Bab 15👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Belle Áme | 15

“Masuklah, Puan Kim... em.. Taehyung..” pelawa Lauren kepada bakal ibu mentua serta tunangnya, Taehyung. Puan Kim tersenyum, dia menarik Lauren kedalam pelukannya. Dia rindu bakal menantunya itu.

“Mama mana?” soal Puan Kim sebaik pelukan terlerai.

“Mama kat atas lagi, Puan. Em, jemputlah duduk” kata Lauren lalu mereka melabuhkan punggung diatas sofa. Taehyung melirik Lauren dari ekor mata cuma Lauren sedikitpun tidak memandangnya. Huh. Gadis itu masih terasa dengan kelakuannya.

“Ehh tak payahlah panggil saya Puan, Lauren. Saya kan nanti akan jadi mama kamu juga? Panggil mama aje pun boleh.” kata Puan Kim seraya tersenyum. Lauren mengangguk faham. Maid mereka datang sebelum menghidangkan mereka minuman.

Bila Madame Sofiya turun dari tingkat atas, terus saja Lauren dan Taehyung diusir dari situ. Kata Puan Kim dia mahu bercakap dari hati ke hati dengan bakal besannya itu. Jadi, Lauren dan Taehyung terpaksa akur saja sebelum mereka bergerak ke halaman rumah.

Keheningan memenuhi masa mereka berdua. Taehyung tak bukak mulut, Lauren apa lagi. Mereka hanya duduk di bangku taman tanpa mengeluarkan sebarang kata.

“Kau tahu kenapa aku datang sini?” soal Taehyung, kedengaran agak kasar namun dia tidak boleh mengawal nada suaranya. Dia takut, Lauren sedar akan kegusarannya.

“Tak..” jawab Lauren sepatah. Taehyung mengeluh perlahan.

“Aku minta mama percepatkan tarikh kahwin kita.” jawab Taehyung. Lauren buat muka tidak percaya, laju saja wajahnya menoleh pada Taehyung. Lelaki itu tersengih kecil.

“Tapi.. kenapa?”

“Entah. Aku pun tak tahu apa sebabnya..” balas Taehyung. Dia menoleh pada Lauren yang sedang merenungnya. Anak mata Lauren yang berwarna coklat cair itu buatkan Taehyung jadi tak keruan. Terus dia alihkan pandangan.

“Awak rancang apa lagi lepas ni?”

“Huh?”

“Lepas awak minta saya kecewakan Jimin. Awak nak kecewakan saya lagi ke? Dengan beri harapan dan cinta palsu?” kata- kata Lauren buatkan Taehyung tergamam. Dia tidak terfikir sampai kesitu. Kalau pun Lauren kecewa, sebab itulah dia kesini hendak menebus kesalahannya. Dengan? Dengan mengahwini gadis itulah!

“Aku bukan nak bagi kau harapan, jauh sekali nak bagi kau kecewa. Aku cuma nak betulkan apa yang berlaku. Aku..”

“Lepas tu awak tinggalkan saya?”

Pandangan Taehyung terkunci pada wajah putih bersih milik tunangnya, Lauren. Kemudian pandangannya jatuh pula pada bibir merah gadis itu, kenapa bibir itu tidak tersenyum dan melengkung seperti ketika gadis itu bersama Jimin? Kenapa sekarang tak pula?

“Lauren..” berat, nama itu meniti pada bibir Taehyung. Dia akui gadis itu tidaklah cantik dan tidaklah terlalu menarik jika dibandingkan dengan junior mahupun gadis yang berada dikampus. Tapi aura Lauren lain. Dia gadis yang baik dan.. senang disakiti.

Awak nak kahwin dengan saya atas sebab apa?”

“Aku nak tebus kesalahan aku pada kau-”

“Lepas tu?”

“Aku.. akan cuba cintakan kau.” perlahan Taehyung menuturkan ayat tersebut. Jantungnya sudah berdetak tak berentak bila pandangan mereka bertaut. Tanpa sedar, tapak tangan Taehyung mulai naik untuk menyentuh pipi Lauren tapi gadis itu mengundur. Laju Taehyung menarik tangannya semula.

“Tipu”

“Tak, aku tak tipu. Kita akan berkahwin, k- kau boleh cuba pikat aku atau.. em. Kau boleh buat aku jatuh cinta pada kau.” kata Taehyung. Ada keraguan didalam hati dan kata-katanya.

“Cuba ajar diri awak untuk cintakan saya dengan penampilan macam ni, awak boleh tak?” soal Lauren. Dia betulkan cermin mata bulatnya. Taehyung diam.

“Mesti awak tak boleh, kan?”

“Sebab awak sudah biasa dengan yang cantik sahaja-”

“Tak. A- aku akan cuba.” jawab Taehyung, Lauren mengemam bibir, dia alihkan pandangan ke kolam kecil dihadapan mereka.

“Suka hati awaklah.”

.

Haaa maaflah, i terjahat sikit dekat Lauren ni.😗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro