BAB 54: BALASAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DENDAM DZAFRI

Dzafri, Datuk Salim, Mona dan abang iparnya, Noramin dihadapkan ke mahkamah. Kesemua mereka dibebaskan setelah diikat jamin RM100,000 bagi Datuk Salim dan isteri, RM50,000 bagi Dzafri dan Noramin. Dzafri tahu dia terpaksa dihadapkan sekali walaupun bertindak sebagai whistle blower dalam kes rasuah Datuk Salim. Adam Prakash masih berunding dengan SPRM supaya Dzafri dilepaskan. Tetapi Dzafri sudah bersedia menerima akibat kerana bersubahat dengan ayahnya, disebabkan mahu memiliki Nora. Dia boleh didakwa kerana mendesak ayahnya memberi projek kepada Noramin. Nora menjadi galang ganti projek rasuah itu. Tiada wang ringgit yang bertukar tangan. Dia sudah berterus terang dengan penyiasat tentang motifnya, walaupun memalukan. Bagaimana peguam bela hendak menyelesaikan kes itu dia serahkan kepada kebijaksanaan Adam Prakash.

Itu soal undang-undang yang peguam boleh membantu. Soal hati lain pula. Sendiri kena usaha. Di sana dia masih menemui kebuntuan. Nora tetap enggan mengikutnya balik ke rumah. Bagaimanapun dia tidak lagi menuntut cerai. Mungkin Nora kini tiada pilihan setelah Arman berkahwin dengan Puspa, dan dia dimarahi keluarga sendiri. Nora kini sendirian kerana tidak mendapat sokongan keluarga. Dzafri sudah jelaskan semuanya kepada Nora. Mereka saling memerlukan. Cinta yang musnah boleh dibina semula. Tetapi Nora masih berdegil.

Dzafri sewa sebuah apartmen yang berhampiran dengan sekolah tempat isterinya mengajar. Nora bersetuju pindah ke apartmen itu setelah keluar dari hospital.

"Tapi abang tak boleh tinggal dengan Nora," kata Nora ketika menerima kunci apartmen itu.

"Kenapa pula?" Dzafri membantah.

Dia boleh dakwa Nora nusyuz kerana ingkar kepada suami. Tetapi Dzafri terlalu sayang kepada Nora dan tidak sanggup melakukannya. Sekurang-kurangnya Nora mahu menerima tawarannya itu sudah sangat baik baginya. Di sana harapan Dzafri masih berputik agar mahligai yang dibinanya kira-kira setahun lalu masih dapat diselamatkan.

*****

PENGAKHIRAN

Hari itu dia didatangi ayah dan ibu tirinya.

"Ayah tak ada duit nak bayar gaji pekerja sekarang. Jadi ayah nak pinjam duit Dzafri," kata Datuk Salim memulakan perbualan.

"Ayah lupakah simpanan Dzafri pun kena sita?" soal Dzafri.

"Kamu kan ada simpanan bersama dengan Nora? Takkan itu pun kena?" celah Mona.

"Mana boleh saya ambil duit tu? Itu duit Nora. Kami simpan untuk anak kami," jawab Dzafri. Sengaja dia tekankan 'anak kami' itu. Hairan dia bagaimana Mona tahu dia ada akaun bersama dengan Nora.

"Kan dia dah minta cerai?" Mona membidas.

"Nora masih isteri saya kerana saya yang boleh ceraikan dia. Bukan dia ceraikan saya," jawab Dzafri.

Meluat sungguh dia dengan ibu tirinya itu.

"Jadi, kamu tak boleh tolong ayah settle gaji pekerja?" soal Datuk Salim.

"Pekerja mana tu ayah?" soal balik Dzafri.

Dia bukan tak mahu menolong ayahnya. Tapi dia tak mahu duit itu jatuh ke tangan Mona. "Rasanya pihak SPRM sita akaun tu cuma nak siasat sama ada duit dalam bank itu ada kaitan dengan rasuah atau tidak. Kalau tak ada kaitan, SPRM akan lepaskan." 

Hairan juga, takkan SPRM begitu kejam sampai syarikat tak dapat bayar gaji pekerja? fikirnya.

"Tapi memakan masa juga nak tentukan." Mona masih cuba mempengaruhinya.

Diam-diam Dzafri berharap mahkamah akan sabitkan Mona dan lepaskan ayahnya. Walaupun Dzafri marah kepada Datuk Salim kerana menceraikan mamanya dan menyebabkan dia didera semasa kecil, dia tetap kesian kepada ayahnya yang sudah berusia lebih 60 tahun. Ayahnya ada penyakit darah tinggi. Takkan nak dipenjara?

Tetapi nasi sudah menjadi bubur.

"Ayah ada berapa orang pekerja sekarang? Bagi Dzafri details. Dzafri bank in terus gaji yang belum dibayar kepada diorang," katanya.

"Kenapa tak boleh bagi ayah kamu pinjaman. Dia akan bayar balik bila SPRM tarik balik sita tu," Mona terus mempertikai.

Dzafri senyum sinis. Ha . . .Kan aku dah agak. Dia yang nak duit tu. Mungkin nak lari ke negara jiran ikut lubang tikus. Guna alasan konon nak bayar gaji pekerja ayah. Ingat aku bodoh ke?

"Maaf. Itu saja cara Dzafri boleh buat, ayah. Kalau tidak macam mana Dzafri nak jawab masa di mahkamah nanti?"

"Kamu kan ada peguam terkenal? Pandai-pandai dia nasihat kamu," desak Mona.

"Maaf Datin. Saya dah bercakap dengan terus terang pada peguam saya. Itu belum lagi kes anak dia kena serang. Sekarang polis tengah siasat. Siapa suruh penjahat serang anak dia?"

"Mana I tau."

"Kamu jangan tuduh makcik kamu yang bukan-bukan Dzafri," marah Datuk Salim pula. Dia tak fikir Mona sanggup bertindak sedemikian.

Kata-kata Datuk Salim yang masih menyokong Mona itu buat Dzafri hilang kesabarannya. Baginya Mona adalah racun yang perlu dinyahkan. "Ayah saja dari dulu percaya perempuan ini. Dia dah musnahkan hidup kita."

Mona paut lengan Datuk Salim.

"Ayah bagi amaran pada kamu Dzafri!" Datuk Salim meninggikan suaranya.

Semakin menyirap darah muda Dzafri melihat tindakan Mona itu. Sebiji macam batu api yang melaga-lagakan dia dan ayahnya.

"Ayah tahu tak, masa kecil dulu dia selalu pukul Dzafri. Pernah dia cuba lemaskan Dzafri dalam tub!" Suara Dzafri juga naik, sambil tangannya menuding ke arah Mona.

Datuk Salim terkejut. Dia menoleh ke arah Mona.

"Masa tu saya darjah dua," suara Dzafri sedikit serak ketika mengimbas detik tubuh kecilnya hampir lemas itu. Mujur Tukang Kebun keluarga itu Pak Parman mendengar jeritan Dzafri yang kuat, lalu datang menyelamatkannya.

Mona terdiam. Tak sangka Dzafri akan bangkitkan kejadian itu.

"Dzafri dah lupa peristiwa tu. Tapi bila Dzafri jatuh ke dalam sungai baru-baru ni, Dzafri teringat balik. Masa tu Dzafri fikir, baik mati saja."

"Betul kamu cuba lemaskan Dzafri, Mona?" soal Datuk Salim.

Muka Mona berubah pucat. "Dia bohong!"

Dzafri tarik lengan baju kiri ke atas dan menunjukkan parutnya.

"Ini dia cucuh dengan puntung rokok! Sengaja Dzafri biarkan tak bagi hilang parut ini." Oleh kerana Dzafri berkulit cerah, parut itu kelihatan amat jelas, seolah-olah masih baru. Datuk Salim berdiri, tetapi dia terasa dadanya sakit. Nafasnya sesak.

Melihat keadaan ayahnya, Dzafri, turut bangun.

Adakah dia melampau kerana mendedahkan kejahatan silam Mona?

Datuk Salim terus tumbang. Dzafri sempat menyambut ayahnya sebelum jatuh ke atas lantai.

"Tengok apa kamu buat dengan ayah kamu!" jerit Mona.

"Datin yang buat nak salahkan saya!" balas Dzafri. Suaranya lagi kuat daripada Mona.

Datuk Salim dimasukkan ke ICU di hospital berdekatan. Menurut doktor, Datuk Salim diserang angin ahmar. Terdapat darah beku dalam otaknya. Lalu dia segera dibawa ke Institut Jantung Negara untuk pembedahan. Tetapi, sehari sebelum pembedahan, Datuk Salim meninggal dunia.

Harta tidak boleh dibawa mati.

Sebelum meninggal, Datuk Salim sedar daripada pengsannya. Tetapi dia tidak dapat berkata apa-apa lagi. Ketika Dzafri melawatnya, hanya matanya terkedip-kedip, penuh kekesalan, seolah-olah meminta maaf daripada anaknya.

Terlajak perahu boleh diundur. Dzafri memaafkan ayahnya. Tetapi tidak akan memaafkan Mona. Biar dia mereput di penjara.

*****

HADIAH

Arman dan keluarganya mendapat berita kematian Datuk Salim daripada media. Zahari yang paling terkesan dengan berita itu. Datuk Salim pernah menjadi pembimbingnya dalam bidang pendidikan. Tetapi setelah mendapat kuasa politik, dia hilang pertimbangan antara baik dan buruk. Kuasa menjadikannya mabuk melihat peluang mendapat kemewahan dengan mudah. Taiko, tauke judi, tokoh korporat dan lain-lain mengubahnya daripada guru yang baik menjadi ahli politik yang korup. "Hadiah", katanya apabila Zahari cuba menasihatinya.

Dua minggu selepas ayahnya meninggal dunia, Dzafri datang ke JACK & JILL BOXING CLUB mencari Arman dan Puspa. Dia mahu berbicara dengan mereka secara enam mata tanpa gangguan orang lain. Arman ajak Dzafri masuk ke dalam pejabatnya.

"Aku datang nak minta maaf daripada Puspa. Sebab kes salah guna kuasa ini awak kena serang," katanya sebaik sahaja duduk di kerusi yang disediakan.

"Puspa tak salahkan awak," jawab Puspa, satu persatu.

"Aku juga nak minta maaf daripada kau Arman. Aku menyusahkan kau sebab cemburu. Sepatutnya kau biarkan saja aku mati lemas."

"Eh, jangan cakap macam tu. Aku tetap anggap kau kawan aku."

Kenyataan Arman membuat Dzafri amat terharu. Selama ini dia berbuat banyak onar semata-mata untuk menyusahkan Arman. Semua salah dia kerana cemburu tak ketahuan.

Sesalan tidak akan mengubah apa yang telah terjadi. Hanya kemaafan yang mampu menghapuskan dosanya.

"Aku dah bertekad akan pindah ke Sabah. Biar dekat dengan mama dan adik aku," katanya.

Arkitek boleh hidup di mana-mana, asalkan sanggup bekerja keras.

"Kau nak tinggal di Penampang? Macam mana dengan Nora?" soal Arman.

Lama Dzafri terdiam baru menjawab. "Entahlah. Terpulang kepada dia. Kalau dia masih mahu jadi isteri aku, dia ikut aku. Kerjaya guru di mana-mana pun diperlukan."

"Habis, kau dah berbaik dengan dia ke belum?" Soalan Arman sedikit mendesak. 

Nora bekas tunangnya. Dia sudah merelakan perpisahan itu. Kini dia bahagia bersama Puspa. Sepatutnya Nora juga bahagia. Sepontan tangannya merangkul pinggang Puspa yang duduk berdiam diri sahaja di sebelahnya.

Dzafri tunduk. Soalan Arman dibiarkan berlalu tanpa jawapan.

"Aset aku dah dilepaskan SPRM. Aku akan jual apa yang boleh dijual dan beli aset di sana."

"Nampaknya kau dah nekad."

"Aku dah bincang dengan adik aku, Susan."

"Adik kau?"

"Kau ni macam tak tahu pula. Adik kandung aku Susan sebaya Puspa. Aku dengar khabar dah bertunang. Kalau dia kahwin, dia akan tinggalkan Mama sendirian. Biarlah aku pula jaga Mama."

"Bukan Mama kau kahwin lain ke?" soal Arman.

"Ya. Tapi ayah tiri aku tu pun dah meninggal dunia tahun lepas. Aku pun tak tahu sakit apa. Mama aku perlukan aku. Adik aku, anak Mama dengan ayah tiri pula ada dua orang. Aku tak kenal. Masih belajar lagi. Inilah masanya aku kenal diorang."

Arman terasa Puspa juga memeluk pinggangnya, tersirat kata-kata tanpa suara, tak mengapa. Cakaplah tentang Nora. Puspa faham.

"Sejujurnya, adakah kau masih cinta pada Nora?" Arman terus mendesak. Hatinya kasihan kepada Nora.

"What difference does it make? She hates me."

Arman tiada jawapan bagi persoalan itu.

"Habis? Macam mana dengan ibu tiri kau?"

Dzafri ketawa. "Kali terakhir aku nampak dia di pasar. Tak terurus. Orang kata dia gila."

Dia bangun, seolah-olah mahu mengakhiri pertemuan itu.

"Aku cintakan Puspa dan tak akan melukakan hatinya . . . Jauh sekali untuk mencurangi cinta kami," tegas Arman.

Kata-kata Arman yang mengandungi maksud tersirat itu difahami Dzafri.

Sebelum berpisah, mereka berpelukan seketika.

Setelah bertemu Arman, Dzafri merasa sedikit kelegaan. Bukan sedikit sebenarnya. Terasa satu beban berat telah diangkat dari bahunya. Dia memandu keretanya menuju ke kawasan perkuburan di mana pusara anaknya ditempatkan. Kata orang, anak yang meninggal dunia semasa kecil boleh membawa ibu bapa ke syurga.

Dapatkah anak itu melakukannya sedangkan aku bapa yang jahat?

"Wahai anak. Maafkan papa kerana tidak dapat menjaga kamu sehingga dewasa. Mungkin ini lebih baik kerana papa seorang yang jahil. Mungkin selepas ini papa hanya dapat datang melawat pusara kamu setahun sekali . . ."

Keratan pokok yang dipacak di pusara bayi yang tak sempat melihat dunia itu sudah mula tumbuh. Melihat pokok itu, Dzafri semakin terasa dirinya hanya seorang lelaki yang sunyi. Dia bangun untuk meninggalkan pusara anaknya. Langkahnya lemah. Sekujur sosok wanita kelihatan berdiri di tepi pagar kawasan perkuburan itu.

"Nora!"

Mungkin matanya sudah tidak betul. Dia pandang sungguh-sungguh. Memang benar Nora. Dia percepatkan langkah ke pagar. Harapannya janganlah bayangan Nora tadi hilang.

"Abang Dzafri . . ." Suara Nora amat sayu didengarnya.

Memang benar Nora berdiri di situ.

Nora melangkah ke arahnya. "Nora minta ampun . . ."

Dzafri tidak percaya. Nora minta ampun? Sedang berhalusinasikah aku? Baginya, dialah yang patut minta ampun. Dia yang merampas kebahagiaan Nora. Dzafri merapatkan diri. Nora masih isterinya, walaupun tidak tinggal bersama.

"Nora minta ampun sebab apa? Sebab nak tinggalkan Abang?" soalnya.

Air mata Nora mengalir deras. "Nora terlanjur cakap minta cerai."

Dzafri berdiri hanya kira-kira satu meter daripada Nora. Dia amat rindu kepada isterinya. Tetapi langkahnya terpaku di tanah kering itu.

"Abang tak pernah terfikir untuk ceraikan Nora."

Nora menapak selangkah lagi ke hadapan. Dzafri menarik Nora dan memeluknya. Nora terus menangis teresak-esak. Dzafri biarkan sahaja Nora melepaskan tangisannya. Mereka sama-sama kehilangan. Lantas, air matanya juga turut mengalir.

Biarlah penyatuan ini mengisi ruang yang kosong itu.

Akhirnya Nora berhenti menangis dan mendongak memandang Dzafri. "Benarkah Abang nak tinggalkan Nora di sini seorang diri?"

"Bukankah Nora yang dah buang Abang?"

"Abang yang nak tinggalkan Nora. Abang nak ke Sabah," Nora menuduh.

Dzafri tahu ini mesti cerita dari Arman. Hanya kepada Arman dan Puspa dia bercerita tentang rancangannya. "Nora sudi ikut Abang ke Sabah?" soalnya.

Nora mengangguk.

Dzafri tersenyum lebar.

Terima kasih kawan, bisik hatinya.

Arman pernah menjadi kawan, kemudian musuh, kemudian kembali menjadi kawan.

*****

❤️

*May Dzafri and Nora live happily ever after!*


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro