BAB 53: I NEED YOU, MALIK

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CINCIN INI UNTUK SIAPA?

Nelly meraba-raba hidungnya, seolah-olah baru tadi Malik memicitnya. Tetapi Malik hanya terbaring di atas katil hospital dan tidak dapat berbuat apa-apa. Bernafas pun dengan bantuan ventilator. Nelly tahu, Malik akan memerlukan masa untuk pulih kerana paru-paru yang luka terkena tikaman. Mungkin beberapa minggu.

Malik memang setia kepada kawan. Takkan ini balasan kesetiaan itu?

Keluarga Arman dan Suhail sudah pulang setelah melihat Malik. Mereka kata akan datang semula esok pagi. Arman dan Puspa juga sudah pulang. Nelly faham kenapa Arman pulang. Dia perlu menguruskan isterinya yang belum berupaya menguruskan diri sendiri.

Datuk dan Datin Tan faham anaknya mahu bersendirian dengan Malik. Mahu meluahkan perasaannya. Mereka senyap-senyap keluar bilik. Tinggal Nelly dan Malik sahaja.

"Where is your fighting spirit Malik?" Nelly memulakan bebelannya.

"Atau Malik sengaja nak tidur lama-lama sebab tak nak dengar Nelly membebel lagi?" 

Kalau Nelly harap Malik akan segera bangun dan menjawab, memang dia betul-betul sudah sasau. Tetapi Nelly bersyukur, sekurang-kurangnya Mesin ElectroCardioGraphy (ECG) dan ventilator bergerak seperti biasa. Nelly rapatkan lagi kerusi ke katil Malik.

"Kalau Malik marah pada Nelly sebab hal hari itu, tapi terus tidur saja, macam mana Nelly nak tahu apa dalam hati Malik?"

Nelly keluarkan kotak berisi cincin lamaran yang baharu diterimanya tadi. "Cincin ini Malik nak bagi siapa? Takkan nak bagi pada kereta?"

Tut tut tut . . . mesin ECG masih berbunyi.

"Baiklah. Kalau Malik tak nak jawab, Nelly akan pergi. Nelly akan datang hanya bila Malik dah bangun daripada tidur. Tahu kenapa? Kerana Nelly tak mahu bercakap dengan patung bernyawa."

Nelly bangun dengan perasaan hiba tidak terkata. Tiba-tiba dia seperti mendengar suara Malik: 

"Jangan pergi."

Nelly menoleh dan melihat Malik masih terbaring di situ. Mata masih tertutup. Takkan dia bercakap sedangkan mulutnya bersambung dengan alat-alat yang sedang bekerja untuk menyambung nyawanya, fikir Nelly.

Mengigau?

Nelly letak tangan kanannya di tangan kanan Malik. Ada lebam-lebam di lengan itu. Mungkin dia gunakan tangan itu untuk menahan pukulan. Nelly usap tangan Malik perlahan-lahan, dan terasa bahang panasnya.

Tangan itu pernah menyelamatkan maruahnya dahulu. Tangan itu membelanya tanpa memikirkan tentang risiko yang ditanggung dirinya sendiri. Seperti kata papanya, tiada wang ringgit yang boleh membayar jasa Malik kepada keluarga Tan Kok. 

Nelly nampak bintik-bintik peluh di dahi Malik. Aircond sejuk. Tetapi kenapa Malik berpeluh? Adakah ini petanda baik? Nelly melepaskan tangan Malik. Dia dengar lagi suara.

"Jangan pergi . . ."

"Malik, Nelly takkan pergi. Takkan tinggalkan awak. Tapi awak yang nak tinggalkan Nelly. Sejak hari kita bertengkar dulu, awak tak bercakap lagi dengan Nelly. Ingat awak seorang saja yang sakit hati, Nelly tidak?"

Nelly jarang dapat menatap wajah Malik atau melihat tubuh badannya dengan jelas. Malik akan cepat perasan dan mengusiknya. Perbuatan itu sering kali buat Nelly malu. Selalunya Malik akan berkata: "Like what you see? I can show you more under one condition . . ."

Malik membiarkan ayatnya tergantung, kerana Nelly akan pantas mencemikkan muka. Kata Nelly, Malik perasan. Kenapa dia harus suka melihat tubuh badan Malik sedangkan hatinya telah bertaut kepada Arman? Bolehkah seorang wanita tertawan kepada dua lelaki sekaligus?

Mata Malik masih pejam.

"Awak sangat cemburu dengan sahabat karib awak tu. Tapi awak simpan dalam hati. Awak tak buat apa-apa pun untuk hilangkan rasa cemburu itu. Sekarang sahabat karib awak tu dah kahwin pun. Jadi awak nak apa lagi?" soal Nelly.

Nelly terasa empangan air mata sudah mahu pecah. Ditahannya. Air matanya tak mahu bekerjasama dengan akalnya. Air matanya mengikut perasaannya. Dan perasaannya sekarang langsung tidak menyerupai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SOS CILI NELLY SDN BHD, anak syarikat TAN KOK FOOD HOLDING.

"Tentu awak fikir Nelly nak goda dia kan? Dulu mungkin. Tapi sejak kejadian tepi sungai tu, Nelly sudah berhenti menggoda dia. Yang tinggal hanya harapan sahaja. Tapi awak terus membisu. Langsung awak tidak ada usaha untuk pindahkan harapan itu daripada dia kepada awak."

Nelly terhenti. Teringat dia kepada bunga mawar merah yang dihantar kepadanya.

"Terima kasih kerana memberi Nelly bunga. Tetapi ia sekadar bunga yang akan layu."

Peluh Malik dikesat dengan tisu yang di tepi katil itu. Air mata yang tadi ditahannya menitis juga. Nelly lap dengan lengan bajunya. Dia bangun, terus keluar dan berjalan menghala ke wad di mana dia berehat. Papa dan mama tercengang-cengang. Tetapi mengikut di belakang Nelly tanpa berkata apa-apa.

Malik nampak puteri idamannya semakin lama semakin jauh, dan akhirnya hilang. Dia mahu mengejarnya, tetapi tubuhnya seperti tersangkut di satu tempat. Tiada daya dia hendak mengejarnya. Hanya jeritannya sendiri bergema di telinganya:

"Jangan pergi!"

*****

HATI NELLY CAIR

Esoknya Nelly keluar hospital. Doktor bekalkan ubat dan vitamin untuk mengawal tekanan darahnya. Jangan terjadi terlalu rendah sehingga pengsan lagi. Nelly terus pulang ke rumah tanpa singgah melihat Malik. Kalau singgah pun, dia akan menangis saja. Dia tidak mahu kelihatan lemah. Teringat petang itu dia ada janji untuk mengajar tuisyen Sains dengan Amirah. Walaupun badannya terasa letih, dia tidak akan mungkir janji.

Kebaikan sepatutnya menjadi satu budaya. Nelly merasa dirinya sudah ketinggalan dalam perlumbaan untuk menyertai budaya itu.

Nelly baca dari sebuah buku berjodol FASTABIQUL KHAIRAT, tulisan seorang pendakwah. Menarik kandungan buku itu yang dahulu dia tidak peduli.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 148:

Maksudnya, "Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat). Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada Hari Kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Puspa sudah mendahuluinya melalui projek JAMBATAN KASIH. Nelly tidak mahu ketinggalan lagi untuk mengejar kebaikan.

Kini dia faham apa yang dimaksudkan dengan 'Sahabat dunia akhirat' yang sering diungkapkan Arman kepada Malik. Kenapa dia tidak dapat menjadi sahabat dunia dan akhirat itu.

Tengah hari itu Nelly makan di ruang makan rumahnya bersama mama dan papanya. Inilah pertama kali mereka makan bersama setelah Nelly berhijrah kepada Islam. Mereka sudah mendapat seorang tukang masak baharu bernama Suri, dari Indonesia yang beragama Islam. Tukang masak lama dari timur Timur, Marion, beragama Kristian yang memang tidak pandai masak disuruh belajar daripada Suri. Nelly tidak benarkan Papa memberhentikan Marion. Biarlah dia terus bekerja sehingga kontraknya tamat. 

Islam itu indah.

"Sedap rasanya ayam masak kicap ini," kata Datin Tan memuji masakan Suri.

Mungkin ia lebih sedap sebab asalnya daging ayam yang disembelih. Segala toksik telah dilepaskan secara semulajadi, fikir Nelly.

Petang itu selepas Nelly mengajar di Sekolah Tuisyen Amirah, dia terus ke hospital. Tadi dia menerima mesej daripada Khadijah, Malik sudah sedar. Malik asyik bertanyakannya. Segala keputusan awal Nelly yang tidak mahu berjumpa Malik, konon nak merajuk, dilupakan dengan serta merta. Cepatnya hati ini cair bila tiada kawalan otak.

Malik bertanyakan aku? 

Dia hantar mesej kepada papa dan mamanya, Malik telah sedar. Tetapi dia mahu jumpa Malik sebelum mereka tiba. Semua kekalutan dia mahu kikis dan buang. 

Dia perlukan Malik. Bukan hanya untuk menukar tayar. Atau menyelamatkannya daripada lelaki miang yang separuh mabuk. 

Jantungnya terasa seperti dipulas-pulas. 

Ketika dia tiba di hospital, hanya ada Khadijah yang ditemani Zaki dan Sarah. Khadijah menunggu Malik kerana tidak sanggup anak angkatnya keseorangan. Malu Nelly melihat keluarga Arman yang begitu menyayangi Malik, sedangkan dia hanya mempergunakannya. 

Ventilator sudah dicabut. Tetapi tangan Malik masih disambung dengan drip, dan dadanya masih ada tiub yang bersambung dengan mesin. Wajah Malik kelihatan pucat. Tetapi dia tetap kacak. 

Kenapa aku tidak pernah nampak lelaki kacak ini? gumamnya sendiri.

Malik senyum. "Hi . . . You are very beautiful," katanya.

Malik ni buang tabiat ke apa? Tak pernah puji aku cantik.

"Aku mimpi . . ."

Malik mimpi? Bolehkah dia mimpi? Dia spesis Viking yang bengis. Bukan Viking dari negara Scandinavian. Kalau ada Viking dari timur, dialah spesis itu.

"Aku mimpi Puteri Hang Li Po datang merayu-rayu. Aku terperangkap entah di mana. Kemudian dia tinggalkan aku . . ."

Ah! Takkan Malik dengar?

"Aku jerit jangan pergi tapi puteri itu pergi juga . . ."

Nelly gigit bibir bawahnya untuk menahan tangis.

"Nellykah puteri itu?" Dia memandang Nelly. Matanya redup. Tidak nakal seperti selalu.

Air mata Nelly gugur.

"Please don't cry sweetheart . . ." Malik gerakkan tangannya yang tidak ada tiub, seolah-olah mahu mencapai Nelly.

Nelly merapatkan kerusinya. "I love you Malik . . ." Suaranya keluar, berbisik.

Walaupun sakit, Malik masih mampu menyambar lengan Nelly dengan tangannya yang tiada tiub. "Say it again . . ."

"No . . . It's your turn."

Malik senyum dalam kesakitan. Pergerakannya tadi sedikit menyakitkan bahagian badannya yang terkena kelaran pisau.

"Of course you know I have been in love with you since you were in form four."

Nelly cinta pertamanya. Tiada kedua, ketiga atau seterusnya.

"Aku sakit hati bila kau hanya nampak sahabat aku. Kau menagih cinta dia kerana wajah tampannya. Kerana gaya machonya, kerana sukan lasaknya. Sukarnya aku bersaing dengan dia."

Nelly tutup mulut Malik dengan tangannya yang masih bebas. Malik melepaskan tangan Nelly untuk menarik tangan yang menutup mulutnya. Tak sempat, Nelly terlebih dahulu sudah mengalihkannya. Malik terus buat muka kesian.

"Dia pertahankan maruah kamu Nelly. Itu tak boleh dibayar dengan wang ringgit!" kata-kata papanya berdesing di telinga.

Nelly keluarkan kotak yang berisi cincin. Kotak itu dibuka dan ditayang di hadapan Malik. "Ini untuk siapa?"

"Nelly . . . Jangan seksa aku lagi . . ."

Nelly mendekatkan lagi wajahnya. Sengaja dia buat begitu, "Tentu Malik rasa terseksa kan? Tersangkut di sini dengan tiub-tiub ini."

Pantas tangan Malik menangkap muka Nelly. Jangan ingat Malik sakit, dia kehilangan ketangkasannya. Nelly tergamam kerana mukanya dipenjara oleh tangan sasa Malik. Mata mereka saling berpanahan.

"Give me the ring," Malik mengarah setelah melepaskan tangannya.

Tak pernah Malik mengarah Nelly. Tetapi kali ini dia mengambil watak pengarah itu. Nelly patuh sahaja. Kotak berisi cincin bertukar tangan.

"Give me your right hand," arah Malik lagi.

Nelly hulurkan tangannya. Malik masukkan cincin ke jari manis Nelly.

"Now you can't say no. Just marry me."

"Lamaran jenis apa ni? Tak romantik langsung." Nelly bersungut.

Tetapi Malik senyum. Manis sungguh, menggoda. Mata mereka terus berpanahan, menusuk ke dalam hati masing-masing.

"Lepas kita nikah, I, Abdul Malik Haffaz will be romantic. I promise you," kata Malik.

"Ehem!"

Siapa pula berdehem, kacau daun ni? 

Nelly menoleh ke arah suara itu. 

Arman masuk menyorong kerusi roda Puspa. Kedua mereka tersenyum lebar. Tentu tadi mereka puas menonton drama live.

Arman dan bersalaman genggam soul handshake seperti biasa dilakukannya sesama rakan lelaki. Puspa menggerakkan kerusi rodanya ke arah Nelly sambil mendepangkan tangannya. Mereka berpelukan, pipi ke pipi.

Nelly perasan tiub drip telah tercabut dari tangan Malik. Dia segera minta diri dan bergegas mencari jururawat.

"Ganasnya kau Malik," usik Arman sambil tersenyum. "Tak padan dengan sakit."

Malik letak tangan di atas dadanya, "Sakit di sini lagi teruk."

"Maafkan aku jadi puncanya."

Sekali lagi Malik buat muka kesian.

"Bukan salah kau . . ."

"Terima kasih kerana selamatkan adik-adik aku," kata Arman. "Aku tak tahu macam mana nak balas jasa engkau."

Malik senyum. "Kita seri. Kau pun selamatkan aku dengan A-"

"Sekarang kita betul-betul blood brothers."

Malik berpaling ke arah Puspa yang tidak berkata apa-apa, "How are you Sis?"

Puspa memandang Malik dengan mata yang berkaca-kaca. Melihat Malik, Puspa teringat saat dia 'berkonspirasi' dengan Malik untuk mendorong Arman datang ke JACK & JILL BOXING CLUB. Puspa mendongak ke arah Arman. 

"She's coping very well," kata Arman, sebelah tangannya mengusap belakang Puspa dengan lembut. 

Arman faham, pastinya amat sukar menghadapi kehidupan apabila sudah biasa becok tiba-tiba sukar berkata-kata.

Nelly masuk bersama jururawat. Tangan Malik dicucuk semula.

"Urat dawai tulang besi," kata jururawat itu, sambil tersenyum.

Mereka ketawa kecil.

"The doctor says his progress is amazing," ujar jururawat itu lagi.

"Saya tak boleh tinggalkan seseorang yang perlukan saya," jawab Malik sambil mengenyit mata kepada Nelly.

"Yelah. Apapun, lain kali jangan bergerak sangat, Encik Malik. Nanti lambat sembuh. Lambat pula kahwin." Jururawat itu mengusik. 

Kata doktor Malik memerlukan dua bulan untuk benar-benar sembuh daripada luka pada paru-parunya. Tetapi dalam kepala otaknya dia tak akan menunggu dua bulan. Nelly yang ayu berhijab buat hatinya semakin bergetar. Semakin sayang.

*****

❤️

*Sis kongsi lagu 'You are the reason' untuk mereka. Enjoy!*

https://youtu.be/Dxf26RoPNTw


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro