Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RED FLAG 6

MUJUR Raden beritahu dia ada hal, terus dihantar aku pulang. Tika ini aku mengunci diri dalam bilik sewa kecil ini. Merenung siling putih yang kosong. Tangan merobek rambut sendiri, gelisah tidak berpenghujung. Tak sangka hidupku selama ini aman bakal berantakan kerana satu peristiwa itu. Kalaulah dari awal aku tak berdegil dan kunci bibir, pasti semua ini tak terjadi.

Terleka sebentar bila terimbas kembali bagaimana jantung bekerja keras bila Raden dekati aku. Sangat damage. Renungan galak sang kasanova itu. Patutlah ramai perempuan tumpas di tangannya. Dan, aku tak nak digelumang dosa. Andai kata satu hari nanti, aku dan dia ditimbus dosa. Sungguh, aku tidak akan memaafkan diri sendiri. Aku tidak seteruk itu hendak memusnahkan diri. Ya Allah, bagaimana ini? Perlukah aku berlari sejauh mungkin? Tapi, duit tak cukup. Hanya untuk keperluan makan. Selebihnya itu duit simpanan semasa usiaku menginjak kepada warga emas.

Ting! Ada mesej masuk. Aku raba handpone di atas tilam. Bila baca isi tersebut, sendu pula membuai jiwa.

-Kau okey tak?-

Dari jiran bilik aku... Baru nak balas mesej, ada ketukan bergema. Lekas aku menyapu sisa air mata, tak naklah jiran aku bernama Nia itu tahu perihal masalah aku. Malu nanti.

"Ya, Nia ke?"

Tak ada menyahut.

Turun katil, aku pulas tombol pintu. Baru nak jenguk siapa di luar, ada seseorang merempuh masuk. Dan tubuhku terhempas ke bawah, jatuh tak semena-mena. Sakit gila... Tapi, yang menjadi masalahnya adalah orang yang ku sangka Nia adalah Raden! Ya Allah, siapa benarkan dia masuk kawasan perempuan ni? Tuan rumah pun tak akan benarkan. Tapi bagaimana dia semudah ini boleh lepas?

"You're playing a game, right?" Pintu dikunci dari dalam. Dihampiri aku makin dekat dan ditarik bahuku agar bangun. Aku yang bingung ini hanya turuti. Namun, tak lama aku cuba melawan dia bila dia bertindak menghimpit tubuhku di dinding. Tanganku menolak keras dadanya dengan kasar.

"Kenapa awak ceroboh bilik sewa saya ni?" soalku dengan riak marah. Dalam hati kecut perut, kenapa dia boleh segila ini? Tak munasabah dengan apa yang berlaku.

"Kau block nombor aku, huh?" Bibir itu menyungging sinis diselangi dengan nadanya yang ditekan kuat. Rahangnya bergerak-gerak tajam. Menghasilkan aura yang menggerunkan dalam sanubariku ini.

"Jawab!!!" Tengking Raden di sisi cuping telingaku. Haba panas menyengat. Baru aku tersedar tudungku hilang, togel kepala aku tanpa ditutup. Jiwaku tersentak hebat. Kus, semangat. Macam nak luruh organ dalamanku ini. Apa yang boleh aku jawab? Aku takut...

"S... saya nak hidup saya bebas macam dulu... Aman... Tu je saya nak... Tolong jangan paksa dan ganggu saya lagi, Raden... Please..."

"Saya janji tak beritahu Tiara. Saya akan putus kawan dengan Tiara... K... kalau awak nak bukti, saya..."

Mata Raden kian bersinar tajam, pinggangku dicengkam kuat oleh jemari besarnya. Aku mendesah sakit, tak suka dikasari begini sedangkan aku sudah merayu. Apa lagi dia nak?

"You makes me wants to hurt you so bad..." Bibirnya terus sentuh leher jinjangku. Basah ciuman itu berlabuh, aku terkesima lama. Ini tak pernah terjadi. Aku tak nak! Air mata jatuh meluruh. Aku tak nak jadi perempuan murahan.

"Raden... Let me go!"

"Kenapa? Tak cukup? Kau nak lebih?"

Air mataku diusap lembut, pandangannya meredup seketika sebelum pipiku dikucup sekilas.

"No need to cry." Rangkulan di pinggang dileraikan. Tanganku ditarik agar duduk atas katil.

Aku yang masih kaget dan jantung tak sekata ini tarik tangan dan tidak ikut pun arahan dia.

"Duduk!"

"Saya nak awak keluar dari bilik ni. Awak dah ceroboh bilik kaum perempuan. Tak ada rasa malu ke?" Tudung sarung yang tersangkut di rak aku capai dan pakai. Tak rela Raden terus merenung auratku.

"Malu? I don't have any shame, honey..." Matanya menjelajah keadaan bilik kecil ini. Tergeleng dia sebelum mematri matanya pada wajahku.

"Kau nak duduk tempat kecik macam ni sampai mati ke?"

"Ya, kenapa? Ada masalah ke dengan hidup awak..."

Raden lepaskan tawa.

"Of course. Kau skandal aku. Kira perempuan simpanan aku. Apa-apa berkaitan kau, aku kena ambil tahu. Everything..." Seolah berbangga, dia menongkat dagu. Memandang aku tak berkelip dengan sepasang mata yang berkilau itu.

"Awak dah nak kahwin. Kenapa masih berperangai macam ni? Tak kesiankan Tiara?"

"Kesian untuk apa? Tiara juga yang terhegeh-hegeh kat aku dulu. Kau sendiri tahu kawan kau tu macam mana..."

Aku akui memang Tiara terkejarkan Raden dulu. Tapi, Raden mesti dah sayangkan Tiara sampai setuju hendak kahwini Tiara. Takkanlah dia sanggup meneruskan kecurangan ini setelah bersama-sama ingin menuju ke mahligai bahagia.

"Awak nak kahwin dengan dia, bermakna awak cintakan dia..."

"Nope, aku tak tau apa maknanya cinta... Aku kahwin dengan dia sebab kejelitaan dia. Dan dia pun kaya, setaraf dengan aku. Hubungan parents aku dengan parents dia pun serasi. Tak ada sebab untuk aku tidak kahwini dia."

Ternyata itu alasannya atau mungkin dia saja nak memanipulasi aku? Lelah untuk hadap semua ini, aku ke pintu, nak keluar. Biarlah Raden nak terperap dalam bilik ni pun. Aku dah tak kesahkan semuanya. Biar aku pergi dengan sehelai pinggang.

"Kadang aku pelik kenapa dia kawan dengan orang macam kau." Terhenti pulasan di tombol pintu.

"Dia jadikan kau orang suruhan, kan? Apa-apa dia minta tolong kau. Bila dia susah, kau juga jadi tempat dia minta tolong. Betul?"

Tepat tembus ke jantung. Hunusannya dalam, sungguh menyakitkan.

"So, now... Apa kata kau khianati dia. Balas dendam pada dia, dengan rampas aku dari dia. Jadi skandal aku. Kalau kau cukup berani, goda aku sampai aku tekad kahwini kau."

Aku senyum dalam keperitan. Tak terlintas nak balas dendam. Sejahat-jahat Tiara pun, hanya dia jadi kawan aku sejak kecil. Kadang kala dia buat aku macam hamba, tapi aku tidak punya masalah nak turuti kata-kata Tiara. Dia kawan aku, apa salahnya aku tolong? Tiara pun sejenis tidak lokek wang ringgit, kadang dia belanja aku macam-macam. Give and take. Tak ada sampai nak berdendam atau nak tikam Tiara dari belakang. Dan... Rampas Raden dari Tiara? Kalau dulu pernah aku impikan, namun bukan sekarang. Lebih bagus aku cari lelaki yang baik.

"Kalau saya kemarukkan lelaki pun, saya mahukan lelaki yang baik, bukan kaki curang. Terima kasih, saya keluar dulu..."

"Ada ke lelaki baik kat dunia ni? Semua pun pasang dua. Banyak mencurang. Lagi-lagi ada rupa dan harta macam aku. Ke kau nak kahwin dengan pengemis? Lelaki baik dan setia, kan?" Sinis. Begitu senang hati Raden mengejek aku. Tahu, aku dianggap pengemis oleh dia. Duduk bilik sekecil ini, dan tiada harta macam dia.

"Ya, saya rela dengan pengemis. Hati lebih tenang. Tak bergelumang dengan dosa macam orang sekaya macam awak."

"Pandai kau melawan. Kau saja nak sakitkan hati aku... Nak bagi aku semakin nak diri kau. Nak jual mahal, biar aku terkejarkan kau pulak... Kau fikir kau siapa, hah?" Tudungku tiba-tiba dicabut, rambutku ditarik kemas dalam genggaman tangannya sehingga terdongak kepalaku. Kedua-dua tangan cuba tolak tangannya. Sakit!!!

"Apa ni, Raden!"

"Kau cabar aku, Nesa!"

"S... sakit! Lepas!"

"Aku sakit hati dengan kau! Cuba jangan melawan. Aku dah cakap aku nak kau jadi skandal aku. Kenapa masih nak menolak aku? Hah? Kau fikir kau layak buat aku terkejarkan kau? Layak ke?!"

Leherku dicekik keras, anak tekakku memedih. Kasar sekali perlakuannya. Aku cuba meronta-ronta, malangnya tak berhasil.

"Aku akan buat kau merana!"







TIARA duduk. Menanti kehadiran Raden. Puas dibuat panggilan, tak diterima. Entah mengapa pula tunangnya? Tak pernah begini. Rambut ikal mayangnya yang keperangan disebak kebelakang. Ramai mata mencuri pandang ke arahnya. Tahulah dia paling tercantik, tapi agak-agaklah nak renung dia. Menyampah betul.

"Hei, sorang je ke?" Tiara angkat wajah. Wajah tampan Haden mendiami mata hitamnya. Dia angkat kening, beberapa kali dia dah larang Haden daripada bertemu dengan dia. Masih tak faham agaknya?

Haden tanpa silu duduk di kerusi, berhadapan dengan Tiara. Dia jatuhkan lengan atas meja. Merenung wajah indah itu, yang berkedut dahi. Mesti tengah menunggu tunang tak gunanya itu.

"Tunggu Rad, eh?"

"Yup, you nak apa ni?" Bibir merah merekah itu menyoal dia kembali.

"I nak Nesa... Dia mana? I call tak dapat. Kata nak kenenkan I dengan dia. Kenapa dia tak dapat dihubungi?" Saja memancing pertanyaan itu, padahal dah tahu Nesa dengan Raden.

"I tak tahu... You nak dia betul-betul, ke? Seriously? I saja nak senangkan hati dia... Tak serius pun kenenkan. Dia bukan setaraf dengan you yang berupa dan berharta. Baik lupakan ajelah dia. Banyak lagi perempuan lain yang layak dengan you..."

Haden terkedu. Rupanya hari itu hanya permainan. Pentas lakonan Tiara untuk gunakan Nesa. Patutlah, dia nampak Tiara beria. Jauh di sudut hati, rasa kasihan pada perempuan bernama Nesa itu kerana punya kawan bermuka dua begini.

"Dia kawan you. You sanggup buat dia macam ni, eh?"

"I nak senangkan hati dia je. Dah dia single, tak ada siapa nak." Dari dulu, dia tak pernah nampak Nesa bersama dengan lelaki. Itu saja cara dia nak Nesa senang hati. Cukup sehari pun cukuplah merasa ada pasangan.

"Kenapa you berkawan dengan dia?"

"Dia je boleh tahan dengan sikap cerewet I. Dia innocent sangat. Macam lembu dicucuk hidung, apa I cakap dia ikut. Macam hari tu pun, dia terhegeh jugak nak berkenalan dengan you, kan?"

"Nope... I pun berlakon dengan dia, biar nampak I berminat pada dia. Tapi sekarang, I betul-betul berminat nak kenal dia lebih dalam."

Tiara pamer riak terkejut lalu dia gelak nipis.

"You merepek, Haden. Jangan mainkan dia dah lah, I tak nak tengok dia menangis depan I disebabkan you..."

Giliran Haden meletuskan tawa. Tiara pun bodoh. Tentang Raden dan Nesa mesti dia tidak tahu, kan?

"I rasa you yang akan menangis, bukan dia..."










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro