CORETAN PENULIS

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AL-HAMDULILLAH!

Akhirnya penulis berjaya membuat closure pada novel ini. Penulisan ini amat sukar kerana penulis biasa menulis/menyunting berita dan skrip drama. Penulis tidak pernah mengambil subjek Sastera Melayu, sebaliknya mengambil English Literature. Sering kali penulis menggunakan Bahasa Inggeris dan terjemahnya ke dalam Bahasa Melayu. Sebab itu kadang-kadang ayat jadi pelik. 😇 

Paling sukar ialah meletakkan genre pada novel ini kerana ceritanya ada pelbagai elemen seperti paranormal, science-fiction, romance, action dan general fiction. Akhirnya jadi rojak.😍

Penulis sengaja memilih sukan ragbi dan kerjaya dalam bidang pertanian untuk background cerita ini kerana keduanya agak 'rare' diterokai oleh novelist Malaysia.

Semoga cerita ini memberi motivasi kepada pembaca untuk menceburi bidang-bidang tersebut.

Kenapa penulis memilih nama-nama watak yang simple untuk cerita ini? Kerana erti yang ada pada nama-nama itu. 

ARMAN - Maknanya Harapan. Itulah yang memberinya semangat untuk bangun semula setelah jatuh dan terus berjuang. 

PUSPA - Maknanya bunga yang harum semerbak, digemari semua insan, membawa mesej kasih sayang untuk masa hadapan. 

MALIK - Seorang raja yang gagah perkasa yang sentiasa mempertahankan mereka yang lemah dan teraniaya, walaupun dirinya sendiri yang cedera.

NELLY - Nama manja yang sesuai dengan wajah yang jelita. Seorang yang ego kerana cantik dan kaya, tetapi akhirnya insaf tentang kekurangannya.

RINDU KAMILAH - Bermaksud rindu kesempurnaan.

Kamilah juga nama kedua Puspa.

Sebagaimana kehidupan kita dalam dunia ini, ia tak semudah A-B-C.

Protagonis dalam novel ini harus berhadapan dengan cabaran yang mendatang, silih berganti. 

Dalam novel ini Puspa mengejar cinta Arman, tetapi pasrah jika akhirnya Arman memilih Nora, atau Nelly. Ini kerana dia percaya pertemuan, jodoh dan maut itu ditentukan oleh Yang Maha Esa. Namun, itu tidak bermakna Puspa harus berdiam diri dan membiarkan Arman dirampas oleh orang lain.

Nasibnya baik kerana memiliki datuk yang punya hasrat yang sama.

Dalam pada itu Arman yang mulanya 'tercalar' egonya kerana ditinggalkan Nora sedar bahawa Allah SWT memberi anugerah yang lebih baik setiap kali hambaNya 'kehilangan' sesuatu, termasuk cinta.

Penulis mohon maaf di atas apa-apa kecacatan pada novel sulung ini.  

Novel ini akan ada bahagian kedua. 

Ingat lagi kepada Zarif yang hilang?

David, dalang pengedar dadah masih belum ditemui. 

Justeru, novel seterusnya mengenai perjalanan hidup Zarif. Ada beberapa surprise elements dalam kehidupan Zarif.

Penulis namakan novel itu 'DUNIA KECIL'.

DUNIA KECIL atau SMALL WORLD juga cerita yang agak berat dan tidak straight forward. Penulis gemar aspek kemanusiaan dan alam sekitar dan ingin melampirkannya di dalam karya seni.

Siapa sebenarnya Zarif akan diceritakan dalam DUNIA KECIL

Genre: Campur aduk.

Tajuk DUNIA KECIL dipilih kerana dalam cerita itu terdapat banyak kebetulan yang sengaja dicipta oleh penulis.

Sebenarnya, dalam Islam tiada kebetulan. Semuanya dalam perancangan Allah SWT. 

Bab penutup EPILOG 1 dan EPILOG 2 selepas coretan ini. 

https://www.wattpad.com/story/214373718-dunia-kecil

*****

💋SAYONARA! 1 LOVE YOU!💋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro