Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RED FLAG 8

"DAMN! Tiara!" Hentakan kuat dihempas Raden, gigi dikertap kuat. Sampai sini, saja nak bawa Nesa berkenalan dengan sepupunya, Sephia. Datang pula Tiara... Apa dia nak buat? Masuk atau pergi tinggalkan tempat ni?

Nesa senyum sembunyi. Baru lega, Tiara ada di sini bermakna Raden akan behaves. Tidak akan berani mengapa-apakan dia. Dapatlah dia rasa pekungan dada berkurangan. Agak-agak boleh lari tak? Sempat kalau Raden leka melayan kekasih hati. Akan dia gunakan masa keemasan ini. Tak sabar.

"Jom masuk... Nak jumpa Tiara..." Sedaya upaya dikawal muka ceria. Keberanian terus mendakap dirinya. Kebebasan bakal dinikmati semula. Dia akan bawa diri sejauh mungkin dari mereka. Sampai lubang cacing pun, Raden tidak akan dapat cari dia. Yakinnya aku ni.

"Kau beria nak jumpa dia, kan? Kau nak sangat mengadu kat dia pasal aku?" Mencerlang biji matanya, melihat riak muka Nesa yang tidak tegang lagi. Mesti Nesa tu seronok sekarang, dah merangka-rangka rancangan untuk mengadu domba pada Tiara, mungkin.

"Mana ada. Bff saya, kan? Mestilah nak jumpa. Ada yang salah?" Pintu dibuka tanpa pandang Raden. Peduli apa? Semangat membara nak masuk dalam, nak berjumpa dengan Tiara. Bercerita serba sedikit tentang harinya yang begitu malang ini. Tapi, dia kena pandai cover lah. Tak nak nama Raden terang-terangan disebut. Mati dia dikerjakan Raden!

"Siapa benarkan kau keluar!"

Raden turut keluar dari perut kereta. Lincah betul Nesa. Kehendak hati meronta-ronta mahu menggari tangan Nesa, agar perempuan itu tidak bertindak sesuka hati. Pantas sekali kaki itu berdiri depan pagar. Dirapatkan jurang, bahu Nesa ditekan kuat.

"Dengar, Nesa... Jangan bocorkan apa yang berlaku antara kita." Penuh dominasi, arahan berbaur ugutan dilempar terus ke muka Nesa. Muka garang terpeta, biar Nesa takutkan dirinya.

"Jangan risau. Saya tutup mulut, okey?" Nesa tebarkan janji. Ya, memang dia tutup mulut, sekaligus menghilang. Nantikan...

"Macam nilah bagus." Dikepit hidung tak berapa mancung Nesa. Kulit sedikit coklat itu, tak hadirkan sebarang perasaan pun dalam hatinya. Hanya berniat untuk mempermainkan saja. Seronok... 

"Sakitlah..."

"Ini baru sikit..." Makin dekat, dia jatuhkan tangannya di belakang tembok, belakang Nesa. Tangan dikepal penumbuk ke dinding batu itu sehingga sakitnya tak terperi menyerapi kulitnya. Sakit... Ditahan dari mendesis, yang dia nampak sekarang riak muka cuak Nesa. Tanda tanyanya berirama di lautan mata hitam itu. Raden gelak bagi hilangkan sakit, sekaligus menutup rasa yang mula menggila.

"Apa awak buat ni, Raden?"

Jarakkan tubuh. Raden tunjuk penumbuknya yang dah berdarah, menitis cecair hangat itu ke lantai. Dibiarkan berbekas dan nampak melecet.

Nesa kelu. Apa taktik Raden sehingga melukai diri sendiri? Dia ni ada penyakit kat kepala ke? Otak dah hilang?







"YOU datang dengan Nesa?" Tubuh Raden dirapati Tiara. Riak cemburu terlakar deras di wajah Tiara. Tak tahulah hendak rasa apa sekarang ni. Jelingan Tiara tak kunjung mengerling aku. Nak saja aku beritahu semuanya pada Tiara. Bagaimana setannya Raden ini! Mengasari aku dan mencium aku sesuka hati. Semuanya tak dapat aku hempaskan dari rengkung dada, kerana Raden tidak akan berdiam seandainya aku bongkarkan kejahatan dia.

"I tolong dia, kena ragut... See... tangan i berdarah..."

Tiara menjauh. Dia pejam mata. Semenangnya Tiara takut darah dari kecil, kalau tengok boleh pitam. Tapi darah yang melekat di penumbuk Raden sikit je. Cuma agak ngerilah. Aku pun dapat rasakan nyilu melihat luka itu.

"Sorry, darling. I takut darah. You tahu, kan?" Tiara berpaling hadap lain. Raden pandang aku, dia smirk. Sudah diagak, lelaki ini banyak helah. Penipu nombor satu. Liar! Boleh masuk persatuan lelaki tak berguna kat Malaysia ni.

"Sokay, I minta tolong Nesa ubati luka I ni..."

Terbuntang mataku. Kenapa aku pulak? Sengaja nak mendera aku! Padahal aku dah merancang nak ke tandas, sekaligus cari tempat nak keluar dari sini. Jangan cakap dia dah dapat baca niat aku!

"You tak nak pergi klinik? Nesa bukan pandai pun uruskan luka you..." Jealous pasti membara di hati Tiara.

"Aku memang tak pandai. Kau suruh lah tunang kau ni pergi klinik."

Baru nak sambung bicara, bait ini dicantas oleh Raden.

"Sikit je you... Dia boleh tolong I. I ajar dialah rawat luka ni. Tak perlu ke klinik. You pun tak sakit hati dan jealous bila I tak keluar."

Tiara sepi lama. Aku juga tak tahu nak cakap apa memandangkan Raden kuasai situasi sekarang. Dia cakap apapun mesti Tiara tak dapat bantah, kan?

"Nesa..." Panggil satu suara. Aku menoleh ke belakang, rupanya Haden. Muka itu terlakar serius, dan di sampingnya ada figura perempuan seksi. Jelas pakaiannya menjolokkan mata. Gaun ikut bentuk badan. Memang mengundang lelaki agar pandang berpuluh kali. Makhluk mana pulak ni?

"How? Nesa datang tak beritahu Hade pun. What happen?"

Tak terkerdip kelopak mataku, bila nadanya berubah mesra. Pandangannya terus berlabuh, merenung seluruh wajahku lama sebelum kakinya menapak ke arahku.

"Aku tolong dia kena ragut. Tu aku bawa dia ke sini. Trauma kan? Takkan nak tinggal sorang-sorang?"

Semakin rumit pula situasi aku sekarang. Kedua-dua lelaki ini saling pandang aku macam nak telan. Aku ada buat silapkah?

"Nesa okey?" Prihatin sungguh dia. Mesti berpura-pura. Risau aku dengan Haden ni, lelaki sejuk beku yang aneh.

"Okey je... Saya nak ke toilet."

"Tangan you... Gosh, blood!" Perempuan seksi itu pegang tangan Raden. Eh, ni skandal jugak ke? Berani betul depan Tiara pulak tu.

"Wait... Nesa... Kau tolong dulu rawat luka dia."

Tiara bersuara... Dia marah perempuan seksi tu kut.



"SAJA je kau ni kan?" Raden mendecit sakit, punyalah kasar cara Nesa ubati lukanya. Ada dendam yang menjulang tinggi dalam hati Nesa. Muka berani digarangkan lagi Nesa bila ada mereka berdua saja dalam bilik ini.

"Dah selesai..." Kotak first aid di tutup. Tak susah nak cuci luka pun. Sendiri buat pun boleh. Raden tu sengaja nak menyusahkan dia.

"Kau nak aim Haden ke sekarang ni?" Bukan dia tak dapat membaca situasi yang terjadi. Haden beria hendak dekati Nesa. Sangat jarang itu berlaku kerana abangnya sejenis sejuk beku. Mana nak layan perempuan sangat. Dengan Sephia pun kadang dibuat tak endah. Jangan-jangan lelaki itu benar-benar hendakkan perempuan taraf bibik ni?

"Kalau ya, kenapa? Awal-awal pun korang juga kenenkan. Apa salahnya. Dia single dan bukan buaya macam awak, kan?" Nesa betulkan tudungnya, sekadar tudung sarung. Hodoh betul. Tapi tak mengapa bukan ada orang hairan dengan penampilan dia. Mata bergerak renung Raden, terasa tangannya hangat bila berada dalam genggaman tangan Raden.

"Kau tak boleh dengan dia." Deramnya cuba kawal emosi. Tak akan dia biarkan Haden rampas Nesa. Dari awal dia juga yang kutip Nesa, apa yang pernah disentuhnya tidak boleh disentuh oleh lelaki lain. Melainkan dia dah bosan.

"Kenapa?" Gugup pula menyelami diri Nesa.

"Aku dah letak tanda kat leher kau ni. Jadi, kau milik aku."

Seakan dikerat lidah ini, Nesa terbungkam lama. Baru dia teringat Raden bertindak meninggalkan kesan lebam di lehernya tika mereka masuk dalam bilik ini. Kerana itu, dia diamuk amarah. Raden memang melampau!

"Awak ni gila!"

"Nak tengok gila aku lebih lagi? Buatlah benda yang aku tak suka. Lebih dari jangkauan otak kau pun, aku boleh lakukan."

Gerun merindingkan bulu romanya. Nesa longgarkan genggaman itu. Jijik mendengarkan ini semua. Kalaulah tahu lelaki ini psiko, dah lama di pisahkan Tiara dari Raden.




"MAMA..."

Aku kuis hujung tudung. Mama dia dah pulang. Dan... Kehadiran aku di sini pasti mengganggu mereka. Jadi, adalah peluang aku larikan diri. Aku gelak jahat di dalam hati. Mama Raden rupanya penyelamat aku!

"Bibik baru ke?" Pedas betul ujaran Datin Tasnim. Aku kebam bibir, tahan kecik hati. Biasalah pakaian aku hari ni agak tak senonoh. Raden dan Haden pun beku tak bersuara. Malahan wajah Tiara masam mencuka. Apa yang terjadi? Yang gadis seksi tadi hilang kemana? Ajaib!

"Saya bff Tiara..." Tangan terlunjur hendak salam Datin Tasnim. Hujung mata saja dipandang, tak bersambut. Tahulah aku ni sememeh, tak layak kut nak berjabat tangan dengan tangan yang terhias emas berlian itu.

"Oh, kawan Tiara?" Mata kerling Tiara.

Tika itu, Tiara angguk sambil senyum tawar. Tak ada mood ke Tiara ni?

"Mama ingat bibik baru. Tiara okey ke sayang? Mama tengok monyok je. Raden sakitkan hati Tiara, ya?" Terus ubah topik, pandang aku pun tak nak. Bahu Tiara dipeluknya mesra. Bakal menantu kesayanganlah katakan. Aku pula rasa terasing. Memang Datin Tasnim tak pernah jumpa aku. Masa majlis tunang pun, aku tak datang kerana malas. Lagipun majlis orang-orang kaya, siapalah aku ni. Kalau aku datang, mesti malu Tiara nak mengaku aku ini bff dia.

Raden dan pergi tinggalkan aku. Dia ekori mamanya dan Tiara. Tinggal aku terpinga-pinga di sini, hembusan nafas tersekat. Sendat dada. Kenapa aku nak susah hati? Aku bukan tetamu yang diundang, memang kena sisih lah.

"Kau nak berbual dengan mama aku ke? Nak berkenalan dengan dia?"

Aku urut dada, terkejut ada suara di belakang. Haden ada lagi. Buat apa pula dia semak kat sini? Soalan dia ni mengundang sepakan padu. Ada sebab ke untuk aku kenal dengan mama dia yang menyombong itu?

"Saya nak balik..." Aku tekup bibir. Kenapa kantoikan diri. Patut senyap-senyap.

"Balik kemana?"

"T... tak adalah..."

"Aku hantarkan..."

"Hah?" Terlongo aku. Dia nak hantarkan? Rajin betul. Aku tak mintak pun. Haden ni pun ada masalah otak ke?

"Ya, aku hantarkan. Atau kau nak dinner kat sini?"

Aku berfikir lama. Pandang Haden yang menunduk sikit, menyamakan ketinggian kami. Sangsi pulak nak ikut Haden. Dia ni entah-entah nak perangkap aku? Hish, tak mungkin...

"Hantarkan saya kat mana-mana bus stop. Atau terminal bus... Boleh?"

Ini permintaan berani mati aku. Duit pun tak berapa nak ada. Nak cekau mana kalau naik bas? Fikirku nak pergi sejauh mungkin. Kalau jauh, mestu fare pun tinggi. Kusut kepala!

"Jom..."

Writer's comment : Lps ni sye bz. Tak tahu sempat ke nak menulis...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro