Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SELEPAS meletakkan bagasi di tepi dinding, Aidan terus merehatkan tubuhnya di atas katil. Sebelah tangan naik dan direhatkan di atas dahi. Dia mahu berehat sebentar selepas penerbangan yang berjam-jam di atas langit biru. Seketika, telefonnya yang berada di sebelah berbunyi minta diangkat dengan segera.

    Telefon terus dilekapkan ke telinga selepas ibu jarinya menggesek ikon hijau tanpa melihat nama si pemanggil. Satu suara yang amat dikenali mula menyapa gegendang telinganya.

    "Helo."

    "Assalamualaikum, abangku yang tersayang." Sapa seseorang dengan nada geram.

    Berkerut wajah Aidan sesaat sebelum membalas.

    "Eh, Aifa. Waalaikumusalam. Ada apa telefon aku ni?"

    Agak pelik apabila adiknya itu menelefon kerana setahu dia Aifa sedang sibuk dengan hujung semester yang dipenuhi dengan peperiksaan di universiti.

    Aifa berdeham sekejap sebelum berkata. Kepalanya ligat menyusun kata kerana bimbang Aidan akan mengamuk.

    "Kau kat mana? Mama kata dia telefon, kau tak angkat."

    Aidan hela nafas panjang. Dia dah agak soalan itu akan terpacul keluar dari mulut adiknya itu.

    "Aku baru aje turun dari flight. Ni pun aku baru buka telefon," ujar Aidan. Bukan dia tak tahu selepas turun di lapangan terbang, dia sedar banyak panggilan tak dijawab daripada keluarganya. Dia langsung tidak memberitahu sesiapa bahawa dia akan bercuti ke Paris. Selain itu, banyak juga panggilan dari perempuan gila itu, siapa lagi kalau bukan Emelia?

    "Flight?!" Terjerit Aifa apabila mendengar kata-kata Aidan sebentar tadi. Dia tak salah dengar, kan?

    Aidan menjarakkan sedikit telefonnya daripada telinga. Bingit telinganya asbab jeritan Aifa boleh tahan kuat, nasib tak rosak gegendang telinga.

    "Kau pergi mana? Terbang sampai ke mana? Jauh betul kau terbang lepas putus cinta. Hati dah hancur sangat ke tu?" Sedar apabila tersasul mengenai hubungan Aidan dan Emelia yang sudah menemui titik penamat, Aifa mengetap bibirnya. Aduh!

    Bercantum kening Aidan sekejap.

    "Mana kau tahu ni?" soal Aidan dengan dingin. Sudah la hatinya sedang sakit gara-gara Emelia berlaku curang terhadapnya, sekarang Aifa pula menyebut perihal itu. Makin bertambah perit luka di hati.

    Aifa menggumam.

    "Bekas kekasih kesayangan kau tu la telefon aku macam nak ajak gaduh. Selagi tak jawab, selagi tu la dia asyik call aje. Stress gila! Bila aku jawab, dia sibuk tanya kau ke mana la apa," jawab Aifa dengan jujur. Dengan Aidan ni, dia mana boleh tipu langsung. Kalau nak tipu pun, sekejap saja akan kantoi busuk. Menyampah betul!

    Aidan mengeluh perlahan. Sedikit sebanyak dia berasa bersalah terhadap adiknya itu. Kerana masalah dia dengan Emelia, Aifa pula jadi mangsa Emelia. Itu la sasaran Emelia apabila Aidan tak menjawab panggilan atau balas mesej.

    "Gaduh apa pula kali ni? Kes apa?" tanya Aifa dengan gaya santai. Sudah terbiasa dengan pergaduhan Aidan dan Emelia.

    "Tak ada apa la. Biasalah kan... cinta tu tak semestinya memiliki. Dah tiba masanya untuk putus." Dengan bersahaja, Aidan membalas kata. Dia tak mahu kusutkan fikirannya dengan perihal Emelia.

    Aifa berdecit.

    "Macam teruk aje bunyi. Cuba kau kongsi dengan aku, apa yang jadi sebenarnya? Gaduh apa sampai nak putus ni? Bukan kau cinta mati sangat ke dengan si Emelia tu?" Pelik juga Aifa dengan tindakan drastik Aidan kali ini. Sebelum ni apabila bergaduh dengan Emelia, tak ada la teruk macam ni.

    "Aku penat la, Fa. Aku nak rehat," dalih Aidan. Enggan memberitahu perkara yang berlaku sebenarnya.

    "Ah, kau tak payah nak mengelak daripada aku. Ni... sekarang kau kat mana? Terbang ke mana? Sabah? Langkawi?" soal Aifa lagi. Dia masih tak berpuas hati selagi tak tahu punca sebenar Aidan putus cinta sehingga membawa diri tanpa memberitahu sesiapa. Tapi, dia pendam saja keinginan itu kerana hormatkan privasi Aidan. Apa yang penting ialah, Aifa mahu tahu keberadaan Aidan sekarang ini kerana mama mereka di rumah risau sangat.

    Aidan diam. Lama.

    "Somewhere. Nanti aku balik la."

    Aifa mendengus kasar.

    "Ya, somewhere kau tu kat mana? Uganda ke? Aku ni bukan apa tau, kau tu abang aku. Nanti kut la kau sakit ke kena culik ke apa. Walaupun sangat la mustahil sebab siapa aje nak culik orang macam kau, kan? Tapi, aku kena tahu nak cari kau kat mana. Senang aku nak licinkan harta kau tu." Sarkastik. Aifa, spesies adik tak guna.

    Aidan menggulingkan bebola matanya ke atas. Selagi tak jawab, selagi tu la Aifa membebel macam nenek kebayan.

    "Paris."

    "WHAAAATT?!"

***

HARI ini sudah masuk hari ketiga Dian berada di kota Paris. Benarlah apa orang kata, Paris adalah kota cinta yang penuh romantik. Setiap kali dia pergi ke mana-mana, pasti ada pasangan romantik. Apabila melihat banyak pasangan lain kelihatan bahagia, hatinya mula dijentik dengan perasaan cemburu. Bila agaknya dia dapat merasai kemanisan cinta?

    Kini, Dian berada di Jardin du Luxembourg yang terletak di Paris. Ia adalah salah satu tempat tarikan pelancong, sebuah taman seluas 25 hektar. Apabila bersiar-siar di taman tersebut, Dian memerhati ada pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga terutama sekali kanak-kanak kerana di sini mereka telah menyediakan sebuah taman permainan. Selain itu, pasangan bercinta juga tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama-sama.

    Apabila Dian mula terleka dengan memerhati kawasan sekeliling, tiba-tiba satu pasangan pelancong menghampirinya.

    "Bonjour."

    Dian menoleh lalu menghadiahkan satu senyuman buat pasangan pelancong tersebut sebelum membalas sapaan mereka.

    "Bonjour." Ini adalah kali pertama buat Dian sepanjang dia berada di Paris, ada pelancong sepertinya menegur.

    "Can you help take a photo of us together?" tanya sang lelaki. Kekasihnya pula hanya tersenyum manis sambil memandang ke arah Dian.

    "Sure." Tanpa teragak-agak, Dian menjawab. Kemudian, Dian mengambil telefon yang dihulurkan oleh pelancong tersebut.

    Pelbagai aksi dan gaya dilakukan oleh pasangan pelancong itu. Dian pula berasa teruja dan menangkap gambar sebanyak yang boleh buat pasangan tersebut. Ada beberapa gambar secara kandid tapi masih kelihatan cantik. Pasangan tersebut nampak sepadan dan terlalu lembut dan manis di pandangannya.

    "Thank you, miss." Pelancong tadi mengucapkan terima kasih kepada Dian atas bantuannya sebentar tadi.

    "My pleasure," balas Dian dengan senyuman mesra.

    "Are you alone? Do you want me to take your photo too?"

    Dian berasa segan dengan tawaran pelancong tersebut lalu menolak tawaran itu dengan berhemah dan lembut.

    "No, it's okay. Thank you for asking."

    Namun, pelancong itu tetap berdegil dan meminta Dian membuat gaya selepas Dian menghulurkan telefon pintarnya apabila didesak.

    "Smile!"

    Di bawah sinaran mentari dengan latar belakang yang terlalu indah, Dian mengukir senyuman manis sambil memandang ke arah lain untuk kelihatan kandid dan terutama sekali untung buang rasa malu.

    Klik! Klik!

    Apabila sudah selesai menangkap gambar, Dian membelek gambar tersebut.

    "Thank you so much. Actually, this is my first photo in Paris."

    Membulat mata pasangan tersebut setelah mendengarkan kata-kata Dian.

    "Really? Oh my god, you need to take more picture because Paris in one of the most beautiful and romantic places to pose. And the most special is, you are so beautiful."

    Dian hanya tersenyum senang. Pujian yang diterima itu dia simpan di dalam hati.

    "Thank you and yeah Paris is one of the most romantic places, but I have no one to take pictures with." Hujung ayat, Dian ketawa sedikit. Niatnya sekadar bergurau.

    "I hope you will meet someone special in your life who will love you. You are beautiful in your way. Trust me, the real one will love with his whole heart."

    Hujung bibir Dian menarik senyuman lebar.

    "You are so sweet. Anyway, I will mark your words."

    Setelah berbual mesra, pasangan pelancong itu meminta diri untuk bergerak ke destinasi mereka seterusnya. Dian pula melabuhkan punggung di atas bangku. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambutnya ditiup perlahan dan beralun.

    Beberapa keping gambar pemandangan diambil untuk dijadikan kenangan. Apabila dia mula leka memandang ke sekeliling, seorang kanak-kanak lelaki berlari ke arah Dian sambil membawa sesuatu.

    "Hello."

    Dian terus mengalihkan perhatian kepada kanak-kanak tersebut.

    "Hello, handsome boy." Sempat Dian menilik wajah kanak-kanak lelaki itu, comel!

    "This is for you." Sekuntum bunga tulip berwarna ungu dihulur kepada Dian. Tanpa teragak-agak, Dian terima bunga tersebut. Sempat Dian mencium bau bunga itu.

    "How sweet of you. Where are your parents, little gentleman?" tanya Dian dengan mesra.

    "My parents are over there! They asked me to give a few tulips to people I like. And I chose you to have one of the tulips. My mom said we need to make people around us happy, even if we do not know them."

    Hati Dian bagai digeletek apabila mendengar si kecil itu berceloteh. Sangat lancar pada usianya.

    "Aww, you are so sweet and gentle. Thank you for this tulip. Wait a minute..." Usai bertutur, Dian mengeluarkan sepaket coklat bar yang baru dibeli tadi sebelum memberikannya kepada kanak-kanak lelaki tadi.

    Dian bertanya, "What's your name?"

    "My name is Thomas. What's yours?"

    "Dian. Okay Thomas, this is for you. I hope, you will grow up into a kind and handsome boy. Anyway, send my regards to your family." Laju Thomas mengambil sepaket coklat daripada Dian dengan sengihan lebar menunjukkan barisan gigi yang tersusun rapi.

    "Thank you, Dian! I'm so happy. Okay, I got to go. Bye, Dian!" Thomas berlalu sambil melambai tangan ke arah Dian dan berlari kepada keluarganya semula.

    Dian menghantar pemergian Thomas dengan ekor mata sambil tangan membalas lambaian si kecil itu. Kemudian, dia menilik semula bunga tulip yang berada di dalam genggamannya. Buat pertama kali dalam hidup dia terima sekuntum bunga tulip dari orang asing.

    Bibir menarik senyum sambil menghidu haruman bunga tulip. Wangi. Siapa sangka, kanak-kanak lelaki seperti Thomas yang dia jumpa di Paris sangat romantik? Dian pasti, keluarga Thomas mendidiknya dengan baik dan penuh adab.

    Tulip ungu.

***

SEJUJURNYA dia langsung tidak tahu mengapa dia beli tiket penerbangan ke Paris. Banyak-banyak tempat yang dia boleh pergi dalam dunia ini, Paris adalah destinasinya. Selepas bertengkar dengan Emelia, dia bergegas pulang ke penthouse dan mengemas pakaian. Kini, dia sudah berada di kota Paris yang dunia gelarkan kota cinta.

    Aidan mencicip kopi yang masih berasap nipis di sebuah kafe. Pandangannya terhala ke arah luar kafe. Ramai orang lalu-lalang di luar sana. Senyuman nipis menghiasi bibir Aidan buat pertama sekali selepas putus hubungan dengan Emelia. Kemudian, matanya pegun memandang ke suatu arah. Beku.

    Di luar sana, ada seorang perempuan memakai gaun labuh sedang berjalan dengan perlahan menuju ke kafe ini. Perempuan itu... seperti dia pernah lihat sebelum ini. Atau matanya tersilap?

    Loceng pintu kafe berbunyi menandakan seseorang menolak pintu dari luar sebelum melangkah masuk. Kemudian, kaki panjang perempuan itu mengatur langkah menuju ke kaunter untuk membuat pesanan.

    Mata Aidan tidak lepas daripada menilik figura itu. Dia yakin, dia tak salah orang. Apabila satu bayangan melintas di kotak memorinya, dia teringat sesuatu. Perempuan itu ialah penumpang yang sama duduk di sebelahnya dalam kapal terbang sebelum ini. Perempuan yang bergaduh dengan penumpang lain tentang tempat duduk dan orang yang sama memeluk lengannya ketika tidur. Sejujurnya dalam penerbangan Aidan langsung tak fokus dengan kewujudan perempuan tersebut kerana fikirannya berserabut perihal Emelia.

    Apabila melihat figura itu muncul semula di kafe ini, baru dia dapat lihat dengan jelas. Wajah perempuan itu nampak cantik semulajadi dan menawan. Hanya solekan nipis menghiasi wajah itu sudah cukup membuatkan perempuan itu kelihatan berseri.

    Sementara itu, Dian yang berada di kaunter mula membuat pesanan.

    "I want a chocolate cream chip frappe in a grande cup, please add on chocolate drizzle. Then, I would like to add one caramel cheesecake."

    "Dine in or take away?"

    Dian menggumam. "Dine in."

    "Okay, I will repeat your order. One chocolate cream chip frappe in a grande cup with chocolate drizzle and one caramel cheesecake. Is it correct?" soal staf di kaunter tersebut.

    "Yeah, correct." Kemudian, Dian membuat pembayaran untuk pesanannya.

    "This is your buzzer."

    "Alright, thanks."

    Dian membawa buzzer tersebut bersamanya lalu mendapatkan meja yang terletak di hujung penjuru. Dari situ dia boleh melihat suasana luar kafe. Tanpa dia sedari, ada sepasang mata memerhatinya sejak tadi.

    Telefon dikeluarkan dari beg tangan apabila telinganya menangkap bunyi deringan. Ibu jarinya menggesek ikon hijau lalu melekapkan telefon pada telinga.

    "Dian! Kau kat Paris lagi ke?" Tanpa salam atau sapaan terus dia diterjah. Kus semangat!

    "Kau ni Lisa, tak reti bagi salam ke? Terkejut aku."

    Melisa ketawa kecil.

    "Sorry. Assalamualaikum, Dian cantik."

    "Waalaikumussalam. Ha, ada apa telefon aku?" jawab Dian dengan lembut.

    "Kau kat Paris lagi? Bila nak balik sini?" soal Melisa.

    Dian menjulingkan matanya ke atas. Walaupun dia tahu Melisa tak akan nampak reaksinya tadi.

    "Aku baru tiga hari kat sini, kau sibuk tanya aku balik bila." Ah, kawannya si Melisa ni pantang kalau tak nampak bayangnya sehari. Ada la tu gosip Mak Jemah dia nak riuh!

    "Aku rindukan kau la, Dian. Dah la aku seorang buat semua kerja kat butik ni. Kau tak kasihan kat aku ke? Kenapa kau tak bawa aku sekali?" rungut Melisa. Dia agak stress sebab banyak kerja yang dia harus uruskan sepanjang ketiadaan Dian di butik.

    Dian menghela nafas pendek.

    "Kalau kau ikut... alamatnya aku kena tutup butik terus. Aku kat sini tak lama la, Lisa. Lagi dua atau tiga minggu aku balik la."

    "Hoi! Dua atau tiga minggu? Kau kata kejap? Lama tu weh, Dian! Angkut la aku sekali. Kau pergi bercuti ke Paris memang tak nak ajak aku, kan?" Mula dah drama air mata tiga suku Melisa.

    Buzzer di atas meja mula bergetar.

    "Okey la, Lisa. Aku letak dulu. Nanti aku call lagi."

    "Hmm... yalah. Take care. Kalau boleh cari la jodoh sekali kat sana. Kalau kau tak nak, bawa balik satu untuk aku." Melisa menyengih lebar.

    "Eh kau ni! Si Rafi kesayangan kau tu nak campak mana?" balas Dian geram. Kalau dengar dek Rafi apa yang Melisa katakan tadi, mahu ada perang dunia ketiga antara mereka berdua. Bagus la tu, seorang mulut suka cakap lepas dan seorang lagi kuat cemburu. Elok sangat!

    Melisa ketawa besar.

    "Alaaa kau ni. Tak apa la, asalkan kau cari jodoh untuk diri kau sendiri. Dapat mat saleh ummphhh!"

    Dian sudah berjalan ke arah kaunter untuk mengambil air dan kek yang dipesan tadi.

    "Ah, merepek la kau, Lisa! Dah la aku nak ambil makanan aku ni. Tidur cepat, esok kerja. Bye!" Sempat Dian mengusik Melisa.

    "Hesy, bye!"






To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro