Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RED FLAG 9

SEJUK. Menggigil tubuh Nesa. Mana taknya, dia membonceng motorsikal Haden. Ducati kut brandnya. Dia tak berapa ingat. Pertama kali naik motor semahal itu dengan lelaki asing dan kacak. Seketika, sekeliling dilihat, bukan terminal bas tapi hotel.

"Awak tipu saya. Tak hantar saya kat terminal bas pun?" rungutnya tak suka. Perut sudahlah tantrum. Lapar gila. Hotel ni untuk apa? Jangan buat pasal sudah. Haden ni... merisaukan dia.

"Kita makan dulu. Okey?" Haden betulkan rambutnya. Masih terletak elok, tak serabai pun walaupun lepas buka helmet. Tangan Nesa dicapainya tanpa menunggu. Dia tahu ada pengintip dari Raden, dari awal lagi. Heh... Raden licik. Ingat dia tak boleh lari ke? Nesa ni bakal dia selamatkan daripada Raden itu. Lelaki tak cukup satu perempuan.

"Eh, nak bawa saya kemana?" Nesa tarik tangannya, terlerai juga sebab pautan tak kuat. Haden tak nak berkasar dengan perempuan. Dia berhenti separuh jalan, bercekak pinggang.

"Ikutlah aku. Aku belanja kau makan steak daging untuk dinner. Kau tak pernah makan, kan?" Bukan niat menyindir. Memang dia agak Nesa tak pernah jamah makanan mahal itu. Tengok penampilan sederhana perempuan itu pun dah tahu.

Kecur air liurnya. Steak daging? Pernah makan dengan Tiara. Biasa Tiara belanja dia. Tiara kan orang berada.

"Mestilah pernah. Hish..."

"Nak tak? Aku belanja sebanyak mana yang kau nak. Makanan hotel okeylah. Sedap." Macam nak promot pulak. Bedal ajelah asalkan Nesa ikut dia.

Nesa angguk. Perut pun lapar. Tak fikir apa lagi dah. Nampak sangat muka tak reti malu. Makanan free siapa nak tolak?

"Betul ke awak belanja? Karang awak tak bayar. Takkan saya yang kena bayar? Duit tak cukup ni. Takkan kena jual ginjal saya?" bebel dia bila dah sampai tempat duduk. Mata menyoroti tempat mewah ini. Kalau guna duit sendiri, kena tunggu 2 bulan gaji agaknya.

"Jual ginjal dengan akulah. Aku belanja kau seumur hidup." Selamba dia tuturkan kata tanpa pandang Nesa. Dalam hati digeletek tawa. Cringe betul. Sejak bila aku pandai mengayat ni. Mata sibuk menyemak buku menu. Padahal dah biasa order.

Nesa sorok muka dengan buku menu. Sedikit blushing jugaklah. Boleh tahan jugak Haden ni. Handsome, beku... Baik? Yeke baik? Bolehlah aku cuba mengorat dia. Manalah tahu melekat. Hish, jangan bukan-bukan Nesa!

"Dah tengok menu? Nak apa?"

"Apa-apa jelah. Kan awak belanja. Saya tak minta lebih asalkan kenyang. Itu je..." Tak nak banyak songeh, itu sahaja jawapan yang dia beri.

"Kalau aku belanja diri aku... Kau nak?"

Nesa macam nak hempuk buku menu ni ke muka Haden. Sudahlah lelaki itu mengayat, muka mendatar je. Tak ada perasaan. Robot bergerak ke?

"Aku bergurau. So, kau nak apa?"

"Saya dah kata tak kesah..."

"Okey..."

Mereka kembali berdiam. Masing-masing awkward. Salah Haden juga tiba-tiba buang tebiat.




"GIRLFRIEND you ke?" Tersedak aku bila kena sergah dengan perempuan dari mana entah. Cepat-cepat aku sedut air laici sparkling. Belakang aku diusap-usap oleh Haden. Terus aku menyiku dia. Jelingan maut aku campakkan.

"Hello Haden. I tanya you ni..."

Perempuan tak cukup kain itu duduk sebelah aku. Beg tangannya diletak atas meja. Tak sopan langsung. Tak nampak aku tengah mencekik ni?

"Nope. Just friend."

Lega aku dia jawab begitu. Kalau dia cakap aku ni girlfriend, aku sumbat pinggan kosong ni dalam mulut dia.

"Friend? Sejak bila you berkawan dengan bibik?"

"Jaga mulut tu Zenia..." Haden berikan pandangan tajam buat perempuan bernama Zenia itu. Aku rasa geram jugak, tapi tak terkesan di hati pun. Dah kalis kecaman. Stok perempuan gedik-gedik gini memang suka pandang rendah pada aku. Maklumlah aku ni baju bertutup, tak macam mereka terdedah sana sini. Murahan betul. Patut aku yang pandang rendah pada dorang. Tayang pada semua lelaki untuk apa? Rugi je.

"You dah lupakan I ke? Dulu I selalu teman you dinner. Sekarang, I call pun you tak angkat. Sombong..."

Aku malas nak layan dorang, baik aku makan dan habiskan steak yang lazat lagikan bergizi ini. Risau ada drama baling-baling makanan kat sini. Manalah tahu Zenia tu jealouska aku. Menciumlah muka aku dengan steak kalau dia naik hantu.

"Bila masa I ajak you dinner? You jangan nak reka cerita. I hanya dinner dengan Azalea. Lepas dari dia, tak ada perempuan lain."

Gulp! Azalea? Awek dia ke? Jangan cakap dia mencurang... Eh, setakat belanja makan takdelah tahap mencurang. Negative thinking ajelah aku ni!

"Dia masa lalu you, kan... Move on lah... Apa kata you try I... Kita bukan tak kenal. I kawan Azalea dulu. You tahu kan I dah lama sukakan you."

Adoi, macam kes aku pulak. Kawan caras kawan punya! Argh, stressnya! Tapi aku dipaksa. Bukan jenis menggedik macam Zenia ni. Azalea tu pergi mana pulak? Bekas kekasih ke? Banyak soal pulak kepala otak aku ni.

"Kalau I nak move on. I tak perlu cari you lah... I dah ada perempuan lain. Jangan berharap pada I. Please, hormat I. I tengah makan dengan Nesa. You boleh tinggalkan kami berdua? Give me space, okey?"

Garang juga si Haden ni. Sejenis lelaki berterus terang. Sah lah, Haden ni bukan macam Raden. Mungkin baik sedikit. Yang menjadi masalah adalah, kenapa lelaki ni cukup pakej pun hubungan terputus? Sebab cerewet ke?

"You tak baik halau I. Patut you halau perempuan ni je. I ni lagi layak dinner dengan you. Baru serasi. Kalau dia ni, sakit mata you nanti. Tengoklah orang lain dah pandang-pandang you. Tak malu ke kalau orang-orang sini kutuk you sebab makan dengan bibik ni." Masih tak berputus asa, dapat menyerlah itulah perangai perempuan perasan terpaling cantik. Aku tahulah aku tak segah dia, tapi tak perlu kut angkat bakul sendiri. Eee, tak malu. Lepas tu, kutuk aku bibik. Kalau aku ni bibik, dah lama aku hidup senang tau. Tak adalah diganggu oleh malaun bernama Raden. Jadi je bibik kat rumah orang kaya. Orang pun tak nak kacau.

"Zenia... Stop boleh tak? You sepatutnya malu sebab hina-hina orang. I dah halau you, masih terhegeh-hegeh. You tu muka tembok." Mengaum betul Haden. Muka dia tegang, aku pun jadi takut. Rasa macam nak cabut lari. Mungkin lebih elok aku lari je memandangkan perut dah kenyang. Air pun dah habis. Perut dah senang hati. Terminal bas? Pandai-pandailah aku cari sendiri. Mungkin malam ni aku singgah masjid atau surau. Tumpang berteduh.

"You ni... I..." Merengek Zenia. Terhambur esakan menyedihkan. Keluar air mata, drama queen betul. Cukup-cukuplah tengok Tiara selalu bermanja dengan tayang air mata. Ini nak tambah tengok drama Zenia? Sudah cukup sudah.

"Saya balik dululah. Thanks... Btw, Zenia... You dinnerlah dengan Haden. I nak balik. Tak ganggu pun crush you ni." Power kan siap tukar panggilan I dan you. Baru nampak moden sikit. Tisu yang ada aku kesat bibir. Seronoklah dapat makan free. Apa-apa pun aku mundur.

"Nesa... Kau datang dengan aku tadi. So, balik pun dengan aku. Tak perlu nak angkat kaki. Dia ni yang kena blah, bukan kau."

Zenia ambil tisu dan tonyoh-tonyoh pipinya yang tak berapa nak basah. Air mata pun turut sikit je. Hish, macam budak-budak.

"I sumpah you jadi bujang terlajak. Patutlah Azalea tinggal you. Dasar lelaki brengsek!"

Aku tahan ketawa. Brengsek? Macam sinetron, benar-benar segelas jus oren dilontar ke muka Haden. Mata itu tertutup rapat, merah muka tegang Haden. Tangan itu terkepal lalu tumbuk meja.

"How dare you, Zenia!"

Zenia pandai, terus angkat kaki.

"Hm, nak saya tolong bersihkan ke muka tu?" Kesian pulak basah terus muka. Mesti bengang habis, kan? Sabar ajelah. Siapa suruh kacak sangat? Semua nak rebut kau.

"Please, do..."

Aku pindahkan kerusi ke sebelah Haden, tisu aku tarik dan lap muka dia. Masih juga memerah. Haraplah dia tak mengamuk. Tika aku leka, mata dia terbuka luas, merenung aku dengan jarak dekat. Aku pula rasa tak tenteram. Berirama paluan kompang pulak.

"Kau tak marah ke pasal dia kutuk kau?" Aku kesat bawah bibir dia pula. Melting oii dengan bibir merah dia. Risau otak aku ni.

"Er... Dah..." Tak boleh nak tolong. Semakin meresahkan. Mata itu memukau betul. Urgh, nak lari!

"Kau tak marah?"

"Nak buat apa marah?"

"Dia kutuk kau bibik."

"Saya kalau boleh nak jadi bibik. Senang hidup dah ada rumah." Terlalu jujur.

"Kau nak jadi bibik?" soal Haden tak percaya.

Bila aku senyap, dia capai tanganku dan dilekap ke pipinya.

"Bersihkan betul-betul ada lagi ni basah."

"Awak ada tangan, bersihkan sendiri." Tak selesalah. Terus aku tarik tangan aku. Haram! Cukuplah tu aku tolong sikit. Melebih-lebih pulak mamat peti sejuk ni!

"Kau nak jadi bibik, kan?"

"Iyalah, kenapa?"

"Jadi bibik aku jelah. Sediakan makan minum aku, kemas tempat tidur aku, bersihkan rumah aku. On?"

Mereng betul.

"Tak naklah saya. Buat apa? Kena scam agaknya. Habis bulan gaji pun saya tak dapat."

"Ingat aku kaki penipu ke? Cubalah dulu baru tahu macam mana..."

Aku tak percaya. Kena kelentong naya. Lagipun tak sesuai aku jadi bibik lelaki bujang macam Haden. Bukan ke dia stay rumah agam tu dengan family dia?

"Aku ada apartment lain. Biasa tiap minggu je aku balik rumah parent aku." Bagai dapat membaca fikiranku, dia menjawab tenang.

...

Writer's comment : bolelah sikit je. sorylah tak best 😂 cter fun2 je.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro