Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KENALKAN kawan-kawan aku..." Ditolak tubuh aku depan rakan-rakannya. Aku keliru, memandang wajah mereka satu persatu. Semuanya nyata terkejut, namun seketika semuanya tertawa sinis. Seperti mengejek aku, kerana melihat penampilan sememeh aku.

"Apa awak buat ni, Raden?" Rasa tak puas hati, dipermalukan depan rakannya. Aku cuba undurkan tubuh, menghadap dia, namun salah seorang dari mereka menarik aku sehingga hidungku terlanggar dada dia. Mendidih darahku, dadanya aku pukul kuat.

"Kau nak apa, hah?!"

"Wei, garanglah minah ni. Kau kutip mana? Tepi jalan ke?" Lelaki tidak bernama itu mengejekku tanpa belas kasihan. Raden turut gelakkan aku. Panas hati aku. Kalaulah aku tahu begini, tak mungkin aku terpedaya.

"Aku jumpa dia kat taman, dia ajak aku jadi boyfriend dia... Benda free kan? Siapa tak nak?" Menggigil seluruh tubuhku. Sangat-sangat biadap! Aku pusingkan tubuh dan hadiahkan sebiji penumbuk di perutnya. Puas bila dia seringai kesakitan.

"Tak macam mangsa lain. Ni kuat melawan lah, bro."

Raden keluh dan menekan perutnya sambil senyum senget.

"Dia ni acah kuat je. Ayat-ayat sikit, bagi ciuman mesti dia cair. Maklumlah level kampung je." Raden sambung bicaranya, sambil gelak-gelak. Semua lain ikut ketawakan aku. Maruah aku macam dipijak-pijak sampai lumat. Tahulah aku sekarang, lelaki di depanku ini tak layak jadi pujaan aku. Dan lagi tak layak jadi tunang Tiara. Aku akan pastikan Tiara putus dengan Raden.

"Dia ni ke yang nampak kau berasmara dengan Qis?" Satu suara lain menyampuk.

"Yup. Berkeras nak beritahu Tiara... Dia bff Tiara... Menyusahkan betul."

"Aku akan pastikan kau putus dengan dia!" Tengkingku dengan dada berombak kencang. Benci tahap nak tanam dia hidup-hidup.

"Are you sure? Kau tak takut kalau aku apa-apakan kau depan kawan-kawan aku ni? Kat sini, tak ada siapa boleh tolong kau... Sebab ni apartment aku..."

Ya Allah... Bergegar organ aku, baru aku tersedar aku dikelilingi oleh 5 jejaka termasuk Raden. Semuanya berniat jahat, tak ada yang berupa baik. Apa perlu aku buat? Merayu dilepaskan diri? Ataupun lari sekuat tenaga dengan kudrat yang tak setanding mereka berlima itu?

"Jangan apa-apakan aku... N... nanti aku report polis!" Aku cuba ugut Raden. Gertak pun riak Raden tak berubah. Masih menyinis, dan tak tergugat dengan sebarang kata yang aku ungkapkan.

"Takutnya..."

"Kesian pulak. Lepaskan jelah dia, Rad..." Dengan nada mengejek, salah seorang dari mereka menganjing aku. Namun, mataku terpaku pada wajah Raden yang kian mendekat.

"Pasang gari kat tangan dia..." arah Raden serius.

Aku menjerit lantang.

"Kau tak boleh buat aku macam ni!"

"Kenapa tak boleh? Aku dah cakap baik-baik, kau tak nak dengar, kan?"

Semua lelaki di situ pegang aku, cuba meronta dan akhirnya tanganku dah digari kemas. Hampir nak menangis. Sungguh, ini benar-benar gila! Bohonglah kalau aku tak cemas. Aku takut... Tak nak maruahku diragut oleh Raden.

"Yang lain keluar. Biar aku sorang nikmati dia..." Aku geleng-geleng deras, tak mungkin!

Kedengaran derap kaki mengundur pergi dan pintu ditutup rapat. Aku sedang berdua-duaan dengan manusia durjana ini. Ya Allah, bantu aku.

"Come, honey..." Tubuhku terundur kian kebelakang dan terlanggar dinding keras. Aku terperangkap, bagaimana nak lari. Tanganku sakit dibelit kebelakang dengan gari. Macam mana aku nak pertahankan diri?

"Tudung kau ni aku buka, ya?"

"Tolong Raden. Aku minta maaf, jangan buat aku macam ni..."

Nafas Raden galak menampar pipiku. Sesak aku bila jarak kami sedekat ini. Mata tajam berwarna hazel itu merata wajahku. Tangan kekarnya menyauk belakang tengkukku.

"Minta maaf? Kenapa nak minta maaf? Kau ada salah apa pada aku, hm?" Dahinya bercantum dengan dahiku. Bibirku bergetar untuk ungkapkan sebarang bicara. Hanya linangan air mata sebagai jawapan. Resah di hati ini hanya Allah yang tahu.

"Nesa... You like me, right?"

"Please, Raden. Jangan macam ni..."

"You're scared of me?"

"Jangan rosakkan saya... Saya tak ada apa, Raden... S... saya janji tak akan ganggu awak atau Tiara... S... saya..." Terdesak mahu dilepaskan dari kepompong ini, otakku jadi tidak waras. Berjanji perkara yang sangat sukar. Tiara adalah kawan baikku, bagaimana aku mampu jauh dari dia.

"Aku tak suruh kau jauh dari aku, Nesa... Aku nak kau jadi skandal aku. Layan aku seperti yang kau nak selama ni. Dan... tutup mulut. jangan bongkarkan rahsia aku. Tu dah cukup... Kau boleh faham kan apa yang aku inginkan?"

Aku diam lama, merenung dia dengan perasaan berbelah bagi. Raden lelaki jahat, mana mungkin aku jadi skandal dengan dia? Lagi pun lelaki itu, bukan boleh dipercayai sangat. Manalah tahu dia ada rancangan lain. Belakang aku... Alih-alih aku juga yang nampak buruk.

"Answer me, Nesa..." Suaranya merendah, memohon aku dengan nafas hangatnya menyapu wajahku.

"Saya tak nak... Lepaskan je saya pergi..." Hidupku akan lebih tenang sekiranya aku jauhkan diri dari mereka berdua. Raden terlalu toxic untuk aku. Dia lelaki yang banyak red flag. Tak boleh dipercayai.

"You can't..."

"Apa salah saya? Saya tertengok je kan. Kenapa nak paksa saya?" Menagih jawapan, yang begitu lama terpendam dalam jiwa. Aku panasaran.

"Just accept me as your scandal." Pipiku dinodakan jemarinya, kasar mengusap sehingga menghadirkan bahang yang menyentap tangkai jiwa.

"Okay?"

Aku diam. Ada pilihan kah?




HADEN keluar dari perut kereta. Matanya terpasung seketika pada dua pasangan yang tidak sejoli itu. Kerutan terpeta. Salah lihat je?

"Kau bawa siapa ni?" Keluar suara beratnya, meliar pada wilayah wajah perempuan yang pernah dia jumpa waktu blind date itu. Apahal pulak berkepit dengan adik dia?

"Skandal aku. Kenapa sakit hati?" Raden merangkul pinggan gadis itu lebih erat, seakan tidak mahu dirampas oleh Haden. Dia senyum lebar bila wajah kelat Haden menampar matanya.

"Dia perempuan yang kau kenenkan dengan aku. Apasal dia jadi skandal kau pulak?" Bukan dia tidak puas hati, dia sedia maklum perangai Raden yang mata kerancang. Tapi, perempuan tempohari nampak tak kena bergandingan dengan Raden yang liar itu.

"Bukan masalah kau pun kan. Kau pun tak nak. Blah lah. Aku nak bawa dia dating kejap lagi." Raden hamparkan senyum kepuasan bila lihat muka Haden beriak cemburu. Pertama kali nampak Haden sibukkan urusan dia. Selalu ambil remeh je. Nak bertanya tentang Tiara pun payah. Mulut beku begitulah.

"Kau banyak skandal. Asal dia jugak kau  nak?" Bukan dia buta, muka Nesa sangat tidak selesa. Merah padam, sedang manahan amarah, mungkin.

"Kau paksa dia, ke? Kau dah ragut dara dia?" Tegang nadanya bergema. Perempuan bertudung liput ini, takkanlah semudah itu menyerah pada Raden? Atau benar dipaksa tanpa rela?

"Kau diam jela, bising sangat."

Dibawa pergi Nesa. Tak peduli abangnya sedang mengomel sendirian.

"Lepaskan lah. Saya belum terima pun, kan?" Nesa bersuara perlahan, rimas dipeluk begini. Berpeluh-peluh tubuh merenyai kerana kepanasan.

"Beruntunglah aku hanya ugut kau. Kalau orang lain dah kena kau ni."

Nesa diam. Mengikut saja Raden bawa dia ke kereta Lamborghini. Dalam fikiran, hanya nak balik bilik sewa je. Berpegangan begini, menambah dosa.

"Saya nak balik. Boleh tak?"

Diam... Raden masuk ke dalam perut kereta. Memeluk tubuh, dan pandang Nesa.

"Ada tempat lain aku nak bawa kau."

...

Writer's comment : Memandangkan idea takde sye tulis pendek2 je...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro