EPILOG 2: ARMAN BERSOREH

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KETURUNAN

Aku budak kejuruteraan yang tak suka mengarang. Aku pun bukan budak anugerah dekan. Jauh sekali 'genius'. Semuanya gara-gara subjek yang aku terpaksa mengarang, seperti Pengurusan dan Politik Malaysia. Semua subjek itu elektif tetapi wajib. Aku lulus, tetapi tidak cemerlang. Undang-undang boleh pula aku dapat A minus setelah siang malam dibantu Puspa. Bagi aku itu adalah rekod terbaik dalam subjek bukan sains aku. Walau bagaimanapun aku tetap dikategori pada keseluruhannya 'above average' kerana semua subjek kejuruteraan aku cemerlang. Aku excellence dalam kurikulum sukan. Tetapi kalau aku mengambil kursus Sains Sukan pula, tak semestinya aku jadi excellence sebab aku memang tidak hebat subjek anatomi kecuali cerita pasal bicep dan six-pack.

Aku juga 'excellence' dalam mendapatkan girl-friend. Tapi aku silap kerana memilih Nora yang kecil molek, cinta pertama masa sekolah menengah. Aku mengaku bila masuk universiti aku jatuh hati pada Puspa yang tinggi lampai. Bagaimanapun, aku terpaksa melupakannya, kerana Nora gadis pilihan umi aku. Mujur Puspa masih ingat aku bila Nora dipaksa keluarganya kahwin dengan Dzafri.

Semua sudah jadi sejarah. Aku pun dah tak kisah lagi.

Puspa penyelamatku, kekasihku, isteriku.

Aku sangat cinta kepadanya, walaupun dia melekat dengan aku macam belangkas. Langsung aku tak boleh ke mana-mana tanpa dia, tanpa memberitahu dia, tanpa menghubungi dia kalau nak balik lewat. Tak kisah kalau korang kata dia 'Queen Control'. Sebenarnya itu tak betul. Aku yang 'King Control'. Apa aku cakap semua dia patuh. Paling teruk pun dia mengadu pada Umi atau Walid. Mengadu dengan Ibu dan Ayah, setahu aku tak pernah. Kalau ada sudah tentu aku kena bebel.

Setiap kali aku turun padang ragbi, dia akan ikut. Sampai kawan-kawan Kelab BLACK SELADANG aku tanya, "Kau guna jampi apa, Arman?"

Malah dia sudah pandai buat passing dan menendang bola dalam permainan ragbi. Tapi aku tak benarkan dia main ragbi, walaupun di Malaysia ada pasukan wanita.

Kalau dia buat muncung itik sambil mengulum senyum, memang boleh gugur jantung aku.

Sehingga hari ini dia belum boleh beraksi di mahkamah. Ini kerana bapa mentuaku, Adam Prakash mahu ingatannya 100% pulih sebelum dibenarkan menguruskan kes jenayah. Lalu kerjanya hanya meneliti dokumen sahaja, selain mengajar budak-budak dan ibu mereka menari balet, di sebuah sekolah tadika di Ipoh, seminggu sekali. Kasihan juga aku. Tentu membosankan. Sebab itu aku bawa dia berjalan-jalan ke tempat yang kurang belanja. Aku bukan ada banyak duit.

Puspa seperti tak kisah tidak beraksi di mahkamah. Duit baginya telah datang seperti durian runtuh setelah menjadi ahli BOD  dan sebahagian daripada penasihat undang-undang syarikat milik datuknya, SECURITY AND SURVEILLANCE HOLDING (SSH). Sebahagian elaunnya dia gunakan untuk membiayai JAMBATAN KASIH. 

Aku merasa diriku amat bertuah kerana Allah SWT pertemukan aku dengan dia. Rupanya ada hikmah dalam musibah yang menimpa aku.

Entah kenapa aku nak bawa dia ke Beting Beras Basah. Macam ada kuasa yang menarik aku ke sana dan membawanya sekali.

Rupanya dia hendak dipertemukan dengan saudara-maranya yang selama ini terputus, kerana masing-masing terlalu sibuk mengejar nikmat dunia.

Tetapi, dalam bersoreh itu, yang lebih membuat aku teruja ialah tentang kisah Raja Ahmad Iqram Ataullah yang dibuang ke sebuah pulau di Lautan Hindi Timur.

Menurut cerita Embah Nang, Raja Iqram menyelamatkan seorang perempuan warga Australia bernama Brenda daripada mati lemas ketika kapal mereka karam di lambung ombak. Raja Iqram ketika itu menjadi awak-awak dalam kapal itu. Dia kan banduan. Oleh kerana dia menunjukkan kelakuan baik, dapat kerja itu. Dia berjaya menarik Brenda yang hampir tenggelam, dan mereka berdua hanyut sambil bergayut pada serpihan kapal. Menurut cerita, Brenda beberapa kali terlucut tangannya kerana kebas. Tetapi Raja Iqram tetap memegangnya. Akhirnya mereka diselamatkan kapal askar laut British dan dibawa ke Australia.

Brenda jatuh cinta dengan kekuatan Raja Iqram. Mulai hari itu Raja Iqram bekerja di ladang bapa Brenda. Mereka berkahwin. Oleh kerana Brenda anak tunggal, ladang itu diusahakan oleh Raja Iqram dan Brenda. Rupanya. rezeki Miut di negara orang.

Mohsin, moyang aku balik ke tanah air. Pangkat Raja tidak dipakainya kerana tidak mahu dikesan oleh penjajah. Kisah moyang aku ini aku tahu, sebab kuburnya pun tidak jauh dari Kampung Seri Bahagia. Sebahagian daripada harta walid aku diwarisi daripada moyang aku ini. Tetapi masih ada lompong dalam cerita ini yang aku perlu tanya Walid.

*****

PUSPA MENANGIS

Hari kedua kami dibawa ke rumah Lek Hasbi (Lek dalam bahasa Jawa bermaksud Pak Cik). Lek Hasbi mengusahakan minyak kelapa dara.

Kami dibawa ke Pulau Sembilam untuk bermandi manda. Suka betul Puspa aku lihat. Bukan main lagi dia mandi dengan Mukhriz dan Intan, anak Lek Hasbi, sebaya Sarah.

Aku main air sekejap sahaja. Biarlah Puspa bermain dengan saudara-maranya.

Aku cuba cungkil sebanyak mana maklumat tentang moyang Mohsin daripada Lek Hasbi. Senang sikit aku nak terjah Walid nanti. Dia mengajar aku, kalau timbang dan ukur mesti tepat. Itu ajaran Islam, katanya.

Tengah hari itu kami makan di rumah Lek Hasbi. Rupanya dia sembelih kambing. Malam tadi kami makan berlauk daging ayam kampung (tiga ekor ayam kampung Embah Nang disembelih), untuk menjamu kami dan anak-anaknya dan saudara-mara yang turut menziarahi. Macam sambutan AidilFitri pula. Masing-masing mengajak kami berkunjung ke rumah mereka.

Sebelum pulang, kami tak singgah di rumah Embah Nang sebab dia dan Embah Dok pun ada di rumah Lek Hasbi.

Lupa nak cakap. Embah Nang dalam rumah itu terdiri daripada dia, isterinya, anaknya Lek Sufiyan dan menantunya Mak Ulong Basriyah, serta cucunya Mukhriz. Ketika ini kedua anak dan menantu berada di Seremban kerana menyambut kelahiran cicit pertama Embah Nang. Atok Haidar sudah kalah dengan Embah Nang. Sebab itu aku disindir Embah Dok sebab Puspa belum ada 'isi'.

Kenapa Mak Ulong, bukan Lek Basriyah? Sebabnya isteri Lek Sufiyan Orang Banjar. Oh, Oh . . . Jawa kahwin Banjar, anak jadi Melayu. Itulah Mukhriz. Dia tak pandai cakap Jawa mahupun Banjar, tapi faham bila orang mengutuk dia dalam bahasa-bahasa tersebut. 

Indahnya Negaraku!

Sebelum pulang aku beri baju-t turtle neck aku kepada Mukhriz, kerana dia minat sangat dengan Kelab BLACK SELADANG. Aku nampak Intan terkulat-kulat iri hati dengan Mukhriz. Terus Puspa beri baju-t kesayangannya yang tertulis: JUSTICE FOR ARMAN.

Sukanya Intan. Nak jadi peguam, katanya. 

Hampir nak pulang, Puspa masih sembang dengan Mukhriz dan Embah Dok. Lepas sembang-sembang Puspa menghampiri aku. Mata Puspa berkaca-kaca dan dia menyedut hingus. Aku buka mulut untuk bertanya. Terus Puspa memakai helmet dan menutup visor. Aku buka visor helmetnya. Puspa berpaling ke arah lain.

"Kenapa menangis sayang?" Sungguh aku tak mahu Puspa menangis lagi.

"Tak ada apa. Jom balik," jawabnya.

Rahsia apa pula yang Puspa simpan ini?

Argh! Tension aku!

Sepanjang perjalanan pulang, Puspa peluk badan aku begitu kejap. Sampai aku brake motorsikal di halaman rumah kami, baru dia lepaskan. Seperti ada satu mesej dalam pelukan itu.

*Pulau Sembilan. Gambar dari Google*

*****

JANGAN BERDENDAM

Adik aku Sarah yang sedang memberi makan ayam, tinggalkan kerjanya dan menerkam ke arah kami. Biasalah dia tu.

Umi pun turut keluar. Dia senyum memanjang. Puspa salam dan cium tangannya. Oleh-oleh dari Bagan Datoh diserahkan. Dua botol minyak kelapa dara (setiap satu, 1 liter) dan daging kambing yang masih mentah.

"Kalau Abang bawa kereta entah apa lagi jajan diorang kirim," tegas Puspa setelah menyampaikan salam saudara-mara.

Malam itu lepas makan malam, aku kepung Walid di bilik bacaan. Aku mahu dia cerita tentang Raja Ahmad Iqram Ataullah.

"Walid memang nak berkisah susur-galur kamu. Tapi tak sempat . . ." Dia memulakan ceritanya.

Aku tunggu.

"Kamu masuk penjara."

Aku dah tahu bab aku masuk penjara. Aku tak mahu dengar bab itu.

"Nama miut kamu sebenarnya Raja Ahmad Iqram Shah Ibni Raja Ali Ataullah. Banyak Raja di Negeri ini masa itu. Raja Ali Ataullah benci penjajah. Tapi sebab ada pangkat dia hanya dapat sokong pihak yang menentang penjajah secara bersembunyi. Kalau zaman sekarang, kiranya dia 'financier' sebab dia pun peniaga ikan, pakaian, bawang, garam dan sebagainya. Jadi dia kaya, ikut standard zaman itu.

"Kemudian anak saudara dia dengki, terus melapor kepada penjajah. Dia pun kena tangkap. Kononnya sebab melawan penjajah dan enggan membayar cukai kepada pihak berkuasa . . . Yakni penjajah. Untuk menyelamatkan ayahnya, Raja Ahmad Iqram mengaku semua itu angkara dia. Lalu dia dibuang di sebuah pulau di Lautan Hindi Timur. Macam pemberontak yang lain juga."  Menurut Walid.

"Anak saudara sendiri khianat?" Aku kurang percaya.

"Ya . . . Puncanya Raja Iqram dengan sepupunya suka perempuan yang sama."

"Mai Farzanah." Aku meneka.

Walid mengangguk. "Kononnya Mai Farzanah itu sangat cantik. Kulitnya putih melepak macam pasir di Beting Beras Basah tu. Lepas Raja Iqram kena buang, sepupu dia pergi meminang Mai Farzanah. Tetapi pinangan ditolak."

"Miut Mai Farzanah jatuh sakit." Aku menyambung cerita Walid.

"Betul. Jenuh demer berubat, sampai jatuh miskin keluarga Meor Salahuddin . . . Demer syak ini mesti kerja bomoh."

Walid berhenti bercerita. Dia nampak sedih.

"Walid kena cerita habis dengan Arman," kataku.

"Kamu kena janji . . ."

Aku kehairanan. "Janji apa walid?" .

"Jangan simpan dendam kepada cucu-cicit atas perbuatan keturunan demer dahulu."

Pelik permintaan Walid. Tetapi aku janji. Aku beritahu Walid, aku sudah tahu tentang Kiai Luqman, pendakwah dari Tanah Arab itu.

Walid mengangguk. "Begitulah cerita orang dahulu."

"Lagi? Moyang Mohsin pula macam mana?"

"Moyang kamu, Mohsin dapat balik ke sini. Tetapi dia tak pakai gelarannya lagi. Cuma masa dia meninggal dia pesan supaya kekalkan nama Ataullah itu di belakang nama kita untuk mengenang jasa orang tua dahulu dan kita sentiasa taat kepada Allah," jelas Walid.

Aku mengangguk faham. Tapi apa jadi dengan sepupu Miut? Aduh . . . kalau dia sepupu Miut tentu keturunannya ada bau-bau bacang dengan aku, fikirku.

"Dia berkahwin dengan orang lain. Tapi umur tak panjang. Lepas dapat seorang anak, dia meninggal. Sakit entah apa," jawab Walid.

"Siapa dia?" Aku mendesak sebab Walid macam cuba mengelak daripada menjawab soalan aku. Cerita pasal kahwin orang itu, aku langsung tak minat.

"Miut itu namanya Raja Akmal Shah."

Aku tak faham. Apa signifikannya nama itu?

Walid pula terus berteka-teki. "Ingat pesan walid. Jangan balas dendam."

"Baik walid cakap terus terang." Aku mula memberi amaran.

Walid menghela nafas panjang. Macam sukar sangat untuk memberitahu. "Raja Akmal Shah itu miut kawan Puspa, peguam Raja Zarif Azhad Bin Raja Hadwan Shah." 

Aku terkesima dengan mainan takdir. Sudahlah aku diberitahu Hans, sahabat baik aku, selain Malik, sepupu David, Raja Dadah Asia; kini Zarif pula . . .

Aku, piut  (keturunan generasi kelima) Raja Iqram pula merampas Puspa, gadis yang dicintai Zarif, piut  Raja Akmal Shah.

Adakah ini berkait dengan tangisan Puspa siang tadi? Hatiku tertanya-tanya. 

Sebahagian daripada jawapannya aku sudah tahu. Puspa memang sayang dengan Zarif. Dia mengenali Zarif sebelum bertemu aku. Puspa mencarinya jika mahu pandangan tentang undang-undang. Dialah yang membantu Puspa sehingga menjadi pelajar terbaik di fakultinya. Cuma sayang itu tidak pernah berkembang menjadi cinta. 

Paradoks. 

Tetapi aku tak wajar cemburu. Aku cinta pertama Puspa.

Habis gebang dengan Walid, aku menapak ke bilik untuk mendapatkan isteri tersayang. Aku pasti dia merajuk sebab aku lambat masuk bilik. Rupanya aku silap. Dia sedang berbaring dengan separuh badan bersandar di kepala katil. 

Dia ketawa sambil bermain dengan telefon bimbitnya, siap dengan fon telinga tanpa wayar. Patutlah sampai tak sedar aku sudah naik ke katil.

Aku mengesot ke tepinya, menyibuk untuk tahu apa yang membuatnya ketawa. Dia cabut fon telinga dan sembunyikan telefon bimbit di bawah bantal. Perbuatannya buat aku semakin teruja untuk mengetahui. Aku seluk bawah bantalnya. Dia tepis tangan aku dan terus naik ke atas badan aku.

Isteri aku, semakin pantas gerakannya!

Aku tak mahu mengalah. Lalu kami pun bergomol. Puspa guna kelebihan keperempuanannya menggoda aku supaya mengalihkan perhatian daripada misi mengambil . . . Entah apa.

Bila Puspa goda, aku lupa . . . Aku nak buat apa tadi?

*****

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

*Di atas wajah Arman dan Puspa. Arman tak pendek. Cuma Puspa yang tinggi. Hmm . . . Mana lawa, Arman yang berjambang dengan yang dagu licin? Gambar di halaman lepas. Cari sendiri jika nak tahu*

*Lebih kurang macam ini rupa kapal pada zaman dahulu*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro