilan dimatikan. Aku kembali pada Natalie.

"So, I'm guessing no is the answer for my request?"

Aku mengangguk perlahan.

"I love you, Razif. You know that, right?"

Aku angguk lagi.

"But, if that's what you want, who am I to ask more than that."

"Natalie, you are pretty and a nice girl. Find someone better than me."

"But I want you."

"Jangan, Natalie. Please..." Damn, I'm good at rejecting people. Last time aku reject orang, masuk hospital orang tu dan sekarang dah jadi boyfriend aku dah pun.

Habis makan, kami pun pulang semula ke INSEMAS. Dia menghantar aku ke blok aku dahulu sebelum ke bloknya.

"Razif, if you may, please consider about it, okay."

Apa korang expect aku punya reaction? Haruslah aku anggukkan saja walaupun sebenarnya aku tak rela. Bodoh sial aku.

Aku melangkah longkai ke bilik. Tiba saja di depan bilik, aku nampak selipar Qiqi ada di situ. Lega sedikit sebab tak nampak kasut Haydar ada di situ. Kalau tak, masak juga aku hendak menjawab.

Aku masuk ke dalamnya dan melihat Qiqi sedang bermain phone di atas katil. Di atas katil aku pula terdapat sebuah gitar dan aku kenal gitar itu. Ianya adalah gitar lama aku.

Di atas meja belajar aku, aku nampak ada tiga pizza saiz large dan air Pepsi. Malah terdapat juga belon dan party cone di situ.

Aku pandang Qiqi meminta penjelasan.

"Acik dengar tadi sebenarnya, bang..."

Aku menutup pintu dan aku bersandar kepadanya. Mampos aku mampos!

"Acik beli gitar baru so he thought he might want to share the happiness dengan abang. Dia nak surprisekan abang tapi..."

"Dia kat mana, Qiqi?"

"For real this time, Qiqi tak tahu. Qiqi tak tipu kali ni..."

Air mata aku pula yang mengalir kali ini. Aku melangkah ke meja tersebut dan nampak rantai bertulis 'Razif' ada di situ.

Apa kau buat ni, Razif?
----------

Haaa dah tercyduk baru nak menyesal katanya gitu.

Sneak peek

"Sometimes I wonder, do I actually know you?"
"Oh well, ada aku mintak kau buat semua tu?"
"Biasalah bila kita tengah stres, kita tend to cakap merapu kan?"
"Kau tak rasa ke dia tu something?"

Okay, stay tuned for future updates. Drop some votes to 55 and feedbacks too hehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro